wallpaper

20140919

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA -Bab 45

Bab  45

Johan benar-benar buntu, walaupun dia percaya Durrah tak mungkin akan buat perkara bodoh dan bunuh diri tetapi dia tetap bimbang. Sesekali teringin dia memarahi Durrah jika isterinya itu ada dihadapannya ketika ini. Penat mencari Durrah dan sibuk dengan kerja, segalanya meletihkan dia. Sewaktu hendak memakirkan kereta, dia terlihat kancil Durrah di tempat parking. Bibirnya mengorak senyuman, hatinya lega kerana Durrah telah pulang. Secepat yang mungkin

dia ingin bertemu dengan isterinya setelah seminggu hilang tanpa berita.
“Lambatnya lift ni”. Terdengar sungutan Johan.
Johan membuka pintu utama dengan berhati-hati. Dia melihat Arrah berbaring santai di atas sofa panjang. Hilang segala keletihannya bila melihat isterinya selamat pulang. Dia merangkul Durrah dengan erat.
“Adoi, sakitlah bang…”.Jerit Durrah. Dia tidak selesa dibuat begitu. Perutnya terasa sakit. Johan meletakkan bibirnya didahi dan pipi Durrah bertalu-talu meleraikan rasa rindu dan bimbang yang telah beberapa hari dipendam.
“Kenapa Arrah tak jawab call abang?”. Johan membesarkan matanya pura-pura marah. Durrah tersengeh.
“Yang abang call Arrah buat apa? Kan Arrah dah pesan jangan call”. Jawab Durrah dengan muka selambanya. Teringat akan SMS dari Johan dia ketawa. Johan mencubit pipi isterinya. Geram!   
“ Arrah janji tiga hari aje, tapi seminggu tau Arrah tak balik, dah tu tak call, tak jawab call abang, SMS pun tak balas, manalah abang boleh tahan”. Johan merajuk. Durrah ketawa kecil.
“Abang nak minum?”. Malas dia nak berbalas kata dengan suaminya, pasti dia tak akan menang.
 “emmmm….”
“Lepaskanlah….kalau abang masih peluk Arrah macam ni, macamana Arrah nak buat air?”. Johan ketawa tetapi dia masih lagi tidak melepaskan Durrah dari pelukannya.
“Abang rindu Arrah…”. Durrah hanya mengelengkan kepalanya, gelihati dengan lagak suaminya.


“Arrah ke mana? Satu P.D abang cari tapi Arrah tak ada. Arrah balik kampung ke?”.Durrah tersenyum kecil. Entah betul entahkan tidak suaminya mencarinya sehingga satu P.D.
“Abang cari Arrah?”. Soalnya lagi tak percaya. Johan menganggukkan kepalanya.
 “Arrah balik kampung ke?”. Bimbang juga Johan jika berita pernikahan ini diketahui oleh keluarganya. Memang dia akan beritahu keluarganya tetapi bukanlah dalam masa yang terdekat ini. Dia bercadang akan memberitahu keluarganya selepas Durrah bersalin nanti.
“Tak adalah, Arrah tak balik pun”.
“Habistu Arrah ke mana?”. Pelik juga Johan.
“Arrah pergi Pantai Puteri”. Jawab Durrah dengan jujur.
“Patut pun abang tak jumpa, lain kali jangan janji lain, buat lain…”. Sebenarnya Johan nak marah isterinya tapi kasihan pula bila dia melihat isterinya itu yang telah berkorban bukan sahaja untuk dirinya malahan untuk syarikatnya juga.  Apalah sangat kesalahan isterinya  itu jika dibandingkan dengan pengorbanan yang telah diberikan. Dengan pantas dia memegang lengan isterinya.
“Maafkan abang, abang bukannya nak marah Arrah, tapi abang bimbangkan Arrah bila seminggu Arrah diamkan diri”. Dia menarik isterinya rapat kesisi. Tangan Johan mengusap lembut perut isterinya.
“Abang risaukan Arrah dan baby, Allah sahaja yang tahu betapa susahnya hati abang”. Johan mencium perut Durrah.
“Sayang ayah, baby sihat kan?”. Durrah tersengeh.
“Abang takut Arrah terjun laut ek?” Johan mencubit pipi  Durrah. Dia tak suka dengan kata-kata dari isterinya itu.
“Jangan cakap macam tu, kadang kala fikiran kita jadi tak rasional bila perasaan mengusai akal fikiran. Lebih-lebih lagi bila Arrah keseorangan. Terperanjat abang bila tahu Arrah bercuti seorang diri. Tak tidur malam abang tau?’. Durrah mencemikkan bibirnya. Iyalah tu!
“Eleh, tak tidur konon, abang tu kalau tidur mana ingat dunia, bom meletop kat sebelah pun  bukannya sedar lebih-lebih……”. Ayat itu tergantung, Durrah tak mahu meneruskannya, bimbang hatinya sendiri yang akan terluka. Johan mengangkat keningnya. Durrah hanya tersenyum tawar.
“Kami tak pergi honey moon pun, lepas nikah, esok tu Azreen dah berangkat ke Jepun..”. Johan tidak mahu Durrah menyangka dia pergi berbulan madu sampai seminggu.
“Bemula malam esok, abang dah kena buat giliran. Malam ini kat sini, malam esok kat sana pula tapi kalau Azreen tak ada, abang akan balik sini, tapi kalau dia minta ‘claim’ semula, nantilah kita bincang kemudian, tengoklah situasinya bagaimana sebab Azreen kadang kala ada program luar KL ataupun kat luar negara, sekali-sekala abang pula ‘out-station’ .” Aduh! Bagaikan luka ditaburkan garam. Johan sudah mula membincangkan isu membahagi malam. Durrah hanya menganggukkan kepalanya tanpa memandang suaminya supaya rasa sedihnya tidak terlihat oleh Johan.
“Arrah..”. Johan memanggil Durrah bila melihat Durrah hanya diam tidak beraksi. Dia tahu tentunya Durrah berasa sedih bila  mengenangkan malam esok dia sendirian lagi.
“Arrah jumpa  ‘ex-boyfriend’ kat sana”. Johan tersedak. Tersembur air kopinya. Dia mengerutkan dahinya.
“Belasah dia tak?”. Durrah mengekek ketawa. Teringat janjinya dahulu dihadapan Johan yang dia akan membelasah Razlan jika mereka berjumpa. Durrah mengelengkan kepalanya. Dia menghulurkan tisu pada Johan.
“Tak sampai hati…”.Sayunya suara Durrah.
“Itu yang tak jawab panggilan dari abang tu ye, seronok sangat sampai lupa kat abang ek?”. Macam merajuk aje….Durrah ketawa lagi. Dia melepaskan keluhan.
“Tak adalah macam tu, sebenarnya kami tak bertegur sapa pun, cuma terpandang sahaja lepas tu Arrah terus balik hotel.” Johan mengerutkan dahinya lagi.
“Dia tak kejar Arrah macam dalam filem Hindustan tu?”. Durah ketawa kecil. Dia mengelengkan kepalanya.
“Macamana Arrah boleh kenal dia lagi? Kan dah lama tak jumpa?”.
“Alah, Arrah nampak punggung dia pun Arrah dah kenal”. Eksyen pula tu. Johan membeliakkan matanya. Tak percaya yang Durrah boleh berkata demikian. Tapi dia tahu, kata-kata itu hanyalah gurauan sekadar untuk menutup hatinya yang rawan.
“Dia datang dengan siapa?” Tanya Johan lagi.
“Dia datang dengan isteri dan anak-anaknya. Mereka tak perasan, lagipun mungkin mereka tak tahu tentang kisah kami. Biarlah, Arrah tengok dia bahagia dengan keluarganya. Arrah percaya dia seorang suami dan ayah yang baik dan bertanggung jawab. Kisah kami dah lama berlalu, dah tinggal sejarah”. Durrah bangun mengutip cawan dan berlalu ke singki.
“Apa perasaan Arrah bila jumpa dia semula?”. Tanya Johan. Dia ingin tahu perasaan isterinya bila berjumpa dengan kekasih lama. Durrah tersenyum seketika.
“Entah, macam-macam rasa ada. Ada rasa cendawan, ada rasa epal….auuu..” Durrah menjerit kerana lengannya digigit oleh Johan.
“Abang ni, dah makan nasi, minum kopi, takkan lapar lagi?”. Johan tersengeh.
“Orang tanya betul-betul, awak tu loyar buruk buat apa?”. Mereka berdua sama-sama ketawa.
“Emm…apa Arrah rasa bila nampak dia semula setelah hampir sepuluh tahun?. Mana yang hesem, dia ataupun abang?”. Durrah senyum melirik.
 “Dahulu dia kurus tinggi, sekarang ni badan dia dah berisi tapi muka dia macam dahulu, cuma dia  nampak lebih matang sikit. Banyak mana pun hensem dia, dia tak boleh lawan ‘George clooney’ Arrah ni”. Durrah memaut lengan Johan. Johan ketawa besar.
“Kata  terpandang sahaja tapi sempat juga menelek ek?”. Durra ketawa bila disindir. Dia segera meninggalkan Johan. Sebenarnya soalan dari Johan tadi tak mampu untuk dia jawab. Apakah perasaan kasih dan sayangnya terhadap Razlan masih ada?, jika tidak ada lagi rasa itu, mengapa dia harus berasa sedih bila terpandang Razlan tempohari?.
Handphnone Johan menjerit-jerit minta diangkat. Setelah bunyinya mati, telephone rumah pula berbunyi. Durrah hanya memandang Johan yang buat tak tahu dengan deringan telepon itu. Durrah ke depan untuk mengangkat telephone rumahnya tetapi dihalang oleh Johan.
“Apasal pula? Ada kecemasan agaknya”. Durrah pelik.
“Azreen tu….tadi dia suruh abang balik sana sebab semalam dia dia tak ada…”. Lemah sahaja suaranya. Sebenarnya dia ingin bersama dengan Arrah malam ini setelah seminggu tidak berjumpa.
“So, baliklah ke sana, baik abang buat sesuatu, karang tak pasal-pasal telephone tu bersepai..”.Durrah terus berjalan menuju ke bilik. Johan mengangkat keningnya. Dia mula belajar menangani masalah yang baru melanda.
“Aduh! Macamana ni?”.
Durrah berbaring dibilik. Dihatinya mula membara. Hari ini baharu hari pertama dia melayari hidup bersama Johan setelah disahkan dia berkongsi suami dengan orang lain. Bagaimanakah hari-hari seterusnya. Mampukah dia?.
“Ya Allah tolonglah aku….berikanlah kesabaran pada aku untuk menghadapi hari-hari yang penuh berliku ini”. Durrah akui setiap apa tindakan dan ragamnya nanti, suaminya akan turut terheret sama.
“Arrah….pandanglah sini, tak baik tidur membelakangkan suami…”Terasa badannya dipaut dari belakang.
“Abang baliklah sana, nanti ada orang marah pula….”. Johan hanya tersenyum. Dia semakin mengeratkan pelukannya.
“Malam ni abang nak tidur dengan anak abang. Dah seminggu abang tak belai dia, kan sayang? ayah rindulah….”.Johan membelai perut isterinya. Terasa anak mereka pun turut sama memberikan riaksi yang serupa. Johan semakin teruja. Semakin hatinya tidak sabar untuk melihat anak mereka. 
“Kiri jalan  kanan pun jalan, Tengah-tengah pohon mengkudu, Sekarang abang dah buka satu lagi cawangan,  Di sana menanti di sini menunggu”. Johan tergelak besar mendengar pantun dari Durrah.
“Abang tak pandai nak jawab pantu dari Arrah tu. Apa yang abang tahu, abang sayang Arrah sangatt-sangat….”. Johan semakin mengeratkan pelukannya.
Malam ini begitu sunyi sekali. Tiada lagi deringan telepon yang mengganggu mereka kerana segala alat telemunikasi sudah pun Johan tutup termasuklah telepon rumah mereka sudahpun Johan cabut wayarnya. Mampukah merka hidup aman nanti???? Soalan itu tak mampu untuk Durrah Jawab. Dia malas untuk memikirkan tentang hari esok. Apa yang dia mahu ialah merasai hari yang indah ini disisi suaminya….



“Arrah, mak Jarrah pesan suruh kita balik hujung minggu ni. Anak Adi nak cukur jambul dan buat akikah sekali. Mak kata bolehlah kita buat ‘lenggang perut’ Arrah sekali sebab kandungan Arrah dah masuk 7 bulan”. Durrah tersenyum. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana upacara ‘lenggang perut’ itu dibuat kerana dia tidak pernah melihat upacara tersebut di lakukan.
Durrah menjerit kecil bila terasa telinganya digigit. Dia membeliakkan matanya. Johan tersengeh. Dia geram bercakap sendirian sedangkan fikiran Durrah menerawang entah kemana.
“Abang pernah tengok orang ‘lenggang perut’?”. Johan ketawa, dia mengelengkan kepalanya. Durrah menggaru kepalanya.
‘Apalah aku ni, bini dia tu dulu tak mengandung, manalah dia tahu’. Hatinya berbisik. Dia tersenyum lagi.
“Buat ‘lenggang perut’  tu untuk apa?”. Johan bertanya. Durrah mengangkat bahunya. Dengan perut yang memboyot dia cuba menari sambl melenggangkan badan dan tangannya. Johan ketawa melihat aksi nakal isterinya.
“Cantiknya bila Arrah buat macam tu, macam peguin pulang petang…” Usik Johan. Terdengar pula jeritan kecil Johan bila lengannya dicubit oleh Durrah..
“Anak Adi dah berapa orang ek?”. Durrah mula mengira di kepalanya.
“Rasanya 5 orang.  Dasyat betul ‘hantu’ laut tu, dia dulu kahwin lambat dari abang.  Abang belum ada anak lagi, dia dah ada anak 5. Dia kahwin belum pun 10 tahun. Tak aci betullah”. Cemburulah tu. Terkekeh-kekeh Durrah ketawa. Durah bayangkan, belum pun 10 tahun Johardi berkahwin, dia dah ada anak 5 orang, kalau 20 tahun mereka berkahwin, anak berapa mereka ada ye? Tak disangka, Johardi yang pendiam itu hebat juga. Johan menggelarkannya ‘hantu laut’ kerana Johardi bekerja di pelantar minyak di tengah laut. Masanya lebih banyak di laut dari di atas darat.
“Entah bila kalanya dia orang tu buat anakkan Arrah? Si Adi tu kerjanya aje ditengah laut, tapi tiap-tiap tahun dapat anak”. Durrah ketawa lalu mencubit suaminya.
“Tak baik cakap macam tu, dah memang rezeki dia”. Tahun ini cikgu Jarrah dapat 2 orang cucu termasuk anak Johan yang bakal lahir tidak lama lagi.
Tergambar diingatan Durrah. Johardi seorang yang sangat pendiam. Kalau berselisih dengannya didapur atau ditengah rumah, Johardi hanya tersenyum padanya. Berbeza pula dengan isterinya Faralia, mulutnya bak  burung punai yang jatuh dari ranting . Lebih  bising lagi bila dia memarahi anaknya yang bergaduh sesama sendiri. Nama pun budak-budak, manalah reti jikalau ibunya memarahinya.
Jodoh! Semuanya ketentuan Allah. Ditemukan jodoh seorang pendiam dan seorang yang peramah. Moleklah tu. Kalau dua-dua peramah, siapa pula yang akan diam dan  jadi pendengar dan kalau kedua-duanya pendiam, alamatnya rumahtangga akan jadi sunyi dan sepi seperti tanah perkuburan. Durrah pernah terdengar tok ciknya berkata, jika jodoh sebegitu, panjang jodoh mereka. Entahlah Durah kurang pasti.  Tiada kajian yang boleh dibuat rujukan. 
‘Agaknya  macamana Adi mengurat Lia? Atau Lia yang mengurat Adi? Nantilah aku tanya abang Johan’ Durrah memandang suaminya.
“Arrah pernah tengok orang ‘lenggang perut?”.Emmmm… tak habis lagi kisah ‘lenggang perut’. Durrah menggelengkan kepalanya.
“Bang, macamana Adi dan Lia kahwin? Adi yang mengurat Lia ataupun Lia yang mengurat Adi?”.
“Mak yang jalankan. Si Adi tu mana berani dengan perempuan”. Jawab Johan.
‘Tak berani dengan perempuan?’. Mengekek Durrah ketawa. Johan pelik melihat isterinya ketawa mengekek. Dia mencuit Durrah. Kenapa? Apa yang lucunya?
“Kenapa Adi tu pendiam sangat, adik beradik abang yang lain semuanya peramah Arrah tengok”. Durrah ingin mendengar cerita dari Johan mengapa Johardi lain dari adik beradik yang lain.
“Adi dari kecil memang macam tu, pendiam dan suka buat hal sendiri. Masa sekolah dahulu, budak-budak tak berani buli dia sebab ayah dan mak cikgu sekolah, lebih-lebih lagi ayah guru displin. Adi suka buka barangan elektrik dan barang-barang besi dan mesin. Tak kira apalah janji dia boleh buka. Masa dahulu, habis jam, radio semuanya dia ‘godam’. Melaunglah cikgu Jarrah dibuat dek Adi”. Johan tersenyum, mungkin teringatkan kisah lalu dengan perangai adiknya Johardi.
“Patut pun dia boleh jadi Jurutera mesin…” Durrah pernah dengar, ada orang mengatakan orang yang sebegini sememangnya agak pendiam kerana otaknya sentiasa berfikir tentang kerjanya kerana kerjanya amat rumit dan memerlukan peneletian. 


No comments:

Post a Comment