wallpaper

20160130

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA -Bab 64


Bab  64

Durrah hanya mendiamkan diri sambil memangku Juddin. Johan focus dengan pemanduan. Sekali-sekala tangannya meraba kaki Juddin yang terketik-ketik. Sesekali juga tangannya singgah ke jarijemari isterinya.

Durrah diam lagi. sebenarnya dia tidak begitu selesa bila Johan mengulit jari-jemarinya kerana dia rasakan jari-jemari Johan lebih lembut dari jarinya.dia malu!

“Tak ada kerja lain nak buat ek?”. Marah durrah. Johan hanya ketawa melihat reaksi isterinya. Mata yang kuyu itu sudah membulat bak bulan purnama. Johan akui yang jari-jemari Durrah tidak selembut jari-jemari Azreen. Jari-jemari Azreen halus dan lembut kerana ia sangat menitik beratkan tentang penjagaan dirinya dari hujung rambut sampai ke hujung kaki sehinggakan jari yang cantik itu tidak pernah membuatkan suaminya secawan kopi apatahlagi memasak didapur.

Apalah gunanya jari yang cantik itu jika ianya tidak mendatangkan

20160117

e-novel - KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 63


Bab 63

Durrah mengeluarkan barang-barang dari dalam plastic ke atas meja. Satu persatu barang-barang dapur dan barang mandian dibeleknya.

“Banyak barang kau beli?”. Tiba-tiba Rita menyapanya dari belakang. Tangannya turut membelek barangan yang berada di atas meja.

“Habis tu, nak masak satu apa pun tak ada”. Jawab Durrah selamba.

“Aku makan seorang, malas nak masak. Lebih senang dan jimat makan kat luar. Jimat wang dan masa. Kau pun tahu aku kan sibuk. Bagus juga kau ada, boleh jadi teman aku kat rumah ni, kalau tak tinggal aku sorang aje. Boring betul”. Kata Rita.

“Apalah kau ni, sekali sekala kenalah bagi makan suami hasil dari air tanagn kita. Suami kau tak marah ke aku tinggal lama kat sini?”. Bimbang juga di hati Durrah jika suami Rita tidak suka dia tinggal disisni. Entah kemana dia nak pergi lagi.

“Tak adalah. Wah, kau ni jadi duta barangan Faizah ke apa? Semua barangan Faizah kau beli, beras, kicap, tepung, sos, bihun, rempah ratus”. Ejek Rita, dia membelek barangan dapur keluaran syarikat Faizah. Yang dia tahu hanya beras dan rempah ratus sahaja, tak tahu pula ada barangan lain.

“Kalau kita tak sokong barangan dan keluaran orang kita, siapa lagi nak sokong?. Nak harapkan bangsa lain? Sorylah….paling senang kita tengok kat

20160110

Bila MET masuk UKM

agak terlambat untuk MET mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016, Dengan semangat dan azam yang baru. Azam tahun lepas dah terlaksana ke belum?

Ini n3 baru MET untuk tahun ini setelah sekian lama kita tak bersama dalam alam maya ini. Untuk peminat e-novel, insyaallah....akan MET postkan selepas ini.

Beberapa minggu yang sudah, dapat pula MET masuk UKM. Mungkin bagi orang lain, ia suatu yang biasa tapi tak bagi MET. ialah, MET ni mana pernah masuk Universiti, pijak tangga nek siti adalah....

Sememangnya auranya lain, walaupun MET hanya berpeluang berada di dewan gemilang untuk menghadiri majlis perkahwinan. dapatlah juga sambil lalu 'Kolej Rahim Kajai', hanya pernah dengar namanya sebelum ini dalam novel yang pernah di baca dulu..., ingatkan macam kolej biasa tapi rupanya tempat penginapan para siswa dan siswazah, uhawaaaa......

Sempat juga bersembahyang zohor di masjid situ, tengok wajah anak watan yang cerdik pandai membuatkan hati MET menjadi bangga, lalu MET berpesan pada anak anak, 'Berlajarlah pandai pandai wahai anak,