wallpaper

20141002

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 46

Bab 46

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Lewat malam, baru mereka sampai di kampung Tengah. Keesokan harinya akan diadakan majlis. Majlis ‘lenggang perut’ diadakan pada pukul 10.00am. Salmah telah datang seawal pagi dengan Nasir dan Asilah. Salmah bersyukur kerana anaknya diterima baik oleh keluarga sebelah mertua dan lebih menggembirakan hatinya bila melihat Durrah mengandung dan dilayan dengan baik oleh Johan.

Nek Som mengocak-ngocak air didalam tempayan sambil mulutnya membaca mentera. Air didalam tempayan itu adalah air paip bercampur dengan air dari kolah masjid Kampung Hulu yang telah diambil oleh cikgu Jusoh semalam untuk mandian  ‘air tolak bala’ buat menantunya.

Durrah menggigil kesejukan bila disiram air tersebut ke tubuhnya. Seperti biasa Johan yang suka menempel nek Somnya, mentertawakan isterinya yang kesejukan. Nek som turut mencampakkan segayung air ke kepala Johan.

“Sejuklah nek…” Jerit Johan. bajunya habis basah. Nek som hanya tersengeh sambil menenyeh sentil tembakaunya.


Durrah diarah berbaring di atas katil ditengah rumah. Nek Som melalukan 7 helai kain batik yang tidak berjahit di atas tubuh Durrah sambil mengebas-ngebas kain tersebut.

“Kenapa 7 nek, tak 10?”. Soal Johan dengan lagak bendulnya. Dia teruja kerana inilah kali pertama dia melihat majlis ‘lenggang perut’ lebih-lebih lagi melenggang perut isterinya. Dalam fikirannya membayangkan ‘lenggang perut’ yang  Durrah pamirkan dihadapannya tempohari. Mana tahu, mungkin nek Som yang akan jadi ‘tekongnya’.

“Dia 7 bulan, kenapa kau nak 10?”. Soal nek Som pula.

“Johan nak anak 10”. Jawab Johan selamba. Masing-masing mentertawakan Johan. Durrah yang berbaring pun turut tertawa dengan cita-cita besar suaminya.

“Tamak. Satu pun belum lepas lagi”. Nek Som turut mengebas Johan dengan kain yang tak berjahit itu.

“Aduh! Sakitlah nek”. Adu Johan.

Nek Som menggolekkan sebiji kelapa di perut Durrah 7 kali. Durrah ketawa kegelian.

“Nah, kau belah kelapa ni Johan, lepas tu kau campak ke tengah halaman”. Perintah nek Som.

“Nak buat apa nek?” soal Johan terpinga-pinga bila nek Som menghulurkan buah kelapa itu kepadanya.

“Buat ajelah apa yang aku suruh”. Nek Som mencekak pinggang kirinya sambil memerhatikan kelapa yang akan Johan campakkan. Tangannya yang sebelah lagi dimulut menenyeh-nenyeh sentil tembakaunya.
Johan mencampakkan belahan kelapa tersebut mengikut perintah nek Som. Kelapa itu jatuh tertungkup.

“Ha, kau dapat anak lelaki”. Kata nek Som. Johan teruja.

“Betul ke nek?”.Soalnya sambil mengenyetkan matanya pada Durah. Sememangnya mereka tidak pernah ‘scan’ baby mereka kerana inginkan kejutan tetapi lebih mengejutkan lagi dengan telikan dari nek Som. 

Durrah mencemikkan bibirnya pada Johan. Durrah inginkan anak perempuan untuk membantunya memasak  didapur manakala Johan inginkan anak lelaki untuk menemaninya bermain bolasepak.

“Jangan percaya sangat, itu saja suka-suka. Lelaki atau perempuan, semuanya amanah dari Allah yang mesti kita jaga dan pelihara dengan baik”. Terang nek Som lagi. Johan hanya tersengeh.


Majlis cukur jambul diadakan waktu tengahari. Johardi, isteri dan anak-anaknya serta keluarga mertua Johardi baharu sahaja sampai dari Muar.

Faradila tinggal dirumah banglo disebelah rumah keluarganya. Menurut Johardi senang jika apa-apa hal berlaku, keluarga Faradila boleh membantu memandangkan dirinya berada jauh ditengah lautan dan akan mengambil masa untuk dia pulang. Johardi juga menyediakan seorang pembantu
rumah untuk Faradila, tidaklah Faradila berasa tertekan untuk menguruskan anak-anak seorang diri lebih-lebih lagi Faradila bekerja sebagai seorang guru.

Dan yang palling menyeronokkan, Faralia melahirkan anak kembar.

“Dasyat betul dia orang kan Arrah?, abang ingatkan satu tapi dua, dah 6 orang anak hantu laut tu”. Omel Johan ditelinga Durrah. Durrah ketawa kecil lalu menampar peha suaminya yang duduk disebelahnya sedang mengusap pipi si kembar Hasan dan Husin.

“Abang pangkulah pula si Hasan”. Dia menggesa Johan memangku si Hasan bila dia memangku si Husin. Johan menggelengkan kepalanya.

“Abang tak beranilah, kecil sangat”.

“Nama pun baby, nak baby besar macam Arrah?”. Johan pula menampar peha isterinya bila Durrah mengusiknya.

“Yang ke 7 bila lagi Adi?”. Johan mengusik Johardi yang sedari tadi duduk memerhati Johan dan Durrah membelek anaknya. Biasalah, Johardi hanya tersenyum meleret.

“Dah tutup kedai…”. Cepat sahaja Faradila menjawab bagi pihak suaminya. Mereka semua ketawa.

“Mana boleh tutup kedai, tuannya ada lagi…”. Celah nek Som. Masing-masing lebih galak ketawa bila ada yang menambah itu dan ini menjadikan ruang tamu berrtukar menjadi lebih gawat dengan suara-suara yang semakin mengusik, malah ada yang menyuruh Johardi memberi petua kepada Johan supaya  Durrah mengandung anak kembar tahun hadapan. Dengan selamba Johan bersetuju dengan unjuran itu malah dia akan memberikan Johardi sekeluarga tiket percutian ke Bali jika tahun hadapan Durrah mengandungkan anak kembar sebagai pengerasnya.

Tiba-tiba datang tetamu yang tak diundang, menyebabkan kegembiraan terus tersirna dari mata Durrah. Durrah hanya tersenyum pahit menyambut salam yang dihulurkan. Airmuka Johan turut berubah. Mujur juga ramai tetamu, jika tidak, Durrah pasti cikgu Jarrah sudah memetir memarahi Johan.

Selesai makan Durrah meminta izin dari Johan untuk mengikut emaknya pulang ke kg. Hilir menaiki kereta Nasir. Cikgu Jarrah tidak dapat menghalang pemergian Durrah kerumah emaknya. Cikgu Jusoh pula hanya menganggukkan kepalanya. Kepalanya yang semakin botak itu semakin berserabut dibuatnya apabila melihat Azreen berada dirumahnya dan lebih memeranjatkan mereka sudah rujuk semula. Dia hanya mengelengkan kepala bila ada tetamu dan saudara mara yang bertanyakan tentang anak dan menantunya.

Cikgu Jarrah menahan marah. Hendak dihalaunya Azreen, dia tetamu lebih-lebih lagi Azreen telah menjadi menantunya semula. Rasa kasihan terhadap Durrah mencarik-carik hatinya apatahlagi Durrah dalam keadaan sarat mengandung. Mujur tiada adegan yang tidak diingini berlaku, jika tidak, haru-biru kendurinya hari ini.
Walaupun hati durrah tidak bersetuju dengan kedatangan Azreen tetapi Durrah tiada hak untuk menghalang. Segalanya tentang Johan terpaksa dikongsi bersama dengan Azreen. Mereka berkongsi suami, berkongsi mertua, berkongsi ipar- duai, berkongsi anak saudara dan segalanya. Mereka berdua akan menjadi rakan kongsi selamanya selagi mereka berdua bergelar isteri kepada Johan.
 

“Bila Johan rujuk semula dengan Azreen?, kenapa Arrah tak beritahu dengan mak?,macamana boleh jadi macam ni?”. kenapa itu?, kenapa ini? Aduh! Pening kepala Durrah dengan leteran dan pertanyaan dari emaknya yang menyoal bagaikan dirinya yang bersalah.
Durrah hanya sempat meletakkan begnya ditengah rumah, emaknya tidak memberi ruang untuknya berehat buat seketika. Sedari dalam kereta emaknya membebel. Asilah dan Nasir hanya diam membisu tidak mampu menolong kakaknya bila kemarahan emaknya sampai kekemuncak.

“Mak, dahlah tu, mak marahkan kak Arrah macamlah dia yang buat salah”. Akhirnya suara Nasir keluar juga bila melihat kakaknya tidak diberi peluang untuk membela diri. Dia mengurut belakang emaknya. Emaknya mula menangis mengenangkan nasib anaknya.

“Mak bukannya apa, mak marah kakak kamu sebab benda yang besar macam ni dia sendiri tak nak cerita kat mak, semua kesusahan dia tanggung sendiri lebih-lebih lagi dia dah sarat macam ni, mak risaukan dia. Sampai hati Johan buat macam ni….”. Salmah menyapu airmata, sangkanya anaknya bahagia kerana Johan melayannya dengan baik bila Durrah mengandung, tapi lain jadinya. Patut pun anak dan menantunya jarang sekali pulang kekampung. Dia bimbang mereka berdua hanya berlakon bahagia sekadar menutup mata keluarga. Durrah mengeluh.

“Bukannya Arrah tak nak cerita kat mak. Arrah tak nak susahkan mak. Kan mak juga yang pesan, hal rumahtangga jangan sibuk bercerita dengan orang luar. Lagipun abang Johan layan Arrah dengan baik. Segala keperluan hidup Arrah semuanya cukup”. Durrah menceritakan bagaimana perkara ini boleh terjadi dari awal sampailah akhir tanpa tertinggal satu pun.

“Tak usahlah mak risau, memang dah nasib Arrah dah tertulis sejak azali, yang penting Arrah tak ambil suami orang dan Arrah tak runtuhkan rumahtangga orang lain. Abang Johan masih lagi adil dengan Arrah dan dia janji takkan abaikan Arrah dan anak kami. Mak doakanlah yang terbaik buat kami ye”. Salmah mengangguk sambil mengesat airmata. Terasa malu pula dia sedangkan Durrah sendiri tidak menangis. Betapa tabahnya dia. Sememangnya sedari dahulu dia tahu Durrah seorang yang tabah dan sabar, selalu memendamkan sendiri segala masalahnya.

Dia menjeling kekanan, Asilah juga turut mengesat airmata. Anak bongsunya itu memang cengeng sedikit. Nasir hanya memandang kakaknya dengan pandangan simpati.


Pukul 12tgh. Johan sampai dirumah mertuanya. Puas jugalah dia bersoal jawab dengan kedua orang tuanya berkenaan dengan Azreen. Johan hanya mampu mengelengkan kepalanya bila melihat Azreen tiba-tiba terpacol dipintu rumah keluarganya. Mujurlah tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku. Johan menarik nafas panjang.

Teringat akan Durrah, sudah pasti isterinya itu berkecil hati. Hari yang paling indah dan bermakna sudah bertukar sebaliknya. Sedari malam tadi dia menelipon isterinya tetapi panggilannya tidak berjawab. Teringat akan pesan emaknya…

“Jaga Arrah baik-baik Johan. Orang mengandung ni sensitive sikit lebih-lebih lagi kau madukan dia. Diluar mungkin kau nampak dia ketawa tetapi di hati dia menangis kau tak tahu”. Sememangnya Johan tahu isterinya itu selalu menangis tapi apakan daya dia terpaksa. Yang boleh, sebaik mungkin dia akan melayani isterinya itu dengan penuh kasih sayang.

Selepas makan tengahari dan bersolat zohor, baharulah mereka bertolak balik ke KL.

“Maafkan abang pasal hal semalam. Abang dah beritahu dia jangan datang tapi dia datang juga. Dia ada hal kat Melaka semalam, tu yang dia singgah”. Johan menggenggam erat tangan Durrah memohon maaf dan simpati. Durrah melepaskan keluhan.

“Kita tak ada hak nak halang dia. Rumah tu pun rumah mertua dia, dia juga nak jumpa anak saudara dia juga. Dahlah, kita tak payah cerita pasal hal ini boleh?”. Durrah tidak mahu mengusutkan kepala dengan cerita-cerita yang menyedihkan.

“Si kembar tu meragam tak malam tadi?” saja tukar topik.

“Entahlah, tak dengar apa-apa pun malam tadi. Mungkin dia ikut ayahnya yang pendiam tu”. Durrah ketawa.

“Iyelah tu, abang tu kalau dah tidur mana nak ingat dunia…”

“Memanglah, kan tidur tu adik beradik mati?”Johan tidak mahu kalah.

“Adik beradik betul ke adik beradik tiri?.....auuu”. Durrah menjerit kerana lengannya digigit.

“Abang ni sakit tau. Apalah ayah ni sayang, nak jadi apatah, asyik menggigit orang aje…”.Johan tersengeh. Dengan pantas tangannya mengusap perut Durrah.

“Baby ayah sihat sayang? merajuk ek? Malam tadi ayah call tapi tak jawab pun…”.Durrah buat muka selambanya. Dia tahu soalan itu ditujukan untuk dirinya. Sengaja dia mematikan talipon bimbitnya.
Puas Johan menalipon Durrah tapi talian tidak berjawab. Tidak manis pula dia ke rumah mertuanya sedangkan Azreen bermalam di rumah keluarganya.

“Kalau dapat anak perempuan, Arrah nak beri nama ‘Nur Aini’ yang bermaksud ‘cahaya mataku’”.

“Eh! Mana boleh, kalau perempuan biarlah abang beri nama”. Johan tidak bersetuju dengan cadangan isterinya.

“Abang tak boleh beri nama, nanti abang beri nama makwe abang yang berderet-deret tu”. Durrah berkata sambil memuncungkaan mulutnya. Johan ketawa. Suasana didalam kereta bertambah ceria. Johan menarik pipi Durrah. Geram dengan pipi Durrah yang semakin tembam.

“Kalau dapat anak lelaki, Arrah nak beri nama ‘Sirajuddin’ yang bermaksud ‘pelita agama’”.

“Eh! Tamaknya dia, lelaki pun dia nak beri nama. Tapi itukan nama ex-boyfriend Arrah?”.

“Eh! Mana pula, nama dia Razlan”. Segera Durrah menutup mulut. Nama itu secara spontan terkeluar tanpa sengaja. Johan hanya tersenyum. Kini dia tahu akan nama lelaki yang pernah hadir dalam hidup Durrah.























No comments:

Post a Comment