wallpaper

20140225

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 9

Bab 9

 “Engkau ke mana Arrah? Dua hari cuti tapi aku tengok kau tak kemana-mana pun”. Fadhilah melabuhkan punggungnya di atas sofa. Dia mula mengunyah kerepek pisang yang baru dibeli.

 “Saja cuti, aku tak ada mood nak kerja.” Sebenarnya Durrah menghadiri kursus kahwin. Durrah keluar rumah selepas teman sekerjannya pergi kerja dan pulangnya sebelum teman serumahnya pulang dari kerja. Hanya Rita sahaja yang tahu. Teringat tentang Johan, adakah seorang duda pun kena menghadiri kursus kahwin?

“Mana Rita? Belum balik lagi? Dasyat juga mak janda tu ye, dah pukul 11.00mlm pun tak balik lagi.” Durrah menjeling Fadhilah, ikut suka mulutnya aje nak bercakap. Dia tu pun sama asyik keluar malam aje, entah jantan mana yang dia ikut, sekejap dengan si Jamil budak line 2, sekejap dengan si Llatif budak line I, entah mana satu yang dia steady. Rasa-rasanya dua tak boleh di buat teman kerana kedua-duanya tu suami orang.

“Tak baik cakap orang macam tu, esok-esok kena batang hidung sendiri baru tahu, dia tu janda memang orang tak heran, yang heran ada anak dara tapi

20140221

e-novel - KU PENDAM SEBUAH DUKA - bab 8

Bab 8

Johan makan dengan perlahan sambil matanya mencuri pandang pasangan yang sedang makan di meja hujung dalam  Restoren Nasi Lemak Antarabangsa. Mereka  begitu mesra, si lelaki         memegang tangan si perempuan. Dengan perlahan si perempuan menarik tangan ke bawah tertunduk malu, lalu minum air di hadapannya.

“Kau dari tadi asyik pandang sana aje Johan, apahalnya?”. Hisyam pelik . Johan asyik memandang pasangan itu.  Johan hanya tersenyum. Di fikirannya masih lagi berputar.Wajah perempuan itu, seakan-akan begitu ‘familiar’ di matanya. 

‘Di mana? Siapa?’ . Soal hatinya.Dia masih lagi memerah otak memikirkan jawapannya.

“Apa nak jadi dengan anak dara kita sekarang ni, tak ada lagi lelaki Melayu agaknya.  Aku rasa lelaki tu macam anak kacukan  Arab aje.” Hisyam mula meneka.

“Lelaki Melayu tak romantik”. Johan memberikan pendapatnya. Fikirannya masih lagi bekerja keras mencari jawapan.

“Iyelah tu….dalam surat khabar tu apa katanya. ‘every breathe you take (setiap hembusan nafasmu), akhirnya ditinggalkan buntang tak apalah, ini ditinggalkan bunting, kan ke parah tu? Emak bapak kat kampung tu juga yang susah.” Hisyam mula membebel. Kata-kata Hisyam menyentakkan Johan dan akhirnya dia menemukan jawapannya. Wajah itu, mata itu dan senyuman

20140219

KU PENDAM SEBUAH DUKA - Keluar P2U



 Alhamdulillah, Novel bersiri MET bertajuk KU PENDM SEBUAH DUKA KELUAR P2U. Ianya adalah hasl karya MET yang pertama sebelum Ramlah Mencari Ramli dan lain-lain. Lebih setahun ianya berada dalam simpanan MET. Apa-apa pun terima kasih pada yang sudi membaca dan memberi komen. 


http://www.penulisan2u.my/2014/02/novel-ku-pendam-sebuah-duka-1/

20140216

e-novel - KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 7

Bab   7


Durrah tersandar di kepala katil sambil  mendengar lagu-lagu ddi radio Sinar FM.  Fikirannya menerawang ke kisah silam. Dia hanyut  dalam dunia semalam.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

“Mana abang Alan pergi malam tadi? Arrah tunggu sampai pukul 12 malam abang Alan tak nyanyi pun. Senyap  aje blok sebelah.” Durrah memasamkan mukanya.

“Sorylah sayang abang demam kena hujan semalam. Arrah tunggu ke?”.

 ‘ Alahai lembiknya, kena hujan sikit pun dah demam, aku kalau kena hujan satu hari suntuk dari pagi sampai malam, stady aje…’ kutuk Durrah dalam hati.

“Abang Alan ke mana? Takkan main bola?”. Durrah tahu, kekasih hatinya itu  ‘kaki bangku’ mana reti main bola sepak, main sepak takrow pun asyik tergeliat aje..yang dia tahu main muzik, bagilah apa pun jenis muzik, pasti terangkat punnya….

“Abang tengok

20140206

e-Novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 6

Bab 6


 Seawal pagi Durrah dan emaknya ke rumah cikgu Jarah menaiki motosikal buruk peninggalan arwah ayahnya. Kendurinya akan diadakan waktu tengahari. Sempatlah mereka menolong apa yang patut. Besar juga kendurinya, ialah cikgu Jarah memang ramai kenalan. Durrah ke ruang tengah rumah melihat ‘orang baru’. Comelnya baby. Dia turut menyelitkan ‘angpau’ buat orang baru, pesan dari emaknya.

“Comelnya baby ni, siapa namanya kak Min?”. Durrah mencuit-cuit pipi pipi yang mongel itu. Geramya……

“Nurul Jannah”. Jawab Jasmin.

 “Eeee……sedapnya nama. Maksudnya syurgakan?”. Durrah mencium dan mengomel pipi yang mongel itu lagi.

 “Arrah bila lagi”. Jasmin menaikkan keningnya memandang Durrah dengan pertanyaan.

 “Hai….Arrah ni anak tekak adalah”. Ketawa Durrah menutup malu.

“Jangan tunggu lama-lama lagi Arrah, tahap kesuburan kita semakin berkurangan bila usia semakin meningkat”. Jasmin dengan ikhlas mengingatkan Durrah.

 “Orang macam Arrah ni siapalah yang nak kak.”.Sayu aje Durrah merendah diri.

“Akak rekemenkan nak tak?, tapi dia ni duda”. Jasmin membaling