wallpaper

20140702

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 37


Bab 37

Mereka pulang kerumah. Ke rumah yang menyimpan seribu satu cerita cinta mereka. Pertama yang Durrah buat adalah membelek pokok bunganya.

“Ya Allah bang, kenapa pokok bunga Arrah banyak yang mati, abang tak tolong siram ek? Sayangnya ….” Durrah mula membebel.

“Pokok tu rindukan Arrah, sebab tu dia mati. Nasib baik abang pun tak terima nasib yang sama tau”. Usik Johan. Durrah pula mencuihkan bibirnya tapi dia juga tersenyum mendengar usikan Johan itu.

“Ini bukan mati beragan tapi dia mati kehausan”. Johan tersengeh mendengar bicara isterinya.

“Tak apalah, nanti kita pergi beli bunga baru”. Durrah memasamkan mukanya bila mendengar janji dari suaminya itu.

“O.klah, tapi
Arrah nak beli kat Cameroon”. Ugut Durrah. Johan membeliakkan matanya.

“O.klah, malam ni kita pergi pasar malam, bungan yang mereka jual tu pun dari Cameroon juga”. Pujuk Johan. Durrah memukul Johan. Johan ketawa.

“Sebenarnya abang terletak lebih cube ais, tu yang terus mati”.

“Apa?”. Terbeliak mata Durrah bagaikan tidak percaya.

“Tak apalah sayang, nanti kita pergi lagi kat Cameron tu, kita borong satu lori….”.

“Iyelaah tu…..”Muncung Durrah panjang sedepa
Sewaktu mereka bersenggang dikamar. Mereka berkongsi semula cerita, kisah  mereka. Selama mereka terpisah, sama-sama menanggung sengsara. Alangkah bodohnya mereka rasakan.

“Arrah sayang abang tak? Ingat abang tak masa abang tak ada?” Soal Johan.

“Sayang, mestilah Arrah ingat abang”. Durrah jujur menjawab.

“Kenapa Arrah sayang abang?”. Soalnya lagi.

“Sebab abang suami Arrah, kalau mamak cendol kat tepi jalan tu suami Arrah, tentu Arrah sayang dia”. Jawab Durrah mula merapu..Johan ketawa.

“Arrah ni loyar buruk betullah, baby, nanti jangan ikut loyar buruk mama”. Johan mengusap perut isterinya.

“Kenapa abang sayang Arrah?”. Durrah pula menyoal suaminya.

“Eh! Bila masa abang kata abang sayang  Arrah?. Johan mula menyakat isterinya. Satu cubitan dihadiahkan oleh Durrah.

“Aduh, dah malam pun ketam merayap lagi ye baby?”. Durrah tersengeh. Johan memberikan satu kucupan didahi.

“Abang sayang Arrah sebab Arrah ni istimewa. Ingat lagi tak apa ayah kata masa kita baru-baru kahwin dahulu? Kata ayah, isteri adalah amanah dari Allah dan isteri yang soleha adalah satu anugerah dari Allah dan lebih-lebih lagi Arrah akan jadi ibu kepada anak abang”.Johan menghadiahkan satu lagi kucupan dipipi isterinya.

“Terima kasih sayang”. Sambungnya lagi.

“Abang nak anak berapa orang?”. Johan mengangkat jari sepuluh.

“Ei….tamaknya…”. Johan tersengeh. Bila Durrah menyatakan kasihan kepada Johan kerana dia teruk kena alahan, tapi Johan menyatakan ianya berbaloi setelah lebih sepuluh tahun penantiannya.

“Kenapa Arrah tak bawa kereta?”

“Itu kereta abang, bukan kereta Arrah”.

“Arrah, abang beli kereta tu untuk Arrah, abang risau Arrah entah kemana-mana”.Tukas Johan.

“Kalau risau kenapa dah tiga minggu baru cari Arrah bukannya tiga hari?”.Soal Durrah lagi.

“Sayang, tiap-tiap hari abang cari Arrah tau, macam orang gila dibuatnya, semua tempat abang cari, sampaikan kat mesjid India pun abang  cari Arrah”. Durrah ketawa mengekek.

“Orang pergi masjid nak sembahyang bang,  bukannya cari orang hilang”. Kutuk Durrah

“Manalah tahu, kot-kot Arrah tidur kat masjid ke?”. Johan memicit hidung isterinya.

“Masa Arrah tak ada, abang rindu kat Arrah tak?” Sengaja Durrah ingin menduga hati suaminya.

“Rindu sangat. Biasalah  manusia Arrah, bila ada depan mata kita buat tak peduli aje tapi bila dah tak ada, mulalah tercari-cari bagai orang gila. Sampai hati Arrah ambil semua gambar kahwin kita, satu pun tak tinggal. Kan album gambar tu abang yang punya. Kenapa Arrah ambil?. Nasib baiklah ada sekeping gambar Arrah dalam  beg masa abang ke U.K. dahulu yang Arrah selitkan, dapat juga abang tatap setiap malam melepaskan rindu. Barulah abang tahu, sunyinya hidup dan rumah abang sejak Arrah tak ada. Lintang pukang rasanya hidup abang”. Durrah ketawakan suaminya. Hatinya kembang sekembang bunga matahari.

“Arrah sayang gambar-gambar tu, Arrah tak mahu nanti ada orang buang gambar tu dalam tong sampah. Abang tahu ek? Arrah ada selitkan gambar Arrah dalam beg abang?”. Johan menganggukkan kepalanya.

“Tahu, setiap malam abang tengok gambar Arrah sebelum tidur, apa yang Arrah tulis kat belakang tu ek?ee….yang abang ingat ‘di sini ada isteri yang menanti…”. Ucap Johan.

“Habis tu kenapa tak telepon masa abang kat U.K dulu?” Soal Durrah tak puas hati.

“Saja….”Durrah menghadiahkan satu lagi cubitan pada Johan kerana memberikan jawapan itu.

“Adoi!!  Hei ketam, balik tidurlah dah malam”. Mereka sama-sama ketawa. Johan memeluk erat isterinya dan menjatuhkan bibirnya didahi dan membisikkan kalimah cinta. Mereka hanyut dalam belaian asmara. Malam ini milik mereka berdua.


Berita gembira yang mereka miliki ingin dikongsikan bersama dengan keluarga yang lain. Johan sendiri yang menyampaikan berita gembira ini pada kelurganya di kampung. Apa lagi, bukan main suka cikgu Jarah. Solat syukur dia. Merah telinga Johan mendengar bebelan dari emaknya. Dalam keadaan ini Johan lebih menyifatkan itu sebagai nasihat dari orang yang berpengalaman.

“Tulah , mak dah agak dah yang Arrah tu mengandung, lain macam aje mak tengok dia. Kau tu jangan buat tak tentu aje dengan dia, jaga dia betul-betul. Jangan suruh dia buat kerja sangat, biarkan dia banyak berehat. Kerja berat-berat dan kerja rumah tu kau tolong buat sama. Jaga makan dan minum dia, jangan beri dia susah hati….”. Durrah hanya menutup mulutnya supaya ketawa mengekeknya tidak didengar oleh mertuanya. Gelihati dia melihat Johan mengangguk-anggukkan kepalanya sambil mendengar bebelan dari cikgu Jarah macamlah cikgu Jarah ada dihadapannya ketika ini.

“Arrah, kau jaga kesihatan kau baik-baik, kerja-kerja berat dan urusan rumah tangga tu suruh Johan tolong sama. Jaga makan kamu tu. Kalau nak makan apa-apa tu suruh Johan carikan, jangan sampai tak dapat nanti meleleh pula air liur budak tu”. Giliran Johan pula ketawa sambil menutup mulutnya bila melihat isterinya terangguk-anggukkan kepalanya bila mendengar tarbiah dari cikgu Jarah.

Seluruh keluarga Durrah dikampung juga turut diberitahu. Salmah menadah tangan bersyukur kepada Allah semuga dengan kelahiran anak ini akan mengikat kasih sayang antara Durrah dengan Johan.Semuga perhubungan mereka berdua berjalan dengan baik.  Dia juga turut gembira kerana bakal mendapat cucu pertama. Tidak berapa lagi dia akan bergelar nenek.

“Abang, Arrah nak makan sate kerang”. Em…mengidamlah tu.

“Tukar pada sate ayam boleh?”. Durrah mengelengkan kepalanya.

“Alah, kan sate juga…”sakat Johan lagi.

“Tak mahu, Arrah nak sate kerang juga”. Rengek Durrah. Meminta pada yang ada, merajuk pada yang kasih.

“Kat mana nak beli sate kerang?”. Johan bertanya. Dia tidak tahu dimana ada menjual sate kerang, kalau 
sate daging ataupun sate ayam dia tahulah, bersepah kat KL ni.

“Banyak, kat kedai BATA pun ada”. Johan tercengang. Dia melihat Durrah ketawa. Barulah dia sedar isterinya mengenakanya. Dia mencubit pipi Durrah. Geram kerana dirinya dipermainkan.

 

 


No comments:

Post a Comment