wallpaper

20140102

e-Novel - KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 1

Sinopsis

‘Selagi akal fikiranku masih waras, selagi itu aku akan tetap mencintaimu….’ 

Durrah, seorang anak yatim yang kematian ayahnya sewaktu dia dan adik-adiknya masih kecil. Kesusahan hidup menyebabkan dia menjadi gadis yang biasa dan sederhana. Jatuh cinta dengan teman sepengajian, memberikan sinar bahagia buat dirinya. Namun janji yang diikat dengan kata manis, terlerai sebelum sampai ke muara impian.

Sesekali, rasa rindu pada kasih yang lama muncul jua......."Kenapa abang Alan tinggalkan Arrah? abang dah tak waras ke??????????

Tiada dendam, hanya bertahun mengusung duka. Hadirnya Amar yang ingin merawatnya, namun ditolak dengan berhemah dengan alasan dia tidak mahu menghancurkan hati perempuan lain. Atas kasihan melihat si ibu yang terlebih risau dia tidak bersuami, diterima jua lamaran si duda, anak bekas guru sekolahnya yang bernama Johan.

Perkahwinan tanpa cinta diantara mereka. Keterpaksaan menerima semula bekas isteri Johan untk menyelamatkan syarikat suaminya. Salah sangka diantara mereka. Ketidakadilan Johan pada dirinya, madunya dengan hasad yang menggila, cemburu yang berantai.......

Segalanya menyenak di jiwa. Dengan sikap Durrah yang tak pandai meluahkan segala yang terbuku di hati, semuanya di tanggung sendiri. Hanya memendam luka di hati, bahagia yang diharap, entah dimana.

Keadaan semakin parah bila Amar muncul kembali. Siapa Juwita? siapa Juddin?Hati yang luka semakin parah. Mampukah Arrah hidup hanya memendam sebuah duka?????

Bab 1


Aku adalah insan yang tak punya
Cuma rasa cinta membara
Lalu tercipta rinduku padanya
Kerana cinta bahagia
Oh cinta berharga
Dari emas dan permata
Laluku bawa cinta di persada jiwa Sinar menyuluh gelita ……

Durrah hanyut dalam dunia hayalan ciptaannya. Betapa cinta boleh menerangi alam semesta dan betapa cinta juga boleh menjadikan dunianya menjadi gelita walaupun disiinari lampu neon di waktu malam dan sang mentari diwaktu siang. Betapa hebatnya panahan cinta yang ditinggalkan padanya, Luka masih lagi berdarah dan bernanah walaupun telah berlalu tetapi lukanya tidak pernah sembuh.Ubat apa yang paling mujarab ? Durrah masih lagi tercari-cari di manaakah boleh di perolehi plaster bagi menampal robekkan hatinya. Di farmasikah ? ,di kedai runcit kah ? ,di kedai Sin She kah ?, di tesco kah ? atau di hospital kah ? Aaaaaa…….hhhhhhh

‘Dumm!!! “Astagfirullahhalazim…” .Durra mengurut dada sambil beristigafar .Hilang segala Khayalannya. Dia menjeling bosnya yang duduk di meja mencari sesuatu. Serta- merta tangan Durrah terhenti dari menekan di papan kekunci komputer.

‘Pagi-pagi lagi dah berangin’ omel Durrah didalam hati.’ ‘Hai nasib badan, dapat bos yang berangin, harap-harap nanti janganlah dapat suami yang kepala angin. Lama-lama aku yang masuk angin.’ Omelnya lagi. Menyedari mungkin En.Jehan ingin bersendirian di biliknya, dengan perlahan Durrah bangun menuju ke pintu dan ingin keluar dan menangguhkan kerja-kerjanya. Sememangnya kerja –kerja ‘confidential’, Durrah terpaksa menggunakan komputer bosnya didalam bilik itu

“Shidey excident lewat petang semalam.” Kata En.Jehan. Serta- merta Durrah terhenti di muka pintu, ia memusingkan badannya mengadap En.Jehan.

“Shidey Line I”.Jawab En.Jehan. Durrah hanya melopong sambil membayangkan wajah Rashidy.

“Supervisor Line I ?” Soal Durrah lagi.

“Yup!” Jawab En.Jehan Seingat Durrah, baru beberapa hari lepas Rashidy telah datang berjumpa dengannya menghantar borang overtime (OT). Sempatlah juga Durrah mengusiknya kerana tak beberapa lama lagi dia akan jadi pengantin. Kiranya dia dalam berdarah manis, kata orang-orang tua. Durrah tersenyum pahit. Rashidy memang seorang supervisor yang baik dan rajin bekerja. OTnya sahaja melebihi gaji pokoknya. Mungkin dia tidak cukup rehat dan keletihan.

“Tiga jarinya putus”. Dengan selamba sahaja En.Jehan beritahu.

“Ha…….?” Durrah terperanjat
 matanya terbeliak dan mulutnya terlopong.

“Tutup mulut tu, nanti masuk lalat”. Kata En.Jehan sambil tersenyum melihat reaksi pembantunya. Sebenarnya itupun reaksinya bila mula diberitahu kepadanya oleh ketua jabatan malam tadi. Durrah masih lagi tercegat di muka pintu seolah-olah tidak percaya dengan cerita yang baru di sampaikan oleh ketuanya sebantar tadi.

“Cepat penuhkan borang laporan kemalangan dan segala surat- menyurat, I nak tengok dia di hospital”. Perintah En.Jehan. Durrah menganggukkan kepala dan berlalu ke mejanya untuk menyediakan segala report yang En.Jehan perlukan.

“Arrah’ betul ke Syidy excident ?” Tanya Anom kerani akaun yang memang busy body.

“Ya, …nanti cerita kemudian, Arrah nak siapkan report ini dulu sebelum dia angin satu badan.” Jawab Durrah tanpa memandang Anom.

“O.k lah” Jawab Anom. Dia berlalu pergi dan kembali ke tempat duduknya. Dia tahu dia telah mengganggu Durrah.

“I dah beritahu En.Yazid suruh dia potong kambing buat ‘samak’ tapi dia leka lagi. Bulan ini sahaja dah 3 orang excident dalm kilang ni, itu belum lagi budak-budak kita excident dekat luar”. Degus En.Jehan lalu mengambil report yang dihulurkan oleh Durrah.

“Itulah dah tiap-tiap tahun bagi hantu tu makan, lambat sikit aje, hantu tu dah mengamuk, habis budak-budak kita pun nak di makannya ye ?” En.Jehan hanya tersengeh mendengar sindiran Durrah itu.

“Alah, potong kambing tu pun, you juga yang tumpang makan, bukan hantu tu aje yang makan, you all semuanya jadi hantu sama.” Jawab En.Jehan selamba. Durrah ketawa. Memang pun, kalau kambing dah di potong, pihak syarikat akan mengadakan majlis doa selamat agar semua pekerja dan kakitangan di kilang ini akan dipelihara oleh ALLAH dari perkara-perkara yang buruk.

Tapi apa kaitannya potong kambing dengan hantu? Dan bolehkah kambing yang dikorban itu boleh di makan? Entahlah, Durrah sendiri tidak pasti. Bila melihat orang lain makan, Durrah pun tumpang sepinggan makan. Makan daging kambing masak kari! Sesekali terlintas jua dikepalanya.

‘Tak ke itu kurafat? Hai! Entahlah, aku pun bukannya pandai sangat dalam bab agama ni…..’ Bisik hati kecilnya.

 Dalam kesibukan, sempat juga Durrah memasang telinganya mendengar perihal kisah Syidy, dia hanya menyampuk mana yang dia tahu sahaja. Berbagai versi yang ada.Biasalah sesuatu cerita tanpa ditokok tambah mana nak sedap samalah juga dengan masakan, jika di tambah dengan perisa Ajinamoto kan lagi sodap….

Ah kemalangan!, bila-bila masa dan tempat boleh berlaku walaupun kita berhati-hati. Ada juga kemalangan yang berlaku disebabkan kecuaian sendiri ataupun kecuaaian orang lain. Tetapi kalau disebabkan oleh hantu yang ada di kilang ini, susah juga untuk dipercayai. Kalau percaya, kurafat namanya tapi kalau tak percaya pula, kemalangan dikilang ini banyak berlaku di bulan ini sehinggalah upacara ‘korban kambing’ dilaksanakan.

Macamlah hantu itu bagus sangat. Sepatutnya tradisi ini seharusnya diberhentikan. Kena ambil altinatif lain untuk ‘sekolahkan’ hantu –hantu itu. Penat memikirkan hal tersebut, kerja-kerja HR, Report traning dan pada minggu hadapan, Durrah akan sibuk dengan Payroll pula. Dan sekarang ini dia sibuk membuat preparation untuk Payroll, OT pekerja banyak yang tak update lagi. Itu belum termsuk OT yang diluluskan. Rekod kedatangan pun lintang pukang lagi. Payroll system yang baru ini memeningkan kepalanya. Belum serasi dengannya, banyak yang perlu difahami dan pelajari.

“Shah Jehan mana?”,. Soal En.Hamid, supervisor Line 2. Serta-merta lamunan Durrah terhenti lalu memandang En.Hamid dengan pandangan yang kosong.

“His, berangan aje anak dara ni…”Tukasnya lagi.

“Shah Jehan ada di Line 5 jumpa Mumtaznya”. Jawab Anom bagi pihak Durrah tanpa di minta. En.Hamid dan Durrah sama-sama ketawa dengan gurauan Anom.

“Entahlah pakcik Hamid, pagi tadi dia ke hospital jumpa Shidy sampai sekarang tak balik-balik lagi, bimbang juga Arrah kalau-kalau dia tumpang katil sebelah Shidy pulak.” Jawab Durra sambil tersenyum melirik. Dia membahasakan En.Hamid sebagai pakcik Hamid kerana En.Hamid merupakan orang lama dan orang yang paling tua di kilang ini dan tidak lama lagi En.Hamid akan pencen. Jadi YB lah dia.(Yang bersara)

‘Bos aku tu memang, orang yang empunya nama Jehan Shah Ezmit Emer itu memang kaki cengelat, suka mengulau, kalau tak ke mana-mana pasti dia di Line 5 jumpa buah hatinya. Mentang-mentanglah dia anak saudara taukeh kilang ini, EnYazaid General Manager tu pun tak berani nak tegur. Bak kata si Anom, kawinkan aje mereka tu….His, ini yang susahnya. Yang sengsaranya tentulah aku kalau si Jehan tu dah melekat kat Line 5, semua kerja nak dilonggokkan kat aku, aku, aku…..aku juga.Patut pun sebelum ini dah 3 orang pembantunya cabut lari sebelum aku. Kalaulah aku dapat kerja di tempat lain, aku pun nak berhenti. Hai…nasib-nasib.Agaknya sampai sampai mati beraganlah aku di sini.’ Keluh Durrah didalam hati.

Dia meluruskan kaki dan tangannya serta pinggangnya yang lenguh kerana penat duduk di hadapan komputer seharian. Sementara menanti waktu pulang, sempat juga dia memandang potret lama keluarganya di hujung sudut meja. Ada sendu dan rindu di hatinya. Gambarnya sekeluarga pada hari raya terakhir sebelum ayahnya meninggal dunia. Sewaktu itu dia berumur 10th., Nasir 7th,dan adiknya Asilah 3th. Ayahnya meninggal kerana serangan sakit jantung secara tiba-tiba.

Mungkin terlalu memikirkan perihal mak Usunya (Rahmah adik ayahnya). Selepas hari raya tahun itu sepatutnya Rahmah akan dinikahkan dengan tunangnya tetapi atas sebab yang sangat memalukan, pertunangan mereka terputus. Tiada siapa yang tahu ayah Durrah ada mengidap penyakit jantung.Mungkin kerana terlalu tertekan dengan apa yang berlaku,ayahnya pergi tanpa meninggalkan apa-apa pesan buat mereka.

Tinggallah Durrah bersama emak dan adik-adiknya yang masih kecil dan juga mak Usunya dirumah tua tinggalan arwah datuk dan neneknya.Hidup tanpa seorang ayah, memang susah, apatahlagi emaknya menjadi janda diawal usia 30an. Kata nista dan umpat keji orang tak usah cerita. Tetapi emaknya seorang yang tabah. Di waktu itu bukan mudah untuk meminta bantuan dari kerajaan seperti sekarang, Bermacam-macam birokrasi yang ada.

Akhirnya emak Durrah mengalah. Malu katanya asyik turun naik ke Bandar tapi habuk pun tak dapat. Kata emak Durrah lagi, “kita makan apa yang ada dan ikut kemampuan kita”. Alhamdulillah berkat usaha emaknya ke sawah dan menorah getah, dapatlah juga mereka hidup dan bersekolah. Mak Usunya banyak membantu, sehingga kini mak Usunya tidak berkahwin, lebih senang hidup sendiri katanya.

Durrah adik beradik tidak berpeluang untuk hidup senang seperti anak-anak orang lain yang mempunyai seorang ayah. Bila tiba cuti sekolah, mereka terpaksa membantu emaknya di kebun getah dan juga terpaksa turun ke sawah bila musin ke sawah. Kesusahan lebih menjadikan mereka semakin tabah menjalani kehidupan yang mencabar ini. Walaupun keputusan SPM Durrah tidak cemerlang tetapi dia masih mampu untuk ke IPTA.

Tetapi kata emaknya “Mak tak mampu untuk hantar Arrah ke sana, duit sedikit yang kita ada hanya cukup untuk kita makan dan persekolahan adik-adik”. Hanya airmata sedih yang mengalir dalam hatinya, tidak diluahkan dihadapan emaknya.

Dalam terpaksa dia bekerja di sebuah kilang sarung tangan yang jauhnya 10km dari rumahnya. Menjadi ‘minah kilang’ bukanlah impiannya. Dia bosan kerana dipaksa bekerja macam robot, dahlah supervisornya asyik marah-marah aje. Kerja shift pulak tu. Durrah rasa hidupnya tunggang-langgang dibuatnya dengan kerja shift yang tidak menentu, macam orang mabuk aje…bila ditengah malam bekerja tetapi disiang hari asyik membuta.

Di kilang, dia tidak mempunyai teman baik yang hampir sebaya dengannya kerana Durrah tidak begitu menggemari hidup sosial mereka. Yalah, masing-masing mempunyai  ‘balak’,(boyfriend) bila cuti sahaja mereka masing-masing ada agenda tersendiri dengan kekasih hati, berpeliseran kesana-kemari. Ada juga yang cuba ‘mengurat’ Durrah, tetapi dia tidak melayan , bimbang emaknya akan mengejarnya dengan penyapu jika dia berkelakuan seperti rakan-rakannya.

Penyudahnya, kawan Durrah terdiri dari kakak-kakak dan makcik-makcik yang dah berkahwin. Lagilah Durrah boring bila mereka asyik bercerita tentang masalah rumahtangga mereka. Tension betul! Ada pulak tu, seorang makcik yang berkenan dengan Durrah sehinggakan hendak menjadikan Durrah sebagai menantunya. Lagi haru!....

Setelah 2th. Bekerja, dia mendapat peluang melanjutkan pelajaran disebuah kolej yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

“Mak, Arrah nak mintak izin mak untuk sambung belajar, semua ditanggung oleh kerajaan melalui pinjaman JPA, jadi mak tak perlu susah, Arrah malaslah nak kerja kat kilang tu, boringlah……”. Emaknya tersenyum mendengar kata-kata Durrah. Emaknya faham akan hasrat hati anaknya itu.

Semenjak bekerja di kilang, ada 2 orang keluarga yang telah bertanyakan tentang Durrah untuk di jadikan menantu tetapi Durrah tidak mahu. ‘Umurku masih muda dan perjalanan hidupku masih jauh lagi’ bisik hatinya.

“Pergilah, jaga diri baik-baik dan belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan kanu sendiri”.Izin dari emaknya.

“Hurray…… Terima kasih mak” Durrah memeluk emak dan mencium pipi tua itu bertalu-talu. Emaknya hanya mengelengkan kepala gelihati dengan perangai Durrah.

“Kalau nak berangan nanti sambung bila balik rumah, cepat nanti bas tinggalkan kita”. Lamunan Durrah terhenti bila dikejutkan oleh suara Rita. His, dia ni tak bolehlah orang nak berangan sikit.

“Alah, tak mananya abang Leman tu nak tinggalkan kau, lambat macam mana pun dia mesti tunggu punya…”Jawab Durrah saja mengusik Rita. Rita mengangkat bahu sambil mencebikkan bibirnya.

“Cepatlah…”Gesa Rita.

 “O.k lah” Durrah segera mencapai beg tangannya lalu berlari ke mesin ‘punch-card'.



p/s     Ini hasil karya MET yang pertama sebelum Ramlah mencari Ramli dan sebagainya.....
Terimakasih pada anak-anak,Mariam dan http://afiqahadzan.blogspot.com/ kerana banyak membantu. terimakasih juga kepada awak yang sudi membaca dan memberikan komen.

8 comments:

  1. mak ieteng.. sinopsis? hehehe.. baru faham sikit hala tuju cerita ni..

    best lah nama Durrah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum....

      Gee, MET dah buat sinopsis, baca aaa......

      Delete
  2. eh? baru ada ke? awat tak perasan sebelum nih? eh??? hehe..

    ReplyDelete
  3. em....macam-macam ada
    layan..............

    ReplyDelete