wallpaper

20140206

e-Novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 6

Bab 6


 Seawal pagi Durrah dan emaknya ke rumah cikgu Jarah menaiki motosikal buruk peninggalan arwah ayahnya. Kendurinya akan diadakan waktu tengahari. Sempatlah mereka menolong apa yang patut. Besar juga kendurinya, ialah cikgu Jarah memang ramai kenalan. Durrah ke ruang tengah rumah melihat ‘orang baru’. Comelnya baby. Dia turut menyelitkan ‘angpau’ buat orang baru, pesan dari emaknya.

“Comelnya baby ni, siapa namanya kak Min?”. Durrah mencuit-cuit pipi pipi yang mongel itu. Geramya……

“Nurul Jannah”. Jawab Jasmin.

 “Eeee……sedapnya nama. Maksudnya syurgakan?”. Durrah mencium dan mengomel pipi yang mongel itu lagi.

 “Arrah bila lagi”. Jasmin menaikkan keningnya memandang Durrah dengan pertanyaan.

 “Hai….Arrah ni anak tekak adalah”. Ketawa Durrah menutup malu.

“Jangan tunggu lama-lama lagi Arrah, tahap kesuburan kita semakin berkurangan bila usia semakin meningkat”. Jasmin dengan ikhlas mengingatkan Durrah.

 “Orang macam Arrah ni siapalah yang nak kak.”.Sayu aje Durrah merendah diri.

“Akak rekemenkan nak tak?, tapi dia ni duda”. Jasmin membaling mata pancing mana tahu kot-kot ada rezeki mengena.

“Dah jangan cari pasal”. Terbeliak mata Durrah . Dia menepok lengan Jasmin lalu ke dapur membantu mana yang patut.

"Sudahlah tu Arrah, tinggalkan aje pinggan mangkuk tu, nanti dia orang basuh. Kamu pergilah makan”. Suara cikgu Jarah memberhentikan sesi mesyuarat tak rasmi di tempat membasuh pinggan mengkuk.

 “Arrah dah makan dah tadi.” Balas Durrah

"Arrah ni bukan main lagi rajin, boleh buat menantu. Sayang nek Som tak ada anak bujang.” Nek Som menghantar pinggan makannya ke dapur untuk di cuci mula berbicara.

 “Pulak tak ada anak bujang, tu Hj.Kasim tu kan anak bujang nek Som?”. Suara kak Limah yang sedang membilas pinggan mangkuk di sambut dengan gelak ketawa oleh para ahli siding mesyuarat tak rasmi.

 “Itu nak aniaye si Arrah ni, si Kasim tu dah bercucu, anaknya si Zikri tu agaknya sama baya dengan si Arah ni”. Hj.Kasim adalah anak sulung nek Som. Dia kematian isterinya tahun lepas. Anaknya si Zikri tu sebaya dengan Durrah. Si Zikri tu pun dah ada 2 orang anak.

'Tak pasal-pasal dapat gelaan nenek muda/nek de, kalau dapat gelaran datin, tak apalah juga’. Omel Durrah dalam hatinya.

 “Mana si Johan dari tadi tak Nampak batang hidungnya. Kamu tak suruh dia balik ke Jarah?. Dah lama aku tak jumpa dengan budak bertuah tu.”Nek Som bertanya sambil kepalanya berrpusing-pusing mencari kelibat Johan. Sampai habis kenduri kelibat Johan tidak kelihatan. Durrah juga memasang telinga dan melirikkan matanya. Ingin juga dia melihat seraut wajah yang empunya nama.

 “Anak bertuah tu, kalau orang pesan dia balik malam, pagi esok baru dia sampai, kalau suruh balik pagi, petang nanti baru terjengul agaknya. Kalau ditanya keja katanya, hari-hari minggu macam ni pun kerja macamlah hidup 1,000 tahun tak habis-habis mengumpul harta tapi tak kaya-kaya juga penyudahnya bini tinggalkan dia.”Cikgu Jarah melepaskann geram terhadap Johan pada nek Som kerana cikgu Jarah tahu Johan itu adalah buah hati orang tua itu.

“Bini si Johan tu dah kawin lain ke?”. Menyebok lah pulak mak cik Senah ni.

 “Orang cantik Senah, belum lagi di ceraikan Johan, dah ada orang tunggu. Kata Johan Azreen sekarang ni ada di England ikut suaminya . suaminya yang baru tu mat saleh”. Masing-masing terlopong mendengar cikgu Jarah membebel. Durrah menadah telinga turut sibuk mendengar . Kasihan juga dia pada Johan, semoga selepas ini Johan akan bertemu dengan perempuan yang lebih baik. Doanya di dalam hati.

Durrah meninggalkan rumah cikgu Jarah selepas zohor.


 Johan tiba di kampung lewat petang. Dia turut mencium dan mengomol pipi montel anak saudaranya. Jasmin hanya tersenyum melihat abangnya terbongkok-bongkok mengerjakan Jannah. Johan tidak berani mengangkat Jannah.

“Emmmm….sayang, pakngah beri duit aje”. Johan menyelitkan not RM100 di bawah bantal Jannah.

 “Kamu tu bila lagi Johan?. Tulah siapa suruh balik lambat? Tadi banyak anak ayam kampung yang comel-comel.”. Johan hanya tersengeh mendengar celoteh nek Som. Nek Som memang sayang pada Johan, sedari kecil lagi pada nek Somlah tempat dia menempel kalau kena pukul dengan ayahnya.

 “Alah, abang Johan tu mana suka ayam kampung nek? Dia suka ayam Bandar”. Jasmin menyindir.

“Tulah kamu tak tahu, ayam kampunglah yang berkhasiat, kalau orang berubat pun dia cari ayam kampung. Ayam Bandar harap aje gemok tapi berpenyakit.” Nek Som berjeda.

 “Ayam kampung liatlah nek, patah gigi kalau makan”. Johan saja menyakat nek Som lalu memeluk orang tua itu.

 “Budak bertuah ni kalau aku cakap ada saje jawapnya.” Nek Som menepuk kepala Johan. Johan hanya ketawa.

“Mak suruh kau balik lepas subuh, lepas asar baru kau terjengul ye Johan?”. Johan berpaling. Tersengeh lalu mencium tangan emaknya.

“Baik juga lepas Asar, ingat nak balik lepas magrib, takut mak marah pulak nanti”. Cikgu Jarah hanya mampu menahan marah. Johan memang macam tu, sepatah yang emaknya cakap, 10 patah dia jawab.

“Dah pergi ke dapur makan”. Cikgu Jarah hanya mampu memandang Johan berlalu ke dapur. Benar kata orang, orang yang paling kita sayang adalah orang yang akan selalu menyakiti hati kita. Sememangnya sayang cikgu Jarah terhadap Johan melebihi sayangnya pada anak bongsunya dan juga anak-anak yang lain. Sedangkan Johanlah anak yang selalu memberi masalah. Sedari kecil Johan menghadapi masalah kesihatan. Sakit kuning, asmah di tambah lagi kenakalan dan kedegilannya, cikgu Jusoh pun ada kalanya hilang sabar dibuatnya. Johan jugalah yang telah menjatuhkan maruah mereka sekeluarga dahulu.


 Johan melintas lalu dihadapan kedua orang tuanya. Dia ingin segera ke pekan. Melepak atau pun buatlah apa-apa yang patut di luar, asalkan dapat melarikan diri dari soalan-soalan maut orang tuanya.

“Kau nak ke mana tu Johan?”. Johan berhenti melangkah. Dia berpaling.

 “Ke pekan sekejap ayah”. Johan teragak-agak menjawab.

 “Apa juga yang kau nak cari malam-malam macam ni. Sekali-sekala kau balik, cuba-cubalah duduk di rumah. Duduk sini ayah nak cakap”. Terpaksa Johan naik semula ke anjung rumah di mana kedua orang tuanya sedang duduk bersantai. Walaupun telah berusia dewasa, dia masih lagi patuh pada arahan ayahnya. Bukan kerana takut tetapi kerana rasa hormatnya pada ayahnya.

 “Lama kau cuti Johan?”. Cikgu Jarah mula membuka mulut sewaktu punggung Johan mencecah kerusi yang berada di situ. Mereka duduk bersantai sambil menghirup udara malam.

 “Besok pagi Johan balik mak, ada kerja sikit”. Johan sebenarnya bukan tidak mahu tinggal berlama di kampung, Cuma dia tidak selesa bila emaknya asyik bertanya dia tentang Jodoh.

 “Kau macam tak suka aje nak tengok muka mak, pagi mak suruh kau balik, petang baru kau sampai. Bila dah ada kat rumah, sekejap aje kau dah hilang ke pekan, macam tak suka aje nak tengok muka kami ni. Agaknya esok-esok kalau mak nak mati tak dapatlah rasanya mak nak jumpa kau, asyik sibuk dengan kerja dan hal-hal kau aje.” Lirih suruh cikgu Jarah membuatkan hati sesiapa yang mendengarnya terasa sayu. Cikgu Jusoh menoleh memandang isterinya. Terhenti seketika tumpuannya dari mengadap sarat khabar. Lain pula perangai isterinya malam ini.

 “Tak baik mak cakap macam tu”. Johan menarik nafas panjang. dia terasa lain pula emaknya malam ini. Selalu emaknya akan berleterkan dia, ada saja yang tak kena.

 “Emak ni dah tua Johan, entah esok entah lusa mak ni akan mati. Tapi sebelum mak mati, mak nak tengok kau kahwin biar hidup kau terjaga dan ada teman hidup macam orang lain juga. Carilah siapa pun yang kau pilih mak tetap terima. Mak kenal kamu siapa, memang perempuan di Kuala Lumpur tu kau boleh beli dengan duit walaupun kau tak kahwininya. Mak tak mahu kau buat dosa, cukuplah sekalli dulu kau malukan mak.” Cikgu jarah mengesat air matanya . dia bangun menuju ke dapur. Johan hanya terlopong memandang emaknya.

 “Carilah isteri Johan, di KL tu ramai perempuan. Carilah perempuan yang baik supaya kita selamat dunia dan di akhirat. Kami terima siapa sahaja pilihan kamu. Seperti kata emak kamu, ajal dan maut di tangan tuhan. Minggu lepas emak kamu jatuh pengsan dalam bilik air. Masa tu baik ayah ada di rumah. Tekanan darahnya naik mendadak. Doktor kata dia ‘streas’. Dia mungkin risaukan kamu. Kamu tahulah emak kamu tu walaupun dia suka berleter tapi kalau dia ada masalah bukannya dia nak bercerita dengan ayah”. Cerita dari ayahnya membuatkan Johan rasa serba –salah. Dia menarik nafas panjang. Memang dia akui dalam kalangan adik beradik, dialah yang selalu menimbulkan masalah.

 Johan melabuhkan badannyadi atas katil. Menelentang mengadap siling. Fikirannya menerawang. Permintaan dari emak dan ayahnya mengusutkan fikirannya. Siapakah perempuan itu? .Lebih-lebih lagi seorang perempuan yang baik sedangkan dia sendiri akui, dirinya tidaklah sebaik mana pun. Siapa perempuan yang layak untuk di jadikan isterinya. Seorang perempuan yang boleh menemaninya di kala susah mahu pun senang.

Pengalaman hidupnya bersama Azreen banyak mengajarnya erti hidup. Tanpa harta hidup akan di pandang hina. Isteri sendiri berpaling tadah bila dia tidak punyai wang dan harta. Tapi ada juga orang yang miskin tetap bahagia bersama isteri dan anak-anak hingga hujung usia. Alangkah bertuahnya mereka. Di mana dia boleh mendapatkan isteri yang begitu, akan tetap mengasihi sang suami dalam senang mahu pun susah.

Pada Juita? ‘Ah! Perempuan penipu tu?’. Degus Johan. Masih ada marah di hatinya. Perempuan – perempuan di KL memang mudah untuk di jadikan bini, cakap saja pada Robert perempuan jenis apa yang dia mahu. Yang putih, yang kelabu, yang pejal, yang gebu, yang hitam manis, yang merah jambu. Bermata bulat, mata sepet atau bermata kuyu dan sekarang ni ada yang bermata hijau, semuanya ada cuma bayar aje.

Johan mengeluh lagi. Memang emaknya mengenali dirinya . Dia juga yang mencontengkan arang di muka orang tuanya. Betapa malunya mereka sewaktu dia di tangkap khalwat di apartment sewaannya bersama Azreen. Dia lupa Amerika tak sama dengan Malaysia. Di Amerika dia boleh tinggal serumah dengan Azreen tetapi tidak di Malaysia. Di Amerika bukan sahaja tinggal serumah malahan sebantal sekalipun tidak ada siapa pun yang peduli. Johan hanya menundukkdn kepalanya sewaktu emaknya mengamuk.

“ini yang kau belajar di Amerika ye Johan? Mana peginya ilmu agama yang sedari kecil aku tanamkan dalam hati kau? Mana perginya iman kau Johan? Kalau dah kemaruk sangat kau nak kahwin kenapa tak beritahu aku? Aku sanggup gadaikan tanah aku dari tengok kau gadaikan maruah aku!” Bentak emaknya.

Waktu itu memang emaknya benar-benar marah. Banyak airmatanya yang tumpah. Bila di kenangkan , dia berasa amat malu dan bersalah pada tuhan, keluarga dan diri sendiri. Mujur juga Dato’ Azlie orang yang berpengaruh. Cerita mereka di tangkap khalwat dapat di tutup tanpa di lepakan di dada akhbar. Untuk menutup malu, mereka terpaksa di kahwinkan walaupun ketika itu Johan baru 3 bulan pulang ke Malaysia dan baru hendak membina kerjaya.

 Rupa-rupanya rumahtangga yang di bina berlandaskan nafsu tidak kemana . Roboh jua rumahtangganya walaupun sudah menjangkau 10 tahun. Johan menarik nafas yang lebih panjang, Permintaan dari emaknya menyusutkan kepala, tiba-tiba terlintas di fikirannya .

'Aku akan serahkan sahaja jodoh ini kepada emak. Mungkin berkat dari emak. aku akan dapat jodoh yang baik. Orang dulu-dulu kahwin tanpa cinta pun boleh bahagia hingga akhir hayat. Kalau kecundang lagi nanti, tak adalah aku yang akan di salahkan. Aku akan kata, itukan menantu pilihan mak?’. Johan tersenyum simpul dengan ideanya yang nakal itu.


 “Tambah nasigoreng  lagi Johan”. Cikgu Jarah menghulurkan mangkuk tambah di hadapan Johan tetapi Johan hanya mengelengkan kepalanya.

 “Dah kenyang mak”. Katanya. Dia memandang emaknya yang baru melabuhkan punggungnya di hadapannya.

“Mak Nampak tak berapa sihat Johan tengok. Johan hantar mak ke klinik dulu sebelum Johan balik KL ye?”. Risau dia melihat emaknya . Lemah sahaja lagaknya.

 “Tak apalah Johan, nanti terlambat pula kau tu nak pergi kerja”. Ada nada rajuk pada suara itu.

 “Tak apalah makn, nanti Johan telephon dia orang beritahu yang Johan lambat sikit.” Dia ingin menghulurkan bantuan buat emaknya.

“Tak payahlah, ubat mak tu masih ada lagi. Banyak-banyak ubat pun kalau nak mati, mati juga”. Lirih suara cikgu Jarah.

“Mak janganlah mati dulu, mak kata nak tunggu Johan kahwin”. Nak buat lawaklah tu.

 “Nampaknya tak dapatlah mak tengok kau kahwin Johan, kalau mak mati nanti pandai-pandailah kau. Senanglah hati kau sebab tak ada siapa yang nak bebelkan kau”. Merajuklah pulak orang tua ni. Johan jadi serba salah. Cikgu Jusoh dan ahli keluarga yang lain hanya mematungkan diri makan dengan penuh berselera. Mungkin juga ingin memberi ruang untuk Johan dan cikgu Jarah berbalas kata.

 “Sebenarnya Johan tak ada calon isteri lagi mak. Memang kadang kala bosan juga ke sana ke mari seorang diri. Cemburu juga bila tengok orang lain ada isteri dan anak-anak. Kalau mak ada calon untuk Johan, mak pinangkanlah. Insyaallah Johan akan terima.” Cikgu Jarah dan ahli keluarga yang lain tercengang memandang muka Johan bagaikan tidak percaya.

 “Mak takut nanti tak kena dengan selera kau.” Bimbang nanti Johan tak setuju dengan cadangannya.

“Macam nek Som kata, ayam Bandar tu banyak penyakit, apa salahnya cuba pula ayam kampung kan lebih berkhasiat”. Semua ketawa mendengar jenaka dari Johan. Teringat mereka akan kata-kata dari nek Som semalam. Cikgu Jarah tersenyum lebar. Jeratnya mengena.!

“Insyaallah, nanti mak dan ayah carikan perempuan yang baik untuk kau. Jangan pula bila dah semuanya berjalan dengan lancar, kau pula yang tak mahu, nanti aku bunuh kau.” Semua ketawa mendengar ugutan dari cikgu Jarah. Cikgu Jusoh hanya tersenyum mendengar bicara dua beranak itu. Cikgu Jarah tersenyum lebar.

Hanya Jasmin yang bimbang, entah siapalah yang bakal di pagutkan dengan abangnya. Dia bimbang tidak kena dengan selera abangnya. Dia tahu abangnya berselera tinggi. Terlintas di fikirannya nama seseorang.

No comments:

Post a Comment