wallpaper

20140107

Peristiwa Sedih Di Hari Pagi Pertama Peperiksaan PMR - yang pemimpin tak tahu



MET nak ceritakan satu peristiwa yang berlaku pada hari pertama peperiksaan PMR yang lalu. Cerita ini memang dah berlalu malahan keputusan peperiksaan pun sudah pun diterima.

Cuma cerita ini baru MET ketahui, diceritakan oleh seorang ayah / masyarakat yang prihatin. Namu cerita ini pemimpin ataupun orang atasan tidak tahu. kalau pun tahu, mereka pun tak kisah.......Bila mendengar cerita ini airmata MET berlinangan, sedih dengan nasib anak-anak dan sayu dengan sifat prihatin yang ditunjukkan oleh pihak sekolah.

Begini ceritanya....

Anak saya ada menduduki peperiksaan PMR yang lalu. Saya dan ada beberapa ibubapa para pelajar datang memberi semangat untuk anak yang bakal menduduki peperiksaan pada pagi tersebut.Sebelum memasuki dewan peperiksaan, seorang guru datang meminta para pelajar beratur di luar dewan.

Guru                :      Saya tak mahu cakap banyak. sila angkat tangan jika tak ada peralatan untuk                                               menghadapi peperiksaan ini nanti.
                              Siapa tak ada pencil? (beberapa orang pelajar angkat tangan)
                              Siapa ada hanya 1 pencil? (Beberapa orang lagi angkat tangan)
                              Siapa tak ada pen? (beberapa orang lagi angkat tangan)
                              Siapa tak ada ...........
                              Siapa tak ada.............
                              Siapa tak ada............(secara keseluruhannya, hampir separuh murid yang angkat tangan. Kebanyakan yang ada hanya membawa peralatan peperiksaan yang lama (kegunaan harian). Ada bawa pencil yang kontot, pemadam tinggal separuh, pembaris yang patah dan pen yang dakwatnya hanya tinggal hujung nyawa.

Bila guru tersebut bertanyakan kenapa mereka tak membeli peralatan untuk menghadapi peperiksaan pada hari ini?

Jawapannya

Pelajar I           :    Mak tak ada duit cikgu.....

Pelajar  II        :     Ayah belum dapat gaji, pakai sahaja mana yang ada....

Pelajar  III       :     Saya segan nak minta duit pada ayah. Ayah saya kontraktor tapi dah setahun tak                                          dapat projek. Kami hidup dengan pendapatan mak RM600 sebulan.

Pelajar IV
       :   #############################

Pelajar V         @@@@@@@@@@@@@@@@

Berbagai alasan diberikan oleh para pelajar. Rata-ratanya memberitahu, mereka tak mampu. Mengisi perut hari ini untuk hidup  adalah lebih penting dari membeli peralatan baru untuk anak yang bakal menduduki peperiksaan.Gunakanlah apa yang ada.

Bila menilik diri sendiri, membuatkan MET lagi insaf,  rupanya ada orang yang lebih susah dari MET.MET mampu juga menyediakan pencil dan beberapa batang pen waaupun pen yang murah pada anak MET.

MORAL CERITA

Benarkah negara kita sedang menuju NEGARA YANG MAJU?

MAJUKAH SESEBUAH NEGARA ITU JIKA RAKYATNYA MASIH LAGI DIBELENGGU KEMISKINAN?

ATAU

PARA PEMIMPIN DAN ORANG ATASAN SAHAJA YANG SEMAKIN MAJU?

Dari kereta kecil ke kereta mewah.
Dari rumah kecil ke rumah besar.
Dan.....................

Pada guru dan pihak sekolah yang menyediakan peralatan peperiksaan untuk para pelajar memduduki peperiksaan pada hari tersebut diucapkan terima kasih atas prihatan guru-guru dan pihak sekolah.

Awak! Ada apa-apa nak tambah?

6 comments:

  1. Ya Allah sedihnya.. tapi benar MET, memang negara kita tak semuanya maju. Ada yang miskin dan papa kedana. Ada 1 kampung kat tengah KL ni, masih lagi takde bekalan elektrik dan air yang proper, menunjukkan betapa dasyatnya erti 'kemajuan' di negara kita ni.. Hurmm..

    Kampung tu tak silap saya nama Kg Tanah Jawa...

    bagaimanapun, saya kagum dgn adik2 kecil tu yg tak mahu menyusahkan ibubapa mereka. sedar mengenai kehidupan mereka. di tengah2 kemelut keruntuhan moral & sosial dalam kalangan remaja, rupanya masih ada yang elok tak semuanya busuk. semoga adik2 kecil ini berjaya seterusnya dapat mengubah nasib keluarga & negara..


    macam karangan pulak.. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. o.klah tu, bila lagi nak asah bakat?

      Assalamualaikum.....

      Delete
  2. apa yang berlaku yang kaya akan semakin kaya manakala yang miskin tetap miskin.. walau apa pun, bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan walaupun sedikit..

    ReplyDelete
  3. betul tu Aiza Bersyukur dengan apa yang ada......

    ReplyDelete
  4. Setiap tahun pasti dengar kisah mcm tu dari parents sy.. Mmg ade je students yg tak lengkap alat tulisnya. Alasan yg sama, takde duit nak beli alat tulis. Mcm upsr lepas, bapa prepare pencil dan eraser utk students dia.. jgn jadikan takde pencil, takde eraser tu sbg alasan kite tak boleh berjaya mcm org lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih kan bila denngar cerita macam ni. Sebelum ni MET tak pernah dengar pun. Sekarang ni baru tahu.

      Assalamualaikum

      Delete