wallpaper

20141124

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 51

Bab 51

Johan melangkahkan kakinya menaiki tangga dengan rasa tidak puas hati. Dia bersungut seorang diri. Dia benar-benar keletihan.

“Begitu ramai perempuan dalam dunia ni, satu tu juga yang direbutkan sampaikan berbunuhan, bodoh punya kerja!”. Johan benar-benar marah hari ini. Pekerja mereka bergaduh sesama sendiri. Puncanya hanya kerana seorang perempuan.

Handphonenya turut hilang semasa dia meleraikan pergaduhan tersebut. Polis turut campurtangan. Kerja-kerja banyak yang tertangguh dan terbengkalai. Bila sudah dalam siasatan polis, lebih sukar untuk menyelesaikan masalah yang ada apatah lagi yang membunuh itu pekerjanya yang tiada permit. Ah kacau! Semakin berserabut kepala Johan.

Azreen hanya mengangkat keningnya bila melihat Johan pulang lagi ke rumahnya walaupun malam ini bukan gilirannya. Dia tersenyum meleret
.

‘Tak balik sana ke? Apa dah jadi?’. Hanya hati kecilnya sahaja yang berbicara namun dia gembira dengan perubahan ini.

Johan membalingkan dirinya dengan kasar diatas katil. Penat! Fikir Azreen dia akan  mendapat peluang malam ini bila melihat Johan terkapar di atas tempat tidurnya. Seperti biasa tentunya Johan memerlukan dirinya untuk melegakan tekanan yang bersarang didalam kepala.

“You tak mandi dahulu Jo?”. Azreen mula membelai rambut Johan.

“Emmm…not to night Reen…”.perlahan suara Johan.

“Kalau dah tahu macam ni, buat apa you balik sini?...........XRVGYBJHJMJBHJBNBVBVGGT?..........”. Johan mengambil bantal peluk lalu menutup muka dan telinganya dengan bantal.Diam malas nak mendengar leteran isterinya.


“Abang……”.Johan bingkas bangun dari tidurnya. Dia mengurut dada,.dia terperanjat mendengar namanya dipanggil dengan kuat.

“Astagfiruallah halazim….”. berkali-kali dia beristighafar sambil mengurut dadanya. Siapa yang memanggilnya tadi?. Dia menoleh ke sisi kirinya. Azreen tidur membelakangkannya. Dia tahu Azreen marah kepadanya. Malam tadi dia tidak dapat memenuhi permintaan Azreen kerana dia benar-benar letih.

“Siapa yang memanggil aku?”. Bisiknya sendirian. Tiba-tiba dia teringat isterinya yang seorang lagi. Dia mencari handphonenya untuk menelepon Durrah. Johan terduduk dan menepuk dahinya. Barulah dia sedar, handphonenya telah hilang sewaktu meleraikan pergaduhan para pekerjanya di tapak pembinaan petang tadi.

Dengan malas dia ke bilik air, mandi dan berwuduk. Dia belum lagi menunaikan solat isyak. Selepas sembahyang, Johan berdoa semoga isterinya Durrah selamat dan dilindungi Allah. Entah mengapa dia marah benar dengan Durrah sedangkan isterinya itu amat jarang sekali melawan cakapnya apatahlagi keluar makan dengan lelaki lain. Hanya itulah sekali yang dia nampak selepas mereka berkahwin. Dan kemarahannya memuncak bila melihat Ammar memegang tangan isterinya. Sebagai lelaki moden dan matang, tindakan Ammar itu boleh di sifatkan sebagai seorang kawan yang ingin mententeramkan kawan baiknya.

Johan kesal kerana dia terburu-buru menuduh isterinya menjalinkan hubungan dibelakanngnya. Mungkin kerana terlalu sayang dia menjadi seorang yang terlalu cemburu? Tiba-tiba hatinya berdebar-debar. Ingatan terhadap Durrah semakin menghantuinya.

Dia benar-benar bimbang dan rindu. Sudah 5 hari dia tidak melihat Durrah dan tidak mengetahui khabar beritanya. Dan dek kerana marah, dia tidak menjawab segala panggilan dan SMS dari isterinya itu. Dia ingin menelephone isterinya itu dengan menggunakan telephone di rumah mertuanya tetapi dia bimbang akan menganggu Durrah malam-malam begini. Lantas dia bangun mengambil jaket dan kunci, sebelum keluar sempat dia membetulkan selimut Azreen yang terlondeh dikaki dan memberikan ciuman dipipi, segera dia menuju ke kereta.


Petang ini Salmah tidak ke kebun. Dia duduk diserambi rumah memandang kenderaan yang lalu lalang di hadapan rumahnya, sedari pagi dia menelephone Durrah tapi tidak berjawab. Ingin dia bertanya Johan tentang Durrah malangnya dia tidak tahu nombor telephone menantunya itu. Hatinya diburu resah dan bimbang. Bimbang memikirkan perangai Durrah malam tadi yang keresahan dan ketakutan. Kenapa ye?
Semalaman dia tdak dapat tidur. Dia juga turut bersembahyang tahajjut dan sembahyang hajat supaya anaknya selamat dan dipermudahkan segala urusan anaknya itu. Jika sudah tiba masa untuk Durrah bersalin, semoga Allah permudahkan proses bersalinnya dan semoga anak dan cucunya selamat dan sihat. Naluri seorang ibu kuat mengatakan yang anaknya itu sakit kerana hendak bersalin.

Tiba-tiba dia terlihat kereta Nasir masuk ke halaman rumahnya. Bibik keluar dahulu mengendong bayi kemudian diikuti Durrah. Tanpa disedari Salmah meluru turun dari tangga batunya melompat 2 mata tangga menerkam cucu sulungnya dan Durrah.

“Eh! Nanti dahulu, biar mak ke dapur sekejap”. Salmah berlari ke dapur mengambil sedikit gula dan dicoletkan ke mulut cucunya.

“Biar mulutnya sentiasa bercakap manis dan perkara-perkara yang baik”. Katanya lalu mencium pipi cucunya yang mongel. Orang tua hidup penuh dengan petua.

“Mana Johan?”. Salmah bertanya pada Durrah tapi Durrah buat-buat tak dengar. Salmah memandang Nasir yang sedang mengangkat barang-barang kakaknya. Nasir hanya mengangkat bahu. Salmah memandang pula pembantu rumah Durrah tapi bibik hanya mengelengkan kepalanya. Salmah buntu kerana tiada jawapan yang dia terima.

Salmah menghantar minuman ke bilik Durrah. “Mana Johan Arrah?”. Sekali lagi dia bertanya. Pelik, Durrah balik tanpa suaminya.

“Jangan tanya pasal Johan dan jangan beritahu dengan mak Jarah yang Arrah dah balik”. Jawab Durrah berbau ugutan. Salmah mengerutkan dahinya. Dia tidak bersetuju dengan kata-kata dari anaknya itu. Di hati tuanya merasakan ada perkara yang tidak beres tentang anak dan menantunya almaklumlah bukan senang hidup bermadu ini.

‘Mana boleh tak beritahu cikgu Jarrah, nanti apa pula katanya’. Kata-kata itu tidak dilafaskan, bimbang akan menyebabkan kemaran anaknya pula. Orang dalam pantang anginnya bukan boleh di ramal. Bila-bila sahaja angin meroyan boleh tiba.

“Mak orang nak balik KL”. Salmah memandang jam didinding. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang.

“Lah, dah nak balik? Tunggulah makan malam dahulu”. Salmah hairan kerana Nasir tergesa-gesa hendak pulang ke KL.

“Orang ada kelas malam inilah mak”. Salmah terlupa, walaupun Nasir telah bekerja tetapi dia masih lagi belajar. Dengan pantas Salmah menarik Nasir ke dapur. Matanya mengawasi Durrah yang didalam bilik.

“Sir, kamu singgah rumah cikgu Jarrah beritahu dia yang kakak kamu dah bersalin dan ada kat rumah mak”.  Salmah bercakap dengan anaknya perlahan seperti bercakap dalam kelambu. Nasir tersengeh melihat telatah emaknya.

“Kalau cikgu Jarrah tanya lebih-lebih orang nak cakap apa mak?”. Nasir mengaduh bila tangannya dicubit Salmah. Salmah meletakkan jari telunjuknya dibibir. Matanya melingas memandang ke bilik Durrah. Nasir menggosok tangannya untuk menghilangkan rasa perit.

“Kaukan cikgu? Itupun mak ajar?”. Dah cepat, nanti terlambat pula. Memandu tu hati-hati lebih-lebih lagi bila waktu magrib”. Pesan Salmah. Nasir mencium tangan emaknya.

“Baiklah nenek”. Sempat Nasir menyakat emaknya. Emaknya tersenyum meleret kerana sekarang ini dia telah mempunyai cucu. Tidaklah dia kempunan jika dia mati esok hari.


Cikgu Jusoh melihat kereta Wira masuk ke perkarangan rumahnya. Dia yang sedang menyorong motornya untuk ke masjid, terpaksa membatalkan niatnya buat sementara waktu. Sememangnya  dia ke masjid  awal untuk menolong membersihkan masjid ataupun berjumpa dengan kawan-kawannya.

“Eh Nasir!. Saya ingat siapalah tadi, jemputlah naik”. Cikgu Jusoh menyambut salam yang dihulurkan oleh Nasir.

“Jarrah, mari sini, Nasir datang ni”. Cikgu Jusoh melaung memanggil isterinya didapur. Dia bimbang jika Nasir membawa berita yang buruk tentang besan mereka.

“Tak apalah cikgu, saya datang ni pun nak sampaikan salam dan pesan dari mak. Kak Arrah dah bersalin dan ada kat rumah mak. Saya yang ambil dia dari hospital Besar tengahari tadi dan hantar dia kerumah mak”. Cikgu Jusoh mengerutkan dahinya.

“Mana Johan?”. Nasir menggelengkan kepalanya.

“Saya pun tak tahu, dia diam aje macam marah. Tadi masa mak minta saya sampaikan pesan pada cikgu pun mak cakap perlahan takut kak Arrah dengar”. Cikgu Jarrah dan cikgu Jusoh berpandangan.

“Saya minta diri dahululah cikgu”. Nasir menghulurkan salam pada cikgu Jusoh.

“Cepat sangat nak balik, tunggu minum dahulu Nasir”. Pelawa cikgu Jarrah.

“Terima kasih cikgu, saya nak balik KL semula, malam ini saya ada kelas”. Cikgu menganggukkan kepalanya. Sememangnya dia tahu yang Nasir belajar sambil bekerja.

“Terima kasih Nasir, insyallah, nanti kami akan tengok Arrah. Bawa kereta tu hati-hati, hari dah nak malam ni”.Pesan cikgu Jararh. Cikgu Jusoh mengangkat tangan sewaktu kereta Nasir meninggalkan halaman rumahnya. Cikgu Jusoh memandang isterinya mencari jawapan segala persoalan di benaknya malangnya jawapan itu tiada diwajah cikgu Jarrah.

“Telephone Johan”. Perintah cikgu Jusoh. Dia masuk ke dalam rumah semula. Hasrat hatinya untuk ke masjid awal terpaksa dibatalkan kerana ada urusan yang penting.


Selepas magrib cikgu Jusoh dan isterinya ke kg. Hilir ke rumah besan mereka untuk melihat cucu dan menantu mereka. Salmah menyambut mereka dengan senyum lebar. Segera dia mengarahkan pembantu rumah Durrah membuat air untuk besannya.

Durrah hanya memandang emaknya dengan hujung mata. Dia mengeluh kerana emaknya memberitahu mertuanya yang dia sudah ada disini. Salmah buat-buat tak reti dengan pandangan anaknya itu. Dia sibuk mempelawa besannya masuk kerumah.

“Patonah, buat air…” Perintah Salmah lagi pada pembantu rumah Durrah.

Dalam terpaksa Durrah menyambut jua salam mertuanya dan menyerahkan anaknya kepada cikgu Jarrah. Cikgu Jarrah membelek dan mencium pipi montel cucunya. Ada iras Johan pada mata dan hidungnya terutama pada rambutnya yang tercacak itu. Dia memandang menantunya yang tersandar di sebelahnya. Ingin sekali dia bertanyakan Durrah tentang Johan tetapi takut pula cikgu Jusoh marah. Sebelum pergi tadi suaminya telah berpesan supaya jangan bercerita atau bertanya apa-apa tentang Johan.

“Arrah tu sedang sakit. Sakit melahirkan anaknya dan sakit atas perbuatan suaminya. Janganlah kita tambahkan lagi rasa sakit dihatinya. Nanti kita cari dan tanya sendiri dengan Johan apa yang berlaku”. Cikgu Jusoh mengingatkan isterinya.

Cikgu Jarrah memberi peluang suaminya pula untuk mengendong cucu mereka. Cikgu Jusoh begitu berhati-hati memegang cucu barunya yang masih merah dan lembik itu.

Ala,ala,sayang cucu atuk”. Mereka yang berada disini semuanya tersenyum dengan lagak cikgu Jusoh. Dia lebih tak tentu arah bila cucunya itu mula mengeliatkan badannya.

“Arrah kamu sihat?”. Soal cikgu Jarrah, simpatinya melimpah ruah. Sepatutnya disaat ini suaminya ada disisi memeberi semangat dan kasih sayang atas pengorbanan yang diberikan. Apatahlagi ini anak pertama mereka. Jikalau Johan ada dihadapan  ketika ini, akan diketuknya kepala Johan biar pecah berderai. ‘Ada otak tapi tak tahu nak guna pakai. Anak bertuah!’. Gerutu hatinya.

“Alhamdulillah, sihat mak”. Jawab Durrah perlahan. Dia sedar dia tidak boleh meletakkan kesalahan dibahu mertuanya. Yang salah suaminya bukannya mertuanya.

“Duduk tegak-tegak. Dalam pantang ni, duduk, tidur dan berjalan, jangan bongkokkan badan. Nanti muda-muda lagi badan dah bongkok.” Dia turut menyelitkan sebiji bantal dibelakang menantunya supa ya menantunya duduk tegak dengan lebih selesa. Cikgu Jusoh hanya mengelengkan kepalanya bila melihat isterinya mula membebelkan menantunya.

“Jangan ambil hati Arrah, mak kamu ni memang macam ni, tak kira orang sakit ke tidak dia bukan peduli…”. Cikgu Jusoh cover live. Dia bimbang jika menantunya tidak dapat menerima teguran dari isterinya itu. Dia tidak mahu hubungan Cikgu Jarrah dengan Durrah renggang kerana mulut laser isterinya itu. Kerana mulut laser itulah yang menyebabkan hubungan mereka sekeluarga dengan Azreen menjadi keruh dan menyebabkan Johan membawa jauh dirinya daripada mereka dahulu. Cikgu Jarrah ni, bukannya dia kira anak atau pun menantu, bila dia rasa perlu cakap, dia akan cakap.

“Tak apalah ayah, Arrah tahu mak sayang pada Arrah sebab tulah mak tegur dan beri nasihat.  Terima kasih mak”. Durrah memberikan senyuman pada mertuanya.

“Betullah tu, kalau orang tegur kita, itu tandanya orang sayang  pada kita, kalau orang tak tegur, itu tandanya orang tak sayang dan tak pedulikan kita. Lantaklah apa jadipun. Tak begitu kak?”. Cikgu Jarrah tersenyum gembira kerana besannya menyokong kata-kata tadi.

“Kamu dah cari tukang urut, Salmah? Arrah ni bersalin normal ke bedah?”. Soal cikgu Jarrah lagi.

“Arrah bersalin biasa.Saya dah pun pukul telepon dengan kak Midah, esok dia datang urutkan, cuma daun-daun untuk mandinya aje saya belum sempat carikan ”. Cikgu Jusoh menundukkan muka. Sebenarnya dia malu pada menantu dan besannya atas perbuatan Johan. Dia pelik kenapa Johan boleh berkelakuan begitu, tidak bertanggung jawab pada isteri dan anaknya.

‘Johan tu bukannya teruk manapun. Taapi kenapa boleh jadi begini? Adakah Arrah merajuk sebab Johan tidak adil padanya?’. Hati cikgu Jusoh berbisik.

“Marilah kita balik dahulu Jarrah. Arrah perlu berehat. Esok kita datang lagi”. Cikgu Jusoh mengajak isterinya pulang setelah sejam mereka melawat menantu dan cucunya. Biarlah Durrah berehat. Esok masih banyak lagi waktu untuk mereka bercerita.


Seawal pagi lagi cikgu Jarrah sudah mendera suaminya supaya menghantarnya kerumah besan mereka. Penuh bonet kereta cikgu Jusoh disumbat dengan daun-daun mandian.

“Salmah tu bukannya pernah bela orang bersalin. Dia manalah tahu apa-apa. Saya nak ajar dia apa yang perlu dibuat”. Cikgu Jusoh hanya mengelengkan kepalanya dengan lagak isterinya.

‘Bukannya susah manapun nak jaga orang bersalin ni. Salmah tu pun bukannya tak pernah bersalin. 3 orang anaknya’. Tapi kata-kata itu hanya terzahir dihatinya. Bimbang akan menyakiti hati isterinya. Sejak akhir-akhir ini cikgu Jarrah semakin sensitive.

‘Nak menopos ke? Setahu aku dah 10 tahun si Jarrah ni dah menopus’. Cikgu Jusoh hanya tersenyum sumbing.

“Cepatlah, awak kata tadi nak pergi tengok cucu awak”.  Giliran cikgu Jusoh pula yang mendera isterinya.

“Iyelah, iyelah, saya datanglah ni”. Terbongkok-bongkok dia mencari seliparnya. Ditangannya tergantung beg plastic yang berisi 2 botol ‘pati ayam’ cap Brand, untuk menantunya. Sebagai minuman tambahan supaya menantunya itu cepat sihat dan segar.Sayang benar dengan menantu pilihannya itu.

“Kemana perginya Johan bang? Dari malam sampai ke pagi ni kita telepon dia tapi tak dapat-dapat. Hidup lagi ke tidak dia tu?. Geram saya. Malu saya dengan Salmah dan Arrah. Tak patut betul Johan buat perangai macam tu. Saya ingatkan dah baik sikit perangainya bila dah jadi bapa orang ni, rupanya makin teruk”.Cikgu Jarrah bersungut sendirian sambil menjeling suaminya. Cikgu Jusoh hanya melepaskan keluhan. Tak faham dengan perangai anaknya yang seorang itu. Dalam diam dia memuji Johardi, anak lelaki bongsunya. Walaupun dia lebih muda dari Johan, dia seoranng yang matang dan tidak pernah mendatangkan masalah.

“Saya pun tak tahu nak buat macamana dengan budak ni. Nak saya pukul, dia dah besar panjang, dah jadi bapak budak pun”. Buntu cikgu Jusoh dibuatnya.

“Saya dah suruh Jasmin cari abangnya. Telepon dia dipejabat ataupun ke pejabat abangnya.saya takut lupa pula nak telepon dia dipejabat bila kita sibuk dengan Arrah kat sini”. Cikgu Jarrah terdiam mendengar bicara dari suaminya. Tidak pula dia ketahui, entah bila masanya cikgu Jusoh menelepon anaknya Jasmin untuk meminta bantuan mencari Johan. Mungkin sewaktu cikgu Jarrah sibuk mencari daun-daun kayu sebentar tadi.

Cikgu Jusoh hanya menghantar isterinya kerumah besan mereka. Selepas dia mencium cucunya, dia beredar, hendak ke kebun katannya. Dia malas hendak menanguk dirumah besannya. Tiada apa yang perlu dibuat. Semuanya kerja orang perempuan. Dia hanya akan datang menjemput isterinya nanti sekitar pukul 11.00am.



6 comments:

  1. selamat membaca. mujur jumpa juga e-novel ini. Alhamdulillah. Kalau tidak, payah juga nak taip semula.....

    jumpa lagi ek. Kat langit tu dah mula petir berdentum.......

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..jumpa juga... tak sabar pulak nak tgu Johan kena belasah ngan Cikgu Jarrah...

    ReplyDelete
  3. Kalu Johan blk kg, Cikgu jarrah belasah btol2... Nnt watak durrah kasi dia merajuk kaw law sikit.. Jual mahal skit, kasi Johan lbh jeles dgn kemunculan saingan baru selain Dari ammar ke??? Hihi.. (Mood => bengang dgn Johan)

    ReplyDelete
  4. ala...si arrah nikan tak suka bising. nanti dia lancarkan perang dingin.
    johan pula biar cikgu Jarrah hempok kepalanya sampai pecah berderai....
    amacam?????

    ReplyDelete
  5. puan writer bila nak bagi n3 baru, tak sabo nak baca gelagat johan bila dia dapat tahu apa yang dah terjadi pada arrah, juga aksi cikgu jarah dan masihkan cikgu jusoh dapat mengekalkan rekod "cool"nya..

    ReplyDelete