Bab 54
Salmah meletakkan setandan pisang nangka di bawah pokok mangga. Diselimutkan pisang itu dengan kain batik lama supaya tidak diketahui oleh orang lain. Bimbang jika ternampak oleh Durrah. Anaknya itu suka makan pisang nangka goreng yang dicecah dengan kicap cili. Esok akan disedekahkan kepada jiran tetangga pisang itu. Dia melihat ada kereta Johan di halaman rumah.
“Awal pula Johan balik minggu ini. Selalunya petang jumaat baru sampai”. Omelnya pada diri sendiri. Sebenarnya Salmah agak canggung bila menantunya ada dirumah. Almaklumlah tiada lelaki dirumahnya kecuali Nasir anak lelakinya, itupun bila musin cuti, jika tidak, hanya dia dan adik iparnya sahaja. Mujur juga Johan tidak cerewet. Jika tidak,