wallpaper

20150213

e-novel-KU PENDAM SEBUAH DUKA- Bab 58


Bab 58



Ammar memandang 2 batang tubuh yang sedang lena di atas katilnya. Buat pertama kali dia dapat memandang wajah Durrah yang polos tanpa palitan bedak mahupun segaris pewarna bibir. Wajah yang sedang lena itu di renung terus. Wajah yang tenang itu begitu menyentuh hatinya. Wajah itu begitu sayu dari pandangan matanya.

Dia yang sedang rancak berbual dengan rakan senegaranya Qaiyum, begitu terperanjat bila mendapat panggilan dari Durrah di waktu 3.00 pagi. Dengan tidak membuang masa, dia pergi mendapatkan Durrah. Mujur hujan belum begitu lebat turun namun begitu, 2 beranak itu tetap kebasahan kerana berlindung dibalik pokok.

Mengucap panjang Ammar bila dia melihat Durrah memeluk anaknya. Mujur
tiada kilat. Jika tidak dia tidak tahu akan nasib 2 beranak itu. Berteduh di bawah pokok sewaktu hujan, bukanlah tindakan yang bijak.

“Ammar…..maaf sebab menyusahkan awak”. Lamunan Ammar terhenti bilamana dia mendengar suara Durrah menyapa telinganya.

“Durrah, awak jangan bangun. Kan doctor dah pesan kena rehat. Ubat yang awak makan tu masih ada lagi dalam badan. Awak tu baru habis pantang, kena hujan pula tu. Bahaya tau?”. Ammar mula membebel. Pagi tadi, sempat dia menjemput doctor peribadinya untuk merawat Durrah dan doctor menyuruh Durrah berehat selepas makan ubat. Kesihatan Durrah masih belum pulih sepenuhnya.

“Dah o.k dah. Janganlah awak susah hati pula”. Durrah menyandarkan badannya di kepala katil. Dia membetulkan tudungnya yang senget. Dia tidak betah tidur dihadapan lelaki kecuali suaminya.

Ekkkkkk……Juddin mula menangis. Belum pun sempat Durrah mengambil anaknya, Ammar terlebih dahulu mengendong Juddin, sebelah tangannya memegang botol susu Juddin. Doctor menasihatkan Ammar supaya tidak memberi Judddin susu ibunya kerana si ibu tidak sihat, bimbang jika si anak mendapat jangkitan.

“Pandai awak jaga budak…”. Puji Durrah. Dia melihat Ammar tidak kekok mengendong dan memberi susu botol pada Juddin. Johan sendiri kekok berbuat begitu apatahlagi sewaktu Juddin baru dilahirkan.

“Berapa anak awak Ammar?”. Tanya Durrah. Selama ini dia tidak bertanya dan Ammar sendiri tidak pernah bercerita tentang keluarganya.

“Lapan”.

“Bapak banyaknya anak awak. Bini berapa?”. Durrah terperanjat dengan jawapan yang begitu bersahaja dari Ammar.

“Satu…..”. Jawab Ammar. Dia ketawa dengan lepas laku Durrah yang bagaikan terperanjat bila mendengar jawapan darinya.

“Orang Arab memang suka anak ramai ek?” Tanya Durrah lagi.

“Rasulluallah berbangga dengan umatnya yang ramai”. Balas Ammar.

“Dah ada anak ramai pun, apa sibuk nak kawin lagi? Gatal ek?”. Tukas Durrah. Dia dengan Ammar, kalau bercakap semborono aje…..

“Durrah, I nak kawin lagi bukan sebab I tak ada anak tapi atas keperluan yang I perlukan isteri. I kerap ke sini. You pun tahu kan kerja I macamana? Lagi pun I mampu berikan nafkah zahir batin buat isteri-isteri I”. Durrah mencemikkan bibir dengan jawapan dari Ammar itu.

“Tapi kan, orang Arab pun suka kahwin lebih dari satu kan?”. Durrah tak puas hati.

“Bukan orang Arab aje tapi semua lelaki yang normal memang macam tu, baik islam mahu pun yang bukan islam. Yang bukan islam pula sibuk ada perempuan simpanan. Lagi pun besar pahalanya bila bersedekah pada ahli keluarga. Jika kita menanggung ahli keluarga itu ibarat kita bersedekah. Dan sedekah yang paling baik adalah terhadap keluarganya yang terlebih dahulu. Sebab itu orang Arab jika beristeri satu sahaja, ianya akan di tuduh kedekut”. Semakin panjang muncung Durrah dengan alas an dari Ammar itu. Ammar hanya ketawa melihat Durrah.

“Habis tu kenapa awak tak kawin lagi satu kat sini?”. Mata Durrah memandang anaknya yang masih lagi dalam kendongan Ammar. Selesa sungguh Juddin di peluk sebegitu.
“Belum jumpa yang macam you lagi”. Jawab Ammar jujur. Durrah ketawa.

“Autalah….kat luar sana lagi ramai perempuan yang cantik-cantik. Budak kat office tu pun tak kurangya. Sajalah tu…..”. Durrah bangun, dia melipat selimutnya. Ammar hanya tersenyum.

Apa yang dia cakapkan adalah benar. Dia belum lagi berjumpa dengan perempuan yang ikhlas terhadapnya bukannya kerana duit yang dia ada. Kalau Durrah memandang duit yang dia ada, sudah lama dia mendapat Durrah. Tetapi wanita didepannya ini tidak memandang itu semua, pernah Durrah memulangkan semula beg berjenama yang dia beri. Kata Durrah, jika Ammar memberinya lagi barang yang berharga, dia tidak akan menegur Ammar lagi.

Ammar juga pelik dengan dirinya. Entah apa yang membuatkan dia begitu menyenangi Durrah. Perempuan itu tidak secantik perempuan-perempuan di luar sana, malahan Naam, isterinya lebih cantik dari Durrah walaupun sudah melahirkan 8 orang anak. Ada sesuatu yang istimewa pada wanita yang dihadapannya ini.

“Nampak baik aje anak you ni. Muka dia tak macam you. Ni anak papa ni, I tak kisah nak tambah lagi satu anak”. Gurau Ammar.

“Banyaklah awak punya tak kisah. Sebab banyak kisahlah saya bawa budak ni lari, takut ayahnya pula bawa lari. Johan tu dah tunggu berbelas tahun tau anak dia lahir. Ni, entah marah gila saya bawa lari Juddin ni”. Durrah masih belum merancang tindakan selanjutnya yang perlu dia ambil. Takkan nak tinggal lama di rumah Ammar ini. Jadi skandal pula.

“Kasihan dia. Kalau I jadi dia pun tentu I panic. Anaknya baik pula ni….”. Ammar suka melihat baby yang dalam kendongannya. dia pelik melihat Durrah ketawa.

“Baik awak kata? Dia belum nak buat perangai dia. Dia rajin buli ayahnya. Masa dalam pantang tempohari, tiap malam nak tidur dalam kendongan. Kalau ayahnya ada, dialah yang kena buli adakalanya sampai si Juddin ni tergolek ke lantai sebab ayahnya keletihan dan tak cukup tidur”. Durrah ketawa sendiri mengenangkan kisah juddin dengan ayahnya.

“Pandai Juddin buli ayah ye?. Emmm…sedapnya bau dia”.Durrah hanya memerhati Ammar mencium anaknya. Juddin merengek. Tidak selesa di perbuat begitu ataupun dia tidak selesa sebab Ammar bukan ayahnya!

“Anak awak yang kecil umur berapa?”. Tanya Durrah.

“5 tahun. Dah bau busuk kalau cium dia sebab dia lasak, kuat peluh….” Jawab Ammar. Dia tersenyum sendiri. Mungkin membayangkan wajah anaknya.

“I rapat dengan anak-anak. Kalau I tak ada kat sana, hari-hari I hubungi mereka. Zaman sekarang ni tak mudah nak berhubungan walaupun jarak jauh. Semuanya di hujung jari aje. Besar tanggung jawab sebagai ketua keluarga Durrah. Bukan setakat beri nafkah zahir sahaja pada mereka…..” Ammar bercerita.

“Durrah, kalau I cakap sikit pada you, harap you tak marah”. Ammar tak pasti apa penerimaan Durrah bila dia memberikan nasihat ini.

“Apanya?”. Tanya Durrah. Dia mengambil Juddin dari kendongan Ammar. Diletakkan semula Juddin yang masih lagi lena di atas katil.

“Tolong beritahu keluarga you atau pun suami you yang you berada di tempat yang selamat”. Pujuk Ammar.

“Ammar, saya tak akan berada lama disini. You jangan risau. Hari ini juga saya akan keluar cari rumah atau pun bilik sewa. Saya tak akan menyusahkan awak. Saya minta maaf sebab saya susahkan awak. Tapi dalam waktu itu, hanya awak sahaja yang boleh tolong saya”. Durrah mula mengambil baju kotornya untuk dimasukkan ke dalam beg plastic.

“Ya Allah. Durrah, I tak kisah pun nak tolong you. Walaupun yang telepon pukul 3.00 am tu bukannya you tapi orang lain, insyaallah I akan tolong. Cuma I nak minta you beritahu orang yang terdekat you, yang you selamat. Mungkin you ada masalah dengan suami you tapi tolonglah beritahu ibu you atau adik beradik you yang lain. Kalau I ditempat mereka, tentu I susah hati. Macam-macam di fikiran mereka dan paling ditakuti, yaou dibunuh, rogol, dujual dan entah apa-apa lagi lebih-lebih sekarang ni, kejadian jenayah sangat membimbangkan”. Ammar bimbang jika Durrah berkecil hati dan tersalah anggap dan paling dia bimbang jika Durrah bertindak melarikan lagi dirinya bersama dengan anaknya dalam keadaan yang lemah begini. Dia tahu, kesihatan Durrah belum pulih sepenuhnya.

Ringggggggggggggggggg…….

“Oh, I keluar sekejap”. Segera Ammar keluar dari bilik untuk menjawab panggilan tersebut. Di luar masih lagi kedengaran suara Ammar bercakap dengan pemanggil dalam bahasa Arab. Serius!
Durrah tahu apa yang Ammar katakana itu ada betulnya. Tapi apa alasannya untuk memberitahu mereka? ‘Arrah selamat tinggal di rumah kawan. Kawan apa? Tanya emaknya. Kawan lelaki..’. sajalah dia nak cari nahas!!!!!

“Durrah, I nak keluar sekejap.you ada nak kirim apa-apa barang?”. Tanya Ammar. Durrah mengelengkan kepalanya.

“You rehat dulu, nanti I bawa balik makanan. Jangan  pergi kemana-mana, you masih belum sihat betul. O.k, I pergi dulu”. Durrah hanya menganggukkan kepalanya. Dia menghantar Ammar dengan pandangan mata.

Durrah meneroka ke setiap sudut rumah. Sewaktu dia datang awal pagi tadi, dia tidak perasan tentang isi rumah ini. Di fikirannya hanya satu, dia ingin melarikan anaknya dari Johan. Dia tidak mahu Juddin dipisahkan dari dirinya.

Durrah duduk di sofa. Keselesaan dan keindahan rumah ini tidak dapat menenteramkan hatinya di waktu ini. Dia memejamkan matanya. Dia tidak pasti adakah tindakannya ini betul atau sebaliknya. Apa agaknya tanggapan dan pandangan orang bila mengetahui dia bersembunyi di rumah seorang lelaki. Lebih menakutkan jika Johan membuat report polis yang mengatakan dia hilang dan bila polis membuat siasatan, dia bukannya hilang kerana diculik tetapi hilang kerana mengikut lelaki lain. Masuk pula suratkhabar. Satu Malaya bahkan satu dunia tahu. Dan tentunya bukan sahaja maruah dirinya bahkan maruah keluarganya akan tercemar dan tak dapat di cuci walaupun sehingga 7 keturunan nanti. ISTERI LARI IKUT LELAKI LAIN PUKUL 3.00 am.!

Walawie……..

‘Ah! walaupun bukan itu yang sebenarnya berlaku. Tetapi masyarakat akan kerap menyalahkan pihak perempuan. Kasihan mak Salmah dan kasihan mak Jarrah!

Durrah on kan h/pnya semula. Berpuluh SMS dan telepon dari Johan yang dia tak jawab. SMS berbau pujukan, ugutan dan amarah, semuanya ada. Ada satu SMS dari nombor yang tak dikenali.

‘Arrah, ni Ayah. Kemana kamu nak? Puas kami cari kamu tapi tak jumpa.Ayah bimbangkan kamu dan Juddin. Ayah faham jika kamu tak mahu hubungi Johan. Tolong hubungi Ayah. Ayah dan mak disini risaukan kamu. Kami semua sayang kamu dan tak mahu sesuatu yang buruk berlaku ke atas kamu. Kami sentiasa berdoa supaya kamu selamat’.     

Durrah mengesat airmatanya. SMS itu dari bapa mertuanya. Dia tahu yang dia sudah membuatkan emak dan bapa mertuanya susah hati. Dia sayang bapa mertuanya. Sejak ayahnya meninggal dunia, dia tidak mendapat lagi kasih sayang dari seorang ayah. Tetapi bila dia berkahwin dengan Johan, cikgu Jusuh menyayanginya bagaikan anak sendiri. Lain dari sikapnya sewaktu menjadi guru displin disekolah dahulu.

Sewaktu dia di dalm pantang, cikgu Jusuh dan cikgu Jarrahlah yang banyak membantu. Kerapkali datang menjengah dan membawa barang-barang keperluan untuk dirinya dan Juddin sementelaah pula Johan jauh di KL, hujung minggu sahaja dia dapat menjengahkan  muka. Durrah berkira-kira untuk menghubungi bapa mertuanya. Tapi apa alasannya? Sanggupkah dia berbohong?

Johan kelesuan tersandar di sofa dengan muka yang tak sudah!

“Tak jumpa?”. Soalan bodoh dari cikgu Jarrah. Kalau sudah jumpa, tentunya Durrah dan Juddin sudah ada di hadapan matanya.

“Kita report polis ajelah bang. Bimbang pula saya ni. Kat KL ni ramai orang yang jahat. Kot diapa-apakan Arrah dengan Juddin, seriau saya”. Cikgu Jarrah memberikan pendapatnya.

“Nak report polis kena tunggu 24 jam hilang baru boleh”. Jawab cikgu Jusoh. Dia pun pening memikirkan ke mana Durrah pergi pukul 3.00 pagi.

“Mak ai….kalau tunggu 24 jam, orang yang di bawa lari tentunya dah sampai ke Siam”. Tukas cikgu Jarrah.

“Dah itu undang-undangnya. Kita nak buat macamana?. Ikut ajelah…..”. Jawab cikgu Jusoh.

“Kau dah cari rumah kawan-kawannya?”. Tanya cikgu Jusoh. Matanya memandang Johan yang sedang melelapkan matanya di sebelahnya. Letih barangkali.

“Kawan-kawan dia tak tahu. Kat rumah lama dia pun tak ada”. Johan melepaskan keluhan. Malu juga dia hendak ke pejabat isterinya berjumpa dengan Julia dan bertanyakan tentang Durrah tetapi disebabkan Juddin, dia terpaksa tebalkan mukanya bertanya pada Julia tapi mereka tak tahu ke mana Durrah berada.

“Ayah pun tak sangka boleh jadi macam ni punya serius. Cuba cerita kat ayah. Apa hal kau orang berdua ni. Apa masalahnya? Kenapa sampai hari ni tak selesai lagi? Cuba cerita kat ayah”. Tanya cikgu Jusoh. Johan membuka matanya. Dia mengeluh. Dia mencapai cawan dihadapan matanya lalu dibawanya ke bibir. Air kopi panas yang dibancuh oleh cikgu Jarrah meresap masuk ke dalam batang kerongkongnya dan memberi sedikit kesegaran pada dirinya.

“Arrah tak ada cerita kat mak dan ayah ke?”. Tanya Johan pula.

“Tak usah nak cerita kat mak, pada mak dia pun dia tak cerita. Dia diam aje. Masa Nasir hantar dia balik selepas bersalin tu pun dia tak kasi berihatu pada kami yang dia dah balik ke kampong ni tapi mak mertua kau suruh juga Nasir beritahu. Marah betul dia pada kau. Apa kau dah buat kat dia? Kau biarkan dia bersalin sorang-sorang, anak pertama pula tu. Dia bukannya ada pengalaman. Mak memang tak salahkan dia kalau ada apa-apa hal berlaku, kau tu yang salah. Macamana kau jaga isteri? Satu isteri ikut lelaki lain, satu lagi isteri lagi hilang entah kemana. Entah apalah nak jadi dengan kau ni”. Cikgu Jarrah mula membuka kitab. Johan hanya terkebil-kebil mendengar bebelan dari emaknya.

“Dah sudah, kita bukannya nak cari salah siapa tapi saya nak tahu apa cerita sebenarnya yang berlaku antara mereka berdua ni. Kalau kita asyik menyalahkan satu sama lain, sampai bila pun perkara ni tak selesai”. Cikgu Jusoh mula meninggikan suaranya.

“Cerita kat ayah dan mak kau ni”. Tegas suara cikgu Jusoh membuatkan Johan sedikit kecut perut.

“Kami ada masalah sikit. Masa Arrah akhir-akhir mengandung dulu tu, Johan macam tak suka tengok dia. Kalau tak nampak macam rindulah pula tapi bila nampak aje muka Arrah macam menyampahlah pula, kadangkala ada saja yang Arrah buat boleh buat Johan panas hati. Dengar dia bercakap pun macam meluatlah pula. Tambah lagi Johan sibuk dengan kerja, Azreen lagi buat perangai. Johan jarang balik tengok Arrah sebab kalau Johan balik pun Arrah macam biasa aje, dia tak marah dan tak kisah pun yang Johan balik ataupun tidak.

Satu hari tu, Johan gaduh besar dengan dia sebab Johan jumpa dia makan tengahari kat luar dengan kawan lelaki sepejabat  dia. Lepas tu Johan langsung tak jengah di. Tau-tau aje, dia dah bersalin dan dah balik kampong”. Johan hanya tunggu peluru berpandu dari orang tuanya bila dia selesai bercerita.

“Patut pun dia marah benar dengan kau. Kenapa masa kat kampong tu kau tak bincang baik-baik?”. Tanya cikgu Jusoh lagi.

“Nak bincang macamana? Cakap dengan Johan pun dia tak mahu? Arrah tu nampak aje dia cool tapi degil juga dia tu”. Jawab Johan

“Johan pun tak tahu kena Johan boleh rasa tak suka kat Durrah masa tu. Zarul kata itu pembaw budak, betuk ke ayah?”. Tanya Johan lagi.

“Emm…betullah tu. Sekarang ni rasa macam mana?”. Cikgu Jusoh ingin mencari kepastian dari anaknya.

“Emm….sayang gila……ni separuh gila ni…”. Jawab Johan tulus. Setulus hatinya. Nanar hatinya di buat dek Durrah.

“Bagi ayah nombor telepon Arrah”. Cikgu Jusoh pula ingin mengadu nasib.

“Dah beratus kali Johan cuba dia tak angkat pun ayah”. Johan mencebikkkan bibirnya bila dia melihat panggilan dari ayahnya tidak di jawab oleh Durrah. Matanya masih lagi memandang jari jemari ayahnya menekan-nekan papan di skrin hp ayahnya itu.

“Ah, kau mana tau….”. Bidas ayahnya. Jawapan yang menjengkelkan hati Johan.

Tak sampai 5 minit terdengar  bunyi hp ayahnya berbunyi. Mata johan dan ayahnya saling berpandangan. Segera jari cikgu Jusoh menekan butang on. Sebelah tangan kirinya menahan kemaraan Johan dari dekat dengannya.

“Waalaikumsalam nak…yee ini ayah ni. O.k  …..o.k…..alhamdulillah…..baiklah. Juddin sihat?....alhamdulillah…..o.k Arrah jaga diri nanti ayah” Belum pun sempat cikgu Jusoh bertanya dengan lebih lanjut lagi, honya telah di rampas oleh Johan.

“Arrah….Arrah kat mana ni? Beritahu abang Arrah..” Marah Johan

TIT!

“Arrah….Arrah…..Arrah…. Arrah dah tutup hp dia Ayah”. Adu Johan.

“Tulah kau tak sabau….” Cikgu Johan melepaskan amarahnya.

“Dengan ayah nak pula dia jawab…”. Johan mula bersungut.

“Kau tu kena banyak bersabar. Orang beristeri 2 ni kena 2 kali lebih sabar. Tulah, menuntut pun habis, dah berbini 2. tengok macam ayah ni, bila-bila aje boleh kawin lagi….” Dalam marah boleh pula cikgu Jusoh berjenaka. Melepaskan stress! Lega sedikit hatinya bila mengetahui yang Arrah selamat.

“Siapa lagi nak kawin lagi ayahnya?” Tanya cikgu Jarrah yang tiba-tiba aje muncul entah dari mana.

“Siapa lagi…..anak bertuah awaklah ni…..dia kata kalau 2, 2 merajuk dia nak kawin 3….”Johan membeliakkan matanya.

‘Bila pula aku nak kawin 3? 2 ni pun dah pening kepala…….’Johan garu kepala. Dia memandang ayahnya disebelah yang relaks membaca suratkhabar. Senang cara  ayahnya nak lepaskan diri.

“Aha, berani buatlah……nak kena potong telinnga tu dengan pisau ni, cubalah….”. marah cikgu Jarrah. 

Seriau juga Johan bila melihat pisau ditangan emaknya. Cikgu Jarrah didapur sedang memasak. Bila terdengar suara riuh di ruang tamu, dia pun menjengah, bertanya apa yang berlaku tanpa menyedari yang dia masih lagi memegang pisau ditangannya.

“Mana ade……” Johan duduk semula di sofanya.

“Sibuk nak berbini aje….jaga biniknya tidak”. Cikgu Jarrah mula membebel.

“Dah jangan membebel. Arrah tu selamat. Dia kat rumah kawan dia. Dah masak cepat, saya lapar ni”. Cikgu Jusoh memang lemas bila dengar isterinya membebel.

“Ha Arrah selamat? Kawan dia kat mana?”. Dalam terperanjat, hatinya lega kerana menantunya selamat.

“Belum sempat tanya anak awak ni dah rampas hp saya. Apa lagi, Arrah terus off hp dia”. Adu cikgu Jusoh lagi.

“Huh gelojoh!”. Cikgu Jarrah pula memarahi anaknya. Johan buat muka…..


10 comments:

  1. cepatnya masa berlalu.....sory ek, lambat sambung cerita.

    semuga enjoy membacanya........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq....makieteng sambungannya.....

      Delete
    2. TQ juga pada ardifaum sbb sudi membaca

      Delete
  2. Eee geram betul kat johan. Suruh durrah cari lain..yg lebih menghargai

    ReplyDelete
  3. Eee geram betul kat johan. Suruh durrah cari lain..yg lebih menghargai

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ ju, durrah tak payah nak cari, dia datang sendiri.....

      Delete
  4. MESTI FOBIA DURAH.. KALAU SAYA MMG FOBIA LA TAKUT NANTI BINI NO 2 AMIK JUDDIN.. TPI MMG GERAM KAT JOHAN.. KITA BAGI DIA PANASARAN SKET... JGN INGAT DURAH AMIK TAK KISAH (SEBENARNYA DURRAH SANGT KISAH) JOHAN BOLEH AMIK MUDAH SUMA PERKARA BERKAITAN DENGAN DURRAH... KITA BGI PENGAJARAN SKET KAT JOHAN... HAHAHAH

    ReplyDelete
  5. bestnya cter nie x sabar nak tggu sambungannya mak ieteng :)

    ReplyDelete
  6. dah sambung nira, tq krn sudi membaca

    ReplyDelete
  7. tq mayang krn sudi membaca dan mengomen. meh kita ajau sikit Johan ni.....

    ReplyDelete