wallpaper

20141019

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA -Bab 48

Bab  48


“You ni dah melampau, you tak sayangkan I lagi ye Jo?”.Bentak Azreen. Dia melepaskan dirinya di atas katil dengan kasar. Johan mengelengkan kepala. Nasib baiklah katil ini katil mahal dan kukuh, jika tidak sudah pasti kaki katil ini patah dan mereka berdua akan tergolek kebawah. Dia memandang Azreen yang sedang menyinga marah kepadanya. Dia tahu kenapa Azreen marah. Sudahlah malam tadi dia bermalam di rumah Durrah lagi dan janji untuk mereka lunch sama terpaksa dibatalkan kerana ada hal yang mustahak, lebih mustahak dari menemani isterinya itu makan tengahari.

“Bila pula I dah tak sayangkan you. I
still love you. You kan isteri I ? cinta pertama I?”. Johan teringat lagu P.Ramlee ‘kepada isteri tua kanda sayang padamu, kepada isteri muda I say I love you’. Johan menyimpan senyum didalam hati. Bimbang jika dilihat oleh Azreen, nak cari nahaslah tu!

“You tu selalu lebihkan dia. Mentang-mentanglah dia mengandung, dia ingat dia mesti dapat lebih perhatian?”.Azreen masih lagi dengan nada marahnya.

“Arrah tu dah dekat 8 bulan Reen. Kasihan I tengok dia. Jalan pun macam dah tak larat dah. Kaki dan tangannya pun dah membengkak. Kadang-kala kaki dan tangannya rasa kebas dan tak rasa apa-apa. I bimbang dengan kesihatan dia lebih-lebih lagi jika dia memandu ke tempat kerja”. Johan meminta simpati dari Azreen supaya jangan terlalu berkira.

“You tu pun satu, janganlah selalu kacau dan marah dia kalau I tersilap balik sana. I bimbang tinggalkan dia sorang-sorang dalam keadan dia yang sedang sarat tu. Bertimbang rasalah sikit Reen, janganlah buli dia, kasihan dia…..”. Azreen membeliakkan matanya. Hatinya semakin panas bila Johan menangkan madunya di sebelah sana.

“Alah, you ambillah maid untuk dia, kat rumah ni banyak maid, ramai-ramai pun bukannya dia orang buat kerja, asyik bergongsip aje”. Tukas Azreen. Johan mengelengkan kepalanya. Bercakap dengan Azreen memang Johan tak boleh menang.

Sedari dahulu sampai sekarang perangai Azreen tidak berubah, masih lagi mementingkan diri sendiri. Mereka telah rujuk semula seperti yang Azreen minta, apa lagi yang tak cukup buat isterinya itu. Sepatutnya Azreen kena belajar bersabar bila terpaksa hidup  bermadu, terpaksa bertolak ansur dan saling memahami. Pening kepala Johan dibuatnya. Perangai Azreen begitu, perangai Durrah pula begini. Mungkin betul kata P.Ramlee, ‘kalau dua-dua merajuk, ana kawin tiga’. Barangkali kahwin tiga, baru betul?. Johan tersenyum. Jika dia berkahwin lagi seorang, confirm cikgu Jarrah akan perambat (Mengejar)nya dengan penyapu.


Durrah berehat seorang diri di balkoni. Bila terasa bosan, dia mengajak bibik bercerita. Bibik Patonah  memang seorang yang peramah dan baik. Walaupun begitu Durrah sentiasa berhati-hati. Almaklumlah rambut manusia sekarang ini pun tidak sama hitam, ada yang coklat, ada yang berwarna perang inikan pula hati manusia.

Menurut Johan, Azreen yang meminjamankan bibik Patonah ini dari rumahnya sementara menunggu orang gaji baru yang Johan ‘order’ dari seberang. Azreen bimbangkan kesihatan dan keselamatannya bila tinggal keseorangan.

‘Iyelah tu, sebenarnya dia takut Johan tersalah simpang lagi, tu yang dia bagi pinjam orang gajinya ataupun itu hanya kata-kata dari Johan untuk menyedapkan hati aku aje, orang kahwin dua ni cakap dia bukannya boleh dipakai…’. Durrah mengutuk suaminya sendiri walaupun dia tahu itu berdosa tapi….dia ketawa sendirian.

“Kasihan sama puan Maryam, sakitnya selalu kuat, non Azreen jarang ada masa nak ngobrol sama ibunya, selalunya non Azreen marah-marah saja, dengan tuan Johan pun begitu”. Emmm mengumpatlah pula!

“Biarlah bik, kita doakan semoga puan Maryam cepat sembuh”. Bibik hanya menganggukkan kepalanya. Sebenarnya dia lebih senang duduk disini kerana majikan barunya ini tidak begitu cerewet dan keadaan dirumah ini tenang, aman dan damai kerana dia tidak pernah melihat Johan dan Durrah bergaduh atau meninggikan suara. Apa yang dia lihat Johan begitu sayang pada Durrah dan melayan isterinya itu dengan baik. Dia juga melihat Durrah begitu menghormati Johan. malahan Durrah sendiri yang masak dan melayan suaminya dimeja makan  walaupun puannya dalam keadaan yang terboyot begitu..

‘Kalau sudah isterinya ini baik, mengapa perlu tuan Johan kahwin lagi satu?’ Namun soalan itu hanya terdetik didalam hatinya sahaja. Dia tidak boleh mencampuri urusan majikannya.

“Puan, kalau boleh saya mahu jadi orang gaji puan sajalah. Orang gaji baru yang tuan order tu, beri sajalah pada non Azreen ya?”. Bibik  memujuk majikannya. Durrah hanya tersenyum mendengar permintaan dari orang gajinya.

“Kenapa tak mahu balik sana semula? Tak seronok tinggal kat rumah banglo yang besar tu?”. Bibik Patonah mengelengkan kepalanya.

“Saya suka tinggal kat sini dengan puan, lebih tenang dan lebih aman…”. Durrah ketawa gelihati dengan kata-kata dari orang gajinya.

“Nantilah saya tanya dengan tuan Johan, tengok macamana. Manalah tahu non Azreen tu sayang bangat kat bibik dan nak bibik bekerja dengan dia semula”. Durrah menyakat orang gajinya. Bibik Patonah buat muka ‘toye’. Durrah mengekek ketawa.

Sebenarnya dia tidak selesa bila ada orang lain didalam rumah dan membuat kerja-kerja sehariannya. Sememangnya sedari kecil Durrah telah dididik supaya melakukan tugas sendiri tanpa bantuan dari orang lain. Kini dia terpaksa memerlukan orang lain untuk menguruskan rumahtangganya dan masa akan datang untuk menjaga anaknya apabila dia pergi bekerja. Johan ada mencadangkan agar dia berhenti bekerja. Pendapatan yang Johan ada mampu untuk menampung hidup mereka tetapi Durrah tidak mahu berhenti bekerja kerana dia mempunyai tanggungjawab yang lain. Belum masanya lagi kerana dia anak yang sulung tentu emaknya masih memerlukan dirinya untuk menampung pengajian adiknya, Asilah.


Sesekali Durrah terasa betapa bosan hidupnya dikala ini. Di rumah, Johan jarang ada, kalau pun ada, dia selalu pulang lewat. Katanya sibuk dengan projek baru di Seremban pula. Macam-macam. Tentunya masa Johan telah terbahagi dengan banyak cabang. Kerja pejabat,kerja luar, isteri pertama, isteri kedua dan entah apa-apa lagi.

Dipejabat pula, dia telah kehilangan teman baik. Durrah teringat pertengkarannya minggu lepas dengan Rita.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

“Kau tu yang cemburukan aku yang nak kahwin dengan Datuk”. Berdesing telinga Durrah mendengar tuduhan dari Rita itu.

“Astagfiruallah….aku sikit pun tak cemburukan kau Rita, sebagai kawan aku cukup gembira bila kau nak kahwin tapi bukan dengan lelaki yang setua itu lebih-lebih lagi jadi isteri no. tiga”. Tak tergamak hendak Durrah bandingkan si tua gendut itu yang Rita panggil abang Murad dengan Johan  sehinggakan boleh menimulkan rasa cemburu dihati Durrah. Yerk!

‘George Clooney aku lagi Hensem 100kali  cuma laki aku kalah dalam bab duit dan pangkat aje…’. Datuk Murad itu umurnya sudah enam puluh lebih. Lama manalah Rita boleh tumpang hidup dengan orang tua itu. Tengok saiz badan sahaja dia tahu tentunya orang tua itu banyak penyakit. Banyak laporan yang tak diiktiraf menyatakan bila sudah berusia dan obesity, mulalah penyakit ‘orang kaya datang menyerang’ seperti kencing manis,lemah jantung, darah tinggi. Eeee…sory, walaupun laporan itu tak diiktiraf tetapi ianya masih lagi boleh diguna pakai.

“Aku bukannya apa Rita, bukannya senang hidup bermadu ni, apatahlagi jadi isteri no. 3, kau tu dominan”. Namun ceramah Durrah hanya sia-sia bagaikan menuang air di atas daun keladi. Entah kemaruk apa sehinggakan Rita nak jadi isteri no. 3 Datuk Murad.  Mungkin kemaruk nak naik kereta Merc. 3 series Datuk Murad barangkali. Tak mungkin Rita dapat pangkat Datin kerana kedua-dua isteri Datuk masih hidup lagi. Mungkin kerana duit sebab sekarang ini Rita sudah mampu menaiki kereta swift.

Durrah hanya mampu mengelengkan kepalanya. Mana Rita mampu berkereta itu jika diukur dari pendapatan bulanannya. Dan mana mungkin Datuk itu memberikan kereta swift itu dengan percuma kepada Rita, tentunya ada adegan yang tersembunyi diantara mereka. Justeru itu, kita tidak boleh menyalahkan masyarakat jika masyarakat memandang rendah dengan status ‘MJ’ kerana diri MJ itu sendiri sedangkan di luar sana masih lagi ramai perempuan yang berstatus MJ berkerja keras pagi petang, siang malam dengan cara yang halal dan bermaruah untuk menyara anak-anak dan keluarga setelah kehilangan suami mereka. 

Tapi apakan daya bak kata pepatah ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’. Bukannya Durrah hendak memburukkan sahabatnya sendiri tetapi setelah bertahun bersahabat baik, dia tahu sejauh mana sahabatnya itu ‘boleh pergi’. Sebagai sahabat Durrah hanya mampu beri nasihat dan doa supaya Allah mempermudahkan jalan hidup sahabatnya  itu ke jalan yang baik dan dirahmati oleh Allah.   

Tidak juga Durrah cemburukan sahabatnya itu kerana dirinya hanya berkereta kancil, dia malah lebih beras bersyukur dengan apa yang dia ada. Tak tahu salah siapa. Salah Datuk Murad atau salah Rita sendiri. Jika tiada penawaran tentunya tiada permintaan kan?

Ah lelaki! Baharu Mercedes 3 Series, isteri nak 3 orang. Agaknya jika ada Merc 5 series, perlukah dia beristeri 5? Itulah orang melayu, bila berduit sedikit mulalah nak kumpul isteri. Bangsa lain dok sibuk kumpul harta, bangsa kita sebaliknya. Harta yang sedikit nak dibahagi-bahagikan dengan anak-anak dan isteri-isteri, bila tidak mencukupi, mulalah mencari jalan singkat, rasuah sana sini. Bila duit yang tak berkat diberi makan anak isteri, mulalah rumah tangga bergoyang kanan dan bergoyang kiri. Isteri-isteri bercakaran, tarik rambut macam tarik tali. Akhirnya rezeki pun cabut lari. Maaf cakap ye, ini dari pemerhatian sendiri, cubalah pandang kanan dan pandang kiri, tentu adakan yang macam ini?

Belum pun berkahwin dengan Datuk Murad, Rita dah kena serang dengan bakal madunya. Garangnya! Bermacam kata-kata kesat yang keluar dari mulut perempuan itu. Maki hamun, dah tak terkira, beribu-ribu lemon! Sampai tak muat bakul.

“Janda gatal, tak tahu malu nak ambil laki orang…”. Tapi yang gelihati isteri yang menyerang Rita itu adalah isteri kedua Datuk Murad. Dahulu, dia pun ambil suami orang. itulah manusia, bila terkena batang hidung sendiri barulah kelam kabut. 

Gongsip tentang Rita adalah topic terhangat yang sedang diperkatakan ditempat kerja kerana isteri Datuk datang menyerang Rita di rumah. Apa lagi, hebohlah satu pejabat. Cerita sensasi itu turut ditambah oleh Amin yang alim-alim kucing itu. Menurut Amin, bukan sahaja Rita yang kena ganyang, Datuk pun kena tibai dengan isterinya. Kebetulan kawan Amin menjadi pemandu Datuk. Menurutnya, isteri kedua Datuk garang orangnya, berbeza dengan isteri pertama Datuk yang lebih lembut dan tak pernah kisah tentang perangai Datuk. Mungkin bila sudah berusia dan tempoh perkahwinan yang terlalu lama, kasih sayang pun semakin pudar lebih-lebih  lagi jika dikurniakan pasangan yang sering melukakan hati. Perkara terbaik, biarkanlah…..biarkan siluncai terjun dengan labu-labunya….

Tapi Durrah tahu, Rita itu keras hatinya, semakin ditegah, semakin dia akan buat dan tak mustahil dia akan jadi isteri ketiga Datuk Murad kerana menurut kawan si Amin, isteri pertama Datuk sudah pun memberi lampu hijau pada suaminya. Ambik kau!

‘Lantaklah kau, nanti kalau jadi sesuatu, jangan salahkan aku’. Omel Durrah sendirian.
Bukannya Durrah rasis dengan poligami. Sekarang inipun dia hidup berpoligami. Berpoligami bukannya mudah, mesti ada ilmu baik isteri ataupun suami supaya masing-masing saling faham dan saling menghormati, jika tidak, akan terjadilah seperti hidupnya kini.

Durrah pernah menasihatkan kawan-kawannya sepejabat supaya hal Rita tak perlulah diperbesarkan, itu hal peribadi masing-masing. Tak pasal-pasal mereka akan dapat dosa kering ataupun muflis diakhirat nanti kerana pahala  diberikan kepada Rita kerana mereka mengumpat Rita. Julia hanya ketawa dan tersenyum sinis. Biarkanlah, perangai mereka pun lebih kurang sama juga seperti kepoh melihat kain orang koyak sedangkan kain sendiri tidak berjahit, dibiarkan terbuka.

Malah En.Jehan sendiri pernah bertanyakan hal ini dengan Durrah memandangkan Rita adalah sahabatnya. Menurut Durrah, itu hal peribadinya, asalkan tidak menjejaskan mutu kerjanya dan tidak menjatuhkan imej syarikat, kita tidak punya kuasa untuk memecatnya.

Adakalanya Durrah pening kepala dengan hal Rita kerana setiap mereka yang Durrah kenali akan bertanya 
tentang Rita kepadanya memandangkan mereka berdua adalah sahabat baik. Itu dahulu, kini Rita bukanlah sahabatnya lagi. Hubungan mereka telah terputus. Rita yang memutuskan persahabatan mereka.

Hidup Durrah sekarang ini terlalu sunyi, sedih dan bosan. Sepatutnya disaat ini dia memerlukan seorang sahabat untuk berkongsi kesedihan dan cerita. Untuk berkongsi dengan Johan adalah sukar kerana Johan amat sibuk sejak kebelakangan ini.

Fikiran Durrah terganggu dengan deringan telepon di sebelahnya. Dia  mengangkat telepon yang menjerit tidak henti-henti.

“Hello…”

“Hei perempuan, mana Johan kau sembunyikan?” Tanpa salam, terdengar suara Azreen memeter dihujung talian. Durrah tergamam disergah sebegitu.

“Kau beritahu Johan, malam ni giliran rumah aku…,kalau kau tak bagi balik sini, siap kau”. Tanpa sempat Durrah menjawap, Azreen sudah pun meletakkan ganggangnya. Angin Durrah sudah sampai ke kepala.

“Aku ambil laki dia ke atau dia ambil laki aku ni?”. Soal Durrah sendirian sambil memandang telepon disebelahnya.

Berkali-kali Durrah cuba membuat panggilan pada Johan tapi panggilannya tidak dijawab. Masuk kali ke lima barulah panggilannya dijawab.

“Hello…”. Tiba-tiba Durrah terdiam bila yang menjawab panggilannya itu seorang perempuan. Durrah menggigil menahan marah.

“Johan…”. hanya itulah sahaja yang keluar dari mulutnya.

“Emm..Johan…dia …mandi, nanti I suruh dia call you semula .” Tanpa ucapan terima kasih Durrah meletakkan ganggang telepon. Dia turut terduduk di atas sofa. Dia menutup mulutnya menahan tangisan.

Durrah pening kepala. Siapakah perempuan itu? Johan ada perempuan lagi satu ke? Nak jadikan nombor 3 pula? Arrrrrrr………



5 comments:

  1. Terima kasih pada Latifah yang mengomen dlm bab 47 yg lepas. Terangkat kepala MET rasanya dan semakin bersemangat utk menulis.
    Ada sedikit dialong antara Arrah dan madunya. Novel ini hanya untuk pembaca blog sahaja sebab tak ada orang nak terbitkan. huawa.....sedihnya lagi pun hanya ada lebih kurang 10 bab lagi untuk ditamatkan dan tak releven utk diterbitkan.

    KPSD adalah tulisan MET yang pertama, 2 tahu yang lalu, cuma bila nak post ke blog ini, MET hanya edit mana yang perlu.
    Terima kasih sekali lagi pada Lat,Liza,Norin,Dayah,Gee dan semua pembaca KPSD yang tak dapat MET sebutkan disini, juga pembaca senyap KPSD.
    TQ.

    ReplyDelete
  2. Sian nya Durrah.. again well written...I loike sebab bahasa yang simple dan menusuk kalbu...hehehe.. Tapi nak tgu sambungan bila part saspen ... mmmm...

    ReplyDelete
  3. Syabas puan writer,sungguhpun karya pertama ini berakhir di blog,ini boleh dikira satu kejayaan yang berbaloi dan manis untuk dikongsi bersama terutama kepada peminat puan writer. Walaupun ada yang hanya berkomen "nak lagi" tetapi itulah semangat yang kuat mendukung karya ini.

    Saya ini buta seni, tiada jiwa berseni dalam penulisan dalam diri ini,tetapi saya minat membaca, apapun saya lebih berharap selepas ini puan writer akan teruskan dengan karya baru yang lebih impak. in sya allah..

    ReplyDelete
  4. i'm here...Teruskan berkarya mak ieteng....love it..

    ReplyDelete