Bab 33
Airmata menitis satu persatu. Keperitan ini menguasai hati. Peritnya bila putus kasih. Sangkanya dia menemui kebahgian ini semula sejak di tinggalkan oleh Fazlan. Sangkanya Johan menyintai dirinya. Ternyata dia silap. Bahagia, mengapa sukar ditemui. Cinta, payah untuk digapai walaupun dari seorang lelaki yang bernama suami. Hinakah dirinya bila menagih cinta dari suami sendiri?
‘Ah! Hanya aku sahaja yang merasainya, sedangkan dia tidak merasai apa-apa pun. Tapi salahkah jika aku merasainya kerana dia suamiku? Ah! Suami, esok-esok aku akan membesarkan anak ini sendirian tanpa seorang suami. Mampukah aku?’.
Durrah bimbang dan dia bimbang adakah dia mampu menjadi seorang ibu yang baik buat anaknya, membesarkan anaknya sehingga dewasa. Dia mengeluh sendirian.
Durrah menyandarkan kepalanya dikepala katil. Menyusuri semula hari-harinya semalam bersama Johan.
‘Benarkah dia tidak mencintai aku? Tapi bila kami bersama….’. Durrah pernah terdengar orang berkata, lelaki boleh melayani wanita kerana nafsunya walaupun tanpa cinta. Durrah menarik nafas panjang. Serabut kepalanya bila memikirkan masalah mereka. Apakah kata keluarga mereka nanti. Dapatkah mereka menerima kenyataan yang jodoh anak mereka hanya sampai disini. Mungkinkah mereka terpaksa meneruskan perkahwinan ini hanya semata-mata untuk menjaga nama baik keluarga. Dan mampukah perkahwinan ini kekal dan bahagia walalu tanpa cinta.
‘Benarkah Johan tidak menyintaiku?’ Durrah mengesat airmatanya. Sedih!. Dia terpaksa mengakuinya. Walaupun pahit. Ianya adalah sebuah kenyataan. Kenyataan yang dia tidak dicintai oleh suaminya sendiri. Jika suaminya menyintainya, tentunya Johan telah mencarinya, sedangkan sekarang ini telah seminggu dia menumpang tinggal dirumah ini. Walaupun sebenarnya dia malu untuk menumpang dirumah syarikat mereka tetapi dia tiada tempat lain untuk dituju. Walaupun ada tentunya dia terpaksa mengeluarkan duit sewa dan pengangkutan untuk ke pejabat tentunya sukar. Sedangkan dia tinggal di sini, dia tidak perlu membayar sewa dan pengangkutan untuk ke pejabat telah disediakan oleh pihak syarikat kerana setiap pagi dan petang ada bas yang akan mengambil dan menghantar mereka pulang.
Mujur juga teman serumah tidak suka mencampuri urusan orang lain. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Malu juga jika kisah rumahtangganya menjadi berita terkini di pejabat. Terpaksalah nanti mukanya menjadi muka tembok.
Durrah mengusap perlahan perutnya yang mula berubah bentuk. “Tak mengapa sayang, walaupun ayah tak ada, ibu ada, insyaallah ibu akan jaga dan didik sayang dengan baik dan menjadi orang yang berguna suatu hari nanti”. Dia mengasat air mata. Walaupun dia akan berasa sepi bila hidup tanpa seorang suami, moga dengan hadirnya anak ini sepi itu akan menjadi indah.
Durrah memandang potret perkahwinan mereka. Alangkah sunyinya hidup ini tanpa seorang suami. Bukan sahaja dia rindukan pelukan dan belaian tetapi dia dia memerlukan suami untuk digalas impian dan harapan hari depan.
“Engkau ni Johan, sejak dua menjak aku tengok kau ni semacam aje, tak terurus. Tengok muka kau ni monyok aje macam orang kena tinggal bini aje…”. Sedap aje Zarul mengutuk temannya.
“Kalau rasa tak sihat badan tu, pergi-pergilah jumpa Doktor. Janganlah dibiarkan. Aku takut nanti tiba-tiba aje kau k.o kat side sebab sakit jantung. Penyakit ni jangan dibuat tak reti aje…”. Membebellah pulak si Zarul ni.
“Aku o.klah, tak ada apa-apa”. Macam hendak tak hendak aje Johan menjawab. Zarul hanya memandang Johan yang menggaru kepalanya. Sekali-sekala dia mengaup mukanya. Macam orang susah hati sahaja lagaknya.
“O.k apanya macam ni, macam ayam berak kapur aje…”. Zarul macam tak percaya. Dia tahu tentunya Johan ada masalah. Sejak kebelakangan ini perangai Johan berlainan sekali. Selera makan dia pun turut berubah. Kalau dahulu senang aje kalau di ajak melepak kat kedai mamak, sekarang ni jangan harap….
Tiba-tiba handphone Johan berbunyi menganggu perbualan mereka. Zarul tidak berganjak. Sengaja dia
memasang telinga.
memasang telinga.
“Hello…sorylah Reen, I masih lagi kat site lagi….lain kalia ajelah kita jumpa o.k? bye”. Zarul membeliakkan matanya bila Johan menipu apatahlagi yang menelephone Johan itu adalah jandanya.
“Eh! Kau ada affair dengan janda kau ke?”. Zarul bagaikan tidak percaya. Untuk apa lagi mereka berdua berhubungan. Bukannya mereka ada anak ataupun Azreen bukanlah bekerja di syarikat ayahnya yang membolehkan mereka sama-sama terlibat dengan projek usahasama. Lebih-lebih lagi telah lebih 2 tahun mereka bercerai. So, tak ada relevannya jika mereka saling berhubungan. Berkawan???? Teman tapi mesra?????. Zarul pula yang menggaru kepalanya.
“Bila masanya aku ada affair…., kami kawan ajelah, teman tapi mesra”. Mengekek Johan ketawa dengan kata-katanya sendiri. Zarul mengerutkan dahinya. Biar betul!
“Arrah tahu tak kau baik lagi dengan janda kau tu?”. Soal Zarul lagi, tak puas hati dengan berita terkini yang disampaikan oleh Johan.
“Entah, manalah aku tahu, dia dah tinggalkan aku”. Entah mengapa tiba-tiba Johan membuka cerita. Mungkin dia dalam keadaan yang tertekan, tiada tempat mengadu dan tiada teman yang boleh dikongsi cerita. Malu jika diketahui oleh orang lain. Berkahwin baru beberapa bulan, sudah ditinggalkan isteri. Jatuhlah sahamnya nanti.
“Ha? Arrah dah lari dari rumah? Dia kemana?Kau orang bergaduh ke?”. Bagaikan tidak percaya temannya yang seorang ini telah ditinggalkan isterinya sedangkan usia perkahwinan mereka boleh dikira dengan jari sepuluh pun tak habis lagi.
“Apa punya banyak soalan dah! Aku pun tak tahu mana dia pergi. Adalah satu malam tu aku berkata kasar sikit kat dia, malam esoknya bila aku balik dia dah tak ada. Aku pun tak tahu nak cari dia di mana”.
“Apasal kau marah dia? Dulu masa dengan Azreen walaubagaimanapun dia, kau tak pernah marah pada dia”. Kesitu pula si Zarul ni. Tapi memang betul pun.
“Mau aku tak marah pada dia, dia mengandung pun dia tak beritahu aku, nasib baik ada orang lain yang beitahu aku. Dahlah aku teruk kena ‘morning sickness’, kepala aku ni dah macam nak tercabut, tekak aku pula buat hal….maunya aku tak naik angin?”.Johan menghamburkan rasa marahnya pada Zarul pula macamlah si Zarul pula yang bersalah.
“Apa? Arrah mengandung?”. Terbeliak mata Zarul. Tak percaya aje..
“Congratulation my friend, tak sia-sialah usaha engkau selama ini ye?”. Zarul ketawa sambil berjabat tangan dengan Johan.
“Mana kau tahu?”.Eh! tak percaya ke? Macam tak puas hati pula.
“Sepupu aku si Farid tu isterinya pun doktor juga. Arrah pergi chek up dengan isterinya Dr.Salina, tapi mungkin juga si Arrah tak perasan dengan dia tapi si
“Jadi, sejak kebelakangan ini aku tengok kau macam orang mereng aje tu, kau terkena ‘buatan sendiri’lah ni ye? Tulah kau, buat kerja tak nak berguru dengan orang yang berpengalaman macam aku ni….”. Zarul ketawa. Dia sengaja menyakat Johan. Sangkanya Johan sakit rupa-rupanya kawannya itu kena penyakit buatan sendiri. Mabuk darat!
“Aha, banyaklah kau punya guru, dulu kau pun muntah tepi longkang apasal? Kau pun mabuk darat juga
“Orang mengandung ni sensitive sikit Johan. Mereka cepat merajuk, cepat bersedih dan berbagai ragam yang kita tak tahu kenapa. Entah-entah dia tahu hubungan kau dengan Azreen, lalu dia cemburu? . kau pun satu, buat apalah kau layan janda kau semula?” Zarul mula mentarbiah kawannya.
“Entahlah, aku pun tak tahu. Pening kepala aku…”. Johan melepaskan keluhan.
“Kau tak cari dan pujuk dia?”
“Manalah aku nak cari dia, tempat kerja dia pun aku tak tahu, macamana aku nak pujuk dia”.
“Apa punya lakilah kau ni, tak perihatin langsung, cuba-cubalah kau SMS dia dengan ayat-ayat cinta kau , takkan itu pun aku nak ajarkan?”. Zarul ketawa dengan kata-katanya sendiri. Macamlah Johan itu budak hingusan.
“Nak SMS macamana, H/P pun dia pulangkan semula kat aku sebab H/P tu aku punya, dia pulangkan barang-barang, kereta dan cincin kahwin kami pun dia pulangkan semula, dia keluar bawa kain baju dan album kahwin kami aje”. Sebal Johan dibuatnya.
“Wah berat ni!. Entah-entah dia balik kampung tak?”. Zarul beri pendapat.
“Aku rasa tak mungkin sebab kalau dia ada dikampung, tentunya emak aku dah serang aku. Mampus aku kalau mak aku tahu aku buat macamni kat menantu dia”. Johan menggaru-garu kepalanya. Rambutnya yang tersisir rapi itu sudah mula berserabut.
“Bila dia keluar dari rumah?” Soal Zarul lagi, lagaknya macam polis pencenlah pula.
“Tiga minggu”.Jaab Johan ringkas.
“Tiga minggu? Kau biar betul Johan, dah tingga minggu kau biarkan dia diluar
“Kau ni bukannya nak tolong aku, takutkan aku lagi adalah”. Semakin penasaran Johan dibuatnya.
“Aku bukannya tak cari, adalah aku cari juga sikit-sikit kalau-kalau ternampak dia, tapi kau pun tahukan bukannya senang nak cari orang hilang ni, lagi pun aku rasa dia selamat, mungkin dia tinggal kat rumah lama dia sebelum kami kahwin dahulu Cuma aku tak tahu kat mana. Lagipun kau pun tahu aku sekarang ni sibut dengan 3 projek kita yang sedang berjalan ni. Pening aku, aku tak tahu nak buat macamana, bukannya aku tak bimbangkan mereka, bimbang sangat, hanya Allah sahajalah yang tahu macamana hati aku….tapi aku buntu, tak tahu nak cari kat mana”. Zarul turut termenung sama. Kasihan dia dengan kawannya yang seorang ni.
“Macamnilah, apa kata kau minta tolong dari Jasmin”. Zarul berikan idea.
“Jasmin? Nanti dia membebelkan aku macam mak aku tu, sakit telinga aku tau?”. Johan tidak bersetuju dengan idea dari Zarul.
“Kau takut telinga kau sakit ataupun kau takut kehilangan anak dan isteri kau?”.Gertak Zarul.
“O.k, o.klah…..”.Johan mengalah. Demi anak dan isterinya, kehilangan sebelah telinganya pun dia sanggup.
No comments:
Post a Comment