wallpaper

20140614

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA -Bab 29


Bab   29

Johan sampai di Kelab Golf Kota Permai agak lewat dari sepatutnya. Nampaknya semua perkara dah ‘close deal’ Cuma tunggu ‘black&white’ sahaja. Segala perancangan telah dipersetujui dengan sebulat suara.

“Lambat sampai Johan?”. Tidak pasti adakah itu satu pertanyaan atau sindiran dari Datuk Azlie sewaktu mereka berjabat tangan.

“Maaf Datuk, sebenarnya saya dari kampung terus ke mari”. Jawab Johan dengan tenang.

 “Oh, sihat orang tua awak?”. Tanya Datuk Azalie ingin tahu berkenaan bekas besannya.

“Alhamdulillah mereka sihat, Cuma ayah saja yang kena jaga makan dan minumnya maklumlah orang dah berusia”. Datuk Azlie mengangguk-anggukkan kepalanya mungkin membayangkan bekas besannya. Selepas itu mereka berbincang semula berkenaan dengan projek.
'
'

Sewaktu mengiringi Datuk Azlie ke keretanya, mereka  bercerita lagi pasal projek mereka.

“So, macamana dengan keluarga baru?”. Datuk Azlie bertanya Johan.

“Biasa sahaja Datuk”. Johan tersenyum. Sebenarnya dia tidak selesa membicarakan soal peribadi bila dikhalayak sebegini. Mujurlah hanya tinggal dia dengan Zarul sahaja.

“Papa dengar Johan dah kahwin, betul?”. Datuk Azlie inginkan kepastian. Berita ini baru sahaja sampai ke pengetahuannya. Pelik, pernah satu masa dia terdengar gongsip berkenaan Johan dengan pekerjanya. Tiba-tiba senyap sahaja dan timbul pula cerita lain yang menyatakan Johan telah berkahwin.

Johan tersenyum lagi. “Ya pa, pilihan orang tua. Mereka risau tengok saya hidup sendirian”. Jarang  sekali Johan memanggil Datuk Azlie papa, selalunya dia memanggil Datuk Azlie sebagai Datuk sahaja, itu lebih selesa apatahlagi bila berada di khalayak ramai. Manakala Datuk Azlie selalunya akan membahasakan dirinya sebagai papa bila mereka berbicara. Datuk Azlie tersenyum, kini dia mengerti mengapa Johan tidak berkahwin dengan perempuan yang digongsipkan dengannya itu.

“Eloklah tu, selalunya pilihan orang tua ni lebih baik. Johan ada jumpa dengan Azreen?”.

‘Alamak soalan cepumas ni’. Johan menggigit bibirnya. Serbasalah.

Ada pa”. Johan tidak mahu berbohong.

Ada dia beritahu Johan yang dia dah bercerai dengan Benedit sebab Benedit selalu pukul dia?”. Johan hanya menganggukkan kepalanya. Kasihan Azreen menjadi mangsa pukulan Benedit terutamanya bila dia mabuk.

‘Lebih 10 tahun aku menjadi suami Azreen, tidak pernah sekali pun aku menjentik apatahlagi memukulnya walaupun seringkali perangai Azreen mencabar kesabaranku  kerana aku sangat sayang padanya’. Kata hati Johan. 

“Papa pun tak tahu apa nak jadi dengan dia tu. Dulu tak menyempat nak kahwin, sekarang ni tak menyempat nak bercerai. Dahulu ada yang baik, dibuang, sekarang ni apa dah jadi? Papa pun pening kepala fikirkan dia tu”.Datuk Azlie mula berleter, mungkin dia meluahkan rasa tidak puas hatinya tentang Azreen pada Johan kerana sebagai bekas suami, tentunya Johan cukup masak dengan perangai Azreen.

‘Kasihan papa, ada anak perempuan seorang tapi susahnya macam ada anak perempuan 10 orang. Betullah bidalan orang dahulu, menjaga kambing sekandang lebih mudah dari menjaga anak perempuan seorang’. Bisik hati Johan. Dia kasihan dengan bekas mertuanya yang terpaksa melayan kerenah anak perempuan tunggalnya yang memeningkan kepala.

“Dia jumpa Johan buat apa?”. Johan tergamam bila mendengar soalan keras dari bekas mertuanya.

“Jumpa secara tak sengaja pa”. Jawab Johan berhelah.

“Jangan dia buat kerja gila dia sudah, papa tak mahu dia ganggu rumahtangga kamu”. Johan sedia faham akan maksud Datuk Azlie, tentunya dia tahu kemampuan anaknya itu.

“Eh, bila nak dapat baby?”. Ceria Datuk Azlie bertanya. Johan ketawa.

“Insyallah, doa-doakanlah saya pa”.

“Papa selalu doakan kamu. Papa anggap kamu seperti anak papa sendiri  walaupun kamu hanyalah bekas menantu papa. Papa harap kamu tak berkecil hati bila papa menegur kamu semasa kita menjalankan projek bersama”. Johan terharu mendengar kata-kata dari Datuk Azlie.

“Tak pa, saya tak kisah lagi pun saya masih hijau lagi dalam urusan bisnes ni, saya lagi bersyukur kerana ada juga papa yang boleh memberikan nasihat pada saya”. Datuk Azlie menganggukan kepalanya sambal menepuk mesra bahu bekas menantunya.

“Kirim salam pada mama”. Datuk Azlie  menganggu lagi dan melambaikan tangannya  sewaktu Johan menutupkan pintu untuk bekas mertuanya. Johan melepaskan keluhan. Dia bersyukur, walaupun dia telah terputus hubungan dengan Azreen tetapi hubungannya dengan Datuk Azlie sekeluarga dan bisnes mereka masih lagi berjalan dengan lancar. Jika ada jamuan di rumah  Datuk Azlie adakalanya yang bersangkutan dengan bisnes mereka, Johan turut menghadirkan diri sebagai tetamu dan dia tetap menyapa mesra pada bekas mertua dan ipar serta birasnya. Alhamdulillah, mereka turut senang dengan kehadiran Johan kerana selama menjadi menantu, Johan pandai mengambil hati mertuanya. 

Johan menarik nafas panjang. Ada satu lagi ‘temujanji’ yang perlu dipenuhi iaitu temujanji dengan jandanya. Entah mengapa dia tidak dapat menolak setiapkali Azreen mempelawanya minum  ataupun melepak menghabiskan masa.

‘Mungkinkah masih ada lagi kasihku padanya?’ Soalan itu tak mampu untuk dia jawab. Apa yang pasti dia rasa bersalah kerana mengabaikan isterinya dan melayani perempuan lain. Segera dia menghidupkan enjin kereta, dia ingin segera berjumpa dengan jandanya dan dia ingin segera pulang berjumpa dengan isterinya kerana dia telah berjanji akan pulang awal hari ini.


No comments:

Post a Comment