wallpaper

TIDAK SEDONDON

Post KE  P2U pada 16/10/2013
Keluar P2U pada 04/01/2014

Tamat di P2U pada 26/01/2014

Aku melangkah dengai longlai lalu masuk ke pantry. Tekak ku terasa haus. Sesiapa pun tentunya terasa haus bila dibanbukan? Betul tak?
‘Ramailah pulak dalam pantry masa ni’. Aku mengeluh sendiri bila mendengar beberapa suara dari dalam. Sekilas jam ditangan aku jeling. Tea time!. Patut pun.
“Hensemlah juga orangnya. Tinggi lampai, berkacamata, senyumannya…peh!!!”. Aku mengerutkan dahi bila mendengar suara kak Julie yang begitu excited sekali sewaktu aku membuka bilik pantry ini.
“Ha, sesuai betul kalau dipadankan dengan si Azie kita ni….”Aku ‘blur’. Kenapa nama aku pula yang tersenarai?. Mentang-mentanglah umurku sudah lanjut, semua lelaki nak dipadankan dengan aku. Tak selidik dahulu, suami orang ke? Tunang orang ke? Bujang terlajak ke? Duda ke? Kena dengan selera aku ke tidak?. …
‘Hello! Aku baru 28th.lah, bukannya 48th.’. hatiku mula memprotes.
“Apa kes ni, tiba-tiba aje nama saya yang dicalonkan?”. Aku memang tak puas hati.
“Kak Julie ada terjumpa dengan Marketing Exec. kita yang baru. Hensem, tinggi lampai orangnya, berkacamata, bla…bla…bla….”. aku semakin bengang. Dalam sekali pandang pun kak Julie boleh menelek orang. Pulak tu siap nak jodohkan dengan aku!
Aku capai sebungkus ‘Nescafe 3 in 1’. Spontan datang idea kegedikanku. Tiru gaya Jasmin Hani.
“Adakah kehensemannya dapat menandingi Hyun Bin, hero yang menjadi pujaan ramai tu?”
Aku capai sebungkus lagi ‘Nescafe 3 in 1’
“Atau adakah badannya tegap dan gagah perkasa macam Tae Cyeon?”
Aku capai sebungkus lagi ‘Nescafe 3 in 1’
Atau adakah dia sekaya Lee Seung Gi?”. Ha! Ambik kau! Terlopong mulut kak Julie bila aku menyebut nama artis Korea. Confirm dia tak kenal. Dia hanya kenal Shah Rukh Khan dan pelakon yang seangkatan dengannya.Sebenarnya aku pun bukannya kenal dengan pelakon Korea ni…..saje...
Terasa ‘Nescafe 3 in 1’ di dalam genggaman tanganku diambil. Aku segera berpaling.
“Saya hanya lelaki romeo yang pandai menawan hati wanita. Mungkin suatu hari nanti saya dapat menawan hati awak untuk menjadi Juliat saya”. Satu kenyetan mata dan senyuman yang nakal diberikan untukku. Aku terpana…Ambik aku!
Tanpa rasa malu aku mengambil sebungkus ‘Nescafe 3 in 1’ lalu membancuhnya dan tanpa berlengah aku pun minum.
‘Abah…..tolong…’. muka ku kelat kerana Nescafe bukanlah minuman kegemaranku.
“Panggil saja saya Romie…”. Aku hanya memandang jejaka disebelah ku. Tinggi lampai, berkacamata dan berkumis itu yang sedang bersalaman dengan rakan-rakan sekerja sambil masing-masing memperkenalkan diri. Aku hanya tersenyum sumbing.
‘Ada gaya mat romeo’. Bisik hati kecil ku.
“Ehem..cik adik manis ni siapa nama? Saya Romie..”. aku tidak menyambut huluran tangannya itu. Aku melekapkan kedua-dua tanganku ke dada dan membongkokkan sedikit badan ku tanda hormat ku padanya. Mana boleh salam HARAM!!!
“Panggil saja saya Azie. Selamat berkenalan”. Aku memberikan senyuman plastik lalu aku pun keluar dari bilik pantry. Aku tiada mood. Masih lagi terdengar sesi ramah mesra dari dalam sana.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Aku tergelak sendiri melihat nama yang tertera diatas borang ‘miles claim’. ROBAIE bin WAGIMAN. – marketing Exec.
“Hee…jawa rupanya…”. Aku masih lagi mengekek ketawa sendirian. Gelihati! Dalam dunia ni macam-macam orang ada. Aku mengelengkan kepala. Aku masih lagi membelek kertas-kertas lampiran yang disertakan.
“ Ai! Anita danggut pun ada? Jauh tu….”. eh lupa! Zon tengah bukan hanya meliputi Kuala Lumpur, Shah Alam tetapi ianya juga meliputi Melaka dan Negeri Sembilan. Sudah tentu si Romeo ini sudah menakluki ‘tanah jajahannya’.
“Kaki dangdut juga dia ni….”. Aku mula mengutuk si Romie. Kutuk dibelakangnya, dia tak tahu, orang lain pun tak tahu…..eeeeee
“Entah apalah yang diomelkan sorang-sorang diri. Kak Azie, si Romie tanya, dia punya ‘claim’ dah siap ke belum?”. Pertanyaan dari Nonie, gadis genit berjawatan kerani akaun membuatkan aku naik marah.
“Banyak hensem muka dia, hari ni hantar, hari ni nak dapat?”. Aku mula membebel. Apa dia ingat syarikat ini abah den  yang punyo?
“Memang pun dia tu hensem apa? Entah-entah dalam diam akak pun suka dia tak? Cuma depan kitaorang aje akak tunjuk tak suka tapi manalah tahu, belakang kita, dia tu termimpi-mimpikan si romeo tu…”Nonie mula memprovok aku.
“Alah, setakat MR tu akak tak herenlah”. Aku tunjuk lagak.
“Mat Romeo tu…?”
“Mat Rabun……”. Nonie mengekek ketawa. Bila disuakan borang ‘miles claim’ yang berada ditangan ku, ketawa Nonie menjadi berganda bila melihat nama sebenar Romie.
“Dah jangan ketawa lebih-lebih”. Aku memarahinya. Aku jua menahan ketawa.
“Akak nak marah saya, akak tu pun ketawa juga. Tak baik tau, setakat nama tu tak jadi hallah. Yang penting jawatannya, Marketing Exec. bukannya kerani cabuk macam saya ni. Akak tak nak takel dia ke? Rasanya umur dia pun tak jauh beza dengan akak”. Aku mencemikkan bibirku.
“Tak  kuasa. Akak rasa Nonie lebih sesuai dengan dia. lagipun akak tak minatlah boyfriend satu tempat kerja, nanti akak nak menggedik dengan orang lain pun tak boleh”. Nonie ketawa. Aku bercakap benar, kukira Nonie ada  hati dengan si romeo tu sebab aku selalu perhatikan, setiap kali Romie ‘mengayat’ Nonie, dia mulalah menunjukkan kegedikannya.
“Hello darling, dah siap dah I punya claim?’. Kami sama-sama berpaling.
‘Oh! MR (mat rabun).
“Alah sayang, kak Azie kata belum lagilah. Dia nak peram dahulu you punya claim tu…”. Menyampah! Mulalah Nonie buat muka mengada dia tu. Dah tu buat dosa kering dalam musim hujan ni.
“Mana boleh, hari ni bagi takkan hari ni juga nak dapat duitnya. Lagipun Mr.Fong tak ada, petang ni dia baru balik. Kalau nasib awak baik, petang ni bolehlah dia sain, kalau tak mungkin esok atau lusa. Lain kali kalau nak dapat claim cepat, jangan hantar claim lambat.”aku mula membebel. Best juga sekali-sekala dapat membebelkan exec ni. Selalunya aku membebelkan orang bawahan dan kerani cabuk  sahaja. Ni, exec tu. Mana boleh lepaskan peluang. Aku? Jawatan aku hanya Asst. Account aje. tapi pasal duit syarikat ni, jangan buat pasal, aku yang kawal.
“Sorrylah, I lupa.  I Janji lain kali I akan hantar cepat”.
‘Em ..Jangan percaya dengan cakap si romeo ni…’.Bisik hatiku.Aku pergi meninggalkan mereka berdua. Masih lagi terdengar suara mereka. Kadang-kala terdengar mereka ketawa, entah apalah yang melucukan dan entah apalah mat romeo tu kelentong si Nonie tu.
Aku mengadap komputer. Masih banyak lagi kerja yang aku perlu habiskan. Emm….kerja manalah pernah habis. Kalau habis,tak adalah lagi aku kerja….
Rupa kamu yang cantik
Mata kamu yang bulat
Membikin pemuda
Jadilah gembira
        Senyumanmu yang manis
        Gigi kamu yang putih
        Ooo nonaku Azizah
        Ooo nonaku Azizah………..
Walaupun tanpa suara, hanya siulan sahaja, aku tahu lagu itu untuk aku. Aku berpaling untuk melihat siapakah gerangan jejaka itu. Jejaka itu mengenyatkan matanya.
‘La, mat rabun ni….’ Aku tersenyum sumbing padanya. Dia menyandarkan dirinya ditepi dinding.
“Azizah…..”
“Ya, saya. ada apa En.Robaie?...”. si Romie hilang kata-kata. Kami sama-sama ketawa.
“You ni potong stim betullah bila you sebut nama tu….”Alah, mulalah nak merajuk si MR ni.
“Ape hel nye?...”. Aku mula berjenaka, Romie sambung ketawa.
“Ha, macam tukan bagus. Kalau you ketawa, you nampak lebih cantik tau. Janganlah serius sangat cik Azizah”. Em…pulak! Ulat bulu dah naik daun.
“Dahlah, kalau you bodek I pun, I tak boleh luluskan ‘claim’ you sebab Mr.Fong tak ada. Ade faham????? Aku mula mengeraskan suara. Buat-buat marah. Memang pun di mata mereka, aku ini seorang yang garang jika berkenaan dengan wang. Wang! Wang! Wang!. Budak-budak ni semuanya jika diberi peluang mulalah……macam-macam permintaan ada.
“I bukan nak minta tolong you luluskan ‘claim’ I, tapi I nak minta tolongg you simpankan claim I bila dah diluluskan sebab petang ini I dah berangkat ke Terengganu. 3 atau 4 hari selepastu barulah I balik. I takut hilang jika you letakkan kat atas meja I. you pun tahukan, satu hari pun macam-macam boleh jadi, inikan pula 3 hari …..”.
“La, kalau tahu you nak out-station, kenapa tak hantar ‘claim’ awal?. Claim ni untuk out-station you 2 minggu yang lepaskan?”. Kasihan pula aku tengok muka dia ni. Terengganu tu bukannya dekat. Tentu dia nak guna duit. Paling tidak pun lepaslah duit tambang pergi dan balik.
“I lupa. Tak apalah Azizah, I bukannya nak gunakan duit tu. Duit I dalam peti besi kat rumah tu pun tak habis pakai lagi….”. si Romie tersengeh sendiri dengan lawak antarabangsanya. Aku mencuihkan bibir. Berlagaknya!
“You nak kirim apa-apa dari Terengganu?”. Wah! Memancing nampak?
“Nak juga kirim tapi takut you tak mampu pula”. Orang menjual, biarlah aku pula membeli.
“You nak apa? Cakap aje. pasti beres”. Penuh confident Romie berjanji.
“Kirim salam kat Tunku Mizan”. Kataku dengan selamba. Romie menepuk dahinya.
“Alamak. Tinggi punya ‘test’lah….”. aku ketawakan Romie. Ambik kau! Tadi ek dengan aku.
“Dengan dayang Tunku pun I tak dapat salam, inikan pula dengan Tunku sendiri….”.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Aku membelek helaian demi helaian kertas dihadapanku. Aku senyum sendirian. Tidak dinafikan, aku berpuas hati dengan kerja mat romeo itu. Walaupun didalam bilik mesyuarat kami sering tidak sependapat, tetapi bila melakukan tugas kami sentiasa berganding bahu dan bekerjasama dalam memajukan syarikat. Sejak kami bekerjasama, jarang sekali terdapat hutang dari pihak customer yang tertangguh. Kalau dahulu dengan Marketing Exec yang lama, kami jarang bekerjasama kerana dia suka buat hal sendiri tetapi dengan mat romeo ini, dia seorang yang boleh diajak berbincang dan berfikiran terbuka dan boleh dikritik dan meminta tolong.
Kalau dahulu aku selalu ditegur oleh big Bos sebab banyak customer yang liat membuat pembayara, tapi sekarang dengan adanya Romie, semuanya beres! Bagi aku, sememangnya itu tugas bahagian marketing pun, sepatutnya mereka bukan hanya jual barang tetapi mestilah memastikan pihak pembeli membuat pembayaran selepas barangan diterima. Tidak gitu?
“Azie…”. Aku memandang kak Julie
“Hello darling!”. Satu kenyetan nakal diberikan untuk kak Julie.
“Kenapa kak?”. Tak kuasa aku nak layan mat romeo ni…
“Akak….alah, akak lupalah pula apa akak nak cakap tadi. Ni mat romeo punya pasallah ni..”. ‘Pap’. Buku yang berada ditangannya mendarat di bahu Romie.
“Aduh!”. Romie mengaduh manja. Aku dan Romie ketawakan kak Julie. ‘Darling’ punya pasal, hilang terus apa yang nak kak Julie katakan pada ku. Aku mengelengkan kepala.
Bukan sahaja kak Julie, malahan kadang-kala aku pun boleh ‘jatuh’ hati dengan mat romeo ni bila mendengar suara dan gaya gurauannya. Hello darling, sweetie, baby, sweatheart dan macam-macam nama panggilan sayang dari bibirnya untuk kami.tapi jika benar aku jatuh cinta dengannya, aku sengaja cari nahas. Rasanya bukan sahaja masuk parit tapi terus terjun gaunglah jawabnya.
Bagiku, Romie bukanlah seorang pencinta yang setia, cintanya hanya mainan bibir. Dia bukanlah lelaki idaman aku. Jika aku diberi pilihan, aku inginkan lelaki biasa yang soleh, bukannya lelaki yang salah yang hidung belang. Tetapi aku tidak boleh menilai seseorang hanya dengan luarannya sahaja. Apa-apa pun yang pasti, aku tidak akan memilih kekasih atau pun pasangan hidup ku dalam satu tempat kerja yang sama. Aku tak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah sekali aku terkena. Selamanya aku akan ingat dan terasa. Malahan sehingga kini sakitnya masih lagi terasa.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
3 tahun yang lalu
Aku melabohkan punggunggu diatas bangku. Letih! Sangat-sangat letih!putus cinta membuatkan segala rutin hidupku sangat meletihkan dan membosankan. Hilang semangat, selera makan dan tidur. Badan letih dan mata mengantuk tetapi tak boleh tidur, mata pejam tetapi fikiran menerawang entah ke mana. Perut kosong berkeroncong tetapi bila makan, segala isinya dikeluarkan. Muntah! Betul kata P.Ramlee, ‘putus kasih alamat nak mampus’.
Aku memejamkan mata dan menyandarkan badanku ke dinding, tidak ku kesahkan segala omelan dari Rozie, teman serumahku. “bla…bla….bla….”.
“Eh! Tu macam Fauzan tu, dia dengan….” Mataku tiba-tiba terbuka luas bila Rozie menyebut nama Fauzan.
“Tu budak pejabat aku tu, eh, apa pasal Rishah dengan Fauzan pula?”. Rozie memandang aku. dia memetik jarinya. “Tunang Rishah tu Fauzan? Oooo patut pun dia dok canang dengan kita orang yang tunangnya keturunan syed. Rupanya Syed Fauzan…”. Rozie bertanya dan dia sendiri memberikan jawapannya membuatkan fikiranku semakin kabur.    
“Dia dok bercerita yang dia dah bertunang dengan seseorang yang berketurunan Syed. Dia kata mereka berjumpa kat pusat boling. Kawan tak sampai 3 bulan terus pak syed tu ajak kahwin. Alah, jumpa kat pusat boling aje bukannya kat masjid….bla…bla…bla…”. Aku tidak  mendengar lagi bebelan Rozie. Fikiran aku sedang mencernakan sesuatu.
‘Jumpa kat pusat boling….tak sampai 3 bulan kenal mereka dah nak kahwin……’. Aku memandang Rozie, Rozie memandang aku. aku kira apa yang kami fikirkan adalah perkara yang sama.
“Fauzan tipu kau?”. Rozie membeliakkan matanya. Aku juga. Celaka punya jantan!
“Dia tipu kau. Dia kata itu pilihan mak dia kan?. Padahal itu pilihan dia. mereka jumpa kat pusat boling. Dulu sebelum kau orang berpisah, Fauzan sibuk main boling kan? Celaka punya jantan. Penipu! Tak guna! Eh, geram aku”. Rozie pula yang lebih-lebih.
“Kau pula bersedih, menangis siang malam. Rugi aje menangis pasal jantan tak guna tu….”. hatiku semakin berapi bila Rozie semakin membakar hatiku dengan kata-katanya.
“Cet! Pak syed konon…..kalau keturunan syed Mokhtar, o.klah juga, ni syed Fauzan aje…”. Rozie menjuihkan bibirnya.
Apa bezanya orang biasa dengan keturunan  syed?. Disisi Allah, kita sama sahaja, yang membezakannya hanyalah iman dan amal kita. Mungkin disisi manusia ada bezanya. Manusia suka membezakannya mengikut pangkat dan harta. Semakin tinggi pangkatnya dan semakin mereka berharta, mereka akan disanjung dan dipandang tinggi. Mungkin panggilan syed di pangkal nama itu yang berbeza dan dipandang tinggi. Tetapi bagiku tuan Syed Fauzan dihadapanku ini tiada bezanya dari ku.  Dia bekerja sama pangkat dengan aku bukannya manager pun.
Ibunya puan Sharifah Aminah hanya surirumahtangga manakala ayahnya Syed Abdul Rahman hanya kerani biasa di JKR. Tak adalah tinggi manapun darjat mereka.
“Eh Jom, kita serang dia….”. Aku diheret oleh Rozie ke tempat Fauzan dengan tunangnya.
“Hai Rishah, hai Fauzan, tak sangka jumpa you kat sini….”. Rozie mula senyum meleret. Aku hanya tegak memandang Fauzan. Aku menahan api kemarahan yang mula membara dihatiku. Selama ini aku menangis sendirian bila cinta kami kecundang. Menurut Fauzan, tunangannya itu pilihan keluarganya. Rupanya aku ditipu.
“Hei Rozie, tak sangka kita jumpa ye. Eh, you kenal tunang I?. Sayang you kenal Rozie ek?”. Suara manja Rishah  menyapa telingaku. Aku melihat tangan Rishah melingkar dilengan Fauzan. Berbulu telinga dan mataku melihat mereka berdua.
“Kenal, kenal sangat-sangat dengan pak Syed kita ni. Kan Syed Fauzan?. Kita biasa makan sama,jalan sama-sama, bermain sama-sama, tengok wayang sama-sama, berenang, memancing, berkemah, panjat gunung panjat gaung, tengok bola, pendek kata semuanya kami biasa buat bersama cuma tidur aje kami tak pernah bersama kan Fauzan?”. Lebih-lebihlah pula si Rozie ni provok Fauzan. Fauzan hanya diam tak berkutik. Aku menarik nafas, mengumpul semangat.
“Oooo ini perempuan yang mak you carikan untuk you Fauzan. Boleh tahan tapi kasihan dia miskin sangat sampai tak ada duit nak beli kain…”. Aku mula memandang Rishah yang bermini skirt pendek yang hampir nampak punggungnya. Kasihan, tak sangka ini  selera Fauzan. Ternyata 8 tahun mengenalinya aku tak betul-betul mengenali selera Fauzan.
“Execuse me…apa ni sayang?”. Rishah mula merengek.
“Aku tak sangka kau berbohong dengan aku. Pilihan mak konon….”. aku mula naik darah.
“Hei, apa yang you merepek ni…”. Rishah mula meninggikan suaranya.
“Rishah, kalau you nak tahu, dia nilah lelaki yang tak berguna. Kalau dengan I yang dah 8 tahun mengenali dirinya dan berkasih sayang, dia boleh tipu I, tak tahulah pula dengan orang yang baru 3 bulan dia kenal. Entahlah! Malas I nak cakap”. Aku melepaskan keluhan. Aku mencapai tangan Rozie mengajaknya pergi dari sini. Muak aku melihat muka Fauzan. Sayang telah bertukar benci.
“Cukup Azie, kau cerminlah dulu diri kau sendiri adakah kau la…”. Belumpun sempat Fauzan menghabiskan ayatnya, pipinya telah pun mendapat satu tamparan dariku. Ambikkau!
“Ingat Fauzan. Kau telah menganiaya aku, perasaan aku. berjanji dengan aku. Satu hari nanti kau akan rasa bagaimana sakitnya  hati bila disakiti oleh orang yang kita kasihi. Allah itu maha adil dan maha mengetahui”. Rozie segera mencapai tangan aku dan membawa aku pergi jauh dari mereka. Sejak itu aku tak lagi menangis untuk cinta kami. Dan sejak itu aku mengharamkan Rozie bercerita dan menyebut nama Fauzan dihadapanku. Aku juga telah berhenti kerja ditempat yang lama. Mana mungkin aku ingin mengadap muka Fauzan setiap hari.
Itu cerita 3 tahun yang lalu dan hingga kini aku tak pernah mencari pengganti Fauzan. Hatiku seakan-akan beku . Bukannya tak ada lelaki yang cuba meratapi aku, ada tapi aku tolak dengan cara yang baik. Aku cuba mengelak dari jatuh cinta lebih-lebih lagi dengan teman sepejabat. Bagiku, bahagia ada dimana-mana. Bahagia terletak dihati bukannya hanya terletak pada lelaki. Tanpa lelaki pun aku boleh hidup bahagia kini dan aku menikmati kebahgiaan ini seadanya.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Kak Azie, Romie nak belanja kita makanlah. Kan semalam dia dapat duit ‘claim’ dia”. Suara Nonie begitu teruja sekali, almaklumlah makan free. Bila orang bertanya, makanan apakah yang paling sedap didunia? Tentu jawapannya adalah makan free. Betul tak?
“Taknaklah, akak tak mahu makan rasuah”. Dengan selamba aku menjawab.
“Apalah akak ni, tak baik cakap macam tu….”. Nonie mula terasa.
“Akak tak mahu termakan budi nanti tergadai body”. Aku mengekek ketawa. Saja mengusik Nonie. Aku tahu si Romie selalu belanja dia makan bila Romie mendapat duit ‘miles claim’nya. Setiap kali si Romie out-station ada sahaja buah tangan untuk Nonie dan kadang-kala untuk kami semua. Em…semuga Romie di murahkan lagi rezeki untuknya.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Dum! Bahuku terangkat. Serta- merta tapak tanganku memegang dada. Terperanjat!
“Astagfiruallahhalazim……”Aku mengucap panjang. Mataku melilar. Mujur tiada orang berhampiranku. Rakan sekerja semuanya masih belum sampai. Jam dimejaku menunjukkan pikul 8.00 am. Waktu pejabat bermula 8.30 am.
“Mabuk apa pagi-pagi ni, dahlah tak beri salam, tiba-tiba aje terjah orang”. Aku mula menghemburkan rasa marahku.
“Lain kali kalau tak mahu orang lain belanja makan, jangan cakap bukan-bukan. Jangan ingat ingat I ni nak beri you rasuah. Apa bagus sangat ke body you tu? Hei, setakat you punya body macam ni…, bagi free pun I tak hinginlah”. Romie terus blah. Tak sempat aku nak balas balik kata-katanya. Masih lagi aku terbayang akan pandangan sinis dari dia.
Celaka Nonie, rasanya aku nak cili-cili mulut dia….
“Astagfiruallahhalazim……”. Aku beristigrafar didalam hati. ‘Ya Allah, berikanlah aku kesabaran’.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Sepanjang 2 bulan Romie melancarkan perang dingin dengan aku, aku juga melancarkan perang dingin dengan Nonie. Sitalam 2 muka. Perbalahan antara aku dengan Romie, rasanya tiada siapa yang tahu termasuk Nonie. Sengaja aku tidak bertanyakan pada Nonie, bimbang nanti cerita ini akan semakin rumit dan meleret-leret tetapi jika Romie ada bercerita dengan Nonie, itu terpulanglah.
Mr. Fong sudah menegurku kerana banyak customer yang tak menjelaskan hutang mereka.
‘Kenapa aku pula yang perlu meminta hutang? Kan kerja budak bahagian sales dan marketing?. Kalau dah jual barang tu, kenalah pastikan mereka bayar. Tak gitu?’. Selalunya aku dan Romie saling bekerjasama dalam hal ini tetapi sekarang tidak lagi. Sejak perang dingin kami 2 bulan yang lalu, Romie mula lepas tangan. Dia jual aje barang tapi tak minta orang bayar. Ada ke patut?
“Azizah, you dah settlekan dengan Romie mana customer kita yang belum bayar lagi?. Syarikat Winner ada RM200,000.00 lagi yang belum bayarkan?. I tak mahu nanti big bos bising dalam mesyuarat . Barang keluar tapi duit tak masuk-masuk”. Mr.Fong mula menegurku.
“Kenapa pula I yang kena?. Itukan kerja bahagian sales dan marketing?. Lecehlah diaorang ni…”. Aku tak sukalah semua benda macam aku saja yang buat salah.
“Dahulu  you dengan Romie yang work together hal-hal macam ni tapi sekarang banyak pula yang sangkut? You gaduh dengan dia ek?”. Mr.Fong mula serkap jarang.
“Tak adalah bos, kami ni bukan budak-budak lagi nak gaduh-gaduh…”.Mr.Fong tersengeh mendengar penjelasanku.
“Kalau budak-budak gaduh sekejap saja dah baik tapi kalau orag besar yang nak jadi mak dan bapak budak yang gaduh, itu yang lama…”. Aku mencuihkan bibirku. Bos aku yang sorang ni jika anginnya baik, kita ketuk kepala dia pun tak apa tapi kalau angin kus-kus dia sampai…alahai, cair tahi telinga dengar dia membebel.
“Better you settlekan cepat dengan Romie…”.ugutnya lagi. Aku menarik nafas panjang.
Alahai….ni yang susah ni.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Aku membawa mug berisi air milo yang baru aku bancuh lalu dihadapan bilik Romie. Hatiku berbelah bagi. Aku teringat akan ugutan dari Mr.Fong sebentar tadi. Dalam kepayahan aku terpaksa mengalah. Ingat tu, mengalah bukan berarti kalah!
Tuk!tuk!tuk! aku masuk walaupun tiada suara yang membenarkannya. Perlahan aku meletakkan mug diatas meja.
“Assalamualaikaum….!”. Salamku tak dijawab.
“Tak jawab berdosa. Memberi salam hukumnya sunat tetapi menjawab slam hukumnya wajib”. Aku mula bermain dengan kata-kata tetapi orang didepanu ini buat dek aje. dia tekun dengan kerjanya. Alahai! Aku bukannya pandai nak pujuk orang ni. Kalau setakat si Adib tu bolehlah. Kacang aje.
“En. Romie, saya minta maaf sebab tuduh awak macam-macam. Sebenarnya saya bergurau aje dengan si Nonie tu, tak sangka pula dia sampaikan pada awak. saya minta maaf sekali lagi”. Senyap! Tiada respon. Apalah dia ni macam budak-budak, takkan itupun nak merajuk.
“Tak apalah kalau awak tak maafkan saya….”. aku mengambil mug dan mula menapak. Aku pun tahu merajuk. Apa? Dia ingat dia sorang aje yang tahu merajuk?
“You tuduh I apa ek? I dah lupalah….”. aku berpaling lalu berjalan semula ke mejanya.
“Entahlah ek? Saya pun dah lupalah….”. Aku memberikannya satu senyuman. Mata kami berpadu. Dengan selamba Romie mencapai mug yang aku letakkan dihadapannya lalu dia minum air milo itu tanpa rasa malu.
“Hei, itu air sayalah…”. Apalah dia ni, main minum aje…
“Manalah I tahu, I ingatkan you buatkan I air…”. Aku mencemikkan mulut. Tak kuasa aku!
“O.klah, kalau you mahu I maafkan you, you kena belanja I makan hari ni…”.Romie mengenyetkan matanya Gatal!
“Kalau I tak mahu?”. Aku mula main tarik tali.
“Tak mahu tak apa….saya tak mahu kawan awak, saya tak mahu tolong awak, saya tahu awak dalam kesusahan sekarang ni..”. Ewah, dah bersaya awak pula dia ni….
Romie munutup matanya. Dia menyandarkan badannya sambil kedua telapak tangannya diletakkan dibelakang kepalanya. Sungguh relax dia. aku melihat jam ditangan. Pukul 11.00am. hari Sabtu. Kerja setengah hari.
“O.klah, tapi lambat sikit sebab saya nak sembahyang zohor dahulu. Pukul 1.30ptg. tunggu kat parking”. Romie membuka matanya. Dia tersenyum lalu memberikan satu kenyetan padaku. Dia menang! Benci aku melihatnya.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Aku berjalan perlahan keluar dari bangunan pejabat. Kulihat Romie relax menyandarkan badannya dikeretaku sambil tangannya menekan punat-punat handpone miliknya.
“Sory, saya lambat”. Kata-kata maaf aku hulurkan. Sebenarnya sengaja aku keluar lambat. Biar dia rasa!
“Tak apa, I pun baru aje sampai”. Romie menadah tangannya. Aku mengerutkan dahiku tanda tak faham.
“Beri I kunci, I yang pandu. Hari ini you yang belanja I makan jadi biarlah I yang tentukan tempatnya…”. Aku teragak-agak memberikan kunci kereta kancilku.
Gedegang!!!!
Aku membeliakkan mataku. Romie ketawa. Lucu mungkin dengan keazaban kereta burukku ini.
“Perlahanlah sikit, terbarai kereta antik saya ni, saya juga yang susah..”. Romie masih lagi ketawa. Memanglah kereta aku ni tak dapat menandingi keretanya. Aku melihat Romie relax sahaja memandu ketera burukku ini.
“Kenapa tak beli aje kereta yang elok sikit. Rasanya kereta ini bukannya boleh buat jalan jauh, takut rosak kat tengah jalan”. Romie memandang aku. aku pula yang gerun bila tumpuannya bukan pda jalan raya.
“Taulah kereta buruk ni tak dapat menandingi Kezashi awak…tapi, ini sahaja yang saya mampu. Alhamdulillah, dari tak ada baik ada. Selama ini kereta ini belum menyusahkan saya lagi”. Hanya ini harta yang aku ada. Manalah aku mampu nak hidup mewah dengan gaji aku yang ciput tu.
“Betul juga tu. Dari you berkereta besar tapi buat kerja tak senonoh, lebih baik macam ni…alasan boleh diterima…”. Ewah! Selamba dek aje dia ni…
Aku mula mengelabah bila Romie memakirkan keretaku dihadapan hotel 5 bintang. Apa lagi, kepalaku tiba-tiba pening dan berbintang-bintang.
“Romie, serius, saya tak mampu nak belanja awak makan kat sini. Kalau kat kedai mamak lepaslah….”. aku macam nak menangis. Duit dalam dompet aku ada RM60.00 aje. itupun untuk kegunaan sehingga gaji minggu hadapan. Setakat minyak kancilku berapalah sangat.
“Apalah you ni. I belanjalah. Jom kita makan Dim Sum”.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Sambil makan sambil berbual. Inilah pertama kali aku makan dengan menggunakan ‘chop stik’. Penyudahnya aku makan menggunakan tangan. Haa, kan senang. Aku lihat Romie tak kekok menggunakan chop stik, mungkin dia dah biasa kot.
“Tak sangka si Nonie tu boleh mengadu kat awak”. Romie tersengeh.
“Macam-macam dia cakap tentang awak”. Aku mencemikkan bibirku.
“Tak payah cakap pun saya dah tahu. Biarlah, malas saya nak layan dia orang tu..”. Aku sumbat lagi satu kedalam mulut. Bapak punya kenyang perutku. Aku terpaksa mengelengkan kepala bila Romie menghulurkan pencuci mulut.
Betul orang kata, makanan yang paling sedap adalah makan free…
“Tak nak tahu apa dia cakap?” Romie mula mengujiku.
“Tak payahlah. Saya nak kena hantar awak balik ofis ke?”. Sengaja aku menukar tajuk perbualan.
“Tak payahlah, teksi banyak. Takkanlah you dah nak balik. Esok hari minggu. Apa kata kita window shoping ke ataupun you nak shoping pun boleh”. Aku geleng kepala.
“Pelik. Shoping pun tak nak? Selaluya orang perempuan ni kaki shoping. Pantang diajak”. Aku ketawa.
“Saya ni tak suka window shoping sebab nanti saya pening kepala sebab tak boleh beli. Saya akan pergi shoping bila ada benda yang saya nak beli. Lagipun saya nak baliklah nanti famili saya bising”. Sengaja aku beri alasan. Sebanarnya aku dah mula mengantuk sebab perut ini dah terlebih kenyang. Ternampak-nampak bantal dan tilam aje….
“You orang Melaka kan? Melaka kat mana ek?”.
“Melaka kat Jasin”. Jawabku.
“Jasin tu besar darling. I selalu ke solok Komomg. You pernah kesana?”. Darling yang Romie hanya lalu di telingaku tetapi solok Komong, perkataan itu terus melekat kat fikiranku.dimana ye?
“Apalah, solok Komong pun tak tahu, kat Chabaulah…jangan cakap Chabau pun you tak tahu…”.  Aku ketawa. Tak patut betul. Romie lebih tahu dari aku.
“Ooo Chabau tu saya pernah dengar tapi saya tak pernah pergi sana”. Jawab ku tulus.
“Habis tu, you Jasin kat belah mana?”.Soalnya lagi.
“Kat Merlimau, kg.Sebatu”.
“Oh! Tak jauh pun sebatu aje dari sini…”. Romie mula buat lawak.
“I pernah pergi pekan Merlimau, jalan ke kg. Sebatu tu ikut sebelah mana dari ‘round the board’ arah dari Jasin?”. Aku mula penik. Alamak, manalah aku tahu!
“Haaa, I tahu you bohong kan?”. Aku sudah masuk perangkap si Romie ni.
“Tak bohonglah…itu kampung tok nenek saya sebelah emak. Saya dilahir dan dibesarkan di kg. Tehel. Kampung tok nenek saya sebelah abah”. Tak boleh nak goreng sikit orang marketing ni, silap hari bulan aku pula yang dijualnya.
“Tehel? Peliknya nama, kat mana tu? Macam Ulu aje bunyinya…”. Romie mula ketawa. Aku pula mula naik darah.
“Kat Gapam. Ha jangan cakap awak tak tahu kat mana..”. Aku semakin marah bila melihat Romie ketawa.
“Kat mana Gapam tu…?”. Aku mula menyampah dengan dia.
“Sayang….orang lebih kenal Tiara, Orna walaupun ianya dalam kawasan Gapam. Macamana ek nama Tehel tu boleh dapat?”. Aku mula memuncungkan mulutku. Kata sayangnya lebih membuatkan telingaku berbulu.
“Alah, malaslah nak cerita. Ceritanya panjang sampai besok pun tak habis kalau nak buka kisahnya”. Aku tersenyum bila dapat mengenakan Romie. Romie ketawa lagi. Makan tengahari yang mengenyangkan dan mengembirakan. Sememangnya makan free adalah makanan yang paling best dalam dunia.
Terimakasih Romie…terimakasih daun keladi.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hubungan kami semakin pulih. Hasil dari kerjasama kami, segala kesulitan dapat diatasi. Hubungan kami hanyalah sebagai rakan sepejabat sahaja, tidak lebih dan tidak kurang daripada itu.
“Kak Azie, cantik tak gelang saya ni?”.Nonie menayangkan gelang barunya kepadaku. Mutiara hitam yang telah diikat dengan emas putih. Cantik terletak dipergelangan tangan Nonie.
“Cantik”. Pujiku ikhlas.
“Romie bagi mutiara ni dari Sabah”. Terangnya. Dia masih lagi membelek gelangnya itu. Sememangnya bulan lepas Romie ada ke Sabah untuk menghadiri krusus. Dia juga ada bertanyakan kepada aku tentang oleh-oleh dari Sabah. Aku katakan padanya ‘bawakan saya Pulau Sipadan untuk saya. yang lain-lain saya tak mahu’.
Aku pula mendapat jawapan dari Romie. ‘Gila ke apa?’. Aku hanya ketawa. Romie juga ketawa. Penghabisnya Romie membelikan aku makanan ringan dari Sabah. Makanan itu aku kongsi bersama dengan rakan sepejabat.
Aku akui, Romie seorang yang pemurah.Jika dia pergi kemana-mana dan berjumpa dengan makanan yang pelik-pelik, paling tidak pun kerepek, pasti dia belikan untuk kami. pasal makan, kita orang semua tak tolak. Membujur lalu, melintang pun boleh lalu juga, tak patah pun.
“Wah, satu perkembangan yang baik. Dah bagi gelang, bila lagi nak bagi cincinnya?”. Gurauku.
“His, akak ni kesitu pula dia. pelan-pelanlah. Kami kawan ajelah. Akak tengok si Romie tu macamana?”. Aku tersengeh.
“Mula-mula memanglah kawan, lepas tu kahwin. Akak pun bukannya kenal sangat dengan Romie tu. Sebagai kawan tu, kira o.klah. tapi kalau kawin tu tak tahulah pula. Manusia ni lain. Masa kawan dia lain tapi masa kahwin dia jadi lain”. Alah, melalutlah pula aku ni.
Nak cakap yang benar, takut pula si Nonie kecih hati. Bagiku, si Romeo itu bukan boleh dipercayai sangat. Cintanya hanya mainan dibibir. Kasih sayangnya terlalu murah…hai sayang!, hai sweety! Hello darling!.  Uek!
“Akak tak berani nak komen lebih-lebih. Akak tak rapat dengan dia. kami berjumpa pun pasal kerja aje. Noniekan lebih rapat dengan dia sebab selalu keluar makan dengan dia?”. soalan berjawap soalan juga. Sememangnya Nonie selalu keluar makan tengahari dengan Romie. Mengikut kata Nonielah. Keluar makan malam, tidak pula Nonie cerita. Romie ada juga mempelawa aku keluar makan bersama mereka tetapi aku memberikan sejuta alasan. Mujurlah sewaktu aku dibelanja makan oleh Romie tempohari, tiada siapa pun yang tahu. Aku kira, Romie juga tidak bercerita dengan Nonie. Mungkin untuk menjaga hati kekasihnya barangkali.
Emmm…bestnya mempunyai kekasih hati. Sebelum tidur boleh mendengar suara. Paling tidak tidak, setiap hujung minggu pasti keluar bersama. Sudah lama hatiku ini kosong tak berpenghuni. Semenjak aku berpisah dengan Fauzan, hatiku seakan-akan serik untuk bercinta lagi. Perkara paling bodoh yang aku lakukan. Bercinta bertahun-tahun tapi hasilnya tiada. Ibarat menanam pokok mangga, pohonnya tumbuh dengan rendang dan subur tapi buahnya tak ada. Buat rugi aje. paling bagus, tebang saja.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Apa yang you cari tu Azizah?”. Tiba-tiba satu suara menegurku.
“Aduh!”. Tanpa aku sedar kepalaku terhantuk dimeja. Aku menggosokkkan kepalaku yang bertudung. Sakit!
“Cubalah beri salam, tak adalah orang terperanjat. Awak ni selalu main terjah aje. ingat ni dalam melodi ke apa?. Nabi Muhammad SAW nak masuk syurga pun ketuk pintu dahulu tau beri salam, bukan main terjah aje”. Tak pasal-pasl Romie dapat ceramah percuma. Dia tersengeh.
“Cari apa?”. Soalnya lagi.
“Cari hati. Entah siapalah yang dah bawa lari…”.
“Alah, nak buat apa cari lagi? Kat depan you ni kan ada?”. Aku mencemikkan bibir. Tak hingin!
“Ai, pemadam besar itu pun boleh guna lagi?”. Romie mula ketawa bila melihat aku mula memadamkan sesuatu dengan getah pemadam yang sebesar hujung pen.
“Dah yang ini aje yang ada. Yang besar dah kena kebas”. Jawabku.
“Betullah orang kata, budak akaun ni bagus buat bini sebab pandai berjimat dan tak boros”.
“Perli nampak?”. Romie ketawa bila melihat aku mula marah dengan usikannya.
“Azizah, bagi I list customer yang belum jelaskan payment dia lagi”. Tanpa rasa bersalah terus Romie duduk dihadapanku.
Aku menghulurkan kepada Romie senarai yang diminta. Senarai itu tak perlu aku cari, sememangnya ada dalam tray dihadapanku. Sebentar tadi aku printnya. Akukan pekerja yang ‘efesyen’.
Romie khusyuk melihat senarai itu. Berfikir barangkali. Sambil menunggu dia bersoal jawab denganku, mataku mula melirik memandang wajahnya.
Kulit Romie agak cerah dan kemerahan. Bentuk mukanya bujur. Kening yang hitam dan lebat. Kuintai bulu matanya yang lentik dan bermata kelabu yang bundar disebalik kacamatanya. Mataku turun ke hidung Romie yang mancung. Bibirnya yang tebal dihiasi dengan kumis. Memperlihatkan dia seorang yang tegas dan penuh berkarisma tetapi dia sungguh menawan bila tersenyum. Aku kira, tidak ada langsung tokoh anak jawa lelaki dihadapanku ini. Patut pun dia lebih selesa menggunakan nama Romie dari  Robaie bin Wagiman.
Haila…senyuman itu boleh membuatkan aku pewai…senyum?????segera aku terbangun dari lamunan bila mataku berpadu dengan mata Romie. Senyuman Romie semakin lebar.
Adoiiii…kantoi!
“Dah puas belek muka I yang hensom ni?”. Kening Romie terangkat. Aku mencemikkan bibir.
“Perasan!”. Aku menutup malu.
“Betul apa? Tak nak mengaku. malu ek nak mengaku yang you dah jatuh hati kat I?”. Romie kataw kecil menyebabkan aku sakit hati.
“Hello, sorry ye. Bagi saya, tak salah sekiranya saya pandang dan belek macam buah ni…”. Aku mencapai sebiji epalku yang besar, merah dan nampak begitu menyelerakan. Mujur datang  idea pembohongku.
“Saya pegang, saya belek, saya tenung, tak semestinya saya nak makan…Cuma belek saja….”.  Belum pun aku habis cakap, Romie sudah pun merampas buah epal dari tanganku.
“Bagi I pula, bila I nampak buah ini cantik, menarik, gebu, merah menyala dan begitu menyelerekan…”. KRUKK!! Aku membuntangkan biji mataku bila melihat dengan selamba Romie menggigit buah epalku.
“Kalau epal sesedap ini dibelek sahaja tanpa dimakan…itu BOLLOH…. namanya..”. Romie mula bangun dan meninggalkan mejaku.
“Hei, itu epal sayalah….”. Dia ketawa sambil menggigit lagi epalku yang merah dan ranum itu.
Ah!!!!!
Tak guna punya orang, dahlah kata aku bodoh dan makan epal aku pula tu.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx\
Aku menilik jam ditangan. 10.00 am. Aku bangun lalu mencapai mug diatas meja.
“Hello sayang…..”. tiba-tiba hatiku bergetar bila mendengar suara garau lagi romantis itu. Segera aku tepis perasaan itu.  Mataku tertacap pada sesuatu di tangan Romie.
“Kek apa pula ni. Hari ni bukan my birthdaylah”. Kulihat Romie sibuk mencacakkan lilin diatas keknya.
“Hari ini my birthday”. Dengan senang hati dia menyatakan.
‘Ada aku kisah?’. Tapi suara itu hanya terlhir didalam hatiku sahaja. Kasihan pula pada birthday boy ini.
“Hey, birthday siapa ni?’. Sekejap pan sahaja mejaku telah dikerumuni…emmm makan free…
“Hari ni my birthday. I nak ‘salebret’ dengan you all”.
“Apasal lilinnya 3 aje Romie? Betul-betul depan si Azie ni. Ni rasanya macam ‘I love you’ aje…”. Terdengar suara-suara sumbang mula mengusik. Aku mula panas telinga. Romie hanya ketawa.
“Kalau betul pun tak apakan? Dua-dua single lagi. Yang sebenarnya 3 batang lilin ni tandanya 3 puluhan tahun lebih”. Jelasnya. Aku pula yang terlebih perasan.
“ 3  puluh berapa Romie?”. Tanya satu suara lagi. Tak puas hatilah tu.
“Biarlah rahsia…”. Jaawapan dari Romie disambut dengan deraian ketawa.
“Alah Romie, kenapa tak cakap awal hari ni birthday you. Kalau tahu, bolehlah I belikan hadiah”. Terdengar suara manja Nonie dari belakang.
“Happy birthday…..”
“ALLAH selamatkan kamu….”. Segera aku potong suara kak Julie yang menyanyikan lagu happy birthday itu. Mereka semua ketawa.
“ALLAH selamatkan kamu….ALLAH selamatkan kamu…..ALLAH selamatkan tuan Romie. ALLAH selamatkan kamu…”. Bergema suara rakan-rakan menyanyikan lagu itu. Mr Fong juga tak ketinggalan bersama-sama meraikan hari jadi si Romie ini.
“Wish dahulu sebelum tiup lilin. Wish apa Romie?”. Emmm..ikutlah adat resam orang barat tu. Romie hanya ketawa.
“Nak kahwin tahun ni..”
“Amin….”. Tterdengar suara lantang kak Julie sambil disambut olek suara teman-teman yang lain. Setelah meniup lilin, kami memberikan tepukan padanya sambil masing-masing menyalaminya dan mengucapkan selamat, mengusik sambil menepuk-nepuk bahunya. Romie hanya ketawa  gembira dan menganggukkan kepala. Tiba-tiba mata kami berpadu. Terasa detik waktu terhenti seketika. Hatiku tiba-tiba berdegup. Segera aku mencapai mug dan berlalu ke pantry.
“Dah ada calonnya ke belum?”. Terdengar berbagai soalan yang diajukan pada Romie.
Lama juga aku dibilik pantry. Apabila aku tiba semula, diatas mejaku penuh dengan makanan. Ada mee goreng, bihun, kuew teow goreng dan kuih-muih. Masing-masing berlumba mengambil makanan sambil berbual dan bercerita. Berbagai topik ada.
“Sorylah I guna meja you, nanti I kemaskan…”. Tentunya Romie rasa bersalah bila melihat diatas mejaku bertaburan sisa-sisa makanan.
“Tak apalah Romie, brithday boy punya pasal, I tak kisah. Anyway,  Saya doakan awak semoga panjang umur dan semuga Allah sentiasa merahmati dan permudahkan segala urusan hidup awak dan segala hajat awak tercapai”. Doa ikhlas dariku.  
“Thanks…I nak…”
“Romy mari sini, kitaorang nak ambil gambar dengan you”. Romie tidak sempat menghabiskan bicaranya bila tiba-tiba Nonie mengheret Romie ke satu sudut untuk bergambar berrsama dengan teman sepejabat kami.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Aku berbaring lesu di atas sofa. Terasa letih sangat. Aku membuka mata bila mana terdengar suara-suara sumbang ditelingaku.
“Apasal?”. Aku memandang kakak iparku.
“Adib ni, nak bagi makan pun susah…”. Kakak iparku mula merengek. Em, minta manjalah tu sebab abang aku ada sebelah. Aku jeling apa yang ada didalam pinggang ditangannya.
“Emm…tempeh. Patut pun si Adib ni tak mahu makan. Cuba bagi burger ke, mahulah juga dia telan.” Aku mengelengkan kepala pelik dengan perangai kakak ipar ku sehari dua ni. Orang mengandung ni memang macamtu ke?
“Adib, mari kat papa”. Terkedek-kedek dia datang mendapatkan papanya. Sengaja dia melompat-lompat untuk menunjukkan pada kami dia mempunyai kuasa bila memakai pakaian Spidermannya. Dia mengelengkan kepala bila papanya menyuakan tempeh kepadanya.
“Adib nak tahu tak? Spiderman pun makan tempeh tau. Sebab tu dia jadi pandai. Dia boleh lompat. Boleh lari laju sana-sini….bla…bla…”. Aku mengekek ketawa bila abangku ‘mengelentong’ anaknya. Ku lihat laju aje si Adib memasukkan tempeh ke dalam mulutnya sambil dia lari ke sana-kesini dengan senang hati.
“Ni kenapa ni? Monyok aje macam orang putus cinta aje?”. Aku tersengeh menahan sakit bila siku abangku mengena lengan tanganku.
“Bercinta pun tak, nak frus apanye?”. Merepek aje dia ni.
“Manalah tahu. Entah-entah dalam diam dia bercinta tak beritahu kita kan sayang?”. Along mengangkat keningnya pada isterinya.
“Tak adalah. Siapalah nak kat adik ni…”. Merendah dirilah pula.
“Kalau tak ada, apa kata abang rekomenkan adik dengan kawan abang. Tapi dia duda anak tiga. Anak pada bekas isterinya. Tak usah risaulah. Dia baik apa….”. ni yang masalah ni. Tempoh hari si Rozie nak rekomenkan aku dengan sepupu dia duda juga anak dua. Agaknya  sekarang ni duda lebih laku dari bujang kot?
“Tak naklah. Apalah along ni. Barang dah seconhand nak bagi kat orang”. aku meraba kepalaku yang telah disekel oleh along.
“Berlagak. Kalau anak dara lepas sekolah lagi tu tak apalah, ni dah nak expired date dah tu..”. kakak parku hanya ketawa melihat perangai kami adik beradik.
“Alah, tak naklah duda ni. Nantilah kalau dah terdesak nanti, barulah adik terima si duda tu”. Along hanya mengelengkan kepalanya dengan kedegilanku.
“Along bukannya apa, Along risau adik tak ada siapa nak jaga kat sana tu. Kalau adik dah ada suami, lainlah sikit…”. Aku memegang tangan Along. Tanda terimakasih atas perihatinnya.
“Insyaallah, jika ada jodoh nanti adalah. Doakanlah adik…”.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Telah beberapa hari aku dirumah along. Aku mengambil cuti selama seminggu. Lagi pun cuti ku masih banyak lagi. Aku ingin merawat hati. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini hatiku tidak tenang. Aku mula merindui seseorang. Mengapa harus aku merindui orang yang salah? Banyak lagi lelaki lain didunia ini, kenapa harus dia? mengapa harus Romie? Kenapa tak Aron Aziz ke ataupun Anuar Zain ke? Kenapa mesti si Romie?????
Arrrrr. ‘Wak Wagiman! Tolong wak. Anak wak telah mencuri hati saya…’. ingin saja aku laungkan rasa hati ku disaat ini. Ingin saja aku lemparkan ianya jauh-jauh…..
Aku mencapai handponeku. Aku menekan butang on. Telah lama aku offkannya.
“Oh OMG!”. Terlepas handpone ku ke lantai. Terperanjat punya pasal.
“Awah (ALLAH)lah busu…”. Aku menutup mukaku malu! Budak yang berumur 3 tahun pun pandai menyebut Allah. Aku yang dah besar ni sibuk dengan OMG. Kemana perginya Allah dihatiku?. Orang kata dari hati akan lahirlah ke bibir…
“Maaf sayang. busu lupalah…”. Adib memungut handponeku dilantai. Dia menekannya bila mendenger deringan pertama. Emm..pandainya dia. Bila mata kami berpadu, aku mengelengkan kepala. Aku tak mahu diganggu malam-malam begini. Dah pukul 9.00mlm. bukannya waktu pejabat.
“Busu kata dia tak ada”. Aduh! Jujur sungguh si kecil ini. Lantas aku mengambil dari tangannya. Bimbang entah apa lagi yang akan Adib adukan dengan si pemanggil itu.
“Terimakasih sayang, dah perrgi tidur”. Aku memberikan ciuman dipipi Adib. Dia melambaikan tangan mongelnya lalu berlari masuk kebilik papanya.
Setelah melihat nama yang tertera, aku melekapkan handpone ke telinga. Aku tahu siapakah gerangannya.
“Azizah, maaf jika saya menganggu..”. Tanpa salam, suara Romie menyapa gegendang telingaku.
“Waalaikum salam….”. Romie memang selalu begitu main terjah aje.
“Opss…sory …Assalamualaikum…”. Kami berdua ketawa. Macam formallah pulak!
“Azizah, maaf jika saya menganggu. You sedang buat apa?”. Soalnya.
“Tengah berzikir. Ini ada 1,000 lagi belum habis….”
“Oh..maaf. I ganggu you..”. Aku mengekek ketawa kera dapat mempermainkan Romie.
“Tak adalah. I baru nak masuk bilik. Cerita kat TV tak best pula. Rancangan berbayar pun asyik ulangan aje. boring betullah”. Aku melempiaskan rasa hati pada Romie.
“Awak dah masuk bilik ke belum?”.
“Baru masuk, kenapa?”. Pelik pula dia ni.
“Tutup pintu bilik tu…” aku megikut arahannya. Aku memandang persekitaran bilik. Manalah tahu tiba-tiba dia ada. Dia keluar dari handpone macam yang selalu Doremon tu buat.
‘Handpone ajaib….’.
“Dah tutup?”.
“Dah”. Sah. Aku pun bengong macam Romie juga.
“O.klah. tak ada sapa kacau kita berdua dalam bilik ni..”.
“Romie…awak jangan nak takutkan saya tau. Saya tutup handpone ni karang…”. Seriau juga aku malam-malam begini.
“O.k. O.k. I tak usik. Tak sangka pula awak takut..”
“Mau tak takut?. Kat belakang rumah ni ada kubur cina tau?”.  Nama pun kubur cina. Kalau perkuburan cina, kuburnya bukan 10 kubur tapi aku rasa beratus kubur yang ada. Luasnya aku rasa lebih dari 5 ekar. Macam-macam versi ceri ada. Ada yang terbang, yang mengilai tak payahlah nak cerita….
“O.klah. kita cerita lain. Dah beberapa hari saya cari awak. kenapa awak tutup handpone? Kenapa you cuti tak beritahu I?”. Pulak! Bahasa Romie dah tunggang langgang. Sekejap saya, sekejap you. Sekejap awak, sekejap I. His! Peninglah.
“Sejak bila awak ganti Mr.Fong?. rasanya semua kerja saya dah selesaikan. Kalau ada pun awak boleh rujuk dengan Nonie ataupu dengan Mr.Fong sendiri”. Sejak bila dia jadi bos aku?
“Ni bukan pasal kerjalah. Azizah, bila you nak balik dan masuk kerja semula?”
“Malaslah nak balik sana lagi. Rasanya saya nak cari kerja kat sini ajelah”. Mungkin aku boleh memikirkan rancangan Along. Kerja disini dan mungkin juga bertemu jodoh dengan orang disini. Kalau dah terdesak. Abang dud pun abang dudlah. Mungkin lebih bagus kot sebab dah ada pengalaman.  Heeeee…
“Azizah, please…jangan buat pasal. You kena juga balik sini dan kerja kat sini.”. pulak!
“Saya punya pasallah….peduli apa kat awak?”. sengaja aku membakar Romie dengan kata-kataku.
“Kalau you tak balik sini. Nanti I yang akan cari you kat sana. Azizah, please…ada benda saya nak cakap dengan awak. penting!”. Lain macam bunyinya.
“Cakaplah apanya. Awak ni buat saya tertanya-tanya aje”.
“I tak boleh nak cakap dalam pone. Tak ada umph!”. Pulak! Main umph! Bebagai ni apa hal?Ingat aku ni teh boh ke?!
“Alah, ni yang buat saya tak dapat tidur ni….”. tak sukalah cakap tergantung macam ni.
“Emm…nanti I dodoikan. O.k sekarang pejamkan mata you…”.
“Romie, dah jangan nak meggatal malam-malam buta ni. Saya nak off handpone ni. Kat luar dah mula hujan lebat. Saya tak dengar sangat apa yang awak cakap”. malas aku nak layan dia ni. Makin dilayan, makin menjadi dia. Ada saja ideanya nak menggoreng aku.
“O.klah. tapi you kena janji minggu depan hari Isnin you kena datang kerja. Kalau tak I akan cari you”. Bagus punya ugutan. Memang pun aku kerja hari Isnin minggu depan.
“Selamat malam sayang…kita jumpa dalam mimpi nanti”.  Aku menarik nafas panjang.
‘Hai Romie. Kau buat aku PENASARAN!
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Cari apa tu?”. Aku mengusap dadaku terperanjat. Segera aku menutup beg tanganku. Fikiranku masih lagi memikirkan dimanakah letaknya handpone aku yang canggih itu. Rasanya kalau dipajakkan, pasti tak laku. Malah, jika di bagi Free pun rasanya tiada siapa yang mahu.
“Carri apa?”. Soal Romie lagi. Mungkin inginkan jawapan bila melihat mukaku ‘stres’ semacam. Mau tak semacam?. Dalam handpone buruk ku itu macam-macam ada. Tapi, gambar bogel tu tak adalah.
“Bintang, mencari bintang….”. stres punya pasal, terkeluar suara Adibah Nor dalam program ‘bintang, mencari bintang’. Romie ketawa sambil mengelengkan kepalanya. Mungkin dia ingat, aku ni buang tebiat agaknya. Romie melambai seorang budak lelaki.
“You ni, ada kalanya kelakar juga ek. Nampak macam serius aje. mula-mula kenal dahulu I takut nak tegur you. Lebih-lebih lagi I dengar macam-macam cerita tentang you. Tapi semakin hari I kenal you, barulah I tahu you siapa. You memang seorang yang tegas dalam bekerja, jujur dan amanah. Sangat ikhlas, saling tolong menolong..”.
“Dah. Jangan nak puji lebih-lebih, tak pasal-pasal nanti saya tergolek kat sini”. Semakin galak Romie ketawa.
“Jadi girlfriend I, Azizah”. Aku mengerutkan dahiku.
“Kan selama ni saya girlfriend awak. dalam bahasa Inggeris girlfriend, dalam bahasa Melayu pula kawan perempuan….”. Aku gelabah sebenarnya.
“Atas sikit girlfriend, bawah sikit isteri. Kita couple dahulu, kalau serasi, kita kahwin”.
“Mak ai, senangnya. Dah couple bertahun, tiba-tiba baru rasa tak serasi, lepastu tinggallah ye?. Senangnya fikiran orang macam awak ni ek?”. Aku mula naik darah.
“Azizah, I bukannya nak maksudkan macam tu….I..”.
“Jadi apa yang awak maksudkan yang sebenarnya?”. Romie mula menggaru kepalanya. Mungkin mencari idea.
“Azizah, sebenarnya I suka you…”. Ucapan itu sebenarnya mengembirakan hatiku tapi buat masa ini aku masih ragu-ragu.
“Bila?. Kenapa pula saya bukannya Nonie? Nanti apa pula kata Nonie?.Saya tak mahu awak buat saya seperrtimana awak buat Nonie. Puaas awak bawa dia kesana kemari. Akhirnya awak tinggalkan dia.”. Dasar lelaki.
“Azizah, apa yang you merepek ni? Kami tak pernah ada apa-apa hubungan pun. I hanya bawa dia keluar lunch aje, itu pun sebab dia minta belanja makan. Kadang-kadang minta I belikan sesuatu bila bila I ke out station itu aje. I tak pernah berrjanji apa-apa pun dengan dia”. Aku menarik nafas. Teringat perbualan ku dengan Nonie tempohari tentang hubungannya dengan Romie.
“Azizah, I tak tahu sejak bila I suka you. Apa yang boleh I katakan, setiap hari I nak pandang muka you, kalau tak pun, I nak dengar suara you. Paling tidak pun, tengok tempat duduk you pun jadilah.”. Wah parah ni!
“Kalau you tanya sebab apa I suka you. I pun tak tahu kenapa I suka you. Kalau nak kata you cantik, banyak lagi perempuan yang cantik I jumpa tiap hari. Nak kata you ni seksi, seksi ke?”. Mak ai, dalam baik dia mengutuk aku!
“Sebenarnya…, kita tak perlukan sebab untuk kita menyukai seseorang. Cinta…I tak berani nak katakan yang I jatuh cinta. Rasa itu dah lama tak ujud dalam hidup I. mungkin kot, sekarang ini I dah mula rasakan getarannya”. Em…berbunga-bungalah pulak….
“Sebab itulah I nak kita couple dahulu”. Aku merenung Romie. Walaupun dalam diam aku sudah mula jatuh hati padanya, tapi aku tak mahu ambil resiko. Yang ruginya nanti adalah aku. dia tak rugi apa-apa. Dia lelaki. Orang akan menunding jari pada aku dan mencemuh aku.
“Romie, saya minta maaf. Saya serik nak bercinta atau berkasih sayang dengan lelaki sebelum berkahwin. Saya pernah melaluinya dahulu. Lapan tahun kami saling kenal mengenali. Sama-sama rasa susah dan senang dalam mengharungi kehidupan. Lapan tahun Romie saya menyulam kasih. Berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan perasaan. Tapi akhirnya dia tinggalkan saya hanya kerana dia telah mengenali perempuan lagi dalam masa tiga bulan. Bayangkan Romie. Dalam masa lapan tahun pun saya tak begitu mengenali dirinya. Lapan tahun hidup saya sia-sia hanya kerana dia Romie. Sejak itu saya bertekad tak akan mengulangi kesilapan lalu. Dosa saya tak terhitung. Mujurlah saya tak serahkan diri saya. kalau tidak, entah kemana laut saya terjun. Kerana malu, saya berhenti kerja dan bekerja ditampat sekarang. Saya kehilangan pangkat dan gaji yang lumayan. Hanya kerana dia. kerana seorang lelaki yang pernah saya cintakan. Bodohkan saya? . Sejak itu saya bertekad. Saya hanya akan menyintai suami saya sahaja. Tak kiralah siapa pun dia. saya serahkan jodoh pada Allah. Abang saya pun ada nak jodohkan saya dengan kawan dia. Saya tak kisah dia nak jalankan saya dengan seorang duda. Kalau dah jodoh saya, saya terima…”. Romie memegang lengan tanganku yang berbalut baju.
“Jangan Azizah, berilah saya peluang…”Romie merayu.
“Romie, saya tak sesuai untuk awak. Awak perlukan seorang perempuan moden yang cantik dan hebat. Saya hanya perempuan biasa sahaja. Romie, terus terang saya cakap. saya juga suka awak. Usikan awak membuatkan hati saya seolah-oleh yang kosong ini terisi kembali tapi saya harus menerima hakikat yang awak tak sesuai untuk saya”. Aku memandang Romie, mata kami berpadu.
“Romie, saya perlukan seorang lelaki yang biasa. Lelaki yang soleh, lelaki yang mampu mengimamkan saya dan memimpin saya ke syurga. Maaf, jika saya katakan, ciri-ciri lelaki idaman saya itu tak ada pada awak. Maaf juga jika saya salah cakap. mungkin saya silap menafsir sebab saya tak begitu mengenali awak…”.
“Azizah, tak adil jika kita terus kuburkan perasaan ini tanpa kita beri diri kita peluang untuk saling mengenali. Please Azizah….kita beri masa pada diri kita……”. Romie masih lagi merayu. Aku terperangkap
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Akhirnya kami memberi sedikit peluang buat diri kami mengenali antara satu sama lain. Perjanjiannya.  Kami akan mengikut setiap 4 kali aktiviti bersama. Aktiviti yang kerap aku ataupun Romie lakukan dengan kawan-kawan ataupun sendirian.
Romie
Aktiviti 1
Seawal pagi lagi aku sudah menanti Romie. Berbaju kurung warna biru laut dan berkasut tumit tinggi. Nak pergi datinglah katakan. Date yang pertama. Mataku terbuntang luas. Lain yang dijangka, lain pula yang tiba. Aku jangkakan Kenzashi tapi yang tiba Ford 4WD yang begitu rugged.  Tidak ada dinding tepi dan berbumbung. Pintu separuh.
“Kita pergi  dating  dalam hutan!” kata Romie dengan ceria. Dia tersengeh memandang aku. Aku mencuka.
Aku mengepit kain dengan kedua belah kaki. Kasut tumit tinggiku telah kutanggalkan. Tangan kananku memegang tudung yang hampir tertanggal dek kerana angin yang menyapa. Tangan kiriku pula memegang pemegang atas pintu kereta. Kepala ku terlentok kiri dan kanan. Entah kemana Romie membawa aku didalam hutan ini. Aku hanya mampu berserah didalam hati. Jika Romie membunuh aku disini pun tiada siapa yang tahu kerana tiada siapa yang tahu aku mengikut si gila Romie ini.
“Romie, berhenti. Saya nak muntah!”. Kepalaku berpusing-pusing. Tekakku mula rasa mual.
“Uekkkk……”. Segala isi perut keluar.. aku berkumur dengan air yang Romie hulurkan. Dia ketawakan aku.
“Apalah, tak ada tempat lain ke nak bawa dating?”. Aku melepak sambil memici-micit kepala.
“Kata nak kenal I kan?. I selalu  kesini  dengan kawa-kawan bila ada masa lapang. Saja buang stres sambil merasai kesegaran isi alam”. Aku melepaskan keluhan.
“Dahulu pun saya selalu kagum dengan kumpulan yang macam ni. Dekat tempat kerja lama saya ada satu Workshop yang membaik pulih kereta yang macam ni. Macam-macam jenis ada. Yang tayar kereta sebesar kancil saya pun ada. Macam-macam group ada. Raja rimba. Raja belantara. Entah raja apa lagi. Memanglah saya tabik betul dengan  dia orang sebab kereta macam tu bukannya murah, mahal. Dan tak semua orang mampu beli sebab kereta macam tu tak sesuai untuk kegunaan harian, tentunya kereta itu kereta kedua atau ketiga.
Itu dahululah tapi sejak saya terbaca satu artikel dalam surat khabar tentang aktiviti yang tak elok diaorang buat dalam hutan ni…buat saya hilang rasa kagum tinggal rasa ragu-ragu. Bayangkan  mereka yang terlibat dalam sukan ini bukannya orang kebanyakan yang rendah taraf pendidikan  macam mat rempit tu tapi golongan profesional. Rupanya ada agenda yang tersembunyi  yang mereka lakukan disebalik hutan tebal ini. Ingatkan maksiat berlaku kat bandar besar aje rupa-rupanya kat dalam hutan pun jadi juga. Yang buat, orang yang berpelajaran tinggi pula tu….”. Aku melepaskan keluhan. Manusia, banyak yang bertopeng.
“oh! Yang disiarkan dalam surat khabar tu? I pun kesal dengan perkara macam tu. Itu segelintir aje Azizah. Tapi malangnya,  ada yang segelintir macam tu yang membuatkan masyarakat memandang serong tentang aktiviti kami. Macam orang melayu kata, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.” Betul kata Romie. Bukan aku sahaja yang berperasangka begitu, malahan orang lain yang membaca  berita itu pun akan memandang negetif dengan  orang macam Romie. Apa tidaknya. Pihak berkuasa terpaksa membakar tempat ‘kem’ yang mereka buat . Kem tersebut dibuat untuk berehat mungkin tapi disalah gunakan. Bila pihak yang berwajib membakar dan merobohkannya, macam-macam yang mereka jumpa. Sampah sarap tak usah cerita, kondom ber…emm…malas nak cerita. Tentunya kita boleh menafsirkan apa yang mereka lakukan kan?
“Kumpulan  I, bukan untuk kita orang aje. setiap tahun sekali atau 2, kami anjurkan untuk family sekali. Mereka bawa anak dan isteri. Sama-sama merasai apa yang kami rasai. Mengalami saat-saat yang mendebarkan dan kehidupan yang lasak didalam hutan untuk beberapa hari. Kalau you nak join sekali pun tak apa..”.
‘Untuk beberapa hari?  Baru satu jam aku dah tunggang-langgang, inikan pula beberapa hari…matilah aku…’
“Dahlah Romie, marilah kita balik, saya dah tak laratlah…”. Sebenarnya aku takut juga berdua aje dengan Romie dalam hutan macam ni. Tak-pasal-pasal kena tangkap kering.
“You kena nyanyi dahulu macam dalam cerita P.Ramlee tu….”. kata Romie bila dia melihat aku terkial-kial untuk membuka pintu kereta ini.
“Romie tolonglah….tak laratlah….”.
“I tak mahu tolong…kalau tak you tinggal sini sorang-sorang. You nyanyi aje..nanti senang aje pintu tu nak buka”. Sapalah punya boyfriend ni. Tak romantik langsung. Aku tak ada pilihan.
“Nyea isong mata kaji…semaring seng..”. betul ke? Hantam sajalah labu……
Ai, pintu ini senang pula nak dibuka. Aku memandang Romie. Dia buat biasa tapi aku tahu dia menahan ketawa dibalik bibirnya itu. Biarlah! Asalkan aku tidak ditinggalkan disini seorang diri.
Aku menjeling Romie. Dia tersenyum aje dari tadi sebabnya mungkin telah dapat memperbodohkan aku. Segera aku mengetip lengannya yang pejal itu. Tapi…Ya Allah, keras macam batu.
“Hee……Azizah, you tahu tak apa maksud lagu yang you nyanyikan tu?”. Aku mengelengkan kepala.
“Saya ni orang melayu, manalah saya tahu bahasa jawa ni…”. Aku bukannya berketurunan jawa.
“Maksudnya…. .. “Niat di hati nak mengendap…orang berak….”. Romie ketawa bila dia mengalunkan nyanyian itu dalam bahasa melayu.
“Romie…..” Aku tak suka bila diusik sebegitu.
“Eh, betul apa, kalau tak percaya pergilah tanya Pak Aziz Satar…”. Aku menutup muka. Malu!. Kami ketawa. Ketawa Romie semakin galak kerana dapat mengusik aku.
Aktiviti 2
Aku mengenakan baju kemeja berlengan panjang, tudung dan berseluar Jean. Date kami pada pukul 8.00mlm.  Entah kemana pula si Romie akan membawaku. Bila ditanya, tunggulah, katanya.
“Alah, saya tak mahulah…..”. Mampus! Seumur hidup aku tak pernah masuk ke tempat ini.  ‘Karaoke keluarga’. Aku hanya berdiam diri. Hanya mendengar Romie menyanyikan  lagu ‘Everything I Do, I Do it For You’. Emmm… untuk aku le tu… hayal seketika bagaikan diri dilanda hujan lebat selepas bertahun kemarau. Begitu asyik mendengar alunan suara jantan si Romie.
“You pula yang  nyanyi”. Aku kaget bila dihulurkan mikrofon ke mukaku. Sumpah! Sepanjang hidupku manalah aku pernah pegang binatang tu. Kat rumah aku tak ada pun, rumah abang pun tak ada. Aku hanya menyanyi dalam bilik ataupun dalam bilik air aje.
“Saya tak pandailah……” Namun si Romie ni tak puas hati. Dia nak juga dengar suara katak puru aku.
“Kat sini tak ada oranglah sayang. I aje yang ada”. Pujuknya lagi. Emmm…seram..tak ada orang lagilah aku takut.
“Kalau hujan lebat karang jangan salahkan saya eh”. Terpaksalah aku mengalah. Romie ketawa kecil dengan ugutanku.
Aku memilih lagu.
Ambik kau! Ella -                        
Dengan penuh perasaan aku menyanyi. Peduli apa aku jika hujan lebat, petir berdentum. Banjir kilat pun aku tak kisah. Kau kisah?
Pengemis cinta
Suka dan duka silih berganti
Bayang dirimu menghilang kini
Mengapa…..
Adakah aku bersalah
Menangis hati memanggilmu
Teringat segala sumpah janjimu
Dahulu…..
Akulah suri hidupmu
“Apalah lagu orang frust pula yang dia nyanyi. Nyanyilah lagu cinta. Kan kita baru nak bercinta”. Potong stim betullah si Romie ni. Tadi suruh nyanyi. Dah nyanyi salah pula.
Akhirnya kami nyanyi lagu P.Ramlee dan Saloma dari filem masam-masam manis.
Dalam air ku terpandang wajah
Dalam air  ku terpandang wajah
Adikku yang kupuja
Tenteram semula hati gundah
Dapat mambang indah….
Diingatan ku terlukis wajah
Abangku yang gagah
Baik budi serta ramah tamah
Hensem macam gajah………
Selesai menyanyi, kami melepak sambil makan-makan.
“Awak suka ke tempat macam ni ek?. Patut pun sampai ke Anita Dandut”. Romie tersengeh. Tahu aku menyindirnya.
“I jarang melepak kat tempat macam ni. Kat rumah I ada home teater. Tempat I dan kawan-kawan melepak, melalak dan tengok bola.  I tak suka dangdut. Anita Dangdut tu untuk my customer. Tapi kadang-kadang terpaksa juga bawa diaorang. Faham ajelah kerja macam I ni Azizah. Sebenarnya susah jika kita tak penuhi permintaan mereka.
Macam-macam yang mereka minta. Kalau tidak wang ringgit, perempuan yang mereka minta. Kadanng kala sakit hati juga dibuatnya”. Emm…susah rupanya nak berjalan  di jalan yang lurus. Bengkok juga yang orang pilih.
“Manusia ni, banyak yang beropeng. Ada tu dihadapan public bukan main lagi cakap berapi-rapi  marahkan bangsa asing kerana melekehkan orang melayu, tapi bila malam  I sendiri nampak dia kelek amoi. Bukan sorang tapi dua pulak tu”. Mengekek Romie ketawa. Aku tahu apa yang dia cakap berdasarkan pengalamannya, bergelumang dengan dunia yang serba moden. Bukan macam aku, duniaku hanya kerja, rumah, rumah abang dan sekali-sekali ke pasaraya.
“Kalau kita bagi rasuah, diakhirat nanti Allah akan bagi rasuah pada  malaikat Malik supaya kita di campakkan ke dalam api neraka…”. Romie hanya ketawa. Aku kira dia faham maksudku. Dia bukannya budak tak sekolah.
Aktiviti 3
“Kan I dah bagi baju T shirt merah suruh you pakai. Cepat pergi salin. Ada nanti awak duduk tempat lain, saya duduk tempat lain”. Dalam mendegus marah, terpaksalah juga aku mengikut kata Romie.
‘Dia ni hitler ke apa?’. Aku mengutuk Romie dalam hati. Aku paling tak suka warna merah.
Kami sampai di Stadium Shah Alam pukul 6.30 petang. Dalm hujan rintik-rintik. Emm..ada perlawanan bola sepak rupanya. Baju merah lawan dengan baju biru. Selangor lawan dengan….negeri mana ek? Romie sibuk dengan beberapa orang kawan-kawannya. Aku hanya tersengeh dan menganggukkan kepala bila diperkenalkan.
Aku hanya mengelengkan kepala bila melihat ada beberapa keluarga yang datang bersama-sama dengan anak yang masih kecil. Dikelek lain, dicangking lain, dijunjung di tengkok lain….emm macam-macam kerenah.
Mak ai…bola mula pukul lapan tapi pukul  tujuh dah penuh stadium. Terasa malu bila mendengar suara azan berkumandang, aku dikelilingi oleh  beribu lelaki yang bukan muhrim. Terasa nak menangis pun ada. Kalau dahulu abah selalu pesan, waktu magrib jangan bersepah kat luar  sebab waktu itu syaitan  pula mula keluar rumah. ‘Maaf abah, hari ini anak abah pula jadi syaitan’.
“Jangan pergi kemana-mana, I nak ke bilik air sekejap”. Aku hanya menganggukkan kepala. Aku hanya memandang Romie hilang dicelah-celah orang ramai. Hatiku terasa takut bila melihat lautan manusia dihadapanku. Yang berbaju merah di sebelah sini manakala yang berbaju biru, disebelah sana. Aku tak pernah merasai suasana yang sebegini. Abah dan abangku bukanlah peminat bola sepak yang tegar. Cukuplah sekadar melihat perlawanan bola sepak hanya di kaca TV ataupun di skrin kedai mamak.
Aku juga tidak begitu menyukai perlawanan bola sepak kerana ianya boleh membuatkan aku sakit hati dan sakit jantung bila melihat kelembapan pemain mengejar bola dan ketidak adilan si pengadil. Pemain bola sepak sekarang ni dibayar beribu-ribu tapi mutu permainan masih lagi kelabu. Harap glamor aje lebih. Macam-macam berita sensasi ada mengalahkan artis. Aku ingat artis aje yang bercerai-berai bila dah popular, ewah! Pemain bola sepak pun sama juga. Aku hanya ketawa bila Romie menghempaskan penumbuknya diatas meja bila mereka bercerita tentang kekalahan Malaysia ditangan Palastien dalam perlawanan persahabatan minggu lepas.  Kadang kala hairan juga aku, buat latihan bole sepak sampai ke luar negara, tapi mutu permainan macam tu juga. Itu menurut kata-kata Romielah, bukannya aku.
Kebetulan pula Fauzan juga tidak menggemari bola sepak. Dia lebih berminat bermain rugbi. Katanya permainan rugbi lebih ‘jantan’, tanda kelakian. Aku tidak tahu tang mana yang jantannya. Abang aku pula kata, itu permainan ‘jantan songsang’. Apa tidaknya, kalau bola tidak boleh dibaling ke depan. Hanya boleh baling ke belakang. Tak ke ‘jantan songsang?’. Eee..maaf ye jika ada yang terasa.
Bagi aku pula, baik rugbi, hoki,bola sepak, semuanya kerja tak masuk akal. Ada ke bola yang satu tu direbutkan ramai-ramai? Ee…sorylah ye. Itu cakap si kaki bangku macam aku yang tak minat sukanlah.
Suara di stadium penuh dengan emosi. Sorak sorai. Saling menelingkah. Hatiku juga turut panas.
“Depan tu kan ada orang .bangang! Bagi le…”. Terasa dahiku ditepuk . aku terkasima. Ada banyak mata yang memandang ku.
“Itu baju biru darling…..”. ops..aku salah pasukan.
“Abah tolong….”.
Aktiviti 4
Romie membawa aku ke panggung wayang. Cerita hantu….aku paling tak suka dengan cerita hantu, sebab masa zaman kanak-kanakku penuh dengan cerita hantu di momokkan ke telinga kami apatahlagi aku tinggal di kampung. Macam-macam hantu ade. Ada hantu bungkus, hantu toncit, hantu  galah, hantu raya dia keluar setahun 2 kali aje iaitu bila tiba hari raya puasa dan hari raya haji sebab dia nak main mercun. Kancang hantu pun ada.
Aktiviti 5
 Romie memakirkan keretanya dibawah pokok mangga dihadapan sebuah rumah papan. Dikerling seketika rumah itu.
“Jom…” Romie  memaut lenganku untuk melintas jalan.
“Kenapa berhenti kat sini?. Sini bukannya ada bilik air nak tukar pakaian”.  Romie membaawa aku ke Pantai Puteri. Aku sebenarnya takut untuk mandi laut walaupun sebenarnya aku suka dengan laut tapi aku tak suka mandi laut sebab aku takut dengan ombak.
“Nanti you tukar pakaian kat belakang pokok kelapa tu…”. Romie mula meyakat. Salin baju kat belakang pokok kelapa? Hilang akal ke apa?.
Aku hanya memerhatikan Romie berenang. Macam-macam kuak ade. Kuak lintang, kuak bujur, kuak lentang. Jelous aku. aku tak pandai berenang. Itu sebabnya aku lebih suka ke ‘Taman Tema’. Disana ada bermacam-macam permainan. Tak pandai berenang, kita boleh main gelonsor air. Tapi si Romie tu tak suka, dia kata kat situ nanti mandi air kencing orang aje. ade ke patut?
Mungkin geram melihat aku yang dok melepak kat tepi pantai, Romie datang mencempong aku lalu dilemparnya aku……
“Abah…..”.
“I suka laut. Tegok laut pun dah dapat pahala tau. Lihat kebesaran Allah…”Emm..tak cakap pun aku dah tahu….dah macam ustazlah pulak……
“Bila I berenang kat laut, I rasa lepas bebas, sebebas –bebasnya….”. Ucap Romie dengan penuh bersemangat.  Emm…perasan sendirilah tu.
“Aha, baguslah tu. Dibaham jerung baru tahu…”.Romie mengekek ketawa.
“Sayangku…kat sini mana ada jerung? Orang jadi jerung adalah. Eh! Dah jom kita salin baju…” aku terpinga-pinga. Sekejap aje?
Aku jadi kaget bila Romie mengeluarkan beg pakaian kami. Takkan kami nak salin pakaian kat belakang pokok kelapa?. Paling tidak pun tentunya minta tompang mandi dengan  penghuni rumah dihadapanku ini.
“Assalamualaikum…..”Dengan selamba Romie memberi salam. Aku pula yang rasa malu.
‘Apalah dia ni, Kat sana tu ada tandas awam apa…’
“Waalaikum salam….Ya Allah, budak bertuah ni…masuk, masuk…”. Romie menyalami perempuan yang aku rasa setengah abad itu lalu mencium di kedua-dua belah pipinya.
“Budak berrtuah, kalau datang tak pernah nak beritahu, boleh mak long masak sedap-sedap…”Rupa-rpanya mak long Romie. Patut pu selamba dek aje dia parking kereta kat halaman rumah ini. Aku menyalami tangan itu setelah kami diperkenalkan.
“Buat macm rumah sendiri Azizah, rumah mak long ni kecil aje, maklumlah duduk sorang-sorang”. Setelah mandi dan berkemas, aku membantu mak long memasak. Dari perbualan kami aku diberitahu dia seorang ibu tunggal dan mempunyai seoang anak yang telah berumah tangga tetapi duduk di KL. Bila aku tanya kenapa dia tak tinggal sahaja di KL bersama dengan anaknya?.Katanya dia lebih senang duduk sendiri. Aku faham. Orang tua memang begitu. Suka duduk  sendiri dan tidak mahu menyusahkan anak-anak. Aku pun suka dengan suasana disisi, rumah ini walaupun kecil tetapi bersih. Angin laut yang bertiup sungguh menyamankan.
“Tambah lagi nasi tu Azizah, jangan malu-malu. Baie ni kalau datang tak pernah nak beritahu. Kalau beritahu, bolehlah mak long sembelihkan lembu”. Kami semua ketawa dengan lucuan mak long. Aku mengerling Romie. Sedap nama timbangan Romie.
“Tak  payah sembelih lembu mak long. Lauk yang ada ni pun dah 2 kali Baie tambah”. Aku hanya tersengeh dengan kata-kata Romie. Memang betul. Sedap sungguh makan tengahari disini walauhanya dengan kangkung masak cili, telur dadar,sambal belacan,ikan kering dan tak lupa dengan cincaluk dengan ulam raja. Peh! Aku pun dah tambah 2 kali.
“Abang Din tak balik mak long?”. Mak long mencuihkan bibirnya.
“Dia anak beranak pergi ke Bali katanya…”.jawab mak long perlahan. Macam merajuk aje…
“Ai, depan rumah mak ada laut, buat apa nak pergi jauh-jauh ke Bali tu?”Soal Romie.
“Kat Bali lautnya biru, kat Pantai Puteri ni lautnya kelabu…”. Kami sama-sama ketawa.
“I kasihan dengan mak long”. Terdengar kata-kata dari Romie setelah sekian lama dia senyap melayan perasaan di sepanjang perjalanan.
“Dia bercerai dengan suaminya sewaktu abang Din kecil lagi. Bekas suaminya nak kahwin lain tapi dia tak setuju. Mereka berpisah. Mak long yang besarkan abang Din seorang diri sampai abang Din masuk Universiti. Bekas suaminya tak beri nafkah pada abang Din.
Abang Din kahwin dengan anak orang kaya. Isteri dia tak suka balik sini sebab mak long miskin dan rumah mak long kecil. Abang Din nak buat rumah besar untuk mak long tapi mak long tak mahu sebab untuk apa rumah besar tapi duduk sorang.
Bila hari raya, mak long beraya sorang-sorang sebab abang Din akan datang sekejap petang raya melihat emaknya dan akan pulang ke rumah mertuanya untu menyambut hari raya. Kadang-kala kasihan dengan abang Din. Dia tersepit diantara keduanya. Disebelah kiri isteri dan disebelah kanan emak.  Azizah, I nak ingatkan diri you, juga diri I, jika kita berkahwin walau dengan sesiapa pun, bukan sahaja kita terima diri dia tetapi kita juga harus terima keluarga dia. barulah hidup kita aman dan bahagia.
Bila sesekali I jumpa abang Din kat KL, I tahu dalam dia hidup kaya raya, hati dia tak sepenuhnya rasa gembira. You fahamkan maksud I?”. Aku menganggukkan kepala. Nasib manusia. Siapa kata anak itu bawa bahagia? Ada kalanya anak itu yang akan membuatkan kita menjeruk rasa.
AZIZAH
Romie telah membawa aku menyertai 5 aktiviti yang selalu dia lakukan sendiri atupun berama-sama dengan kawan-kawannya. Kemana pula aku nak bawa dia ni sebab aku ni bukannya suka sangat melepak tak tentu pasal.
Aktiviti I
Aku membawa Romie  ke Istana Budaya melihat teater. Sebenarnya aku tidak pernah ke sini. Cuma aku berangan-angan untuk melihat bagaimanakah yang dikatakan ‘teater’ itu. Rupanya untuk masuk ke sini seseorang itu mestilah berpakaian kemas. Ooo kisahnya. Kalau ke panggung wayang, pakai seluar koyak pun tak apa.
Emm..tiketnya lebih mahal dari tiket wayang. kopak duit aku!
 “Selalu ke tengok teater?”. Romie bertanya. Aku mengelengkan kepala. Romie mencubit pipiku. Aku ketawa. Mungkin Romie sangkakan aku sengaja hendak mengenakan dia.
“Saya teringin nak tengok tapi tak ada sapa nak teman…”. Kami khusuk melihat babak-babak yang di pentaskan.
“Bestkan kat Universiti. Ada buah hati. Belajar sambil dating sekali…”.Aku merujuk pada babak yang sedang dilakonkan. Tun Dr. Mahathir sedang mengajar Tun Dr. Siti Asmah. Sweet ajee…
“Itu zaman dahulu. Tapi dizaman sekarang, budak-budak Universiti lagi advance, belajar sampai ke bilik tidur…”. Aku memandang Romie disebelah ku. Ada betulnya apa yang dikatakan. Dan yang paling tak diterima akal, pelajar dengan pensyarah pun ada. Aku ada terbaca dalam surat khabar, ada pensyarah yang jadikan anak didiknya sebagai perempuan simpanan. Masyaallah!
“Itu sikit aje…..”.kataku.
“Yang sikit itulah yang perlu dirawat supaya tak melarat. Bak kata orang tua-tua, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Betul juga pendapat Romie tu…ialah…cakap orang  yang belajar di Universitilah katakan. Aku hanya sampai tangga mak cik siti belakang rumah adalah…
“Awak ada awek masa belajar kat Universitu dulu?”. Romie memandang aku. dia tersengeh.
“Ada. Ramai sangat sampai tak terlayan….”. Perasan sungguh mat Romeo ni.
“Au..”. Romie menjerit kecil bila pinggangnya aku cubit.
“SYYY……”. Alamak! Aku telah menganggu penonton lain.
Aktiviti 2
Aku membawa Romie ke ‘wonderland’. Em..tiketnya lebih mahal. Pantai, free aje. Ek eleh! Dia yang mandi sakan. Segala permainan air dia main. Mengalahkan budak-budak. Dahulu dia yang kata tak mahu mandi kat sini sebab kat sini mandi air kencing orang aje. Aku hanya ketawa dengan perangai lepas laku si Romie. Setengah hari kami bermain dengan air. Letih sungguh!
Aktiviti 3
Aku membawa Romie ke perpustakaan. Ini salah satu tempat yang paling aku suka. Aku suka membaca. Nak beli bermacam buku, aku tak mampu. Cara yang terbaik, melepaklah diperpustakaan. Di sini macam-macam buku ada. Buku cerita lama karya Sasterawan Negara pun ada.
Aku menjeleng Romie disebelahku. Kepalanya diletakkan diatas meja. Kedua tangannya memegang buku. Buku itu ditegakkan. Aku ketawa kecil melihatnya.
‘Bukan dia baca buku tapi buku yang baca dia…’.
“Arr….”. Romie melepaskan suaranya sambil menganggak kedua tangannya ke langit. Dia mengeliatkan badannya, membetulkan segala urat sarafnya barangkali.
“Jom kita makan……”. Ajak Romie.
“Aik? Penat..?”. Aku ketawa dengan gelagat Romie. Ditanganku terkepit 3 buah buku.
“Hairan ye…you tak mahu bawa I balik kampung tengok tempat yang paling you suka?”. Aku hanya ketawa bila Romie mengutarakan soalan itu. Aku hanya ketawa tanpa menjawab soalan dari Romie itu.
Aktiviti 4
Aku memandang Romie disebelahku yang memakai baju hitam bergambar tengkorak dan berseluar gen lusuh. Terlupa pula aku memesannya petang tadi supaya dia berpakaian sopan malam ini. ‘Tapi tak apalah. Ini pun sudah kira dia menutup aurat’. Pujuk hatiku.
“Kita nak pergi mana malam ni?”. Mungkin dia tertanya-tanya kemanakah hendakku bawa dirinya pada aktiviti kami yang terakhir.
“Cantik baju you malam ni….”. Dia mengusik aku yang berpakaian sepasanng baju kurung ungu berserta dengan tudung ungu juga.
“Eh! Kita nak buat apa kat sini?”. Mungkin dia tidak menjangkakan yang aku membawanya ke tempat ini. Dia memandang orang disekelilingnya yang berpakaian sopan. Yang perempuan berpakaian baju kurung ataupun berjubah serta bertudung. Yang lelaki berpakain baju melayu ataupun berpakaian sopan dan bersongkok.
“Buat apa lagi? Nak tengok ‘Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsalah…… Jom ikut. No Excuse!”. Perintahku. Kalau dia boleh heret aku masuk ke pusat karaoke, takkan aku tak boleh ajak dia tengok orang baca Al-Quran?
Aku menjeleng Romie disebelah ku yang sedari tadi begitu khusyuk melihat para peserta membaca Al-Quran. Matanya sedari tadi ditalakan ke skrin besar yang terdapat di tepi astakah. Di situ terpamer ayat Al-Quran berserta dengan terjemahan yang  sedang dibacakan oleh para Qari dan Qariah.  
Terasa menyesal pula aku tidak memesannya supaya dia berpakain sopan sedikit. Aku tidak mahu datang ke sini malam esok kerana malam esok adalah malam penutup. Tentunya tidak ramai para Qari dan Qariah yang memperdengarkan bacaannya kerana akan adan acara penyampaian hadiah.
Kami makan dalam suasana yang senyap. Sedari tadi semenjak keluar dari Dewan PWTC, Romie tidak banyak bercakap. Sekali di tanya. Sekali dijawap.
“Saya minta maaf Romie. Saya tahu awak marah saya sebab bawa awak kesitu…”. Aku serbasalah bila Romie mendiamkan diri. Dia bukanlah orang yang jenis pendiam.
“Apa yang you nak tunjukkan pada I Azizah? You nak sindir I?”. Mata kami berpandangan. Ada rasa sedih pada mata itu. Aku kalah dengan renungannya. Aku diselimuti dengan rasa bersalah bila dia salah faham dengan tindakanku. Aku mengelengkan kepala.
“Romie…saya tak bermaksud begitu. Sebenarnya ia lebih kepada pihak saya…”. Romie mengerutkan dahinya.
“Mean?”. Soalnya.
“Sebenarnya….ini salah satu tempat yang saya nak pergi dari dahulu lagi. Tapi saya tak berani…saya takut saya tak mampu nak …….”. aku melepaskan keluhan. Romie hanya diam menanti bicara ku selanjutnya. Dia memberikan aku peluang bercerita.
“Kalau awak masih ingat, masa kita kecil-kecil dahulu, Musabaqah Peringkat Antarabangsa ini diadakan pada bulan puasa bukannya macam sekarang, diadakan sebelum bulan puasa. Ingat tak?”. Romie memejamkan matanya. Mungkin cuba mengingati. Perlahan dia menganggukkan kepalanya. Jarak umur kami tak jauh beza.
“Masa dahulu saya dengan kak ngah selalu berlumba balik awal sebab nak tengok Musabaqah ni kat TV. Lepas sembahyang terawih aje kami terus lari  balik, tak sempat tunggu moreh. Kami nak tengok  para Qari dan Qariah yang baca. Kami akan ketawa bila mendengar macam-macam logat sewaktu mereka membaca Al-Quran. Maklumlah, mereka berbagai bangsa. Bila ada Qari yang hensem sikit, mulalah saya berebut dengan kak angah. Selalu teka siapa yang akan menang. Bila tekaan kami tak tepat, mulalah kami tak puas hati. Komplen, orang itu bacaannya tak sedaplah….macam-macam yang kami komplen. Sampaikan muka mereka tak cantik dan tak hensem pun kena komplen…”. Aku tersenyum sendiri. Teringat masa-masa nakal aku dengan kak angah.
“Abah selalu marah kami. katanya bacaan Al-Quran dinilai dari tadwidnya, mahradnya, panjang pendek, dengung, bukannya lenggok  bacaannya…tapi …kami peduli apa?.  Saya pernah berjanji dengan abah, angah dan mak , bila saya besar nanti dan ada kereta, saya nak bawa mereka tengok  Musabaqah ni secara ‘life’ bukannya dalam TV kecil kat rumah kami..” Aku menarik  nafas menahan sendu.
“Itu dahulu Romie. Sekarang ni bila saya dah ada kereta, saya tak mampu bawa mereka. Saya tak dapat tunaikan janji saya…” Aku mengesat airmata yang mula menitis. Aku malu menangis depan Romie.
“Kenapa?”. Romie tidak sabar menanti cerita selanjutnya.
“Saya tinggal di asrama masa tingkatan 5. Pada hari terakhir saya selepas peperiksaan SPM, abah, angah dan mak datang jemput saya di asrama. Mereka janji nak makan bersama konon-kononnya nak meraikan hari saya tamat SPM. Abah pinjam kereta kawannya sebab abah tak ada kereta. Kami bukannya orang kaya Romie. Abah kerja kampung aje. Kereta yang abah pandu mengalami kemalangan. Mereka semua meninggal ditempat kemalangan”. Aku mengesat lagi air mata yang gugur.
“Saya jadi anak yatim piatu di waktu usia saya 17 tahun. Walaupun keputusan SPM saya baik, saya tak mampu nak  belajar ke Universiti sebab tak mampu. Waktu itu  along di tahun dua di ITM. Along terpaksa belajar sambil bekerja. Saya juga. Saya bekerja sambil tu belajar malam dan hujung minggu. Sedikit demi sedikit sehingga saya berada disini”. Itulah yang terjadi. Disitu juga aku bertemu dengan Fauzan. Dia juga bekerja sambil belajar seperti aku. sama-sama mengharungi detik-detik kesusahan bersama. Tetapi malangnya bila di selaputi kesenangan, aku ditinggalkan.
“Saudara mara tak tolong?”. Aku mengelengkan kepala.
“Mereka pun orang susah. Kerja kampung aje, anak-anak pun ramai…”. Sememangnya kami juga tak mahu menyusahkan mereka.
“Kenapa you tak beritahu yang  you anak yatim piatu? Patutlah you selalu mengelak bila sebut pasal keluarga dan pasal kampung. Rasanya kat offis pun I tak pernah dengar cerita tentang you”. Aku menyedut baki air minumanku. Haus pula tekak ini.
“Tak ada yang menarik tentang diri saya…lagipun saya susah nak terima kenyataan yang mereka dah tinggalkan saya”. Kenyataan, tetap sebuah kenyataan. Walaupun susah untuk diterima, ianya tetap sebuah kenyataan.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hampir seminggu ini aku tidak melihat Romie. Jika ada pun kami hanya berpandangan dari jauh. Aku dapat merasakan yang dia cuba menjauhkan diri dari aku. aku pula yang berperasaan lebih. Mungkin dia hanya menganggap aku hanyalah teman biasa sepertimana teman perempuannya yang lain.
“Rozie. Sepupu kau yang duda tu dah kahwin ke belum?”. Rozie memandang muka aku macam orang bebgong aje. tanpa salam terus aku terjah dia. manalah dia tak terperanjat.
“Apasal? Dah datang seru?”. Aku tersengeh. Rozie mula ketawa.
“Entahlah. Tiba-tiba aje aku rasa nak kahwinlah…”. Entah dirasuk apa, aku melalut malam ini. Tiba-tiba datang rasa ingin dicintai dan mencintai. Ingin rasa dipunyai begitu meluap-luap. Mungkin pertukara hormon barangkali. Tak lama lagi bendera merah akan sampai.
“Sepupu aku tu dah bertunang minggu lepas. Tapi aku rasa baik juga kau tak jadi dengan dia. kau bayangkan. Dah bercerai pun bekas isterinya kacau hidup sepupu aku lagi. Abang sepupu aku bukannya tak bagi nafkah pada anak-anak. Tiap-tiap bulan dia bank- inkan duit. Tiap-tiap minggu bawa anak-anak dia jalan-jalan. Entahlah. Tak faham aku perempuan tu….dulu sibuk minta cerai. Bila dah bercerai, pun sibuk ganggu bekas suaminya lagi”. Rozie melepaskan keluhan.
“Dia dah gila talak kot. Manalah tahukan? Habis tu, abang sepupu kau tak nak rujuk semula?”. Rozie mencemikkan bibir.
“Abang sepupu aku tak mahu. Dia kata dah lama dia bersabar dengan kerenah bekas isterinya. Suka mengongkong. Cemburu buta. Tak hormatkan dia. macam-macam lagilah yang aku dengar. Entahlah. Aku pun tak tahu nak percaya ke tidak”.
“Dahlah…jangan fikirkan dia lagi. Kau dengan Romie macamana?”. Aku terbeliakkan mata.
“Macamana apanya? Macam biasalah….tak ada apa-apalah…kawan aje. Orang macam dia manalah nak pandang orang macam aku ”. Rozie mengekek ketawa. Tak percaya dengan kata-kata aku barangkali.
“O.klah aku tahu kau tak nak mengaku. Biasalah orang lelaki ramai girlfrindnya. Orang perempuan  pun tak kurangnya. Isteri orang pun bolah main kayu tiga tau? zaman sekarang ni semuanya dah tak pelik lagi.” Rozie mula menyusun semula majalah yang dia baca.
“Emm…bodoh kan? Dah jadi isteri orang pun main kayu tiga lagi..”. Aku mula menambah.
“Em…nanti kau dengar-dengarlah cerita kawan baik kau tu jadi duda….”Rozie mula ketawa dengan kata-katanya. Aku pula keliru.
“Kawan baik aku sapa?”. Aku tak suka cakap tak habis ni.
“Sapa lagi? Fauzanlah. Isteri dia yang cantik jelita tu ada affair dengan bos kita orang…”. mulalah bergongsip.
“Mak ai, baru kahwin ada anak satu dah ada masalah? Apalah dia orang ni…perkahwinan buat main-main aje…”. aku mulalah membebel.
“ Alah, si Rishah tu muda lagilah, masa dia kahwin umur dia baru 20th. tengah ‘mengeyam’ kata orang tua-tua. Dia ingat syed  Fauzan tu macam syed Mokhtar agaknya. Dia selalu cerita masalah dia kat offis. Apa lagi, masalah kewanganlah. Fauzan suka ‘make up’ kereta dia. duit banyak habis kat kereta. Si Rishah pula duit habis kat pakaian dan make up. Em..entahlah buku bertemu dengan ruas”. Betullah tu.  Allah dah janjikan, perempuan yang baik  untuk lelaki yang baik.
“Agaknya berkat dari sumpahan kau tak?”. Aku mencerlungkan mataku.
“Kau ingat aku ni berdaulat ke? Boleh sumpah-sumpah orang”. Rozie mengekek ketawa.
“Tapi betullahkan? Kalau kita lukakan hati orang yang menyayangi kita dengan ikhlas, suatu hari nanti hati kita akan dilukakan oleh orang kita sayang dengan ikhlas.” Aku menggaru kepala. Pening!
“Betul kata kau dulu. “Kau buat, kau dapat”. Sambung Rozie lagi. Aku tak mahu menambah. Bagi aku, setiap perbuatan kita yang baik mahupun yang buruk, pasti akan dibalas oleh Allah. Aku tidak mendoakan tapi itu sudah hukum alam.
“Kasihan Fauzan…..”. hanya itu yang aku mampu ucapkan.
“Kalau ada apa-apa berita baik tentang kau dan Romie, jangan lupa beritahu aku.”. Aku hanya senyum meleret. Aku takut nak gantungkan harapan. Takut harapanku musnah.
“Dah tak payahlah kau nak harap yang lebih-lebih. Abang aku nak jodohkan aku dengan kawan dia kalau aku setuju. Nampak gayanya memang jodoh aku dengan abang dudalah. Apa boleh buat, dah nasib badan…..”. Rozie ketawa sambil membeliakkan matanya. Mungkin membayangkan aku sesak nafas melayan anak-anak tiri.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Aku mencapai apa aje yang patut sambil mulutku mengomel sendirian kerana Romie menggesaku mengikutnya pergi entah kemana. Tiba-tiba sahaja dia terjengul di hadapan pintu rumahku dan menggesaku mengikutnya.
“Kita nak ke mana ni Romie?”. Sudah seminggu kami tidak bertegur sapa. Terasa kekok pula aku berdua dengannya.
“Nak bawa you ke syurga….”. Aku mencemikkan bibirku. Bau syurgapun entahkan dapat kita hidu entahkan tidak. Aku mengomel sendirian. Romie mencubit bibirku bila melihat aku mencemikkannya.
“Nanti I cium bibir you tu baru you tahu…”. Aku menjelingnya. Mau kena silat gayung dari aku?
Aku panik bila Romie memberhentikan keretanya dibelakang beberapa buah kereta. Dihadapanku sederat rumah kos sederhana dua tingkat. Halaman rumahnya telahpun diturap dengan morzek. Hanya ada beberapa buah pasu bunga. Bunganya pun bagaikan hidup segan, matinya tidak. Mungkin penghuni rumah ini begitu sibuk dengan tugas seharian maka halaman rumah ini kosong tidak terhias.
“Kita nak buat apa kat sini?”. Hatiku berdebar kencang.
“Jumpa my parent dan family I”. Aku membeliakkan mata. Aku malu nak jumpa keluarganya dengan berpakaian sebegini. Seluar panjang, kemeja kotak-kotak dan tudung sara kosong tanpa corak.
“Alah, apa you nak malu. Pakaian you ni dah o.k dah. My parent I tak kisah. I pernah bawa balik my girlfriend pakai baju tak cukup kain, dia orang o.k aje….”. Aku mengetapkan bibir. Bicara  tulus dari Romie membuatkan hatiku semakin galau.
“Palong….”. Tiba-tiba muncul kanak-kanak yang mungkin sebaya Adib datang menerpa mendapatkan Romie.
“Emm….wanginya manja”. Romie mendukungnya dan memberikan ciuman dipipi kanan dan kiri si cilik yang dipanggil manja. Aku tersenyum memandangnya. Manja juga memakai baju Spiderman. Ini Spiderwomanlah pula.
“Salam dengan maklong”. Aku menyambut huluran salam dari si manja. Dia masih lagi gedik dalam kendongan Romie. Aku ketawa kecil dengan gelagatnya. Anak saudaraku lelaki. Lain sedikit nakalnya.
“Anak adik I”. Romie menerangkan padaku. Aku diperkenalkan dengan ahli keluarganya. Ibubapanya dan adik serta adik iaparnya. Romie ada 5 orang adik beradik. Dia anak sulung dan lelaki yang tunggal. Empat orang adik-adiknya perempuan. Keluarga Romie ramah-tamah, membuatkan aku tidak berasa terasing.
“Makan Azizah. Tambah nasi tu jangan malu-malu”. Aku hanya tersenyum. Romie menyendukkan nasi kedalam pinggan aku yang hampir licin. Dia tahu aku malu hendak mengambil sendiri. Sememangnya perut aku lapar, apa tidaknya aku belum mengambil sarapan pagi. Sewaktu Romie datang kerumahku aku sedang berlingkar diatas katil walaupun telah mandi pagi.
“Sedap mak cik masak nasi tomato ni. ”Sememangnya masakan hari ini sungguh menyelerakan. Nasi tomato dengan ayam masak berlada, rojak darat, sop ayam dan ayam goreng, juga ada sawi goreng dengan taugeh. Nasi tomato yang aku makan berlainan sekali dengan yang ada dijual direstoran. Ikhlas aku memuji.
 “Memang sedapkan Azizah?. Rasa macam ni tak ada dapat dimana-mana”. Tambah Romie lagi. Apa taknya, dia dah tiga kali tambah.
“Alah, biasa aje….”Mak Romie malu-malu bila dipuji.
“Sedapkan ayah?”.Romie pula bertanya pada ayahnya.
“Em?em…..”. Ayah si Romie mengangkat kepalanya, kemudia dia menganggukkan kepalanya dua tiga kali lalu tunduk semula menyambung makanannya. Aku hanya senyum sendiri dengan telatah ayah Romie. Standart lelaki melayu, jarang memuji tetapi selalu complain.
“Lelaki melayu memang macam tu, jarang memuji kalau isteri masak sedap. Cuba kalau isteri masak tak sedap, paling kurang pun masakannya masin sedikit, mulalah complain….”. mungkin  mama Romie terasa hati sebab suaminya tidak memuji masakannya sedap walaupun telah dua pinggan nasi masuk keperut suaminya.
“Sedaplah sayang. sedap sangat sebab tulah tak sempat nak puji. Itukan lelaki melayu. Saya ni lelaki jawa….sedap tak sedap, soruuuua jeleee…” Terdengar gelak ketawa kami semua. Boleh tahan juga ayah si Romie ini.
 Dalam diam aku menilik ayah Romie. Menurut Romie, ayahnya berketurunan jawa+bugis. Mamanya pula pakistan +cina.  Dalam I.C si Romie, tertera dia berketurunan Melayu. Mana datangnya Melayu? Ini tak adil! Romie rakyat Malaysia yang bukan berketurunan melayu tetapi mendapat hak keistemewaan orang melayu. Kalau hal ini aku bangkitkan, pasti ada saja jawapan darinya. Hee….
Selepas makan, kami duduk bersantai diruang tamu menonton sambil borak-borak kosong. Adik-adik Romie menghidangkan tempeh goreng bersama dengan kicap cili, air teh dan oren. Ruang tamu menjadi riuh rendah dengan gelagat anak-anak saudara Romie.
“Makanlah sayang…tempeh ni berkhasiat tau….sedap…”. Mama manja memujuknya. Manja hanya mengelengkan kepala. Aku mengapai manja yang berada disebelahku. Aku dudukkan dia di pangkuanku. Dia menurut tanpa protes. Aku mencium pipinya. Geram dengan pipinya yang montel itu. Ku perhatikan semua adik-beradik dan anak saudara Romie tiada yang rupa jawa. Lawa lagi ada. Bukan bermaksud rupa jawa itu tidak cantik…cantik. Anak-anak jawa memang mempunyai kecantikan yang tersendiri.
“Emm…sedapnya tempeh ni. Spiderman pun makan tempehkan paklong? Aku mula memasukkan jarum. Aku memandang Romie meminta pertolongan.
“Betul kata mak long tu manja. Spiderman pun makan tempeh. Sebab tulah dia boleh terbang dan melompat. Sebab tulah spiderman tu pun pandai macam pak log juga.”Berlebih-lebihlah pula Romie ni. Kami semua ketawa bila melihat manja dengan tanpa membuang masa terus mencekup tempeh lalu memasukkan ke dalam mulutnya.
“Betul tu, tempeh ni banyak khasiatnya. Bukan sahaja baik untuk otak, ia juga sebagai sumber kalsium untuk tulang. Juga boleh awet muda. Tengoklah anak-anak Jawa, bukan sahaja bijak tetapi juga cantik”. Masuk bakul golek sendiri ayah si Romie.
“Nak buat tempeh ni bukannya senang. Tempeh perlu direndam 3 hari 2 malam. Lepas tu kena rebus 4 jam. Dah siap di ragi, kena peram lagi 3 hari, barulah boleh dimakan. macam tu jugalah hidup anak-anak Jawa ni, mereka berusaha dengan penuh tekun dalam kesukaran untuk mendapat kejayaan”.
“Alah, itu anak Jawa zaman dahulu ayahnya. Anak Jawa zaman sekarang ni, bawa duit RM1.00 pergi aje kedai dah dapat 5 keping tempeh. Tak payahlah nak rendam,rebus, tapai segalanya….”. pintas mama Romie pula.
“Alah mama ni….saya baru nak ‘up’ sikit anak kita ni di mata Azizah. Potong stim betullah….”. kami semua ketawa dengan gelagat mama dan ayah si Romie. Suasana rumah ini penuh ceria. Aku rindu dengan suasana sebegini. Telah lama aku kehilangan suasana seceria ini.
“Tak payahlah awak nak lebih-lebih ‘up’ anak bujang awak ni……Azizah, ni mama nak beritahu ni pada Azizah. Anak bujang mama ni  ‘ligat’ sikit orangnya. Perempuan keliling pinggang. Tapi sampai sekarang tak adalah pula orang cari dia sebab dia buntingkan anak orang”.
“Alah mama ni….kawan ajelah…client along aje tu..along bukannya jahat pun.” Dengan pantas Romie  menyanggah kata-kata mamanya. Ada benar juga kata mama Romie itu. Kata Romie juga ada benarnya. Dua-dua betul. Kerjaya seperti Romie membuatkan dia sentiasa dikelilingi orang ramai, tak kira lelaki ataupun perempuan.
“Mama tak kata anak mama ni jahat. Cuma nakal aje.Mama  cuma nak ingatkan Azizah dan Baie, hidup berumah tangga ni bukannya boleh buat main-main, cuba-cuba. Kalau nak kahwin, kena sungguh-sungguh berusaha pertahankan rumahtangga…”. Mama Romie mula berleter berbagai perkara tentang hal kahwin mawin ni….hailah….! susah juga nak kahwin ni ek? Ingatkan senang aje kahwin gitu-gitu aje….
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Kahwin dengan I Azizah, I janji akan bahagiakan you…”. Romie memaut lengan tanganku yang berbalut baju.
“Kita tak sepadan Romie.  Cara hidup kita banyak berbeza. Setiap apa yang awak suka, saya tak suka. Begitu juga dengan saya. apa yang saya suka, awak pula tak suka. Memang saya suka dengan awak. tapi saya takut sikap dan pendapat kita yang berbeza dan tak seiring akan membuatkan hidup kita saling bermusuhan dan kita  saling menyakiti diantara satu sama lain”.  Mana mungkin hidup kami akan bahagia jika jalan kami tidak seiring.
“Saya takut tidak dapat membahagiakan awak dan akhirnya paling saya takut, awak akan melukaka hati saya kerana saya tak dapat membahagiakan awak….”. aku takut terluka lagi. Cukuplah sekali hatiku terluka.
“Azizah, cuba buat garis lurus…”. Aku menyambut seranting kayu lalu aku gariskan ke tanah. Tanpa membuang masa Romie pula membuat garis yang bertentangan.
“Lihat ni. Garis lurus ni awak punya. Garis melintang ni saya punya. Nampak ni. Garis kita bertemu disini”. Romie membuat bulatan pada titik garis yang bertemu  diantara dua garisan.
“Begitu juga dengan kehidupan ini. Allah jadikan ada perempuan, ada lelaki. Cuba bayangkan jika dalam dunia ni, perempuan semuanya atau pun lelaki semuanya. Tentunya bosankan?. ada masam, ada masin, ada pahit. Semuanya berbeza. Perbezaan itulah yang akan menjadi pelengkap hidup kita. I tahu, I bukanlah lelaki yang baik sebagaimana lelaki idaman you. Tapi percayalah Azizah, I akan berubah menjadi lelaki yang baik sebagai suami you dan ayah yang baik untuk anak-anak kita….”. semakin kukuh genggaman Romie. Matanya terpancar keikhlasan.
“Saya tak mahu awak  berubah kerana kerana saya Romie kerana itu tak akan kekal..”.
“I tak berubah kerana you Azizah, I berubah kerana Allah. I nak berubah menjadi insan yang lebih baik. I nak berubah dari lelaki bujang kepada lelaki yang bergelar suami dan insyallah, I nak jadi seorang ayah. I perlukan you untuk menyempurnakan impian I. I dah ada semuanya Azizah. Rumah, kereta, kerjaya. Yang I tak ada hanyalah seorang perempuan yang bergelar isteri. Dan perempuan itu yang I pilih adalah you. I janji akan bahagiakan you Azizah. I bersumpah yang I tak akan bahagia jika melukakan hati you”. Begitu bersungguh Romie. matanya penuh dengan harapan agar menerimanya.
“Jangan bersumpah Romie. tak baik, nanti dimakan sumpah. Jika awak  benar-benar ikhlas, saya akan menerima lamaran awak”. Romie bersorak gembira.
“Hujug minggu ni kita nikah Azizah”. Kenyataan itu amat memeranjatkan aku. gila ke apa? Minggu hadapan mula berpuasa.
“Mentang-mentanglah saya anak yatim piatu. Awak ingat saya tak ada waris ke apa?”.Romie hanya tersengeh.
“I dah pergi jumpa dengan along you. I dah beritahu dia tentang kita. Dia dah ceritakan tentang you dari A sampai Z. Tentang Fauzan pun dia ada cerita”. Aku terperanjat. Apalah along ni!
“Along pun dah setuju dengan cadangan I kita nak bernikah hujung minggu ni”. Aku mencebikkan bibir. Macam tak percaya aje.
“Mula-mula along tak bagi tapi bila I dah ugut dia yang I akan bawa you berbuka puasa dan bersahur bersama setiap hari dan harap dia jangan marah. Terus aje dia setuju”. Romie mengekek ketawa. Entah apalah yang dia kelentongkan pada along tu.
“Nak buat apa cepat sangat?. Kita buat manjis lepas rayakan senang?”. Aku cukup tak senang buat kerja tergesa-gesa ni.
“I dah rasa dah tualah Azizah. Kawan-kawan I semuanya dah kahwin dan dah beranak pinak. I sorang aje yang dah terlajak”. Aku pula mengekek mentertawakan Romie.
“Padan muka siapa suruh awak kahwin lambat?. Perempuan aje keliling pinggang. Kahwinnya tak juga”. Aku mula mengejeknya.
“Sebelum ni, belum jumpa yang sesuai. Sekarang ni dah jumpa dah. Puasa tahun ini I nak berpuasa dan berhariraya dengan isteri I. Hidup ini singkat Azizah. Takut I kempunan nak jadi suami orang. manalah tahun tahun hadapan I dah tak ada lagi…”. Aku ketawa lagi. Apa-apa ajelah Romie….
“You tak payah susah-susah. Duit I dah siapkan. Badan I pun dah readydah. Cuma tinggal…adoi…”. Romie tidak dapat menghabiskan ayatnya bilamana tangan aku dengan segera merayap diatas lengan Romie.
“Kita nikah hujung minggu ni,I dah uruskan segala urusan. Kita nikah kat masjid aje. hari raya nanti kita buat majlis bersanding…”. Senang aje perancangan Romie.  
“Petang ni along datang. Nanti kita bincang sama-sama”. Patut pun along call semalam dia datang nak jumpa aku. ewah! Sejak bila pula ni along aku dah jadi along dia?
“Perkara yang baik, elok di cepatkan”. Iyalah tu!
“I takut I tak mampu tahan kalau you tangguhkan perkara ni. You ni seksi tau buat I nak terkam aje bila you depan mata I”. Aku mencerlungkan mata.  Aku membelek pakaianku. Aku bukannya berpakain jarang dan ketat. Pakaianku menutup aurat.
“Mana ada pakaian saya terbuka sana terdedah sini?”. Aku tak suka dengan gurauan itu. Romie hanya tersenyum sumbing. Suka kerana dapat mengusik aku.
“Sayang….seksi tu subjektif. Tak payahlah I nak terangkan nanti you marah kat I pula. O.klah macam ni. Cuba tengok cempedak yang tergolek togel tu dengan cempedak yang bersarung kat atas meja tu…”. Mata aku pun ku halakan ke gerai buah-buahan tak jauh dari tempat duduk kami.
“Tentunya kita lebih teruja dengan cempedak yang bersampul tu kan? Kita tertanya-tanya, apa yang terselindung di balik pembalut itu. Besar ke saiznya, gebu ke, melepak ke..adoi…..”. sekali lagi jariku mengetip lengan Romie.
“Cakap lagi merapu-rapu”. Marahku.
“Eh, betul apa?. I cakapkan cempedak tu. Yang you sensetif ni kenapa?”. Romie buat-buat marah tapi mulutnya masih lagi menyimpan senyuman.
“Tapi betulkan? Yang tak bersampul tu tak payah susah-susah nak menilik. Boleh terus tilik. Terang.jelas lagi nyata”. Aku pula yang tersenyum. betul juga apa yang dia kata.
“Lagi cepat lagi bagus. Dapat I jalankan formula I. 1+1= 11”. Aku mengerutkan dahi. Biar betul!
“Belajar tinggi-tinggi sampai ke luar negara, 1+1=11 ye?”. Aku mula mengejek.
“Betul, tak percaya?. Nanti malam pertama kita belajar kira sama-sama. Cikgu I ajar teori aje. Praktikal I belum pernah cuba lagi..nanti kita cuba ek?”. Romie mengangkat-angkat kedua –dua keningnya. Menyedari aku mula tahu akan maksud kata-katanya itu, Romie bingkas bangun menjauhi aku kerana bimbang dirinya dicubit lagi. Dia tertawa. Aku tersipu malu.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Kami dinikahkan sehari sebelum menjelang Ramadan. Merah juga pipi bila kami sentiasa diusik agar berhati-hati di siang hari sepanjang bulan Ramadan. Silap hari bulan, Romie kena puasa dua bulan berturut-turut.
“Robaie, agak-agak kalau tak tahan tu, berbukalah dahulu dengan seteguk air pun tak apa. Jangan tak berbuka, nanti kamu kena ganti puasa dua bulan berturut-turut tanpa henti…”. Dalam maksud tuan Imam itu. Romie hanya tersengeh. Terdengar hilai ketawa orang dibelakang kami. Ini semua Romie punya pasal!
Dunia baru kami. Bersahur bersama. Berpuasa bersama. Berbuka bersama. Bertarawih pun bersama. Bersama ke masjid. Segalanya bersama dalam mood pengantin baru.
Kawan-kawan terkejut bila dihulurkan kad. Masing-masing dengan andaian sendiri. Kami buat tak kisah. Ada juga rakan-rakan ku yang tahu akan pernikahan kami.
“Wah, makan diam-diam aje ye, dah kenyang baru tunjuk orang…”. Romie galak ketawa bila diusik. Terpancar rasa gembira dan bahagia di wajahnya. Apa tidaknya kami bersanding bertiga. Aku bunting pelamin!. Muka aku aje yang Toye. Mabuk darat. Ini semua Romie punya pasal. Segala makanan kegemaranku tak dapat aku jamah. Loya!
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Aku mengusap pipiku yang sakit dicubit. Cubit manja.
“Berangan ye?”. Usik Romie.
“Abang susah apa? Bukannya abang yang bayar”. Aku melayannya pula. Romie ketawa kecil.
“Ya Allah, daddy ni tak ada kerja lain ek? Asyik nak mengemping dengan mak aje…keluar adik lagi sorang along tak tolong….”. anak sulung ku pula yang menyakat. Romie ketawa kecil. Aku membeliakkan mataku tanda tak setuju.
“Jelouslah tu…..orang sayang bini memang macam tu….”datang anak ketigaku pula menyampuk.
Siapa tak sayang bini…..
Dari hidup baik gantung diri…
Bohong jangan melarat….
Sekali-sekala hai bohong sunat….
Siapa tak sayang bini……
“Aha, nak kena kerat 14, atuknya?”. Anak cucu ketawakan ayah mertuaku kerana dimarahi oleh mama mertuakau bila ayah mertuaku menyanyikan lagi itu. Sensetif sungguh mama mertuaku nampaknya.  
“Awak dah sembahyang tahajud ayahnya? Robaie?”. Soal mama mertuaku lagi. Anak-anakku semuanya diburannya suruh bertahajud dahulu sebelum melihat perlawanan bola sepak. Betul juga kata mama, kalau bola sepak boleh berjaga selama 2 jam, takkanlah tahajud yang tak sampai 15 minit tu pun tak boleh dibuat. Betultak?.
“Saya nak sembahyanglah nii….”. Ayah mertuaku mengangkat punggung.
“Dah mak….”.Romie membantu aku menyediakan makanan untuk dibawa ke bilik tayang. Malam ini ada perlawanan bola sepak yang aku sendiri pun tak tahu, entah Negara mana lawan Negara mana. Yang aku tahu kedua-duanya orang putih.
“Cuba perlahan sikit. Ni dah pukul 3.00 pagi bukannya 10.00 malam. Nanti menganggu pula jiran tetangga”. Mama mertuaku cuba menegur anak cucu dan menantunya termasuklah suaminya sendiri.
Malam ini adik beradik serta ibubapanya berkampung dirumahku untuk melihat perlawanan bola sepak. Kebetulannya esok hari cuti. Masing-masing hantu bola.
Diam tak diam, perkahwinanku sudah menjangkau 20th. walaupun tak sedondon dan sealiran keinginan, hidup kami saling melengkapi. Romie suka tengok bola, aku pula menyediakan makanan untuk mereka.
Romie suka makanan barat. Aku suka makanan timur. Anak-anak suka makanan timur dan barat. Terpaksalah aku masuk kelas memasak.
Romie suka membawa anak-anak ke pantai untuk mandi-manda. Sesekali dia membawa kami juga ke taman tema.
Romie suka dipanggil daddy. Perasan orang putih lah pula si Jawa itu. Aku lebih selesa dipanggil emak. Lebih kemelayuan.
Walaupun banyak perkara yang kami tidak sependapat, hasil dari tolak ansur dan saling menghormati, rumahtangga kami bahagia sampai kini. Setakat ini belum ada  ‘perang salib’ lagi. Setakat  bermasam muka sekali-sekala, itu adat biasa dalam rumahtangga. Bak kata P.ramlee…. sedagkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Formula Romie menjadi, 1+1=11, malahan terlebih pula 1 sebab anak kami yang ke 11 tu kembar. Perempuan. Alhamdullillah. Kami dikurniakan 12 orang anak. 9 orang lelaki, 3 orang perempuan.
Sebenarnya malu juga bila beranak ramai, apatahlagi bila ada anak yang meningkat dewasa mengusik.
“Mak ni maki berisi along tengok”. Mungkin sesekali bertemu, anakku yang sulung melihat perubahan badanku.
“Berisi ada makna tu…”. Romie pula menjawab bagi pihakku.
“Ha? Mak mengandung lagi ke? Cayalah daddy”. Anak beranak ber Hi-five. Mukaku memerah menahan malu. Malu siot! Lebih-lebih lagi bila anak gadisku mula melahirkan rasa tidak selesanya dia bila aku masih lagi mengandung dalam usia lewat begini. Apalah yang hendak aku katakan, aku terlebih subur. Pasti, kalau jatuh pokok kelapa pun aku tak akan gugur.
Ini semua Romie punya pasal! Bila aku bersungut, katanya benih dia gred terbaik, bukan gred cap ayam.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Romie membawa kami makan besar sempena menambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke23 th. Aku menepuk dahi terlupa.
“Melayu, memang mudah lupa…”. Aku menampar lengan Romie. Romie ketawa kecil kerana berjaya mengusik aku. selalunya aku yang rajin mengusiknya anak jawa.
“Itu bukan kata-kata dari abang ek. Itu kata-kata dari Tun Mahathir sendiri…”
Si kembar mula berebut mendapatkan Romie. masing-masing mengelek teady bear sebesar badannya. Hari ulangtahun perkahwinanku tapi si kembar yang dapat hadiah!
Aku keluar menyusup pintu belakang. Anak-anak mentertawakan kami. bukan mudah untuk kami berdating berdua begini.
Romie membawaku  Dinner. Hanya kami berdua. Jarang sekali kami dapat berdua begini. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Aku sibuk menguruskan anak-anak. Romie pula sibuk menguruskan perniagaan. Selepas aku melahirkan si kembar, aku tidak lagi membantunya menguruskan perniagaan. Aku lebih memberi tumpuan pada anak-anak. Anak-anak yang semakin membesar, perlukan perhatian yang lebih. Lebih-lebih lagi, anakku yang kembar ini ada masalah kesihatan.  Mungkin aku mengandung diusia yang lewat, ianya memberi kesan kepada kandunganku. Bukan sahaja si kembar yang bermasalah, aku juga koma selama seminggu selepas melahirkan si kembar. Tumpah darah!. Atas nasihat doktor, salur ‘fallopioku’ diikat supaya tidak mengandung lagi.
Kami terserempak dengan seorang lelaki cina yang agak tergesa-gesa. Sempat dibersalaman dengan Romie dan hanya menundukkan kepalanya kepadaku, mungkin menghormatiku yang bertudung ini. Sebelum berlalu pergi, dia membisikkan sesuatu di telinga Romie. Romie ketawa kecil.  Aku terpinga-pinga. Romie meraih tanganku. Membawaku ke meja yang telah ditempah.
“Tu Robert, partner kita yang baru dari Sabah. Abang tak sempat nak kenalkan”. Aku mengangguk faham. Ada projek baru syarikat kami yang melibatkan usahasama dengan  syarikat dari Sabah. Sebelum ini selalu juga Romie bercerita tentang Robert tetapi kami belum ada peluang untuk berjumpa. Maklum sahajalah aku tidak lagi terlibat dengan kerja-kerja di pejabat.
“Apa dia bisikkan kat telinga abang sampaikan abang ketawa?”.Romie tersengeh.
“Dia tanya, janda mana yang abang bawa malam ni….”. Aku membeliakkan mataku.
“ Apa? Dia ingat janda aje yang boleh kelihatan cantik ke? Mak anak 12 pun boleh tau ….”. mengekek Romie ketawa melihat reaksi tak puas hati aku. Sememangnya aku akui, wanita yang berurusan dengan Romie, ramai yang berstatus ibu tunggal ataupun wanita yang lanjut usia. Mereka yang berkerjaya hebat ini tidak kisah dengan status mereka. Mereka lebih bergantung dengan kebolehan sendiri dari mengharapkan lelaki. Lagipun sekarang ini sukar untuk mencari lelaki yang berkualiti untuk dijadikan suami. Betul tak?
“Sayang abang ni masih cantik lagi. Orang pun tak sangka you dah melahirkan 12 orang anak I. Terima kasih Azizah kerana sudi jadi teman hidup I selama 23th. ini. You sentiasa ada disamping I dalam susah dan senang I. Tanpa you, I tak mampu berada di tempat I sekarang. Walaupun I dah hilang pekerjaan dan segala-galanya, you tak pernah tinggalkan I. You sentiasa ada bersama I, berkorban segalanya untuk I. Lahirkan anak-anak I. You penuhi impian I walaupun nyawa you hampir terkorban. I tak dapat nak balas jasa you Azizah. I bersyukur pada Allah kerana ‘Dia’ menganugerahkan sebaik-baik wanita untuk I”.
Benar kata Romie. Aku sentiasa ada bersamanya. Dalam senang mahupun susah. Tahun ke 5 usia perkahwinan kami, kami diberi ujian hebat. Kerana fitnah dan irihati, Romie diberhentikan kerja atas tuduhan rasuah dan pecah amanah. Diwaktu itu pula aku telahpun berhenti kerja. Dengan nama yang sedikit terpalit hitam, Romie sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Atas nasihat aku, adalah lebih baik dia menjalankan perniagaan sendiri. Sayang dengan pengalamannya sebagai Exec. pemasaran yang ‘mengkayakan’ orang lain tetapi akhirnya tak dihargai. Adalah lebih baik ‘mengkayakan’ diri sendiri.
Aku mencagarkan tanah pusaka milik aku dan abang long untuk Romie memulakan perrniagaan. Segala harta dan wang simpanan yang Romie ada turut dilaburkan. Wang simpanan yang aku ada, aku gunakan untuk menyara hidup kami sekeluarga. Kami bermula dari ‘0’. Hidup bersederhana. Romie memulakan perrniagaan bersama dengan bekas customernya Mr. Chua. Dari perniagaan Interprise, akhirnya 10th kemudian menjadi Sdn.Bhd. Aku yang mentadbirkan hal kewangan. Kenapa 10th.  perniagaan itu baru kukuh? Sebenarnya itu lumrah perniagaan. Jika berniaga setahun, dua dah kaya. Itu perrniagaan jual dadah ataupun jual dade……semakin cepat perniagaan itu berjaya, semakin cepat pula perniagaan itu akan jatuh. Boleh diumpamakan seperrti menaiki tempat yang tinggi. Adalah lebih selamat jika kita mendaki anak tangga. Sedikit-demi sedikit. Jika terjatuh satu anak tangga, kita akan daki lagi satu,dua anak tangga. Berbeza dengan kita menaiki lif. Kalau jatuh, terus kedebum kebawah!
“Saya dah tua bang. Saya anak yatim piatu, yang saya ada hanya abang dan along. Along dah ada keluarga sendiri. Saya hanya bergantung harap pada abang. Susah abang, susahlah saya. senang abang, senanglah saya”. aku merendah diri.
“Abang tak pernah rasa you ni dah tua. I rasa you ni dari dahulu tak berubah, berubah bila you mengandung aje. gemok sikit. Lepas bersalin, badan you kembali normal semula. Muka you pun macam dahulu juga cuma nampak lebih matang. Dengan baju yang you pakai malam ni… nampak you cantik sangat. Macam tak percaya dah 23th. kita hidup bersama. Rasa macam baru semalam  I ajak you kahwin”. Aku ketawa. Bila mengingati masa lalu, aku tersipu malu. Lebih malu bila Romie memuji kecantikanku. Romie sentiasa bermulut manis. Sentiasa memujiku walaupun adakalanya aku dalam keadaan yang terabai, dahulunya aku sibuk dengan anak-anak yang ramai dan menguruskan kewangan syarikat, tentunya masa untuk diri aku sendiri amat terhad.
Aku memandang baju pemberian Romie yang melekat dibadanku. Baju kebaya potongan kotabaru bertanah hitam, berbunga merah dan ditaburi bunga halus kuning yang bersinar dipantuli cahaya lampu.
“Apa hadiah kali ini?”. Aku menadah tangan. Sengaja mengusik Romie. Saban tahun aku menerima hadiah darinya. Hadiah harijadi, ulangtahun perkahwinan. Paling tidak pun, dia akan membelikan aku sesuatu bila dia keluar daerah.
“Abang bari hadiah sama macam s ikembar nak? Tapi anak patung yang boleh bercakap”. Romie tersenyum sambil mengenyetkan matanya.
“Dah tak payah. Tak dapat hadiah pun tak apa…”. Sapa nak beranak lagi?. Romie galak ketawa kerana dapat mengusik aku. Mataku tertacap pada sesuatu yang dikeluarkan dari poket baju Romie.
“Selamat ulang tahun pekahwinan kita. Apa yang abang beri pada you, tak dapat menandingi nilai apa yang dah you berikan pada abang. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas Syurga untuk you Azizah kerana menjadi isteri yang soleha untuk abang.”
“Amin”. Aku mengaminkan kata-kata suamiku. Kedua-dua tapak tangan aku raupkan ke muka.
“Saya selalu berdoa dan akan berusaha menjadi isteri yang soleha untuk abang dan emak yang baik untuk anak-anak abang. Kasih kita kekal hingga ke akhir hayat. Kalau mati, saya selalu berdoa, biarlah saya mati dahulu…”
“Kalau you mati dahulu, siapa nak jaga I dan anak-anak kita?”. Segera Romie memotong percakapanku.
“Abang kaya,banyak duit, ramai anak dara dan mak janda yang tergoda.Hensom, romantik lagi… lainlah macam saya ni….manalah saya ada duit… tapikan bang,…susahkan jadi  janda kaya ni…”. Terasa perit pipiku dicubit. Romie ketawa. Dalam baik dia terkena. Aku membuka hadiah yang diberi. Dalam hatiku berteka-teki. Kalau handphone yang terkini, aku hanya akan dapat memandangnya sahaja kerana ianya akan jadi milik anak gadisku. Kadang kala terasa juga dihati bagaikan bermadu dengan anak sendiri.
Wow! Kunci kereta Vempire!
“Terima kasih bang…” hanya itulah sahaja yang mampu aku ucapkan. Hadiah ulang tahun yang ke 20th. aku dapat rumah banglo 3 tingkat. Bukan untuk aku seorang tapi untuk kami 14 orang.
“Ingatkan handphone, kalau handphone….wassalamlah…”.Romie ketawa. Dia faham akan maksud kata-kataku.
“Hadiah untuk abang nanti ek. Saya tak sempat beli”. Sebenarnya memang aku lupa. Biasalah kata Romie. orang melayu memang mudah lupa. Dia anak jawa yang perasan mat saleh memang sentiasa peka dan sentiasa menepati masa.
“Abang dah sewa bilik, malam ni kita tidur sini. I nak malam madu dengan you aje. I dah upah Azureen jaga kembar. Rais jaga adik-adik.I nak hadiah paling hebat dari you malam ni”. Romie mengenyetkan matanya. Gatalnya!
“Mak ai! Selama ni tak hebat ke?”. Soal ku pula.
“Hebat…kalau tak takkan 12 orang anak kita..”. Romie tergelak-gelak. Aku tak tahu apa yang dia gelakkan.
“Hello, lama tak jumpa….”. ketawa kami berdua terganggu dengan satu suara. Mr. Fong. Romie bangun lalu menyambut huluran salam dari bekas ketuaku. Sejenak kami berbual. Dia berlalu pergi.
“Dah nampak uzur Mr.Fong kan bang?”. Romie hanya menganggukkan kepalanya. Bersetuju dengan kata-kataku.
“Lupa. Tadi jumpa kak Julie masa pergi melawat rumah Dr.Adnan. Maizura isteri Dr.Adnan tu sepupu kak Julie rupanya. Dia kirim salam kat abang”. Romie menjawab salam yang dikirimkan.
“Isteri Dr.Adnan meninggal kenapa ek?. Diakan muda lagi rasanya?”. Romie mengambil gelas lalu dia membawanya ke bibir.
“Sakit kanser. Tak sampai pun 2th. Dr.Adnan kahwin lain, dia dah meninggal”. Terbayang wajah arwah Maizurah. Orangnya kecil molek. Manis dan lemah lembut.
‘Adnan cinta perrtama dan terakhir saya kak’. Teringat kata-kata dari Maizurah dahulu. Dia terlalu sedih bila mengetahui Adnan ingin berkahwin dengan pembantu di Kliniknya. Mungkin dia terlalu stres.
“Dia kecewa dan stres rasanya. Susah nak menerima kenyataan. Lagipun bukan senang hidup bermadu ni bang. Lelaki, belum apa-apa lagi perempuan tu dah dibelikan kereta dan rumah. Isteri yang dah 10th. kahwin, basikal buruk sebiji pun tak dibelikan”. Memang adat dunia, lelaki jika ada perempuan lain, mereka akan lebih sayang girlfriend dari isteri sendiri.
“Romie, jika suatu hari nanti awak jatuh cinta dengan perempuan lain, saya tak boleh menghalangnya. Awak mampu. Berdosa jika saya menghalangnya. Cuma saya minta, awak jangan beritahu saya, takut saya tak mampu. Jadi macam Maizura pula”. Romie hanya tersengeh. Dia faham bila aku memanggilnya Romie.
“I tak fikirpun nak tambah isteri. Yang I fikir nak tambah lagi rezeki untuk you dan anak-anak. I dah ada semuanya. Alhamdulillah…..I bersyukur dengan apa yang I ada sekarang ni…”. Perjalanan hidup masih jauh. Apa yang bakal terjadi di hari hadapan tiada siapa yang tahu…
“I love you so much Azizah. You dan anak-anak adalah nyawa I…”.  Ayat yang paling indah untuk didengar dari seorang suami untuk sang isteri.

Cerpen ini keluar di P2U pada  3/1/2014

http://www.penulisan2u.my/2014/01/cerpen-tidak-sedondon/ 

Terimakasih pada yang membaca dan memberi komen

       
ALHAMDULILLAH...LEBIH 20,000 ORANG YANG TELAH MELWATINYA DI P2U dan telah di komen hampir 27 orang

No comments:

Post a Comment