wallpaper

20150115

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA- Bab 56



Bab 56

Setiap minggu jika tidak ada aral yang melintang, Johan pasti akan pulang melihat anak dan isterinya. Minggu berikutnya Johan pulang lagi. Dia senang hati melihat isterinya yang semakin sihat. Wajahnya kemerahan, berjalan pun sudah agak pantas macam orang sihat. Tapi hanya satu yang kurang. Durrah masih tidak mahu bercakap apa pun dengannya. Pandang muka suaminya pun dia tidak sudi. Jika Johan bertanya, Durrah akan menjawab tanpa memandang muka suaminya.

“Arrah, janganlah '
buat abang macam ni, abang nak isteri abang yang dahulu, ceria, kelakar, manja dan penuh kasih sayang terhadap abang”.Johan merayu. Dia bimbang hati Durrah akan jadi sekeras batu. Dahulu 8 tahun dia memendam rasa terhadap bekas kekasihnya. Johan tidak mahu Durrah  menyeksanya pula selama 8 tahun. 8 hari pun dia tidak dapat berjumpa dengan mereka berdua, bagaikan mahu pecah kolam dadanya menahan rasa rindu. Rindu pada rengekan Juddin dan rindu dengan senyuman isterinya. Jika isi alam dapat dicagarkan untuk memiliki mereka berdua, akan dia cagarkan segala isinya asalkan mereka berdua akan tetap menjadi miliknya.

“Juddin, tolonglah ayah. Tolong ayah pujuk ibu. Ayah tak tahu lagi macamana nak pujuk ibu. Ayah tahu, ayah banyak buat salah pada ibu dan Juddin. Ayah banyak lukakan hati ibu. Tolonglah ayah sayang…..”. Johan memeluk dan menciun-cium muka dan segenap badan anaknya. Anaknya itu sebahagian dari dirinya. Dia buntu. Juddin terliuk-liuk badannya, seolah-olah membalas kata-kata dari ayahnya dengan menggunakan bahasa badan.

“Abang sayang Arrah, maafkanlah abang. Beritahu abang apa yang patut abang buat supaya Arrah maafkan abang”. Johan terus merayu. Dia tahu isterinya itu masih menyimpan rasa marah dan dendam padanya. Dia mahu isterinya itu tahu yang dia sebenarnya sangat sayangkan isterinya. Masih lagi terngiang-ngiang ditelinganya bila bibik memberitahu yang Durrah merajuk dan mengatakan dia tidak sayang pada isterinya. Mana mungkin dia tidak sayang pada Durrah, belahan jiwanya…..tapi perbuatannya seringkali merobek hati isterinya.

“Arrah, maafkanlah abang…..”. Johan merayu lagi bila melihat isterinya itu diam dan tunduk membisu. Johan mula memegang tangan isterinya. Durrah mengangkat kepalanya lalu memandang Johan dengan mata yang berkaca.

“Betul abang sayangkan Arrah?”. Durrah meminta kepastian. Johan menganggukkan kepala, semakin erat dia menggenggam tangan isterinya.

“Sayang, abang sangat sayang dengan Arrah”. Jawapan yang tulus dari suami tercinta. Jawapan itu meresap hingga ke dasar hatinya tetapi dia tidak mahu lagi hidup dalam delima dan dukacita. Dia penat!

“Kalau abang betul sayangkan Arah, tolong lepaskan Arrah. Biarlah Arrah hidup sendiri dengan Juddin”. Airmatanya menitis laju dipipi. Hiba dengan permintaannya sendiri. Dia tidak mahu lagi hidup bermadu. Terlalu perit dirasakan, manis hidup yang diharapkan rupanya pahit yang terpaksa ditelan. Dia tidak mahu lagi Johan menghukumnya hanya dengan kesalahan kecil yang dia lakukan. Hilang segala kebaikan yang dihamparkan hanya kerana kesalahan yang tidak seberapa.

 Johan mengelengkan kepalanya. Airmatanya turut berlinangan. Walaupun dia pernah menyangkakan itu permintaan isterinya tetapi dia tidak bersedia untuk menghadapinya. Dia memeluk isterinya.

“Bagaimana harus abang lepaskan Arrah sedangkan abang sangat sayangkan Arrah dan Juddin. Tolonglah jangan minta perpisahan ini. Tolong jangan pisahkan Juddin dari abang”. Semakin erat dia memeluk isterinya. Mereka berdua menangis.

“Sampai bila-bila Juddin tetap anak abang. Arrah tak akan halang abang jumpa dengan Juddin. Diwaktu Juddin kecil ini biarlah dia tinggal dengan Arrah. Bila Juddin dah besar sedikit nanti kita bergilir jaga dia. Arrah takkan putuskan hubungan abang dengan Juddin. Cuma Arrah nak putuskan  hubungan kita. Arrah tak mahu lagi jadi isteri abang dan hidup dengan abang. Biarlah kita bawa haluan sendiri”. Johan mengelengkan kepalanya. Permintaan dari isterinya itu terlalu berat untuk ditunaikan.

“Tolonglah Arrah…..jangan buat abang macam ni…”. Johan sebak. Suaranya tenggelam timbul dek kerana menahan kesedihan. Namun rayuannya tidak dapat melembutkan hati Durrah. Durrah nekad. Apa nak jadi pun, jadilah!


Salmah hanya memandang Johan lalu dihadapannya tanpa menyapanya. Dia mendengar deruan kereta menantunya itu keluar dari halaman rumahnya.

‘Apa yang nak dibelinya Johan malam-malam buta macam ni…’.hatinya tertanya-tanya. Dia memandang bilik Durrah. Gelap!

Salmah duduk duduk tersandar diatas kerusi malasnya. Dia memandang Durrah yang berbaring dihadapan TV. Sekali-sekala Durrah ketawa melihat gelagat Hamid Gurkha dalam drama Ragam Pemandu di TV3. Baharu hari ini dia dengar Durrah ketawa. Selalunya dia hanya mendiamkan diri bagaikan patung bernyawa. Sudah petang Ahad kelibat Johan masih tidak kelihatan semenjak Johan keluar tanpa menegurnya pada malam Ahad minggu lepas. Sangkanya Johan kekedai. Sudah seminggu juga Johan tidak meneleponnya kerumah. Selalunya setiap hari pukul 10.00 pagi dan 8.00mlm. pasti Johan akan menelepon isterinya walaupun Durrah hanya akan menjawap beberapa perkataan sahaja.

‘Kenapa? Adakah masalah mereka belum beres lagi?’. Perasaan bimbang mula menerjah dihatinya. Dia bimbang jika perkara ini berlarutan, masalah ini akan menjadi semakin rumit. Dia akan berjumpa dengan cikgu Jusoh dan cikgu Jarrah untuk meminta pertolongan. Dia kesal, mengapalah hati anaknya keras sangat. Dari pandangan matanya Johan melayan anaknya itu dengan baik. Apa lagi yang kurang?

“Arrah, mari sini mak nak cakap sikit”. Panggil Salmah bila dia melihat Durrah mematikan TV selepas habis drama Ragam Pemandu.

“Kenapa Johan tak balik? Dah seminggu dia tak telipon. Kamu bergaduh lagi ye?”. Durrah hanya diam. Dia tak mahu menyusahkan hati emaknya. Dia tahu emaknya tidak sihat. Ada setem dikepala emaknya itu.

“Arrah, nak kahwin ni senang, nak bercerai pun senang tapi nak kekalkan rumahtangga tu yang susah. Kita kena bertolak ansur dan saling bermaafan, barulah rumahtangga aman bahagia. Kita sebagai seorang isteri mesti banyak bersabar dan selalu beralah”. Salmah memberi nasihat.

‘Itu yang aku tak mahu, terlalu beralah sehinggakan orang boleh pijak kepala aku. Terlalu bersabar sampaikan hati sendiri terlalu sakit. Terlalu beralah dan terlalu menjaga hati orang lain dan terlalu berkorban untuk orang lain, hati aku sendiri yang kecewa dan merana. Tiada siapa pun yang nak menjaga hati aku’. Omel Durrah sendirian didalam hatinya.

“Mak tahu kamu masih marah dengan Johan. Maafkanlah dia Arrah. Allah suka pada hambanya yang memberi maaf pada orang lain tanpa menyimpan dendam apatahlagi dengan suami sendiri.”  Salmah mula membuka kitab. Durrah menyapu airmatanya. Sejak dua menjak ini airmatanya mudah mengalir.

“Apa yang Johan dah buat pada kamu sampaikan kamu susah nak maafkan dia?”. Tanya Salmah lagi. Sememangnya Salmah faham, bukannya mudah hidup bermadu. Jika terkena batang hidungnya, pasti dia tidak mahu berkongsi kasih dengan orang lain. Salmah melihat Durrah hanya mengelengkan kepalanya.

“Arrah, manusia memang tak sempurna dan selalu melakukan kesalahan lebih-lebih lagi lelaki, mereka memang keras kepala sikit. Pandanglah kebaikan yang ada pada Johan. Jangan pandang keburukan dan kekurangan dirinya lebih-lebih lagi dia mempunyai 2 orang isteri, susah nak berlaku adil. Lebih kuranglah sikit Arrah, pandang Juddin. Kasihan dia. Mak tengok Johan layan kamu dengan baik, belikan kamu kereta, beri kamu duit, sediakan rumah yang selesa. Sepatutnya kamu kena bersyukur dengan apa yang ada. Diluar sana ramai isteri yang tak bernasib baik, kena pukul bantai, makan minum tak cukup,terpaksa membanting tulang, berpanas bawah matahari sebab nak cari rezeki. Ada pula dapat suami yang gila judi, ada yang kedekut dengan isteri, tak ada kenderaan dan tempat tinggal yang selesa. Besar sangat ke kesalahan Johan terhadap kamu sehinggakan hilang segala kebaikan dia dimata kamu? Cuba kamu beritahu dengan mak. Kamu ni satu sikap kamu yang mak tak suka, suka sangat simpan sendiri masalah, buat keputusan sendiri macamlah kamu tu hidup sendiri tak ada mak kamu ni lagi?”. Tinggi nada suara Salmah. Dia mula naik angina bila melihat sikap Durrah yang dingin itu.

“Tak payahlah mak tahu apa yang abang Johan dah buat pada Arrah. Arrah dah maafkan abang Johan. Aarrah dah minta abang Johan lepaskan Arrah, mungkin jodoh kami hanya sampai disini mak. Maaf juga kerana kecewakan harapan mak. Tapi Arrah dah tak mampu nak jadi isteri abang Johan. Arrah dah cuba tapi Arrah tak mampu , Arrah tak mampu lagi nak berlakon depan semua orang yang Arrah hidup bahagia  walaupun bermadu tapi sebanarnya tidak….”.  Durrah terus bangun dan meninggalkan Salmah yang terpinga-pinga seorang diri diatas kerusi malasnya. Tidak disangka bahawa anaknya akan menjadi seperti dirinya sendiri tanpa suami membesarkan anaknya. Cuma bezanya Salmah bercerai mati manakala Durrah bercerai hidup. Kepala Salmah semakin sakit. Setem yang bertampal dikepalanya tidak mampu menghilangkan sakit dikepalanya malah semakin sakit dengan berita yang baru singgah ditelinganya.

Durrah menangis teresak-esak sendirian didalam bilik. Kini tangis dan rajuknya, tiada siapa lagi yang akan memujuknya.

Erngekkkkkkk…………

Durrah membawa Juddin kedalam pelukannya. Disusukannya Juddin dengan penuh kasih saying.

“Maafkan ibu sayang….ibu pentingkan diri sendiri. Bukannya ibu benci dengan ayah, ibu sangat sayang dengan ayah. Sebab itulah ibu nak berpisah dari ayah sebab bila kami masih lagi bersama, ayah suka buat perkara yang menyakiti hati ibu. Ibu bimbang nanti lama kelamaan, ibu akan benci ayah. Apalah gunanya kami bersama tapi saling membenci dan menyakiti. Biarlah kami berpisah, asalkan hati ibu tetap sayang ayah sampai bila-bila. Selagi nyawa melekat dibadan dan selagi akal fikiran ibu masih waras, ibu akan tetap sayang dan mencintai ayah sebab dia ayah Juddin dan Juddin adalah lambing cinta kami..”. Durrah mencium anaknya dalam esak tangis.

Cinta memang pelik! Semakin jauh kita buang, semakin dia datang menghampiri kita. Semakin dia ingin melupakan Johan, semakin galak bayangan Johan datang dalam lenanya….


Durrah duduk berteleku ditepi tingkap biliknya. Tiupan angin yang menerbangkan helaian daun-daun getah tidak dapat mententeramkan jiwanya yang sedang gundah gulana. Masih lagi terbayang difikirannya sewaktu kecil dahulu dia adik beradik serta kawan-kawannya akan  berebut-rebut menangkap daun getah yang gugur ditiup angin. Nampak mudah, tetapi jangan haraplah kita dapat menangkap daun tersebut.

Terlalu cepat masa berlalu. Alangkah bagusnya jika hidup ini sentiasa menjadi kanak-kanak. Hidup sentiasa dalam keadaan gembira. Makan, bermain, pergi sekolah, pergi mengaji Quran. Tiada apa masalah. Ada pun masalah kerana kerja sekolah yang terlupa untuk disiapkan maka tunggulah tangannya yang akan dirotan.
Durrah melepaskan keluhan. Dia memandang Juddin yang lena di atas katil. Sanggupkah dia melihat anaknya membesar dan hidup serti dirinya dahulu. Punya keluarga tetapi tidak sempurna. Juddin masih punya ayah dan ibu tetapi tidak tinggal serumah. Bila melihat zaman sekarang, ramai juga  anak-anak yang mangsa penceraian boleh berjaya dalam hidup mereka dan tak kurang juga yang jadi sampah masyarakat.

‘Keterlaluankah permintaanku ini?’. Hatinya bersoal jawab sendiri. Sememangnya dia menyayangi Johan. Sayangnya pada Johan melebihi sayangnya pada Razlan tetapi dia tidak mahu lagi hidup bersama dengan Johan, tidak mahu lagi mendengar suara-suara bising  Azreen yang memarahinya jika dia tidak dapat mencari suaminya, dia tidak mahu lagi memikirkan hubungan terlarang Johan dengan Juita.

Mengapa cinta itu sungguh menyakitkan? Tidak bolehkah cinta itu hanya rasa bahagia sahaja? Mengapa cinta itu perlu ada sedih, rindu dan kecewa? Untuk apa cinta jika ianya mendukakan? Apakah akan ada bahagia jika kita merana sedangkan orang yang kita cintai itu hidup dengan bahagia, suka dan gembira?
Benarkah itu cinta? Atau adakah itu tandanya kita adalah orang yang bodoh dalam bercinta?

‘Ah! Semuanya menyakitkan hati dan menyemakkan fikiran’. Bisik hati kecilnya. Dia nekad ingin hidup sendirian dengan Juddin anaknya. 

17 comments:

  1. assalamualaikum semua....

    CINTA TAK SELALUNYA INDAH.......

    Nak komen atau nak berikan pendapat??????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnye citer ni..dpat djadikan pngajaran dan tauladan..tp nti ad smbungan lg kan???

      Delete
    2. mmg best sampai layan cerita nie kat office..

      Delete
    3. baik-baik nanti kena tangkap dengan bos....tq nira

      Delete
  2. Mmg tak senang nak gembirakan semua org...tapi apa-apa pun kita kena fikirkan diri kita dulu...kalau kita senang hati...semua org akan gembira...lonely mmg tak dpt lari... But at least hati kita tak sakit dan tak rasa nak mkn org...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Liza, bahagia ada dimana-mana bukannya terletak pada lelaki shj. TQ

      Delete
  3. Tiap2 hari buka link sebab nak baca sambungan....huhuhu....#apapuntakboleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha....sabar itu sebahagian drpd iman...TQ Ardi

      Delete
    2. ;))))tak apa saya tetap bersabar.....#kupendamsebuahduka punya pasal...hehehe....

      Delete
  4. Bagus durrah. Pandang ke hadapan. Bahagia perlu dicari dan perlu membahagiakan diri sendiri juga. Jgn hidup dlm derita nanti semakin bnyk dosa yg tercatat. Tqvm writer

    ReplyDelete
  5. tq ju....ni nak adjust bab seterusnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bile bab sterusnye keluar??
      Excited nk tau ni

      Delete
    2. alahai......dah buat adjust semalam, tiba2 hilang, dah save tapi tak tahu gi mana. anak dara MET sdg cari. klau dpt nsnti MET pos ke n3. klau tak, minggu depanlsh yoo....

      Delete
  6. best cerita ni......bole singgah lagi lain kali...

    ReplyDelete