Bab 18
Rutin harian Durrah tidak banyak yang berubah walaupun dia sudah
bergelar seorang isteri. Johan sentiasa sibuk sejak dia balik dari U.K. Sibuk
dengan projeknya. Hari cuti dan hari minggu pun dia tak lekat di rumah. Ada sahaja halnya. Hatinya
semakain sunyi, sesunyi rumahtangganya Bagaimana untuk dia lebih mengenali
Johan sedangkan dia tidak di beri peluang untuk mengenali suaminya itu dengan
lebih dekat lagi. Perginya awal pagi dan pulangnya lewat malam.
‘Aku isteri tetapi bagaikan orang gaji’, menguruskan pakaian,rumahtangga dan
makanannya pun kadang-kala. Selalunya Johan makan di luar, pulangnya hanya
untuk tidur.
Durrah terasa bosan, jika
di rumah lamanya dapat juga dia bercerita dengan Rita ataupun dengan teman
serumah yang lain, kini dia keseorangan, tiada teman "
"untuk di ajak berbual. Hidupnya terasa begitu bosan.Ada
kalanya bagi melepaskan rasa bosan di hati, dia menalipon emaknya, Asila dan
kadang-kala Nasir.
"untuk di ajak berbual. Hidupnya terasa begitu bosan.
Durrah tidak punya ramai kawan kerana dia tidak suka menghabiskan
masa dengan talipon berceting di laman sosial. Nak mengadap FB pun dia muak. Entah kenapa dia
tidak berminat dengan laman social itu. Dia pelik kenapa orang jadi taksub
dengan benda-benda begini. Sedari dahulu memang itu sikapnya. Menggunakan talipon
atau H/P atau laman social bila perlu aje, bukannya untuk membuang masa dan
duit dengan bergayut yang tak mendatangkan
apa-apa faedah.
Durrah cuba
dan berusaha memupuk cinta, kasih dan
sayangnya terhadap Johan. Kadangkala
Durrah terasa hatinya kosong. Walaupun Johan ada di depan mata, tetapi dia
dapat merasakan hati mereka tidak berjalan seiring. Masing-masing mempunyai
haluan sendiri. Puas Durrah berusaha agar mereka berjalan di landasan yang
sama, tetapi Durrah gagal. Ada
kalanya Durrah begitu kecewa,
‘Aku bimbang jika ini berterusan hatiku akan berpaling pada yang
lain, aku hanya manusia biasa yang punya hati, perasaan dan nafsu…’
“Astaqfiruallahhalazim……” apalah aku melalut ni, Durrah mengurut
dadanya.
“Hai! Tak balik lagi?”.
“Kau ni buat terperanjat akulah Rita”. Marah Durrah, semangatnya
terbang.
“Kau tu asyik berangan aje, entah apalah yang di angankan, aku pun
tak tahu. Nak kata rindukan abang Johan, dia dah ada di depan mata. Eh! Abang
Mail kata, baju baru dah sampai kelmarin, kita pergi pilih nak sebelum orang
lain rembat”. Rita memancing Durrah.
“Malaslah, tak ada mood”. Durrah malas nak membeli baju, takut
bajetnya lari, ialah ini bulan pertama
Durrah akan mula membayar kereta.
“Alah kau ni, kalau kau tak nak beli, kau temankan aku aje dan
tolong pilihkan untuk aku.” Rita ni kalau apa yang dia nak, dia mesti dapatkan
tak kiralah walaupun terpaksa menyusahkan orang lain.
‘Kasihan si Hanan tu dulu kena dera dengan Rita tiap hari
agaknya’. Durrah terenyum sendiri di dalam hati.
“Iyalah”. Durrah terpaksa mengalah, malas nak bertekak dengan
Rita, hanya dialah seorang sahaja kawan karib yang Durrah ada.
“Alah, kau nak susah apa Arrah?, kau dah ada kereta sendiri, tak
payah nak sibuk-sibuk lagi kejar bas. Untung kau kahwin dengan abang Johan tu….sayang
betul dia dengan kau ye, kau dapat kereta, H/P, dapat rumah cantik, apa lagi
kau dapat ye?, eh! Bila lagi kau nak bagi baby kat dia?”. Durrah hanya
mencuihkan bibirnya tanda tak suka dengan omongan Rita.
‘Kalaulah kau tahu, aku ni masih anak dara lagi, tentu kau
terkejut beruk Rita’. Tapi tak mungkin rahsia di bilik tidur akan di kongsi dengan orang lain. Biarlah
rahsia tetap menjadi rahsia rumahtangga mereka.
“Tu….senyum-senyum tu…dah adalah kot…” Rita mula menyakat.
“Tak adalah, mana ada, kami masih honey-moon lagilah…”. Durrah
tersenyum bagi menyembunyikan hatinya
yang lara.
“Eh!Aku nak pergi toilet dululah,kau ambil kunci kereta ni dulu,
karang aku datang”.
Durrah melihat wajahnya di
cermin. Memang wajahnya tak secantik Azreen, bekas isteri Johan. Kalau di
bandangkan antara dia dengan Azreen, bagaikan langit dengan bumi. Azreen
cantik, menarik dan sesiapa sahaja yang memandangnya akan tertarik, model
terkenal dan anak orang kaya, Dato’ lagi. Azreen punya pakej yang lengkap.
Durrah selalu melihat wajah Azreen di majalah dan di dada akhbar.
Mungkin sebab itu Johan tidak pernah memandang apatah lagi tergoda dengannya.
Johan menerima Durrah pun kerana terpaksa dan Johan harus menjaga Durrah dengan
baik. Bukankah Durrah ini hanya isteri pilihan
ibunya bukan pilihan Johan sendiri.
“Kenapa bahagia sukar untuk di kecapi? Buruk sangatkah aku ini?
Kalau aku ni buruk, takkanlah si Amar anak kacukan Arab tu nakkan aku? Ah!
Amar…..teringat tentang Amar, fikiran Durrah melayang.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Mereka makan tengahari di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa.
Berselera sungguh nampaknya Amar.
“So .. Durrah, bagaimana dengan proposal I?”. Amar mengesat mulutnya denga tisu. Muka dan
bibirnya merah dek kerana kepedasan sambal nasi lemak. Durah menahan tawa,
walaupun tahu pedas, Amar tetap nak makan juga. Katanya lagi pedas lagi sedap.
Arab campur Melayulah katakana.
“Durrah…” Durrah tersenyum lagi. Hanya Amar yang memanggilnya
Durrah. Biasanya orang keluarga, teman dan rakan setugas akan memanggilnya
Arrah sebagai panggilan mesra. Berbeza dengan Amar, dia suka memanggil dengan
panggil ‘Durrah’ yang membawa maksud mutiara. Kata Amar, mata Durrah yang
bersinar di sebalik kelopak matanya umpama sebitur mutiara yang bersinar
dibalik tiramnya.
“I tak bolehlah Amar, mak I tak izinkan I kahwin dengan orang
luar, lagi pun you tu suami orang, lagilah dia tak izinkan.” Jawab Durrah
jujur.
‘Gila betul si Amar ni, baru lagi kenal dah melamar aku’. Kutuk
Durrah dalam hatinya. Menurut Amar, buat apa bercinta yang hanya menambah dosa,
baik kahwin barulah bercinta ada faedahnya dan mendapat pahala. Amar seorang
yang suka berterus terang
“Yang nak kahwin tu you, bukannya mak you”. Katanya lagi
“Iyalah itu I tahu, tapi perkahwinan yang tak direstui oleh orang
tua tak akan bahagia, Amar. Lagi pun you dah ada isteri. I orang perempuan, I
faham akan perasaan orang perempuan lain”. Durrah tak sanggup merembat sahaja
suami orang semata-mata untuk menjatuhkan gelaran andartunya.
Tidak semena-mena Amar menarik tangan kiri Durrah lalu membelek
telapak tangan Durrah. Segea Durrah menarik tangannya. Tak selesa di perlakukan
begitu. Amar tersenyum memandang Durrah.
“You akan hidup bermadu”. Durrah hanya ketawa,
“Mana you tahu?”.
“Ada
tertulis di telapak tangan you”. Durrah ketawa lagi sambil membelek telapak
tangannya sendiri.
“Mana ada, pandailah you nak perangkap I”. Amar tersenyum.
“Be my wife Durrah, I mampu untuk membahagiakan ke dua-dua isteri
I”. Durrah hanya mampu ketawa mendengar bicara Amar.
‘Andainya aku menjadi
isteri Amar di kala ini, tentulah lain pula episode kehidupanku. Mungkin aku akan
bahagia kerana aku yakin Amar akan membahaiakan aku tapi benarkah aku akan
bahagia di atas penderitaan perempuan lain? Ah! Aku tak mahu’. Durrah
berkata-kata sendirian. Telah lama dia tak melihat kelibat Amar selepas dia
berkahwin dengan Johan. Mungkin Amar punya alasan sendiri.
“Hei Arrah! Apa yang kau buat dalam toilet tu lama sangat? Kau O.K
ke tak?. Durrah mengurut dada terperanjat dengan suara Rita.
“Astaqfirullah….” Segera
Durrah keluar dari toilet.
No comments:
Post a Comment