Bab 32
Johan pulang agak lewat malam ini. Marah tentang kejadian semalam, masih lagi belum surut. Sedari petang dia menunggu isterinya, tengah malam baru isterinya menampakkan muka. Betapa dia bimbang jika berlaku hal yang tak diingini berlaku ke atas isterinya. Tidak senang duduk dia dibuatnya. Dia pelik mengapa Durrah berkelakuan begitu. Selalunya walau ke mana pun isterinya ingin pergi, dia akan meminta izin darinya terlebih dahulu. Dia semakin keliru dengan perangai isterinya sejak kebelakangan ini, sudahlah disorokkan kandungannya. Dalam hatinya besoal jawab sendirian, sampai juga dia di tingkat 10.
Johan membuka pintu utama. ‘Eh! Kenapa gelap ni?’ Soalnya sendiri. Tiba-tiba
di fikirannya terlintas sesuatu perkara yang buruk. Secepat kilat dia berlari ke bilik dan membuka lampu tapi isterinya tiada.
di fikirannya terlintas sesuatu perkara yang buruk. Secepat kilat dia berlari ke bilik dan membuka lampu tapi isterinya tiada.
“Arrah…Arrah….”laungnya beberapa kali bila isterinya tidak menyambut panggilannya. Dia memeriksa di segenap penjuru rumah, bilik,koridor, dapur, bilik air dan merata tempat tapi bayang isterinya pun masih juga tidak kelihatan.
“Ke mana dia pergi? Tadi keretanya masih ada di bawah”. Dia berkata-kata sendirian. Pelik.
Akhirnya Johan duduk di sofa yang berada di ruang tamu. Matanya tercacap pada sesuatu yang diletakkan di atas meja sisi. Ada sekeping nota, kunci kereta,kunci rumah,H/P dan dua bentuk cincin perkahwinan mereka. Johan mengerutkan dahinya. Dia mencapai nota kecil itu lalu dibacanya dengan debaran di hati.
Abang,
Maafkan Arrah, Arrah pergi atas permintaan abang walaupun berat dihati ini tapi Arrah pasti inilah yang terbaik buat kita.
Arrah kembalikan semula segala hak milik abang, Arrah tak layak memilikinya. Ampun dan maaf atas segala dosa-dosa yang Arrah lakukan samada sengaja atau pun tidak dari dunia sampai akhirat kerana Arrah hanya wanita biasa yang tak sempurna dan terimakasih atas layanan baik abang pada Arrah selama Arrah menjadi isteri abang. Arrah sangat menghargainya selebihnya biar hanya Allah yang tahu.
Durrah
Johan termenung panjang selepas membaca nota tersebut. Dia mengeluh. Masalah mereka semakin rumit. Dia merenung barang-barang yang ditinggalkan oleh Durrah.
‘Arrah pulangkan semula barang-barang yang abang berikan tapi ada satu barang yang Arrah bawa pergi bersama, sesuatu yang sangat berharga dan tidak terhingga nilainya, anak abang!’. Johan mengaup mukanya.
Dia resah. Ah! Masalah semakin kusut.
Kemana hendak di cari isterinya, mungkinkah isterinya balik ke kampung? Dimana tempat kerja isterinya? Dia sendiri tidak pernah mengambil tahu tempat kerja isterinya apatahlagi kawan-kawan dan tempat tinggal kawan-kawan isterinya itu.
‘Ah! kenapalah aku tak perihatin pada isteri sendiri?’. Dia mengutuk sikap sambil lewa dirinya sendiri selama ini terhadap Durrah. Dia bimbang dengan keselamatan isteri dan anaknya itu.
Panjang doa Johan sewaktu diatas sejadah, semoga isteri dan anaknya dalam peliharaan Allah hendaknya. Selepas melipat sejadah dia berbaring diatas katil. Dia menoleh ke sisi, kosong. Hanya bantal yang tak berpenghuni. Selalu tidurnya berteman, malam ini dia akan tidur sendirian.
Tiba-tiba dia terasa begitu sepi, sunyi dan entah apa-apa lagi. Johan bangun sambil mengeluh. Dengan tiba-tiba juga dia terasa rindu dan ingin menatap seraut wajah sayu isterinya. Dia ke meja sisi di tepi katil.
“Eh! Mana fram gambar ni, selalu ada kat sini”. Omelnya sendirian. Tangannya ligat menarik laci tersebut, satu-persatu diperiksa namun tidak berjumpa apa yang dicarinya. Gambar di hari persandingan mereka.
Johan ke ruang tamu semula. Dia mencari-cari album kahwin mereka tetapi tak juga berjumpa. Di saat ini dia menyesal kerana gambar mereka tiada di dinding ataupun di mana-mana. Dia meneluh lagi. Akhirnya dia ke koridor.
Johan duduk termangu seorang diri di koridor sambil tangannya membelai kuntuman bunga ros yang beranika warna yang di tanam oleh Durrah. Mereka membelinya sewaktu mereka berbulan madu tempohari. Ada warna merah, oren,pink, ada yang kecil dan ada yang besar. Setiap pasu penuh dengan bunga. Durrah terlalu memanjakan pokok bunganya ini. Setiap hari Durrah pasti membelek-belek pokok ini seperti membelek seorang bayi.
Teringat akan perbualan mereka ….
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
“Kenapa Arrah letak ‘ice cube’ kat dalam passu ni?”. Tanya Johan, dia pelik !
“Alah, ‘ice cube’ tu untuk sejukkan pokok bunga ros ni, nanti dia teringat masih lagi kat Cameron, tu yang dia asyik berbunga aje…”. Johan ketawakan isterinya. Boleh ke macam tu?. Tapi memang pun pokok bunga ros yang Durrah tanam ini tidak putus-putus berbunga.
“Patutlah kat dalam peti ais rumah kita tu penuh dengan ‘ice cube’, abang ingatkan Arrah yang nak mandi dengan ‘ice cube’”. Johan mengusik isterinya. Durrah membeliakkan matanya. Satu cubitan sayang hinggap dilengan suaminya.
Johan tersenyum sendirian bila mengingati saat-saat manis mereka di rumah ini. Tidak di nafikan ada kalanya Durrah pandai berjenaka, mengusik dan lebih banyak berahsia. Sukar untuk dia meneka disebalik panahan matanya yang redup itu. Durrah tidak seperti Azreen. Azreen lebih terbuka dalam menyuarakan keinginannya, jika dia marah atau tidak suka, dia akan menunjukkan sifatnya yang sebenar. Berbeza pula dengan Durrah, segalanya disembunyikan sehinggakan Johan sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya Durrah mahu.
Perutnya berbunyi. ‘Ah! Laparlah pula’. Dia menghalakan kakinya ke dapur, mencari-cari apa yang yang boleg dimakan kerana tiada makanan malam yang dihidangkan oleh Durrah. Emmm Mee Segera. Dia mengambil periuk kecil lalu dibawanya ke singki..
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
“Abang rasa badan abang ni dah naiklah, Arrah selalu masakkan abang yang sedap-sedap. Dulu abang selalu makan mee segera aje bila abang malas nak keluar”. Ikhlas Johan memuji isterinya.
“Jangan selalu makan mee segera bang, nanti botak, George Clooney kalau botak mana nak hensom?”. Pandai sungguh Durrah membelai jiwanya. Ada ke patut dia samakan Johan dengan George Clooney?!
“Tapi, kan botak tu seksi?”. Johan membayangkan George Clooney berkepala botak. Gelihati!
“Abang ni ada rupa George Clooney ke?”. Durrah menganggukkan kepalanya. Mulutnya sedang mengunyah makanan.
“Versi melayu”.Jawab Durrah. Mengekek Johan ketawa. Pulak!
“George Clooney tu kan dah tua?”. Durrah mnganggukkan kepalanya.
“Orang putih ni tua-tua pun masih laku, mahal lagi macam Harison Ford, boleh pegang watak utama dalam filem aksi lagi, kalau kat Malaysia, Roysyam Nor pun dah dilebelkan ‘hero tua’”.Mereka sama-sama ketawa. Ada benarnya dengan rumusan dari isterinya itu.
Ah! Kenangan yang indah. Segera Johan menghabiskan semangkuk mee segeranya. Sedap tak sedap dia terpaksa telan. Dahulu, sebelum perang dingin diantara mereka, Johan selalu makan dirumah, makan masakan isterinya. Dalam diam dia mengakui yang Durrah memang pandai masak. Mungkin sebagai anak sulung Durrah diasuh memasak dan menguruskan kerja rumahtangga oleh emaknya.
Dia kembali semula ke ruang tamu dan membaca nota yang ditinggalkan oleh isterinya. Johan membaca semula berulang kali.Puas dia berfikir.
‘Aku menghalau dia keluar dari rumah?’. Soalnya pada diri sendiri. Dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal itu. Puas dia berfikir dan cuba mengingati kata-katanya pada Durrah pada malam tersebut. Dia tidak pasti apa yang diucapkan pada isterinya bila dia dalam keadaan marah. Sememangnya dia begitu marah pada isterinya yang dipendamkan semenjak Durrah menyembunyikan kandungannya. Dan rasa marah itu terzahir pada malam itu tetapi tidaklah sehingga dia tergamak menghalau isterinya keluar dari rumah mereka apatahlagi dalam keadaan isterinya berbadan dua.
Mana mungkin?. Sedangkan dia begitu susah hati bila tengah malam pun bayang isterinya tidak kelihatan, inikan pula hendak menghalau isterinya? Hilang akal! Hatinya benar-benar dipagut rasa resah,bimbang,kesal…..Ya Allah….
"Ya ALLAH….selamatkanlah iateri dan anakku “. Doa dari Johan pada tuhannya yang tak putus-putus
No comments:
Post a Comment