wallpaper

20140130

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA -Bab 5

Bab 5

‘Nah makan ni” Salmah menyuakan sesuatu pada Durrah.

 “Eh! Apa ni mak?” Terperanjat juga Durrah di buatnya.

 “Tu daun sirih bertemu urat berserta gambir,kapur dan pinang. Sirih tu mak minta dari Aminah, sirih junjung dari pihak lelaki masa dia bertunang kelmarin. Moga-moga lepas ini jodoh kamu pulak.” Durrah ketawa mengekek. Ada-ada sajalah emaknya ini. Namun dia terpaksa makan juga untuk menjaga hati emaknya. Jikalau dia menolak, bimbang pula akan mengecilkan hati emaknya. Pejam celik matanya menahan kelat. 

“Takkan kak Arrah aje, Sila pun nak juga mak”. Mata Salmah terbeliak.

 “Gatal sungguh kamu ni, kamu tu masih sekolah lagi. Jangan nak langkah bendol”. Mengekek Asila ketawa. Dia sengaja menyakat emaknya. 

Kadang kala rasa kasihan belas Durrah terhadap emaknya, bermacam-macam petua emaknya lakukan untuknya supaya cepat jodohnya. Pantang orang cakap yang bagus, mesti emaknya akan mencuba. Bukannya tak ada jodoh lagi tapi Cuma Durrah yang selalu menolak. Apakan daya pintu hatinya belum lagi terbuka.. Tiada seorang pun yang Berjaya membuka kembali pintu hatinya yang telah terkunci sejak Razlan meninggalkannya. Kuncinya hilang entah kemana. Bak kata Rita “entah siapalah yang dapat mengapak pintu hati kau tu Arrah….”.

 “Kenapa Aminah bertunang 2 hari terus kawin mak? Tak payahlah nak tunang-tunang,terus khawin aje kan senang?”Ada ke adat macam tu?

 “Tok cik kamu yang nak buat macam tu,biarlah itu kerja orang tua-tua,kau jangan datang lambat sangat,nanti malu orang jauh dah sampai tapi orang sebelah rumah tak sampai-sampai lagi”.Bebel Salmah pada anaknya. Durrah tersengeh mendengar bebelan emaknya.

 “Eh, kenapa kentang ni banyak yang kau buang? Ingat kentang ni dapat free ke?”. Salmah mula membebelkan anak bongsunya. Marah dia bila kentang yang masih lagi boleh digunakan telah di campak ke bakul sampah.

 “Kentang tu tak boleh digunakan lagilah mak. Mak tengok ni. Kentang ni dah tumbuh mata dia kat tepi sini”. Asilah menunjukkan mata tunas yang telah keluar dari tepi kentang.

 “Alah, buang ajelah mata dia. sayang nak buang kentang ni. Kentang ni boleh dimakan apa…”. Salmah tak mahu membazir. Membazir adalah amalan syaitan.

 “Mak, tunas atau mata kentang mengandungi sejenis bahan yang beracun iautu alkaloid. Selepas kita makan nanti kita akan mengalami cirit birit”. Terang Asilah.

 “Selama ni mak makan tak kena cirit-birit pun”. Salmah membela diri. Durrah hanya mengelengkan kepalanya melihat emak dan adiknya bertikam lidah. Asilah memang bercita-cita menjadi seorang doctor tetapi disebabkan dia takutkan lipas dan geli dengan binatang-binatang yang kecil seperti ulat, cacing dan sebagainya, maka terpaksalah dia lupakan cita-citanya itu.


 Tanpa berlengah Durrah mencapai hadiah lalu turut ke rumah tok cik di sebelah rumahnya. Aminah adalah dua pupunya. Ayah Aminah adalah sepupu arwah ayah Durrah.Aminah dijaga oleh datuk dan neneknya iaitu Tok cik dan nek cik setelah ibubapa Aminah bercerai.Aminah adalah anak tunggal.Sekarang ayah dan ibu Aminah masing-masing telah berkhawin lain dan mempunyai anak. Aminah dijaga dengan baik oleh tok cik dan nek cik dengan penuh kasih sayang.Durrah yang membesar bersama juga menumpang kasih sayang tok cik dan nek cik. Durrah sekeluarga amat rapat dengan tok cik sekeluarga. Pada tok cik dan nek ciklah tempat mereka mengadu dan meminta pertolongan. Durrah menghulurkan tangan menyalami tok cik. Sibuknya orang tua itu mengarahkan itu dan ini pada anak-anak buah kampung yang bergotong-royong membuat balai hidangan.

 “Aminah dah pun selamat bernikah, kamu ni bila lagi Arrah?” Soalan maut yang paling benci untuk dijawab. 

“Tengah tunggu ‘Raj Kumar’ dia datang meminang tok, tapi sampai sekarang tak sampai-sampai lagi”. Durrah membeliakkan matanya pada Asila adiknya.

 “Dia ni kalau tak sakitkan hati aku memang tak sah”. Gerutu Durrah.

 "Tak apalah tok, biarlah Aminah jalan dulu, nanti Arrah ikutlah pulak”. Dengan secepat kilat Durrah berjalan memasuki rumah tok ciknya mencari Aminah.

 “Selamat pengantin baru Ami, semuga kekal hingga ke akhir hayat.” Durrah memeluk dua pupunya yang dipanggil Ami, singkaatan dari nama Aminah.

 “Terima kasih Arrah, alah aku kawin dengan bujung terlajak, budak tempat kerja aku.”Aminah merendahkan diri memberitahu peihal suaminya.

 “Bujang terlajak tak apa cik Minah hoi, asalkan jangan bujang senget sebelah”.Durrah menyanyikan lagu mengikut nyanyian Hailamir. Mereka sama-sama ketawa.

 “Engkau bila lagi Arrah? Takkan orang di sana tu buta semuanya tak nampak orang secantik kau ni di biarkan sendirian”.?

 “Dah jangan tanya soalan tu, menyampah aku dengar. Aku balik karang baru kau tahu.” Ugut Durrah.

 “Alah nak gurau sikit pun tak boleh, sejak bila kau ni jadi sensiti?” Durrah tersengeh.

 “Sekarang aku dah tinggal sorang aje yang masih lagi pegang selendang ANDARTU”. Durrah memuncungkan mulutnya.

 “Alah Arrah, kau tak cakap dengan orang lain, orang pun tak perasan yang kau ni ANDARTU, kau ni cantik lagilah…tak macam aku ni, bila dah ada orang suka aku tak boleh nak pilih sangant, asalkan baik dan beriman , kira O.K.lah. ”Aminah membelai jiwa Durrah.

 Durrah akui, Aminah jika diukur mengikut piawaian sebagai gadis tercantik dikampung ini, dia jatuh pada ketegori gadis biasa. Cantiknya sederhana tetapi ada satu perkara yang orang akan suka bila berkawan dengannya. Dia seorang yag suka ketawa, tidak mudah ambil hati terhadap orang lain kata dan tidak mudah membuat orang lain marah. Dia suka ketawa walaupun dalam menangis, dia masih boleh lagi ketawa. Mungkin sebab itulah walaupun dia tidak secantik mana, dia tetap di pandang manis.


 Hari langsung (kenduri kahwin) berjalan dengan lancer. Alhamdulillah, cuaca pun terang benderang. Riuh rendah dalam suasana yang ceria tidak dapat meredakan hati Salmah yang di pagut sayu. Masih lagi terbayang di ruang matanya Aminah dan Durrah sama-sama berpakaian seragam sekolah masing-masing mengayuh basikal pergi dan balik dari sekolah, sama-sama bermain pondok-pondok, main masak-masak di bawah pokok jambu. Terasa masa cepat berlalu, dan sekarang Aminah sudah pun selamat menjadi isteri orang. Salmah melepaskan keluhan, entah bila pula tiba giliran Durrah. Anaknya Durrah terlalu memilih, entah macamana lelaki yang dia inginkan, Salmah pun tak tahu. Telah ramai lelaki yang dikenenkan, satu pun Durrah tak berkenan.

 “Apa yang kamu tnungkan tu Salmah? Sampai tembus tiang seri rumah tu”. Salmah terperanjat lantas berpaling. Dia tersenyum sambil menyambut huluran salam dari wanita yang anggun walaupun sudah berusia tetapi masih lagi nampak cantik.

 “Tak ada apalah kak Jarah, saja pandang pengantin tu, teringat pula masa muda-muda dulu” aja Salmah berjeda menutupi kegusaran hatinya. Bimbang jika dapat di kesan oleh Juharah atau lebih selesa di panggil kak Jarah. Orang di kampung memanggilnya cikgu Jarah, bekas guru sekolah. Suaminya cikgu Jusoh juga bekas guru sekolah. Kini mereka berdua telah pencen dari menjadi guru dan sedang bergiat dalam politik dan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan di daerah ini. Meraka amat di senangi dan di hormati serta berpengaruh.

 “Kamu diam-diam aje dapat menantu, tak jemput akak pun”. Serkap jaranglah tu.

 “Eh! Mana ada kak, belum ada rezeki lagi…”. Salmah merendah diri.

 “Bukankah si Arrah anak kamu tu yang sulung umurnya tak jauh beza dengan Jasmin?”. Cikgu Jarah merujuk Durrah dengan anaknya Jasmin.

 “Memang pun kak, Arrah tu umurnya dah lebih, tapi itulah belum ada jodohnya. Suruh dia cari sendiri katanya tak pandai, kita carikan dia pulak tak berkenan. Susah betul budak-budak sekarang. Si bujang saya tu pun satu, dah bekerja tapi sambung belajar lagi. Entah bila pula nak habis, entah sempat entahkan tidak saya sambut cucu kak”. Salmah menyuarakan hatinya pada cikgu Jarah.

 “Kamu memilih sangat tak? Itu sebablah si Arrah tu bimbang jika kamu tak setuju dengan pilihannya”. Cikgu Jarah menyucuk jarum.

 “Tak adalah macamtu sekali kak, saya tak memilih sangat, asalkan lelaki tu beriman, baik dan boleh menjaga Arrah dengan baik, saya terima aje kak. Lebih-lebih lagi jika itu pilihan dia. Minta-mintanya janganlah suami orang, tapi kalau itu dah pilihan dia, saya tak boleh nak kata apa. Tapi sampai sekarang tak ada sesiapa pun yang dia bawa jumpa saya. Entahlah, kata si mak usunya dia pernah kecewa. Itu yang saya bimbangkan, takut dia ikut jejak langkah mak usunya. Bimbang saya kak, ialah saya ni pun bukannya muda lagi dan bukannya boleh menungkat dunia.”. Salmah melepaskan rasa bimbang dan kecewanya. Perempuan bila sudah berusia memang susah untuk berjumpa dengan jodoh yang sesuai,

 “Insyaallah Salmah, sabarlah ada jodohnya nanti. Oh ya, esok datanglah ke rumah, ada kenduri sedikit, cukur jambul cucu akak. Bawa sekali budak-budak.” Cikgu Jarah menyemput Salmah sekeluarga ke rumahnya.

 “Cucu yang mana satu kak? Anak si Johan ke?”. Salmah kurang paasti sangat nama anak-anak cikgu Jarah, yangb dia kenal hanya Johari sebab dia ada di kampung dan si Jasmin sebab hanya itulah satu-satunya anak perempuan cikgu Jarah. Tiba-tiba terlintas nama si Johan sebab dia anak cikgu Jarah yang paling nakal dan selalu menimbulkan masalah. Salmah tidak dapat membayangkan wajah si Johan sebab telah lama dia tidak bersua muka dengan Johan.

 “Bukan, Johan mana ada anak, lagi pun dia dah bercerai, dah 2 tahun dah. Cukur jambul anak Jasmin yang no 3.” Oh!. Salmah Salmah hanya melopong mulutnya.

‘Kan lawa bini si Johan tu ye, kenapa bercerai? Mungkin sebab tak ada anak agaknya’. Bisik hati Salmah. Salmah melambai Durrah bila terlihat kelibatnya di tepi pelamin. Durrah menyambut salam cikgu Jarah.

 “Apa khabar cikgu?”Durrah lebih selesa memanggilnya cikgu. Memangpun Jarah itu cikgu matematiknya. Garangnya mak datok bukan main lagi. Selalu jugalah Durrah kena rotan sebab tak dapat jawab soalan yang diberikan. Memang pun Durrah agak lembap dalam matematik, tetapi sekarang ni bekerja di bahagian payroll. Kelakarkan?

 “Kamu bila lagi Arrah?”

 “Belum ada jodoh lagi cikgu”. Malu-malu Durrah menjawab.

 “Jangan pilih-pilih sangat, agak-agak lebih kurang , jalanlah….”. Durrah hanya tersenyum mendengar gurauan cikgunya.


 Durrah memerhatikan hujan yang turun dari anjung rumahnya. Mujur juga hujan turun selepas majlis, kalau tidak payah juga nak buat kerja dalam hujan. Malam ini tentunya malam yang indah buat Aminah sebab malam-malamnya kini sudah berteman dan hari-hari berikutnya tentu dia tak akan teraa sunyi lagi. Dia memerhatikan mak usunya yang tersandar ditiang seri rumah menonton TV. Terasa bosan pula. Bagaimana pula yang mak usu rasa?. Usia mencecah 40an. Tetapi masih lagi hidup sendiri. Pernah dia menyuarakan kepada mak usunya kenapa dia tidak kahwin lagi selepas putus tunang dahulu. Bukannya mak usunya tak cantik. Dari pandangan matanya, mak usunya masih lagi cantik dan bergetah.

 “Ah! Lelaki semuanya tak betul”. Jawab mak usunya.

 ‘Tak betul?’ Durrah bertanya-tanya sendiri di dalam hati. Mungkin mak usunya belum berjumpa dengan lelaki yang betul-betul lelaki, penyayang, bertanggungjawab dan beriman. Mungkin yang dia jumpa hanyalah lelaki yang sudah beristeri dan si miang keladi. Tetapi setahu Durrah mak usunya ada peminat setia sedari dulu lagi.

Ya, abang Moin namanya. Sampai sekarang abang Moin tak kawin lagi, Mungkin tunggu mak usunya ko?. Tapi mak usunya tak suka dengan abang Moin. Abang Moin memang rajin bekerja. Tapi satu silapnya dia pun rajin berjudi. Wangnya habis di meja judi. Kalau betul perkiraannya, abang Moin dah layak bawa Wira tapi disebabkan duitnya habis di meja judi, dia hanya mampu bawa kapcai merah yang buruk kesana-kemari. Bak kata mak usunya’ kalau dah tahu ada tunggul, nak buat apa duduk diatasnya’. Patut pun mak usunya lebih rela jadi ANDARTU dari bersuamikan abang Moin.

 Teringat akan Durrah kata-kata dari tok ciknya beberapa tahun yang sudah…..

 “Setiap lelaki ada satu gila dari 7 perkara”. Kata tok cik.

 “Gila apanya tok?” Tak sabar rasanya untuk Durrah tahu,

 “Ada gila harta, pangkat, betina,judi,kerja,duit dan politik”. Mengekek Durrah ketawa. Tapi bila di fikirkan betul juga kata-kata tok ciknya itu. Ada kalanya dalam diam-diam tok ciknya akan mengirim abang Moin beli nombor ekor. Kiranya itu tok ciknya pun ada gila juga, gila judi. Bila dah naik gila ada kalanya sampai berbunuhan terutama sekali gila betina. Manusia akan buat apa sahaja asalkan hasrat hati tercapai. Yang paling menyedihkan ada adik beradik bergaduhan malah berdendam hanya kerana harta yang sekangkang kera.

 “Tapi Arrah rasakan tok cik, Arrah nak tambah lagi satu”. “Apa lagi yang kamu nak tambah?. Soal tok cik. 

“Arrah rasa gila pancing. Sekarang ni rata-rata kita tengok orang kita suka memancing. Dekat tepi longkang pun orang memancing. Ada pulak tu kat kolam. Macam orang dungu aje pandang mata kail tu dari pagi sampai petang. Nak masuk ke kolam tu bukannya free, kena bayar. Bukannya RM1 atau RM2 malah ada yang lebih dari harga sekilo ikan. Pulak tu bukannya dapat ikan. Buat perabih duit aje dan perabih masa. Bangsa lain berlumba-lumba bekerja keras untuk maju, bangsa kita dok bersidai kat tepi kolam dan tepi parit.” Eeee….maaf ye….itu pendapat peribadi orang yang tak suka memancing. Tiada kena mengena dengan mana-mana pihak. Tok cik hanya ketawa mendengar celoteh Durrah.

 “Kamu tu hati-hati pilih suami, kalau gila kerja bolehlah juga tahannya, kalu gila judi dan betina tu yang susah dan kalau dia gila berpolitik jawabnya kamu kenalah bukan warung kopi.” Durrah dan tok ciknya sama-sama ketawa lagi. Durrah termenung lagi memandang hujan.

‘Entah gila apa ye nanti suami aku’. Soal hatinya.

 “Arrah, esok temankan mak ke rumah mak Jarah kamu, ada kenduri cukur jambul anak Jasmin katanya”. Suara Salmah mencantas lamunan Durrah.

 “Anak kak Jasmin berapa orang mak?”. “3 orang termasuk yang baru lahir ni”. Durrah termenung mengingati seraut wajah Jasmin.

‘Orangnya memang cantik dan di waktu sekolah dahulu dia dalam kategori murid yang pandai. Nama pun anak cikgu sekolah, , kalau tak pandai memang tak patut. Lainlah aku anak seorang penoreh getah’. Durrah tersenyum sendiri.

 “Dah lama Arrah tak jumpa dia, O.Klah juga tapi jangan lama sangat sebab petang besok Arrah nak balik.” Durrah tdak keberatan untuk ke rumah cikgu Jarah esok. Lagi pun dia dahulu memang kenal baik dengan Jamin walaupun tidak begitu rapat. Jamin seorang yang peramah macam emaknya juga, kena dengan kerjayanya sebagai seorang peguam.

 “Johan dah bercerai kamu tahu?”. Durrah menerutkan dahinya sambil melihat emaknya duduk di sebelahnya, sama-sama melihat jujuran air hujan. Dia membayangkan wajah Johan tetapi kabur. Lupa bagaimana rupa Johan.

Yang dia ingat Johan berkulit putih dan berambut tercacak macam landak. Johan pasti hensom sebab ibubapanya pun boleh tahan juga. Waktu Durrah di sekolah rendah, Johan sudah bersekolah di sekolah menengah. Waktu Durrah di sekolah memengah, Johan pula sudah berada di luar Negara. Waktu Durrah di luar Negara, eh! Bila pula Durrah ke luar Negara? Merepek aje….yang Durrah kenal, si Johari dan Johardi. Johari ada kalanya dia terjumpa di pekan dengan isterinya. Dia telah menjadi seorang kontraktor yang berjaya sekarang ni. Si Johardi pula sebaya dengan adiknya Nasir.

Johan dan Johardi belajar di luar Negara. Entah jadi apa agaknya si Johardi tu, tentunya punya kerjaya yang hebat. Menurut kata Nasir, Johardi bekerja di pelantar minyak. Mungkin Engineer barangkali. Anak-anak cikgu Jarah hebat-hebat belaka.

 “Kamu kenal si Johan tu?, dia tu anak cikgu Jarah yang paling nakal, pernah cikgu Jusoh tambat dia kat pangkal pokok kelapa dan taburkan kerengga”. Durrah hanya ketawa. Memang pun anak-anak kampung mana yang tidak nakal, lasak dan berani.

 “Masa kecil dahulu, arwah ayah selalu bawa kita ke rumah mak Jarah kan mak? Masa arwah dah tak ada kita jarang ke sana lagi”. Memang pun, sewaktu arwah ayahnya ada, dia selalu membonceng motor buruk ayahnya kerumah cikgu Jarah. Arwah ayahnya dengan cikgu Jarah tu bersaudara tetapi jauh, ala bau bacang gitu. Lagi pula arwah ayahnya giat berpolitik dan kerja- kerja masyarakat membantu cikgu Jusoh. Selepas ayahnya meninggal, mereka jarang ke sana, lagi pun emaknya berstatus ‘janda muda’ nanti banyak pula fitnah orang.

 “Arrah tak berapa ingat sangat rupa abang Johan. Dah lama tak Nampak dia. Kalau musim raya pun kita jarang ke sana. Masa abang Johan kahwin pun Arrah tak pergi. Cuma kenal isterinya dalam majalah dan akhbar aje. Cantikkan model tu? Apalah lelaki ni ye mak, dapat isteri cantik pun ada aje yang tak kena.”. Durrah membebel.

 “Mereka tak ada anak, kalau tak silap mak lebih sepuluh tahun.”

 “Alah mak, kalau isteri tak boleh melahirkan anak, semuanya salahkan perempuan, entah-entah lelaki yang bermasalah”. Kadangkala itu memang ego lelaki.

 “Entahlah! Itu mak tak tahu, yang mak tahu esok bangun awal sikit, kita pergi rumah mak Jarah kamu tu, nanti bising pulak dia kalau kita tak pergi”. Durrah hanya memandang emaknya bangun dan berlalu ke bilik. Dia mengeluh, nampaknya tak ada kompromi.

No comments:

Post a Comment