wallpaper

20140128

Siapa Kata Barang Tak Boleh Naik? - GEBANG AJE LEBIH


Pagi-pagi lagi teman MET dah daik hangin...

Teman      : Aku pergi pasar, beli barang semua naik. BELACAN PUN NAIK HARGA! dulu 3 keping RM2. sekarang ni RM1 sekeping, dahlah kecil, nipis lagi pula tu....udang tu ambil free aje kat tepi laut. Daun sop pun dah RM16 sekilo. itu belum lagi ikan dan sayur. Matilah macam ni.....

MET       : Tentulah belacan naik harga, nak bawa ke pasar kena guna kenderaan. Kenderaan guna minyak bukannya guna air. Kau ingat belacan tu boleh golek sendiri sampai ke pasar? Memanglah udang geragau tu ambil free kat tepi laut tapi kos mengangkut dan membuatnya pun naik, tentulah belacan pun naik harga. 

Teman    : Kos barang dah naik 20%. Untung aku sehari RM50, sekarang ni tinggal RM40. RM10 sehari lari tau. RM10 tu besar ertinya bagi aku yang berniaga tepi jalan ni. Malas nak berniaga macam ni. Tapi kalau tak berniaga, keluarga aku nak makan apa? (Luahan hati seorang peniaga makanan di tepi jalan. Pendapatan tak banyak mana pun. RM50 sehari aje, itu belum lagi dikira huajn, pertengahan bulan, cuti perayaan yang mana pendapatannya juga turur berkurangan).

MET     : Aik! Kata dalam suratkhabar, dalam TV, macam-macam pihak turun padang buat operasi? takkan tak dapat kawal harga barang?

Teman    : Dia orag datang dengan baju koperat, siap bawa kamera, bawa TV, segala bawa bagai...14 batu lagi penjual kat pasar tu dah tahu. Memanglah satu hari tu saja barang tak naik harga. Lepas tu naik balik. Cuba dia orang datang senyap-senyap, pakai baju macam orang biasa pergi pasar, datang tak ramai , seorang dua aje....barulah dia orang dapat tangkap mana pekedai yang naikkan harga barang. Ni, dia orang datang berpuluh orang, siap eskot sekali.......

MET : Betul juga ek? Bulan lepas aku suruh tuan tanah beli kangkung tapi dia tak beli, dia kata kangkung RM6 sekilo. Mak ai! Terperanjat aku. (Bapak mahalnya. Kalau beli bukannya boleh beli sekilo, biasanya beli paling kurang 2 kilo. Orang marahen macam MET ni mana boleh beli sayur yang mahal-mahal. Mujurlah kangkung dah turun harga. TERIMAKASIH PM.....)

Sebenarnya kita tak boleh nak salahkan satu pihak sahaja. Semua pihak kena main peranan terutama sekali pihak berkuasa. Gunakanlah kuasa dengan betul. Bukan sahaja pengguna malahan peniaga makanan kecil-kecilan lebih teraniaya, mereka terpaksa membeli bahan mentah yang naik harganya tapi harga jualan makanan mereka tak boleh naik harga.

Untung mereka bukannya beratus atau beribu dalam satu hari, hanya sedikit sahaja tapi bila yang sedikit itu telah dikurangkan lagi, apalah yang tinggal untuk mereka. 

Pihak kerajaan juga janganlah sewenang-wenangnya naikkan harga barang asas contohnya minyak untuk menampung perbelanjaan negara. banyak lagi sumber-sumber lain yang boleh di gantikan ataupun dikurangkan contohnya, kurangkan acara-acara yang melibatkan kos yang besar, rasuah dan sebagainya. MET rasa orang atasan pun boleh fikirkan kalau nak MET fikirkan, baik MET jadi menteri...eeeeee 

Apa-apa pun hidup perlu diteruskan. Kalau kerajaan lancarkan kempen berjimat cermat. Orang marahen macam MET ni dah cukup berjimat dah....tak tahu lagi macamanan nak berjimat...

 Awak! Ada apa-apa nak tambah?

No comments:

Post a Comment