wallpaper

20141207

e-Novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 52



Bab 52

Johan memandang keluar dari tingkap biliknya. Fikirannya berlegar-legar, memikirkan dimanakah isterinya berada diketika ini. Sewaktu dia balik kerumah mereka pukul 3.00am kelmarin, Durrah tiada dirumah. Kereta dan bibiknya pun sekali diangkut. Tak mungkin isterinya balik ke kampung dan memandu dalam keadaan yang sarat itu.

Johan telah pergi kepejabat Durrah tetapi mereka mengatakan yang isterinya telah bercuti. Johan telah pergi kerumah lama Durrah tetapi tiada orang dan keretanya pun tiada. Kemana isterinya? Johan menggaru-garu kepalanya yang telah mula diwarnai helaian putih.

Johan benar-benar menyesal. Sepatutnya dia lebih bertolak ansur dengan Durrah, bukannya membiarkan isterinya itu melalui hari-hari yang sukar tanpanya. Telah berkali-kali dia menelepon isterinya tetapi taliannya telah dimatikan. Johan tahu tentunnya Durrah marah dan kecewa dengan sikapnya. Sikap yang  ketidak adilannya dalam membahagi hari dan malam. Sikap cemburu buta dan prasangkanya
dia mengeluh sendirian.
Johan bimbang jika apa-apa hal berlaku bila memikirkan  yang isterinya akan bersalin tidak lama lagi. Dan tidak lama lagi dia akan menjadi seorang ayah. Terlintas difikirannya, hanya seorang yang dapat menolongnya.

“Min, tolong abang Min, mati abang kali ni Min”. Tanpa salam suara Johan menerjah ke telinga ‘adiknya, Jasmin.

 “Memang pun kali ini abang akan mati kena peluru berpandu dari ayah. Nasiblah abang. Mana abang pergi ni? Semua orang cari abang. Min tak sangka abang ni tak ada hati perut, zalim. Sampai hati abang buat isteri abang macam tu”.  Johan tercengang-cengang bila Jasmin memarahinya. Belum pun sempat dia menceritakan hal yang sebenarnya. Perutnya semakin kecut bila adiknya itu menyebut nama ayah.

“Min, abang nak minta tolong carikan Arr…

“Tak payah cari dia lagi. Dia dah ada di kampung dan dah selamat bersalin pun”.Jasmin terus meletakkan telepon tanpa sempat Johan bertanya dengan lebih lanjut. Johan tergamam.

“Dah bersalin? Ada dikampung?”. Dia bersoaljawab sendirian. Dimana isterinya bersalin? Sedangkan kelmarin dia telah pergi ke Hospital Pantai tempat isterinya selalu ‘chek up’untuk melihat kalau-kalau isterinya itu bersalin tetapi mereka mengatakan yang isterinya tidak datang ke situ. Terburu-buru Johan keluar dari biliknya, bertemu pula dengan Zarul yang ingin ke bilik Johan.

“Eh, Johan. Kemana kau kelam-kabut ni?’. Zarul bertanya. Dia pelik melihat Johan yang tergesa-gesa keluar.

“Balik! Arrah bersalin”. Johan meluru ke pintu utama tanpa menoleh bila dipanggil lagi oleh Zarul. Zarul menggaru kepalanya. Dia memandang fail ditangannya.

“Johan ke mana tu bang? Kelam-kabut aje?”. Aisyah juga pelik melihat Johan kelam-kabut.

“Entah! Abang dengar nak balik salin aje. Entah Arrah nak bersalin atau dah bersalin atau Johan yang nak balik salin baju ke abang pun tak tahu”. Aisyah ketawa melihat suaminya yang memberikan jawapan dengan memek muka yang lucu.  


Salmah tersenyum lebar melihat kereta menantunya memasuki halaman rumah. Walaupun di hati kecilnya sedikit terkilan tentang apa yang berlaku, dia tidak boleh menjatuhkan kesalahan pada satu pihak tanpa mendengar dan mengetahui cerita yang sebenarnya.

‘Biarlah, rumahtangga mereka. Biarlah mereka yang selesaikan’. Bisik hati kecilnya. Dia percaya menantunya itu mampu mengemudi rumahtangga mereka dengan baik. Kan menantunya itu orang yang terpelajar? Lulusan dari luar negara pula tu!

Sebagai orang tua, dia akan menolong jika diminta pertolongan. Hatinya bagaikan digaru-garu untuk mengetahui cerita yang sebenarnya tapi Durrah tidak mahu bercerita. Bibik pula hanya mengelengkan kepala tidak mahu mencampuri urusan tuannya. 

Salmah menyambut salam menantunya diambang pintu.

“Maafkan Johan mak. Johan tak jaga Arrah dengan baik”. Keruh diwajah Johan mudah difahami oleh Salmah.

“Sudahlah Johan, naiklah kat atas. Arrah dan anak kamu ada dibiliknya. Mak harap Johan bersabar. Orang dalam pantang ni anginnya lain sikit, senang datang meroyan”. Salmah menepuk-nepuk bahu Johan dengan lembut. Johan hanya menganggukkan kepalanya. Dia sedia menerima apa sahaja walaupun peluru berpandu sekali pun asalkan isterinya memaafkannya. Dia tahu salah dia sendiri. Memang salahnya.

Perlahan-lahan dia ke bilik. Masuk ke bilik Durrah. Ini kali kedua selepas mereka berkahwin. Setiap kali mereka pulang ke kampung, Johan tidak pernah tidur dirumah mertuanya. Mereka hanya singgah sebentar atau Durrah bermalam sendirian tanpanya.

Durrah tidak pernah bersungut atau membantah jika Johan lebih selesa tidur dirumah keluarganya. ‘Dia selalu bertolak ansur, kenapa aku tidak boleh bertolak ansur sedikit dengannya?’ soal hati Johan.

“Assalamualaikum….”. Johan memberi salam tapi salamnya tidak berjawab. Dari muka pintu dia melihat isterinya menumpangkan dagunya diatas palang tingkap kayu sambil melihat keluar. Begitu asyik memerhatikan seekor ibu ayam yang sedang mengais-ngaiskan tanah dengan kakinya. 5 ekor anak-anaknya turut berebut-rebut cacing yang dapat dikeluarkan dari tanah.

“Arrah….”. Durrah masih lagi diam membisu. Khayal dalam dunianya. Perlahan Johan merangkulnya dari belakang, meletakkan bibirnya di atas ubun-ubun kepala isterinya. Bau-bauan rempah mula menusuk ke hidung. Durrah sedikit tersintak. Dia kembali ke alam nyata bila terasa dirinya disentuh. Dia melepaskan keluhan.

 “Maafkan abang. Kenapa Arrah bersalin dan balik kampung tak beritahu abang?”.Durrah masih lagi membisu. Kepedihan dan kesengsaraan yang dialaminya disimpan dalam lubuk hati yang paling dalam. Kesengsaraan dihatinya menyebabkan dia kehilangan rasa untuk bersemuka dan berinteriaksi dengan sesiapa pun termasuk suaminya sendiri.

“Sayang, maafkan abang. Abang tahu abang salah…”.

‘Sayang? uek…nak termuntah aku. Maaf? Kenapa lelaki suka berfikir, hanya dengan satu perkataan ‘maaf’ ianya seperti dapat memadamkan segala luka yang digoreskan didalam hati aku. Kenapa aku begitu hina sekali dimata mereka. Apakah aku tidak layak dikasihi dan diberi perhatian? Kata-kata sayang bagaikan barangan yang boleh dibeli’. Soal hati Durrah.

Teringat dia akan kejadian malam itu. Berkali-kali dia menelepon suaminya untuk memberitahu yang dia hampir besalin tetapi talian telipon suaminya ditutup. Tiada wang yang cukup untuk bersalin di Hospital Pantai. Dahulu Johan sendiri yang beriya-iya ingin Durrah bersalin disana, melihat dan menemaninya di kamar bersalin tetapi bila tiba masanya, ‘habuk pun tak ada’. Bila Johan mempertikaikan anak yang didalam kandunganya, menyebabkan Durrah berkecil hati dan bimbang jika Johan tidak mahu menjelaskan bil hospitalnya yang mencecah ribuan ringgit. Biarlah dia bersalin di hospital biasa sahaja. Bil hospitalnya pun tidak sampai RM100.00. Itupun si Nasir yang tolong tambahkan bayarannya.

Di hospital lain pula kisahnya. Kedatangannya tidak disambut dengan baik dan  mesra. Masih dia ingat akan kata-kata dari Jururawat tempohari.

“Eh, kenapa awak bersalin disini? Kan sepatutnya awak bersalin di Hospital Pantai. Itulah …QWERRTTYYUUIOOPPPASDFFGHJJKLLL:”ZXCVBNNM<<”. Durrah hanya mampu menahan kesedihan dan malu bila dimarahi oleh ketua jururawat itu. Malu bila dimarahi didepan orang ramai.

‘Macamlah aku nak lahirkan anak haram’. Kata hatinya sambil menyapu air mata.

“Sabar ya kak, sekejap lagi doktor datang untuk periksa pintu rahim akak dah buka berapa cm. jangan ambil hati, dia tu tak pernah bersalin sebab itulah dia tak tahu macamana nak bersalin”. Pujuk pembantu jururawat bagai memahami perasaan yang ditanggung oleh Durrah.

Durrah menangis teresak-esak bila terkenangkan segala kepayahan dan kesengsaraan yang terpaksa di tanggungnya sendiri. Berseorangan tanpa suami dan orang-orang yang disayangi untuk memberikannya semangat dan simpati disaat dia mempertaruhkan nyawanya antara hidup dan mati untuk melahirkan zuriat yang dicintai, yang ada hanya bibik pembantu rumahnya. Itupun dia hanya diizinkan menanti diluar. Durrah bersendirian didalam kamar bersalin hanya  bertemankan 3 orang jururawat yang menyambut kelahiran anaknya kerana ketiadaan doktor. Doktor sibuk menyambut kelahiran bayi yang bermasalah. Kebetulan diwaktu itu banyak pula kes ibu mengandung  dan kandungan mereka bermasalah. Takut dan geram punya pasal, 2 kali teran aje anaknya dah terpancut keluar.

Pengalaman pertama memang menyeksakan. Sakitnya tak dapat digambarkan. Malah terasa semakin sakit bila disindir.

“Memanglah sakit. Buat sedap pula…tulah, sedap berdua bila sakit kena tanggung sendiri.” Durrah hanya menahan rasa.  Jika suaminya ada dihadapannya diketika itu, maunya dia hempok kepala suaminya itu. 
Semuanya pasal Johan!

Semakin kuat tangisan Durrah. Tangisan yang mulanya disembunyikan, semakin kuat bunyinya. Johan panik melihat isterinya menangis tersedu-sedu. Hatinya semakin diamuk rasa bersalah. Perlahan dia mengurut-ngurut belakang Durrah.

“Arrah, maafkan abang. Abang tahu abang bersalah. Abang tak adil pada Arrah dan abang tuduh Arrah macam-macam. Janganlah menangis lagi sayang, tak baik untuk kesihatan Arrah”. Johan tidak tahu bagaimana untuk memujuk  Durrah bila isterinya itu terus menangis. Dia tahu isterinya itu sangat sedih atas perbuatannya dan kata-katanya tempohari.

Bagi Durrah pula. Tak mungkin hanya satu perkataan ‘maaf’ dapat memujuk hatinya yang rawan. Tak mungkin hanya dengan satu perkataan ‘maaf’ dapat membasuh tuduhan yang dilemparkan padanya. Dan tak mungkin juga hanya satu perkataan ‘maaf’ dapat memadamkan mimpi ngerinya sewaktu dia melahirkan anak mereka. TAK MUNGKIN! TAK MUNGKIN!

“Arrah, abang janji abang akan menjadi suami yang adil buat Arrah dan ayah yang baik untuk anak kita”. 
Johan masih lagi memujuk isterinya. Dia memberikan janji yang manis semanis gula-gula.

‘Ah janji! Lelaki memang tahu berjanji tapi tak tahu menepati janjinya. Dahulu pun pernah Alan berjanji dengan aku tapi akhirnya dia lupakan aku dan kecewakan aku. Dia pernah berjanji, katanya  selagi akal fikirannya masih waras, selagi itu dia akan tetap menyintai aku. Ah janji tahi kucing! Bila dah ada duit mulalah matanya pandang kat lain. Aku yang bodoh ni pun percayalah. Terpaksalah aku memujuk hati dengan mengatakan akal fikiran Alan dah tak waras lagi kerana tidak lagi menyintaiku. Betulkan?

Dahulu pun abang Johan pernah berjanji dengan aku yang dia akan bahagiakan aku dan  akan berlaku adil denganku. Katanya akulah wanita yang paling dia sayang. Tapi janji hanya tinggal janji. Bila tiba masanya aku dilayan bagaikan musuh nombor satunya. Janji lelaki memang tak boleh dipakai. Betul kata mak Usu, lelaki memang semuanya tak betul!’. Kutuk Durrah didalam hati. Dia mengesat airmatanya dan menahan sendu. Johan lega bila melihat isterinya berhenti menangis.

Anaknya pula berengek-rengek dan bergerak-gerak bagaikan tahu yang ayahnya ada dan minta di pangku. Johan mendapatkan anaknya di atas katil. Dengan tangan yang mengeletar dan bersusah payah, berjaya juga dia mengendong anaknya. Teroleng-oleng kepala anaknya. Durrah yang memandang dari hujung mata hanya menyimpan senyum didalam hati melihat kekalutan suaminya. Johan membuka pampers anaknya dengan berhati-hati. Dia tersenyum.

“Sirajuddin”. Kata Johan. Dia mencium pipi anaknya bertalu-talu, dikiri dan kanan menyebabkan anaknya menangis mungkin tidak selesa diperlakukan begitu. Johan jadi kaget bila tangisan anaknya semakin kuat.

“Arrah, Juddin ni menangis nak susu agaknya”. Dia menyuakan anaknya pada Durrah tapi isterinya itu buat 
bodoh aje.

 “Arrah, abang tahu Arrah marahkan abang tapi jangan jadikan anak kita ini mangsanya”. Perlahan Durrah membawa anaknya ke pangkuan untuk disusukan. Naluri seorang ibu walupun dihatinya ada rasa marah pada si ayah tapi dihatinya tidak tegar melihat anaknya yang menjadi mangsa.

Johan memandang Durrah yang sedang menyusukan anak mereka. Muka Durrah berkerut-kerut. Kenapa? Adakah Durrah menahan malu ataupun menahan sakit? Pandangannya jatuh pula pada Sirajuddin. Bentuk wajah Judin seperrti ibunya, bujur sirih cuma mata, hidung dan rambut Juddin mengikutnya. Dia ralit memandang wajah anaknya. Kombinasi 2 wajah. Wajah Durrah dan wajahnya. Dihatinya dia begitu berasa bangga kerana telah dikurniakan zuriat. Terlalu mahal zuriat ini melebihi segala hartanya yang ada. Namun begitu, rasa bersalah semakin menebal dihatinya kerana tidak dapat menyaksikan dan menyambut kelahiran Juddin. Dahulu dia pernah berjanji akan menemani isterinya dikamar bersalin. Johan melepaskan keluhan tanda sesal.

Dia memandang wajah Durrah sekali lagi. Mata yang redup itu hanya memandang kebawah, sedari tadi tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut isterinya. Isterinya itu bagaikan berada dalam dunia yang asing. Dia leka dalam dunia ciptaannya sendiri.

Selepas sembahyang magrib, Johan ke bilik melihat isterinya. Dia terkejut melihat Durrah menangis. “Arrah, 
kenapa ni?”. Dia kehairanan. Salmah yang menghantar makanan juga turut terkejut.

“Kenapa Arrah?”. Dilihatnya Durrah menyapu airmatanya.

“Mak Arrah sakit mak…”. Durrah memegang dadanya. Hilang sudah malunya pada Johan. Tuala yang berada didadanya telah lencun dek susu yang mengalir tanpa henti. Kalau dia masuk pertandingan, confirm dia akan menjadi juara kerana dapat mengalahkan ‘Dolly Parton’.

“Oh, kamu ni demam ……”. Tidak diteruskan kata-katanya. Malu pula dengan Johan yang berada di hadapan mereka. Johan pula macam orang bodoh. Hanya memerhati dua orang perempuan dihadapannya itu sibuk dengan urusan mereka.

Salmah ke belakang rumah mengambil daun siri. Daun tersebut dilayur diatas api lalu ditekapkan ke dada Durrah. Bibik pun memberi petua dengan menggunakan sikat. Kedua-dua petua itu pun tak jalan. Durrah merengek. Air matanya menitis selebat titisan air susunya.

“Kita pergi ke klinik ajelah mak”. Usul Johan.

“Tak payahlah Johan, ini sakit orang bersalin. Esok baiklah dia”. Salmah memberi Durrah 2 biji panadol.

Waktu malam lain pula ceritanya. Sirajuddin mula buat ‘konsert’. Dia akan diam dan tidur bila seseorang mendodoikannya di dalam pangkuan. Bila diletakkan diatas tilam ataupun di dalam buaian, dia akan menagis. Tangisannya dimalam hari itu boleh meruntuh rumah buruk neneknya.

Terpaksalah Johan  yang mengambil alih tugasan mendodoikan Juddin. Durrah dibiarkan berehat, cuma dia akan bangun untuk menyusukan anaknya. Jika hari ketiadaan Johan, bibik yang akan memainkan peranan utama mendodoikan Juddin. Salmah, awal-awal lagi sudah angkat tangan tanda ‘salander’. Dia memang tidak boleh berjaga malam. Pitam!

Teringat Salmah akan kata-kata dari besannya cikgu Jarrah sewaktu dia melawat cucu mereka semalam. “Itu penyakit keturunan, sewaktu Johan baru dilahirkan pun begitu juga. Siang bukan main baiknya dia, tidur aje…bila malam mulalah menyanyi lagu dondang sayang. lepas pantang nanti o.klah si Juddin ni”. Salmah hanya tersengeh.

Penyakit keturunan rupanya. Tak perlulah dia mencari bomoh untuk meludahkan kepala si Juddin ini. Tidak  juga dia memberi tahu Johan akan cerita dari emaknya, bimbang  menantunya itu berkecil hati.


Tengahari itu selepas makan, Durrah menyandarkan dirinya ke dinding. Dia memerhatikan 2 batang tubuh yang sedang tidur bersebelahan. Anak dan bapak! Mereka berdua terbujur tidur di atas katil. Durrah memandang Johan dari jauh. Suaminya itu qada tidurnya. Semalaman Johan berjaga malam. Walaupun 
dihatinya masih ada rasa marah dan benci  tetapi masih ada lagi rasa kasih dan rindu terhadap suaminya itu.

Pandangannya jatuh pula pada Sirajuddin. Pada siang hari, baik pula budinya, tidur sahaja dan akan merengek bila tiba waktu untuk menyusu tetapi bila tiba waktu malam hari, mulalah dia menyanyi lagu dondang sayang.  Akhirnya Durrah mengambil kesempatan untuk sama-sama melelapkan mata.

Sesekali dia tersenyum bila mengingati peristiwa malam tadi. Dalam tidur-tidur ayamnya, sempat juga dia skoding suaminya yang mengendong Juddin. Selepas penat mengendong, diletakkan pula Juddin di tengah kedua-dua kakinya sambil menggoyangkan kedua-dua kakinya seolah-olah Juddin tidur dalam buaian. Sesekali terdengar Juddin menangis bila ayahnya terlena dan tidak menggerakkan kakinya. Dan sesekali juga Johan kelam kabut bila Juddin menangis kerana telah tergolek dari kaki ayahnya.

‘Emmm….pandai anak ibu buli ayah. Biarkan ayah tu pula yang rasa susah nya. Padan muka  ayah!’. Semakin lebar senyuman Durrah dengan mata yang terpejam. Tiba-tiba dia terasa pipinya dicubit perlahan. Dengan pantas Durrah membuka matanya. Dilihatnya, Johan pula lena dengan senyuman dibibir. Durrah memandang anaknya yang berada ditengah-tengah mereka. Juddin tidur dengan lena. Durrah ralit memandang Juddin tidur. Betapa seronoknya menjadi  anak kecil, tiada apa yang perlu dirisaukan. Menangis hanya bila lapar ataupun kebasahan.


Sewaktu Durrah sedang makan malam, tiba-tiba dia berhenti menyuap makanannya. Dia mengetapkan bibir. Sakit! Tangan kirinya menekan perut.

“Kenapa Arrah?”. Tanya Johan yang sedang memangku Juddin disebelahnya turut terkejut melihat aksi isterinya yang menahan kesakitan. Segera Johan memanggil mertuanya.

“Kamu sakit perut ke?”. Durrah hanya menganggukkan kepalanya sambil menyapu airmata.

“Kamu kena ‘cike’ ni”. Salmah memberikan anaknya 2 biji panadol. Johan hanya mengerutkan dahinya. Begitu mudah emak mertuanya ‘membela’ isterinya yang sakit, hanya disuakan 2 biji panadol sahaja. Jika semua kesakitan boleh diubati dengan 2 biji panadol, alamatnya bungkuslah klinik dan hospital.

“Tak payah ke klinik ke mak?”. Sebenarnya dia bimbang dengan kesihatan isterinya itu bila melihat isterinya tidak lalu makan, badannya lemah dan nampak begitu pucat sekali. Dia bimbang jika penyakit lain yang timbul.

“Tak ada apa tu, nanti baiklah dia…”. Senang sahaja jawapan dari emak mertuanya. Johan masih tak puas hati.

“Arrah makan sikit sangat macamana nak cepat sembuh? Makanlah lagi”. Johan memujuk isterinya bila 
melihat nasi dipinggan hanya suku sahaja yang disentuh oleh isterinya. Durrah hanya mengelengkan kepala.

“Orang bersalin ni tak ada selera nak makan”. Salmah menjawap bagi pihak anaknya.

“Tapi Johan selalu tengok Jasmin bukan main lagi dia makan bila dalam pantang. Nasinya tak muat satu pinggan. Agaknya kalau mak Jarrah beri dia dua pinggan pun habis ditalanya. Dia makan apa aje….”. Johan mula membandingkan isterinya dengan Jasmin. Salmah ketawa mengekek.

“Memang….ada orang masa dalam pantang kuat makan tapi Arrah ni dia ikut emak agaknya. Mak masa dalam pantang memang tak lalu nak makan nasi. Nasi sesenduk pun payah nak habis. Dahulu arwah ayah Arrah puas membebel dengan mak. Nak buat macam mana, bukannya dibuat-buat, memang tekak ni tak lalu nak makan. Bila dah lebih sebulan, barulah ada selera nak makan….”. Johan menganggukkan kepalanya tanda faham. 

Keturunan…! Dia memandang isterinya yang sedang mengacau air milo. Sesekali biskut yang dicecah milo disuap ke mulutnya. Fahamlah dia yang isterinya tidak  lalu makan nasi dalam keadaan sekarang ini, mungkin isterinya itu  lebih selesa makan biskut dicecah dengan milo. Walau bagaimana pun dalam keadaan sekarang isterinya perlukan makanan yang lebih berkhasiat supaya cepat sembuh dan sihat untuk menyusukan anak mereka.


4 comments:

  1. Hebatttnya tulisan akak...sgt2 berharap saya dpt menulis sepantas ini dan sehebat ini... Anyway... Sya sgt suka gaya penulisan akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih kerana sudi membaca dan mengomen.
      KPSD ni dah lama siap, cuma edit sikit aje bila nak poskan ke n3.
      MET juga masih lagi merangkak dalam penulisan, berlumba dengan masa dan anak-anak......

      Delete
    2. bila 'kau masih ku cinta' nak sambung???????

      Delete
    3. InsyaAllah will back merancak'kan pena selepas habis final sis..anyway saya suka cara tulisan akak..

      Delete