wallpaper

20140509

Sembahyang Di Umpamakan Sebuah Bakul

... Dah lama tak buat entri. Asyik e-novel aje.

Bersempena di hari Jumaat yang mulia ni MET nak buat entri berkenaan dengan sembahyang. Semua agama ada sembahyang tapi MET nak cerita tentang sembahyang 5 waktu sehari semalam dalam agama kita, agama Islam yang sangat kita kasihi.

Ada yang mengumpamakan sembahyang ini diibaratkan sebuah bakul. Mula-mula pelik juga tapi bila difikirkan dan diperhalusinya, maka MET setuju dengan apa yang di ibaratkan. Selalunya kita dengar ustaz berkata yang sembahyang itu umpama sebuah 'tiang'. Tiang ugama'. Kalau kita tak sembahyang, maka kita telah meruntuhkan agama. Kalau rumah tiada tiang, apa akan jadi? di mana kita nak sangkutkan dan pamerkan segala macam perhiasan yang indah yang kita miliki di dalam rumah  tersebut?

Sembahyang 5 waktu adalah perkara yang paling pertama yang "
"akan dipersoalkan bila kita sudah meninggalkan alam dunia ini. Tentunya kita biasa dengar tentang soalan-soalan yang akan di tanya di dalam kubur, di padang mahsyar. Soalan yang tak menjadi rahsia lagi. MET tak mahu kupasnya kerana semua orang sudah tahu.

Menyambung dari intri yang dahulu, hidup kita hanya musafir, dunia ini hanya tempat sementara dan tempat kita kutip segala dosa dan pahala untuk kita bawa ke alam yang kekal abadi. Syurga atau neraka tempat kita.

Maka sembahyang 5 waktu itu adalah diibaratkan sebagai sebuah bakul yang digunakan sebagai bekas untuk kita mengisi segala pahala yang kita buat semasa di dunia ini. Bayangkan jika kita banyak pahala tapi kita tak ada bakul atau bekas untuk kita menyimpan dan bekas untuk kita bawa pahala-pahala tersebut ke akdir nanti, bagaimana kita nak bawa? banyak mana dalam tangan kita mampu membawanya? 

Di sekeliling kita, kita boleh lihat berapa ramai orang yang tak sembahyang. Menurut seorang ustaz, di dunia ini seramai 70% umat islam yang tak sembahyang. Seramai 20% sahaja pelajar yang bersembahyang. Bayangkan, ramainya orang yang tak bersembahyang. Paling mudah kita lihat orang lelaki yang tak bersembahyang jumaat. Tanpa rasa malu dan segan dok makan kat gerai, restoren dan bersepah di jalanan..

Di kala menghantar anak gadis MET ke sekolah (sebelah petang). MET sendiri rasa malu melihat lelaki yang berusia dengan selambanya sedang mesin tebu (untuk menjual air tebu) sedangkan dalam waktu yang sama didalam radio, sedang keudara siaran langsung sembahyang Jumaat. Malah semakin malu bila gerai anak muda yang menjual air kelapa masih lagi ditutut, ianya akan di buka selepas waktu sembahyang Jumaat. MET beranggapan, yang anak muda ini pergi sembahyang Jumaat.

Sebenarnya MET juga malu pada waktu tersebut sebab berada di jalanraya, tapi terpaksa juga kerana nak hantar anak sekolah, maka bila dengar aj waktu azan, cepat-cepat sembahyang zohor. Jika pada hari biasa, masih lagi berleka (sifat buruk yang Allah marah sebab melengahkan sembahyang). Jangan ikut aa.....

Apa yang MET nak perkatakan, jika seorang lelaki itu sembahyang Jumaat yang seminggu sekali tak mampu nak buat, adakah sembahyang waktu yang 5 kali sehari dia mampu buat???????

Sedih bila melihat anak lelaki di kawasan ini tak sembahyang Jumaat walaupun dah dewasa malahan semakin sedih bila melihat ayah mereka pun tak bersembahyang Jumaat. Bagaimana dia nak menegur anaknya sedangkan si ayah sendiri tak bersembahyang.

Malah semakin menyedihkan, ramai di kalangan pelajar IPTA yang menyewa di sekitar taman perumahan rumah MET tak pergi sembahyang Jumaat. MET tahu pun sebab ada 'ahli mesyuarat tingkap' yang berbangsa Cina memberitahu MET. Maka MET pun tinjau-tinjaulah. (Pihak polis juga suruh kita busy body dengan keadaan persekitaran tempat tinggal kita untuk membantu dalam membenteras jenayah).

Malukan bila ugama Islam di perlekehkan oleh orang Islam sendiri. Malu pada penganut agama lain.

Bagaimanakah nasib generasi akan datang? Jika pemuda yang menjadi harapan bangsa tidak teguh imannya. Jika mat rempit yang tidak bersembahyang lain halnya, ini pemuda yang cendiikawan bakal ketua dalam organisasi, bakal ahli profesional, bakal pemimpin negara. Sebab itu, jangan terperanjat nanti, pengambil rasuah dan salah guna kuasa akan semakin berleluasa.

Bagaimanakah nasib anak-anak gadis kita ??? bukankah seorang lelaki itu ketua keluarga? bagaimanakah nanti sebuah rumahtangga jika ketuanya sendiri seorang yang fasik?????

Wahai anak-anak gadis, berhati-hatilah memilih pasangan hidup, boypren atau pun yang sekutu dengannya, pilihlah yang beragama....

Sekadar peringan kita bersama.

Awak! ada apa-apa nak tambah?


No comments:

Post a Comment