wallpaper

20140624

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 34


KU PENDAM SEBUAH DUKA

Bab  34

Hari-hari yang dilaluinya amat membosankan mungkin sama seperti hari-hari sewaktu dia masih belum mendirikan rumahtangga bersama Johan malah dia merasakan hari ini dia merasakan begitu sunyi sesunyi hatinya barangkali. Semua teman serumah entah kemana hari-hari minggu begini.

Rita sedari pagi telah keluar dari rumah sehingga matahari sudah terbenam, masih lagi tidak Nampak batang hidungnya. Dia semakir liar sejak kebelakangan ini. Mungkin dia sudah ada teman lelaki baharu barangkali, entah siapalah lelaki itu tidak Durrah ketahui. Dia malu untuk mencampuri urusan hidup temannya kerana urusan hidupnya sendiri huru-hara.

Cuma Durrah dapat meneka dalam kesamaran
kerana sejak kebelakangan ini ada kalanya Rita suka tersenyum sendiri macam orang angau aje. Bila ditanya, ita hanya ketawa menzahirkan hatinya yang bahagia.Mungkin dia telah temui cinta baharu . Sebenarnya Durrah juga tumpang genbira bila sahabatnya itu bahagia, pergilah derita….

‘Semua orang ingin bahagia, aku juga….’

Ku bahgia, kau bahgia
Biar hidup, hidup lagi
     Masa yang lepas
   Takkan kembali lagi  oooo
Hidup kita yang  indah
Telah jadi kenangan
    Masa yang mesra menjelma
  Dibayangan hidup…..

Durrah memejamkan matanya menghayati lagu nyanyian D.J. Dave itu (masa yang lepas takkan kembali lagi). Mungkinkah saat gembiranya yang lalu bersama dengan suaminya takkan  dapat  dirasainya lagi untuk hari-hari esok?. Atau adakah masa  yang akan datang lebih baik dari masa yang lalu?. Dia sebagai manusia biasa hanya menjalani hidup seperti orang lain juga. Selebihnya  hanya Allah yang tahu. Jika begini yang tersurat, siapalah dia untuk mempertikaikannya namun dihatinya tetap berharap semoga tiap yang tersurat  ada tersirat kebaikana untuknya.

“Arrah, masa balik tadi  aku tengok ada orang jual rojak petes, aku tahu tentu kau sukakan?. Ambillah, aku belikan”. Rita menghulurkan rojak tersebut. Sedari dahulu dia tahu temannya ini memang suka makan rojak petes.

“Kau ni, berangan ek?”. Rita ketawa bila melihat Durrah terpinga-pinga. Berangankan laki dialah tu!. Akhirnya Durrah tersengeh bila melihat bungkusan ditangan Rita.

“Terima kasih Rita, kau ni buat susah-susah ajelah….”. Durrah tetap menyambut bungkusan yang dihulurkan lantas dibukanya.

Tiba-tiba Durrah berlari ke bilik air. Rita pula yang terpinga-pinga melihat reaksi temannya.


- “Min, abang nak minta tolong sikit”.Tanpa salam  suara Johan menerjah telinga adiknya.

- “Ya Allah abang ni, cubalah beri salam, terperanjat orang tau….”.Jasmin mula membebel.

- “Sorylah Min, abang terperanjatkan kau”. Johan mengaku salah kerana terperanjatkan adiknya.

- “O.klah, abang ni kelam kabut aje, kenapa?”. Lain macam pula abangnya hari ini.

- “Abang ada masalah sikitlah Min, kau tolong tanyakan mak mertua abang nombor telepon pejabat Arrah”.

- “Eh! Kenapa tak tanya si Arrah sendiri? Min mana tahu nombor telepon mak mertua abang?”Pelik!

- “Alah, kau tanyalah mak, kelentonglah mak tu apa-apa, kalau abang tanya nanti lain pula ceritanya”. Johan masih lagi memujuk adiknya. Bimbang juga jika adiknya membocorkan rahsianya pada cikgu Jarah.

- “Yang abang sibuk-sibuk macam ni kenapa? Kenapa tak tanya dengan Arrah sendiri? Atau abang gaduh dengan Arrah ek?”. Jasmin serkap jarang. Dia dapat menghidu sesuatu, jika tidak tentu abangnya tak kalut macam ni.

- “Sebenarnya Arrah dah lari dari rumah”. Perlahan sahaja nada suaranya. Malu!

- “Apa? Lari dari rumah?bila?dia lari ke mana?”.Suara Jasmin pula yang terjerit dihujung sana.Terperanjat! Baru beberapa bulan abangnya berkahwin, isteri dah lari. Teruk betullah abangnya ini.

 - “Manalah abang tahu, kalau abang tahu tak payahlah abang minta tolong kau”. Sebal betullah!

- “Apalah abang ni, no.telepon pejabat isteri sendiri pun tak tahu, tempat kerja dia pun abang tak tahu, tentang Arrah agaknya satu apah pun abang tak tahu, apa punya lakilah abang ni….”. Membebellah pula Jasmin ni.

- “Please Min, I’m worry about them”.Johan meminta simpati.
- “Eh! Arrah lari dengan siapa pula ni?”. Jasmin terpinga-pinga, takkanlah Arrah lari dengan lelaki lain pula. Kalau betul, haru….kes berat ni.

- “Dengan anak abang”. Perlahan suara Johan. Menyesali akan salah diri sendiri.

- “Apa?Arrah mengandung?”. Soal Jasmin. Berita yang dia dengar kali ini lebih memeranjatkan.

- “Ya”.Jawab Johan. Tergelak besar Jasmin dihujung talian.

- “Abang,abang,…. Dalam gaduh-gaduh pun jadi juga ye?.”Ketawa Jasmin masih lagi bersisa.

 - “So what?, she is my wife?”. Soal Johan tak puas hati.

- “Taulah dia tu bini abang, kenalah jaga dia baik-baik, ini tak, buat  endah  tak endah aje, ikutkan kepala angin abang tu aje, dah hilang barulah kelam kabut nak cari. Ni kalau tahu dek cikgu Jarah mahunya dia libas tengah belakang abang tu, buat tak tentu pada menantu kesayangan dia….” Dan Jasmin membebel itu dan ini macam cikgu Jarah juga.

- “Alah Min,  kau ni kalau membebel macam cikgu Jarah juga”. Johan mengutuk  adiknya.

- “Eh! Kan Min ni anak cikgu Jarah?”. Mereka sama-sama ketawa.

- “Kau janganlah beritahu mak, mampus abang kali ini”. Johan merayu.

- “Tahu takut?. Nantilah pandai-pandailah  Min kelentong mak, bila Arrah keluar dari rumah?”. Johan tahu adiknya itu boleh diharapkan, kerja belit membelit serah sahaja kepada dia, kan dia tu seorang peguam?

- “Dah tiga minggu”. Selamba Johan menjawap.

- “Apa? Dah tiga minggu?”. Terdengar suara Jasmin terjerit dihujung talian. Terpaksa Johan menjauhkan ganggang telepon dari telinganya.

- “Apalah abang ni teruk betullah dah tiga minggu baru abang sibuk  minta tolong Min nak cari dia? Kalau tiga hari tu tak apalah juga. Orang lain bini hilang satu hari dah report polis,  heboh satu Malaya, siap masuk  TV3 lagi. Abang ni….abang tak sayang si Arrah tu ke? Kasihan dia abang biarkan macam tu, tentu dia fikirkan  yang tidak-tidak, dahlah dia dalam keadaan macam tu….”.Semakin hati Johan dipagut resah bila mendengar  bicara adiknya.

- “Min please, janganlah kau gusarkan hati abang ni lagi, abang dah cukup susah hati ni, mana mungkin  abang tak sayangkan isteri abang sendiri….”Johan menagih simpati. Mana mungkin dia tak sayangkan isterinya.


No comments:

Post a Comment