wallpaper

20140109

e-Novel - KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 2

Bab 2

Betulkah jari Syidy tu tak  boleh disambung lagi? . Nanti dia jadi pengantin tak ada jarilah
ye…” Suara Rita membantutkan anganan Durrah.

‘Ah! Bosan sungguh, dahlah dipejabat tadi masing-masing sibuk pasal Shidy, kat rumah pun kena jawab soalan itu lagi. Boringnya, ingatkan kat  rumah dapat  relax, tak payahlah nak fikir pasal kerja lagi…’ Hati Durrah mengomel sendiri sambil dia melayan perasaan dengan mendengar lagu jiwang karat dari radio  buruknya.

“Hei, aku tanya ni, berangan aje…nanti aku buang radio buruk kau tu baru kau tahu…” Rungut Rita bila soalannya tidak di jawab oleh Durrah.

“Ye…..,3 jarinya tu tak boleh disambung lagi sebab…..<
> jari-jarinya yang putus itu dibiarkan terlalu lama,  sepatutnya masa kejadian tu, jari-jari tersebut perlulah diletakkan di dalam bekas yang berisi ketulan ais, barulah jari-jari itu boleh disambungkan semula ke jari Shidy. Ini tidak, bila masing-masing tengok jari-jari Shidy tergolek atas lantai, semua orang pakat lari takut nak ambil.Tak ada siapa pun yang tahu jari-jari itu perlu disimpan didalam  ketulan ais sementara untuk di bawa bersama Shidy ke hospital.”  Jawab Durrah sambil memintal rambutnya.

Dia membayangkan muka  En.Teo ketua Shidy,  dia turut berada ditempat kejadian sewaktu kejadian itu  berlaku. En. Teo turut melompat bila melihat jejari Shidy terjatuh dilantai. Menurutnya, tangan Shidy termasuk kedalam mesin  pemotong sewaktu  membetulkan gelungan plastic di mesin pemotong.

“Eh! Kenapa ye, jari yang terpotong tu kena letak dalam ketulan ais ha?”Tanya Rita lagi.

“Aku belajar belum habislah bab ini sebab  cikgu aku  dah mati dulu sebelum tiba bab ini, dia baru aje pegang pisau, belum pun sempat potong jari……”Belum pun sempat Durrah menghabiskan  jawapannya, Rita sudah membalingkan bantal ke kepala Durrah. Mengekek ketawa.Durrah ketawa kerana berjaya mengenakan sahabatnya.

“Apalah kau ni, nama aje buat traning, tapi benda-benda macam ni pun budak-budak tu tak tahu” Selamba sahaja Rita mengutuk  Durrah.

“Satu idea yang bagus, nanti aku bincang dengan Jehan”. Kutukan Rita dianggap positif.

“Kasihan Shidy ye, dah nak kawin jari pulak tak ada 3. Kot-kot nanti perempuan tu tak mahu lagi takkan naye….ialah dapat suami tak sempurna” Omel Rita lebih kepada dirinya.Durrah menjeling Rita, tak habis lagi pasal si Shidy.

“Kalau perempuan tu tak mahu dengan si Shidy tu,bodohlah dia, Shidy tu baik,rajin kerja,kau tahu tak? Shidy tu  nanti akan dapat insuran dari syarikat kita, bayaran kemalangan kekal/Ilat pun aku rasa boleh keluar kereta kancil tunai lagi malah aku rasa lebih dari itu. Itu belum lagi insuran peribadi dia. Alah, kalau setakat 3 jari aje yang tak ada itu tak jadi hal, apa ada pasal….ada 7 lagi jari yang ada” Durrah tersenyum sendiri dengan kata-katanya.

Rita mengekek  ketawa. “Betul juga kata kau kan, banyak lagi jari yang ada.” Rita menggerak-gerakkan keningnya. Durrah membaling bantal ke muka Rita  bila Rita ketawa  semakin galak.

‘Menyampah aku janda muda ni, gediknya’.Bisik hati Durrah.

“Kau ni suka coner kot lain, yang aku lebih maksudkan adalah si Shidy tu, dia tu budak baik, rugi kalau tunang dia tak mahu kawin  dengan dia semata-mata sebab Shidy tak ada 3 jari”. Apalah si Rita ni memang otak oren.

“HELLO….. seorang lelaki yang baik belum tentu boleh menjadi suami yang baik buat isterinya, ada kalanya lelaki ni baik  dan pemurah pada kawan-kawannya tapi dengan isteri dan anak-anak dia kedekut, ada pulak tu dengan ahli keluarganya dia dikenali dengan seorang  yang  baik dan  penyabar tapi bila dengan isteri dia mula angkat tangan dan kaki. 

Ada pula tu di mata orang lain, dia lelaki yang tak guna tapi di mata isterinya, dia adalah lelaki yang hebat kerana menjaga dan melayan isterinya dengan baik.   Bagi aku, seorang lelaki yang baik ni terlalu abstrak…”  Dengan panjang lebar Rita membentangkan pendapatnya. Mungkin dari pengalaman hidupnya yang pernah hidup dengan seorang lelaki yang di panggil suami.

‘NO KOMEN…”. Rita ketawa dengan  lagak Durrah.  

“Serious ni…,kau tu bila nak kawin? Dah banyak orang mak  kau pasangkan, semuanya kau tak berkenan, ada aje yang tak kene, kuruslah, gemok sangatlah, muka pecah pintulah macam-macam alasan yang kau berikan, nak harap kau cari sendiri, alamatnya nanti jadi anak dara tualah kau. Jangan lambat-lambat  Arrah, kawin ni best tau,  kalau tak kawin nanti kau menyesal tak sudah.” Rita semakin galak menyakat temannya. Dia suka melihat  muka Durrah  yang kemerahan kerana menahan rasa malu dan marah.

“Kau tu sibukkan aku, kenapa kau tak kawin lagi?” Durrah menyoal Rita pula.

“Aku memang nak kawin lagi dan sekarang ni pun tengah cari calon yang sesuai, lagi pun aku baru setahun menjanda, biarlah dahulu, nanti orang kata aku ni janda gedik pulak”. Jawab Rita dengan selamba.

“O.Klah, kita tak payah cakap pasal seks dalam perkahwinan, Aku tahu kau tak suka.Sebenarnya bila kita berkahwin, Masyarakat tak akan memandang serong pada kita, lebih –lebih lagi dengan usia yang lanjut sedikit. Bila kita berkawan dengan lelaki atau suami orang,  mulalah mereka kata  kita terdesaklah, nak rampas suami oranglah dan macam-macam lagi. Kadang-kala aku kesian juga dengan kau tu, budak-budak kat office tu kadang kala cakap lepas aje kat kau, tak bertimbang rasa langsung.
Kalau aku ni, memang dah jadi bahan umpatan dia orang sebab aku ni janda muda, tak siapa berani kawan dengan aku, takut aku rembat laki dia orang. 

Dan lagi satu, bila kita ada suami, orang akan lebih menghomati kita, tak adalah nak kata tak tentu hala. Perasaan  dan semangat kita secara automatic akan berubah, sebab kita tahu dalam apa keadaan pun ada seseorang dibelakang kita yang boleh kita harapkan. Perasaan itu berbeza dengan jika kita ada boyfriend, tak sama  Arrah. Sentuhannya membuatkan kita rasa dikasihi, dakapannya  membuatkan kita rasa di lindungi,  selamat dan bahagia..” Durrah hanya tersenyum mendengar ceramah free dari Rita sambil memandang radio yang berada di sisinya.

“Atau kau masih lagi tunggu si Alan yang tak guna tu?” Suara Rita benar-benar membuatkan mata Durrah merenung tajam ke arahnya.  Telah lama nama itu tidak keluar dari bibir Durrah.

‘Ah! Kenapalah nama itu di sebut lagi…’Durrah berbisik sendiri.

“Lupakanlah si Alan yang tak guna tu Arrah, dah 8th  dah kau merana. Lepaskanlah dia dari hati dan ingatan kau, Dia dah bahagia besama isteri dan anak-anaknya, kau apa ada?.  Janganlah kau ingat pada janji-janji dia Arrah, Orang kata janji seorang lelaki umpama janji seorang penjajah, semuanya omongan sahaja.

Bukakanlah hati kau tu untuk orang lain Arrah, kau seorang perempuan yang baik Arrah, kau berhak untuk rasa bahagia, dicintai dan dikasihi oleh seorang lelaki yang baik dan ikhlas.”.  Durrah hanya menunduk, merenung lagi radio kecilnya sambil tangannya menggenggam sebatang pen pilot yang telah kering dakwatnya,tetapi tetap di simpan, terasa sayang untuk dibuang, mungkin sayang untuk membuang kenangan terhadap tuan punya pen itu.        

“Selagi akal fikiran ini masih lagi diwaraskan, selagi itu abang tetap mencintai Arrah”

Kata-kata azimat itu masih lagi tersemat kukuh diingatan Durrah, dan kerana kata-kata itulah dia hidup dalam kebingunan. ‘Telah hilang akalkah Alan kerana melupakan diri aku?.’ Ah! Jawapan itu tidak diketahui, Jawapan itu hanya Alan sahaja yang tahu.
Durrah hanyut lagi dalam kenangan lalu……….

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

“Aduh! Tangkap lentok aku lagu nyanyian abang senior tulah Arrrah, rasanya kau akan mimpikan dia malam ni” Usik Rita. Arrah hanya mencebikkan bibirnya.

‘Dia yang yang lentok, aku pulak yang mimpikan si senior tu nak buat apa?’ Bisik hati kecil Durrah. Menyampah betul Durrah dengan muka poyo abang senior sorang tu. Kerek pulak tu.

“Kalau setakat muka jawa tu… tak payahlah  nak  jumpa dalam mimpi, di siang hari pun aku tak mahu tau….kalau setakat suara dia tu , eleh,  suara adik aku lagi sedap.”Durrah menjawabnya sambil menjeling pada Rita. Dia merasakan suara adiknya  si Nasir yang macam katak betong  tu lebih sedap dari si senior yang poyo tu. Sebenarnya Durrah akui suara jantan si senior tu memang menawan hatinya tetapi dek kerana meluat dengan perangai lelaki tersebut, segala-galanya tentang lelaki tersebut sungguh meluatkan.

Sememangnya Rita suka menyakat Durrah dengan abang senior itu. Rita tahu memang Durrah memang meluat dengan lelaki itu,mentang-mentanglah senior itu AJK Orentasi, ingat kolej ini tok dia punya, sesuka hati aje nak orented orang tak tentu hala. Setiap kali kalau senior itu ada, asik salah Durrah sahaja yang dia nampak. Ada kalanya buat betul pun nampak salah. Geram Durrah dibuatnya. Seminggu masa orentasi, rasanya bagaikan setahun lamanya.

“Dia tu hensom apa, rupa dia macam Arjuna Rampal tak ada pun rupa jawa, kau jangan benci sangat  dia tu  Arrah, oarng tua-tua kata, mungkin orang yang  kita benci itu akan jadi orang yang paling kita sayang seumur hidup kita”. Sengaja Rita hendak membakar perasaan Durrah, mengikut perkiraan matematiknya yang selalu kandas dalam peperiksaan,  abang senior yang Durrah katakan jawa itu sebenarnya suka dan ada hati dengan Durrah. Rita tahu tentunya si senior tu saja membuli Durrah masa orentasi dulu tu. Alah tektik nak menguratlah tu….

“Kalau anak jawa tu, emmm…baik tak payah, nama aje bukan main glamour,  Fazlan Farush tapi binnya Satimin...”  Mengekek Durrah ketawa.  Nama senior itu mungkin mengikut keturunan sebelah emaknya, mungkin emak Fazlan berketurunan ‘mamak’ tatapi bapanya berkerunan jawa.

Sebenarnya rupa Fazlan sekacak  ‘Arjun’, Tinggnya sederhana,  kulit hitam manis, hidung mancung, bermata bulat, bulu mata yang lentik dan kening yang tabal. Secara keseluruhannya, penampilannya pasti memukau  dengan pandangan pertama.

“Wah, ada cerita lucu ke?  Boleh saya tumpang  ketawa sama.” Tiba-tiba ketawa Durrah  dan Rita terhenti, lalu mereka berpaling kebelakang. Ya ALLAH!. Orang  yang mereka sedang kutuk sebentar  tadi rupa-rupanya berada di belakang mereka. Dalam gemuruh rasa, Rita dan Durrah hanya mampu tersengeh. Spontan mereka mengucapkan salam hormatnya pada abang senior yang baru dikutuk nya tadi 

“selamat malam  abang Fazlan”. 

2 comments: