wallpaper

20140611

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 28

Bab  28

Terdengar bunyi kokokan ayam sahut-sahutan menandakan hari hampir
siang. Durrah membuka matanya. Dia bermalasan di atas katil lebih-lebih lagi dalam pelukan suaminya yang menyalurkan kehangatan. Dalam dingin pagi sebegini, dia ingin selamanya berada dalam pelukan suaminya tetapi bila memikirkan yang dia sedang berada di rumah mertuanya, dengan perlahan dia mengalihkan tangan suaminya, segera dia mengeliatkan badannya dan perlahan dia bangun dan duduk  memandang  suaminya. 

Dalam cahaya suram, Durrah meneliti raut  wajah suaminya yang tidur dengan tenang disulami dengkuran kecil. Durrah tersenyum bila teringat peristiwa tadi malam. Walau dalam hatinya ada marah, namun belaian '
'dari suaminya tak mampu untuk dia sanggah. Siapa lagi yang di harap untuk mencurah kasih kalau bukan dari suaminya sendiri.

Dalam malas,dia mencapai tuala mandi dan berlalu ke bilik air, mandi dan berwuduk. Subuh hamper ke penghujung.

“Bang bangun, bang….subuh dah nak habis”. Durrah menggongcang badan suaminya.

“Huh”. Dengusnya, marah kerana tidurnya diganggu.

Durrah ke dapur membantu emak mertuanya menyediakan sarapan.

“Kamu dah kejutkan Johan tu Arrah? Dia kata nak balik pagi ni. Pukul berapa dia nak balik?”. Soalan dari mak mertuanya tak mampu untuk Durrah jawab.

“Arrah dah kejutkan abang tapi tak tahu pula pukul berapa abang nak balik”. Manalah dia tahu, suaminya membuat keputusan sendiri tanpa berbincang dengannya. Hatinya mengerutu sendiri dengan tindakan Johan.

‘Nak balik cepat nak jumpa betina tulah’. Dia bersungut sendirian.

“Biarlah  mak, abang biasanya tahu kerja dia….”.Durrah tersenyum sendiri. Fikiran nakalnya datang.

‘Biar lambat dia bangun, biar balik lambat. Padan dengan muka dia’. Tangannya lincah membancuh air teh.

“Bukannya apa, Johan tu biasanya bila tidur kat kampung ni, kalau tak dikejutkan maaunya sampai tengaharilah jawabnya dia tu bangun”. Cikgu Jarrah mula membebel.

“Biarlah mak, nanti kalau dikejutkan lagi takut abang  marah pula, biarlah  abang  tu”. Sengaja Durrah mencari alasan. Biarlah Johan bangun lewat, tentunya ‘dating’  Johan nanti akan ‘cancel’.

“Johan tu selalu marah Arrah ke?”. Dahi cikgu Jarrah dikerutkan. Durrah serbasalah.

“Tak adalah selalu, alah macam Jasmin kata dulu, abang tukan berangin…”.Durrah ketawa kecil bagi menutup rasa bersalahnya kerana mengutuk suaminya sendiri. Cikgu Jarrah tersengeh.

“Orang lelaki ni memang banyak anginnya Arrah, macam ayah kamu tu, Nampak aje dia tu pendiam tapi bila tiba anginnya sampai, kalah putting beliung dibuatnya.” Menantu dan mertua sama ketawa kerana dapat mengutuk suami sendiri.

“Apa juga yang diketawakan dua beranak ni. Sarapannya dah siap belum? Saya ni nak keluar. Kalau belum siap, saya makan kat kedai Tijah ajelah”.Cikgu Jarrah mengherotkan bibirnya. Durrah ketawa melihat gelagat kedua mertuanya.

“Dahlah Arrah, mari kita sarapan, ayah kamu tu nak ke pekan”. Cikgu Jarrah menarik kerusi lalu duduk di sebelah suaminya. Durrah menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan mertuanya.

“Mana Johan? Belum bangun tidur lagi? Dia kata nak balik pagi ni, pukul berapa dia nak balik? Kenapa tak dikejutkannya lagi?”. Banyak pula soalan dari cikgu Jusoh.

“Biarlah dia, letih lagi agaknya, kalau si  Arrah kejutkan dia tu nanti dia marah pula lagipun taulah dia tu nak balik pukul berapa”. Jawapan dari cikgu Jarrah telah meyelamatkan Durrah. Dia diam tidak berkutik.

“Letih? Dia buat apa malam tadi?, dia melepak ke pekan ke?”. Durrah tersipu-sipu bila medengar kata-kata dari ayah mertuanya. Dia menundukkan wajahnya mengadap pinggan sambil menguis-nguis nasi goreng.

“His, apalah awak ni….”.  Tegur cikgu Jarrah bila dia melihat muka Durrah mula memerah. Kasihan pula dia melihat muka menantunya itu. Cikgu Jusoh tercengang-cengang bila di tegur oleh isterinya.

‘Patutlah letih benor, ada kerja  malam tadi rupanya.’ Kata hati cikgu Jarrah. Dia tersenyum sendiri. Matanya melirik rambut Durrah yang nampak basah dan muka Durrah yag masih lagi menunduk mengadap nasi goreng. Telatahnya menjadi perhatian cikgu Jusof. Mata mereka bertentangan. Cikgu Jarrah senyum simpul bila memikirkan alangkah baiknya jika  Johan dan Arrah di kurniakan anak.

Mereka hanya bertiga mengadap sarapan pagi. Sambil makan mereka berbual. Cikgu Jarrah yang banyak bercakap itu dan ini. Durrah hanya mendengar, sekali-sekala menjawab mana yang perlu.

“Sebelum balik KL, ajak Johan singgah dahulu ke rumah mak kamu tu Arrah”. Peringatan dari cikgu Jusoh sebelum dia ke pekan.

“Baik ayah”. Durrah  tidak pasti samada Johan akan membawanya  berjumpa dengan emaknya ataupun tidak.  Sebelum tidur malam tadi dia telah meragka rancangan di dalam hati, yang dia akan pergi sendirian ke rumah emaknya sekiranya Johan terpaksa balik segera ke KL. Durrah merancang untuk mengambil cuti kecemasan.

Durrah membantu emaknya mengemas dapur dan didalam rumah.

“Dah pukul 10.00am, Johan tak bangun lagi Arrah?, baik kamu pergi kejutkan dia, nanti tak sempat nak singgah kat rumah mak kamu tu”. Durrah bergegas ke bilik.

“Bang, bangun, hari dah siang”.

“Huh!”

“Abang kata nak balik pagi, ini dah pukul 10.00am” Durrah megingatkan suaminya.

“Ha? Dah pukul 10.00am?kenapa tak kejutkan abang?’. Johan bingkas bangun.

‘Ewah! Aku pula nak disalahkan?’ Durrah membesarkan matanya.

“Dari subuh tadi Arrah dah kejutkan abang tapi abang tu yang tak bangun-bangun, tidur macam orang kena tembak aje….”Durrah membela diri.Dia menjeling Johan yang masih lagi sempat mengeliat di atas katil.

‘Aku yang kena tembak ni pun boleh bangun awal sempatlah sembahyang subuh. Padan dengan muka, itu pun mak yang suruh kejutkan, kalau ikutkan hati ni, abang tidurlah sampai malam pun lagi bagus’. Durrah mengutuk suaminya sendiri didalam hati. Marah punya pasal!.

Durrah mengekek ketawa bila dia melihat  Johan bagaikan ‘bapak toyol’ berlari ke bilik air sambil menjinjing tuala. Durrah melepaskan nafas panjang. Dia pula baring dan bermalasan di atas katil. Dia memeluk bantal peluk. Patut pun Johan tak sedar sudah pukul 10.00am kerana keadaan didalam bilik ini masih sejuk dan masih gelap kerana di litupi dengan kain langsir yang tebal  dan tidak dapat dicerobohi oleh cahaya matahari.

“Eh! Kenapa tak siap lagi? Cepatlah abang dah terlambat dah ni”. Gesaan dari Johan membuatkan Durrah pun jadi kelam kabut berkemas dan menyiapkan diri.
Selepas bersarapan pagi, mereka mula bergerak dari rumah cikgu Jarrah bila jam menunjukkan pukul 11.00 am.

“Singgah dulu rumah mertua kau dulu Johan”. Cikgu Jarrah mengingatkan anaknya. Durrah terseyum senang hati kerana dia dapat berjumpa dengan emaknya.

“Kita singgah rumah mak sekejap aje ye Arrah,  takut tak sempat pula appoiment abang petang ni”. Durrah menjeling suaminya.

‘Kalau kat rumah emak dia boleh pula berlama sampai bermalam, kalau rumah mak aku….kalau macam ni, mana nak sempat suruh mak masak sambal tumis ikan bilis. Lecehlah dia ni…’

“Kalau macam tu, abang hantar aje Arrah kat rumah mak, lepas tu abang pergilah balik sorang  ke KL, petang nanti atau esok petang Arrah baliklah sendiri naik bas”. Durrah memberi cadangan. Dia tak puas hati bila sekejap sahaja dia dapat berjumpa dengan emaknya.

“Eh! Tak payahlah macam tu, bahaya. Kalau apa-apa hal berlaku nanti susah, abang bimbang”. Johan tidak bersetuju.

‘Nak bimbang apanya? Macamlah aku ni tak pernah naik bas. Lagi pun siapalah yang nak colek aku ni….’. Durrah hanya menjawab didalam hati. Dia memasamkan mukanya sebagai tanda protes.

Perlahan Johan mencapai tangan Durrah. “Nanti ada masa kita balik lagi tidur rumah mak Arrah pula ok? Hari ini abang betul-betul ada hal”. Kata Johan dengan lembut memujuk isterinya. Sememangnya dia punya appoiment yang penting petang nanti.

‘Nak pujuk akulah tu, saja tanam tebu di tepi bibir, bila dia ada masa untuk aku? Masanya banyak dihabiskan  bersama dengan betina tu’.  Durrah mengesat air mata yang mula bertakung dimatanya bimbang jika dilihat oleh emaknya, nanti apa pula katanya nanti.

Johan sempat melirik pada isterinya. Dia rasa bersalah, tapi apakan  dayanya, dia semakin sibuk sejak kebelakangan ini. Banyak perkara yang  memerlukan perhatiannya.

“Mak  sihat?”. Durrah memeluk emaknya. Memberikan ciuman di pipi kiri dan kanan.

“Sihat Alhamdulillah, kamu sihat?”. Durrah hanya menganggukkan kepalanya. Selepas Johan menyalami mertuanya, Durrah mengheret emaknya ke dapur.

“Arrah nak makan apa-apa? Nanti mak masakkan”. Kasih sayang seorang ibu tak pernah surut walaupun anaknya telah dewasa dan telah berumahtangga.

“Tak apalah mak, kami ni singgah sekejap aje, abang Johan ada kerja petang ni. Nanti bila abang Johan tak ada kerja, kami balik lagi”. Durrah memujuk hati emaknya dan hatinya sendiri sambil menyelongkar tudung saji.

“Wow! Ada sambal tumis ikan bilis, ni yang Arrah cari-cari ni. Arrah nak ambil sikit mak, nak bawa balik KL, boleh mak?”. Nampaknya tak adalah dia kempunan. Belum pun sempat emaknya menjawab, dia telah pun mengambil bekas plastik.

“Ambillah semua tu Arrah, kat rumah ni tak ada siapa yang nak makan, Cuma tinggal mak usu kau tu aje, sambal tu pun bukannya dia heran”. Apa lagi setelah dapat lampu hijau, dia pun mengaup semua sambal dari dalam mangkuk ke dalam bekas plastik, sedikit pun tak tertinggal. Emaknya hanya tersenyum melihat telatah anaknya. Sememangnya sambal tumis ikan bilis adalah makanan kegemaran Durrah. Letakkanlah dihadapannya ayam goreng, tak di pandangnya ayam itu, yang akan diambilnya nanti adalah sambal tumis, kecualilah ayam golek yang diletakkan dihadapannya. Sapan!  (Habis)

“Buatkan Johan air Arrah, dah lama dia tunggu kat depan”. Durrah hanya memerhati emaknya mengambil teko.

“Tak payahlah mak, dia baru lepas sarapan kat rumah mak dia”. Panjang muncung Durrah. Salmah hanya mengelengkan kepala,  melalui pengalaman, dia dapat menghidu  ada yang tak beres dalam hubungan mereka. Suara Durrah macam merajuk aje bila menyebut suaminya.

“Tu rumah dia, ni rumah kita, diakan tetamu. Jadi isteri ni kena banyak mengalah, kena banyak berbaik sangka. Kena banyak beransur…”.Durrah hanya menjuihkan bibirnya bila emaknya mula membebel. Durrah 
membawa sedulang air teh  yang telah dibancuhkan oleh emaknya ke ruang tamu.   

Dalam perjalanan masing-masing menyepikan diri melayan perasaan sendiri. Johan menjeling isterinya yang sedari tadi membuang pandangannya ke luar tingkap. Tiada sepatah kata pun  yang  keluar dari bibirnya. Johan hanya melepaskan keluhan kecil. Dia tahu sudah tentu isterinya merajuk kerana mereka hanya singgah sebentar sahaja dirumah mertuanya.

Isterinya hanya dapat berjumpa  sebantar sahaja dengan emaknya. Johan memarahi dirinya sendiri, sepatutnya dia bangun awal, dapatlah Durrah berlama sedikit dengan emaknya. Dia berazam akan mencari sedikit masa yang lain dan membawa Durrah bermalam di rumah mertuanya pula tetapi dia tak pasti kerana dia kesempitan waktu apatah lagi mereka akan mulakan beberapa projek baru. Johan bersyukur, sejak mereka berkahwin, dia mendapat beberapa projek yang tak disangka-sangka. 

‘Berkat  isteri dan anak’.Kata hati  Johan. Dia tersenyum. ‘Berkat doa dari isteriku’. Dia tahu setiap isteri yang bersembahyang tentunya tak akan lupa mendoakan untuk suaminya.

Johan menjeling lagi isterinya disebelah. Durrah masih lagi memandang ke luar. Kepalanya disandarkan, dia duduk mengiring. Johan tidak membenarkan Durrah balik sendirian esok kerana dia bimbang jika ada apa-apa hal berlaku pada isteri dan anaknya, dia akan menyesal tak sudah. Biarlah Durrah merajuk atau marah sekalipun dia tak kisah, yang dia kisahkan jika perkara yang tak diingini berlaku pada isterinya. Lebih-lebih lagi Durrah dalam keadaan berbadan dua. Namun, Johan lega kerana Durrah mengikut perintahnya walaupun tanpa rela, itu menandakan yang isterinya menghormatinya sebagai seorang suami.

Johan menjeling lagi isterinya disebelah. Tapi kali ini, matanya sempat singgah ke perut isterinya. Sukar untuk dia melihat perubahan di perut itu kerana usia kandungan isterinya masih awal lagi dan sekarang ini Durrah berbaju kurung. Johan melepaskan keluhan kecil. Dihatinya dia terlalu ingin membelai perut isterinya, melihat kandungan itu membesar setiap hari, tentunya seronok tapi entah bilalah hajatnya akan tercapai. Mujurlah dia berpeluang mengusap anaknya sewaktu Durrah tidur.

Sewaktu memberhentikan kereta sementara menanti lampu hijau, Johan memandang  lagi isterinya disebelah. Dia pelik kerana isterinya masih tidak berkutik sedari tadi. La…tidur rupanya. Dia membetulkan laras kerusi supaya isterinya selesa tidur disepanjang perjalanan mereka. Johan sempat melalukan sedikit ciuman dipipi. Dia cuba bersabar menghadapi kerenah orang mengandung.

‘Macamana orang yang mengandung sampai anak 12 ek?. Bagaimana suami dia ha?’. Johan ketawa sendiri. Isteri baru sekali mengandung anak pertama dah pening kepala, agaknya kalau sampai anak 12 orang maunya tercabut kepalanya. Johan menggaru kepalanya yang tak gatal sambil tersenyum. Hidup mesti berilmu. Dia membuat tekad didalam hati untuk menuntut ilmu tentang cara menghadapi orang mengandung, mungkin kawannya Zarul boleh membantu.

‘Tapi tiap kali isterinya mengandung, dia pun stress aku tengok’. Johan mengutuk sahabatnya Zarul di dalam hati.

‘emm….susah ni…’. Matanya melirik ke arah jam ditangan. Dia meningkatkan jarum meter keretanya. Dia tidak ingin terlepas apppoiment petang ini. Bukan senang nak buat appoiment baru. Jika tidak kerana appoimentnya dengan Datuk  Azlie, tak adalah dia kelam kabut. Ah! Orang kaya, hari minggu yang sepatutnya adalah hari bersama keluarga tapi sentiasa sibuk lagi dengan bisnes, macamlah tak cukup-cukup lagi harta yang ada.

‘Isi semua pasal Zarullah ni’. Johan mengutuk sahabatnya. Sebenarnya dia malas nak involved dengan company Datuk Azlie kerana takut jika terjadi hal yang tak diingini kerana Datuk Azlie adalah bekas mertuanya. Tapi Zarul tak setuju katanya bisnes dan keluarga tidak boleh dicampur adukkan. 

‘Iyalah tu!’.

Walaupun  Datuk Azlie  bekas mertuanya, tapi dia seorang yang profesional, dia tak pernah mencampur adukkan hal-hal peribadi dengan bisness. Kerapkali syarikat  Johan menjauhkan diri dari terlibat sama dalam projek  Datuk Azlie, tetapi orang suruhan Datuk Azlie tetap mencari mereka untuk bekerjasama. Menurut mereka, Datuk Azlie percayakan syarikat mereka kerana selama ini syarikat Johan dapat menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan sukses. Justeru itu tiada sebab untuk  Datuk  Azlie memberhentikan kerjasama antara mereka. 

Dan untuk kerjasama yang akan mereka laksanakan ini, adalah urusniaga mega, Datuk Azlie sendiri yang akan ‘pump in’ modal yang besar untuk mereka. Sebenarnya Johan tidak begitu selesa dengan projek baru ini tapi Zarul yang beriya-iya kerana keuntungan yang bakal mereka perolehi nanti sungguh lumayan.    

“Arrah nak beli makanan?, kalau nak nanti abang beli bungkus”. Masa terlalu suntuk untuk mereka berhenti makan. Dia bimbang isterinya kelaparan kerana telah melewati waktu makan tengahari.

“Tak apalah, Arrah ada bawa sambal emak, nanti kat rumah Arrah masak nasi, kat dalam peti ais tu ada lagi sayur nanti Arrah gorenglah”. Johan tahu isterinya berjauh hati. Perlahan dia mengapai jari jemari Durrah.

“I’M sorry ok?, nanti abang akan cuba balik awal”. Itu janjinya. Durrah hanya menganggukkan kepalanya. Terpaksa mengalah. Teringat akan pesan emaknya, seorang isteri mesti banyak mengalah, banyak bertolak ansur dan mesti berbaik sangka. Dia mesti berbaik sangka terhadap suaminya walaupun dia tahu akan perkara sebenarnya yang Johan hendak bertemu dengan jandanya bukannya rakan bisnesnya. Mungkin juga jandanya itu rakan bisnesnya?....



No comments:

Post a Comment