wallpaper

20140119

Seludup Sperma Suami Dari Penjara



Bergelar ibu adalah satu anugerah dari Allah. Tidak semua wanita mampu
memilikinya.Mengandung dan melahirkan anak disisi orang yang tersayang yang bernama suami adalahsesuatu yang terindah dalam kehidupan.

Bagaimana pula jika mengandung tapa suami?.

Tentunya di sini, wanita tersebut akan di pulau malahan akan dicerca
 kerana tidak berkeperbadian baik.Berlainan pula dengan wanita yang
 bernama Hanaa al-Zanen. Suami beliau, Tamer Zaanine telah ditahan di  penjara
Israel sejak 12 tahun lalu (2006)(3 bulan selepas mereka berkahwin). Hanna telah selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Hasan hasil dari penyeludupan sperma suaminya dari penjara Israel.

Bagi memastikan kelangsungan keturunan Palestine tidak pupus (kebanyakan pemuda Palestine
dipenjarakan) maka mereka melakukan kaedah ini. Menurut Pengarah Persatuan Tahanan Waed Gaza, Saber Abu Karsh, pasangan suami isteri yang terpisah di Tebing Barat telah lama menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan anak, namun Hanna dan Tamer merupakan pasangan pertama menjalani prosedur sama di Gaza.

 Maasyaallah.......kaedah ini bukanlah suatu kaedah yang mudah, lebih-lebih lagi di tempat sana yang kemudahannya terbatas. Seperti kita semua ketahui, proses ini sesuatu yang rumit dan tidak boleh tercemar.

Di sini juga, ramai pasangan yang tidak berjaya menggunakan kaedah begini sedangkan di sini segala kemudahan moden sedia ada dan tahap kebersihannya terjaga.

 ALLAH HU AKBAR...

 Bila membacanya di suratkhabar tempohari (12.1.2014 - mingguan malaysia) membuatkan MET banyak berfikir.

Disini ada yang membuang anak ke longkang dan merata-rata dan tak bersyukur dengan apa yang Allah berikan.

Marilah kita sama-sama menjaga amanah dari Allah itu dan bersyukur kerana kita dapat bersama dengan suami dan anak-anak walaupun menghadapi berbagai masalah dalam kehidupan.

 Bersama-samalah kita berdoa semuga Allah memelihara umat islam di Palestine juga di Malaysia dan di dunia....

 AMIN....

 Awak! ada apa-apa nak tambah?

4 comments:

  1. Kita doakan yg terbaik utk mereka MET.
    Hurmm.. setuju apa yg MET cakap, kita di sini serba serbi lengkap tapi masih nak membuang 'sana sini'..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Gee. terima kasih kerana sudi singgah

      Delete
  2. subhanallah.. begitu besa kuasa Allah... betul tu, kat sini ramai orang yang buang anak.. sedangkan sesetangah orang susah nak dapat anak..

    ReplyDelete