wallpaper

20130930

Ramlah mencari Ramli keluar diP2U

Assalamualikum....

Rasanya ingin MET melompat hingga ke bumbung sebab cerpen MET keluar di P2U  27hb.September 2013.  Alhamdulillah.....MET sedar pada 28hb. itupun along yang buka, waktu itu MET tengah sarapan pagi. Terimakasih pada anak-anak yang banyak membantu, tak lupa juga pada 'tuan tanah MET'.

Sebenarnya ada lagi  cerpen dan novel yang nak MET sisipkan dalam blok ini tapi

20130924

Malang Ada Di Mana-mana

Assalamualaikum..... Bukan sahaja bahagia ada dimana-mana, malang juga ada dimana-mana. Ia juga tidak berbau. Tidak kira masa dan tempat.Ada kalanya malang berlaku diitempat dan hari-hari yang biasa kita lakukan, ditempat kerja, ditempat awam dan ada kalanya dibilik mandi, malah ada yang berlaku dibilik tidur. Hari ini, MET nak ceritakan satu malang yang menimpa seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas. Tak kira apa pun tugas kita, ia tetap mempunyai risiko yang tersendiri samada bahaya ataupun tidak. Terlalu banyak pula 'repoter' yang tidak berbayar menyebabkan sesuatu cerita itu sukar untuk diperakui. Ditambah pula dengan berbagai spekulasi....

 SEHARI DI WARONG MENJUAL NASI LEMAK

Pelanggan 1 :   Nasi lemak 1. Bang,ada polis mati kena bunuh pagi tagi ek? kat kilang dalam tu.

Taukeh        :   Ha? bila? (Terpinga-pinga, dia tak tahu sebab warung ini baru sahaja dibuka).

Pelanggan 1 :   Kat kilang dalam tu pagi tadi, katanya ada polis mati kena tikam masa tangkap perompak.

 ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 Pelanggan 2 :   Bang, ada polis mati kena baling dengan batu

20130911

Adoi! minyak naik lagi

Assalamualaikum

Dah lama kita tak melabun. Bukannya apa saja melayan hati sebab minyak naik 20sen. Alah 20 sen aje, bukannya RM2, RM20, RM200, RM2000........
Bukannya mahal manapun bagi orang yang kaya, berduit dan berharta tapi penuh makna bagi orang marahen macam MET ni.

Ramai yang memberi pandangan serta pendapat tentang kenaikan harga minyak kali ini. Bagi para pelajar atau orang yang belum cukup dewasa (masih lagi makan minum dan segala keperluan mak bapak sediakan) tentunya tidak merasakan bebanan akan kenaikan harga tersebut. naiklah sehingga RM20 pun, kisah apa mereka! Dibawah ini ikutilah pandangan mereka  .....

si    A     :    Aku tak kisah MET, kereta aku pakai air kencing! (marahla tu!....) 

si    B     :    Alah, standartlah tu....dah berpuluh tahun macam tu.....lepas pilihanraa aje mesti                           minyak  naik harga.