wallpaper

20140626

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 36

KU PENDAM SEBUAH DUKA

Bab 36

Fadilah memandang seorang lelaki yang berjalan menujunya tanpa kerlip.’Boleh tahan juga, rupanya macho, tengok gayanya bukan sebarangan orang, tak macam budak pekerja kilang biasa, siapa ye?’.B
isiknya sendirian. Matanya masih lagi memandang seorang lelaki yang berhenti dihadapannya.

“Selamat tengahari, saya Johan, boleh saya jumpa dengan Pn.Durrah?”.Suara itu boleh menggetarkan nalurinya apatahlagi bila dihiasi dengan senyuman. Terkasima seketika dirinya.

‘Oh mungkin orang dari mana-mana Jabatan Kerajaan ingin berurusan, bukankah Durrah itu bekerja dibahagian Admin? Tapi kenapa tiada apa-apa pun yang dibawa?’

“Maaf Pn.Durrah m.c., dah dua hari”. Terlihat lelaki itu terperanjat.

“Dia sakit apa?”

“Entahlah, tak tahu pula dia sakit apa, kawan dia yang bagi surat m.c tu. Encik dari mana? Ada buat appoiment  dengan dia ke? Rasanya boleh saya rujukkan Encik dengan bos dia”. Begitu bersungguh-sungguh Fadhilah ingin menolong.

“Saya datang atas urusan peribadi, boleh saya jumpa dengan kawan dia?”.Fadilah kurang pasti atas urusan peribadi yang macam mana di maksudkan oleh Johan. Sekilas dia terlihat Julia melintas untuk ke bilik pantery.

“Julia, mari sekejap”. Laung Fadilah. Julia datang dengan berlenggang lenggoknya yang menggoda, memberikan senyuman mautnya pada lelaki dihadapannya.

“Ju, Encik Johan ni nak jumpa you tanya pasal Arrah. Encik Johan, kalau you nak tanya pasal Pn.Durrah, mungkin Julia boleh tolong. I ada call”. Fadilah segera mencapai telepon yang terjerit-jerit dihadapannya. Maklumlah penyambut tetamu merangkap telephonist memang begitu.

“Maafkan I.  I  Johan suami Durrah. Boleh I tahu you jumpa Durrah kat mana?”. Johan memperkenalkan dirinya  supaya Julia tidak keliru dan dia ingin mengetahui dengan lebih lanjut di mana isterinya berada.
Julia terpana memandang lelaki yang tegang raut wajahnya sebentar tadi.Kini lelaki itu memberikan senyuman untuk dirinya. ‘Oh, ini suami Arrah rupanya. Apalah dia ni, dapat suami punyalah bagus macam ni pun nak lari dari rumah. Aku kalau dapat mamat macam ni tentu aku ikat simpul mati’.Bisik  hatinya.

“Sebenarnya  I ada masalah sedikit dengan Durrah, biasalah hidup berumahtangga, ada pasang-surutnya”. Ujar Johan lagi bila dia melihat Julia bagaikan dipukau orang.

“Sebenarnya Durrah ada dirumah I, dia demam”. Kasihan pula melihat mamat ini ditinggalkan isteri.

“Alhamdulillah, boleh beri alamat rumah you pada I?”.
Durrah melabohkan dirinya di sofa. Terasa boring pula bila tinggal keseorangan. Demamnya sudah mulai kebah. Dia memicit-micit batang ‘remod control’ mencari siaran yang bagus tetapi tiada satu pun yang berkenan dihatinya. Sedang dia membebel sendirian di depan TV, tedengar orang memberi salam.

“Assalamualaikum…..”

‘Ini yang menyampah dengan mamat Bangla ni, macam tau-tau aje aku ada kat rumah. Nak jual karpetlah, jual tikarlah, jual kainlah dan macam-macam lagi yang nak dijual. Kalau dilayan, aku pulak yang kena jual’. Durrah mengomel sendirian. Namun dia masih tidak menyambut salam tersebut. Melihat keluar pun tidak. Dia membatukan dirinya didepan TV.

“Arrah….”. Terdengar ketukan dipintu.

‘Eh! Pandai pula mat Bangla tu panggil nama aku’. Kata Durrah pada dirinya. Tapi mana mungkin. Suara itu yang berselang seli dengan suara dari kaca TV membuatkan dirinya keliru. Hatinya mulai bimbang. Dalam hati dia menyumpah, entah siapalah yang terakhir keluar dari rumah mereka yang tidak mengunci pintu pagar. Sekarang ni, penyamun bukan kira malam, siang pun dia orang boleh menyamun.
Namun dalam rasa takut, dia pergi juga ke tepi tingkap melihat keluar. Tiada sesiapa. Adakah dia bermimpi? Suara itu tadi benar-benar memanggil namanya. Dia kembali ke sofa, mengecilkan suara TV. Suara itu memanggil lagi. Dengan perasaan marah dia terus ke pintu lalu membukanya.
Muncul seraut ajah yang tak diduga.

‘Nak apa abang datang ke mari?’. Soalnya tapi soalan itu hanya terluah di dalam hati.

“Arrah…”. Suara Johan yang telah lama tidak kedengaran terasa begitu syahdu meresap ke dalam gegendang telinganya tapi bila mengingati semula akan kata-kata suaminya pada malam itu, hatinya benar-benar terguris.

‘Terpulang  pada aku apa yang aku nak buat. Dia tak akan peduli lagi. Dan sekarang aku buat apa yang aku nak buat, buat apa dia peduli?’

“Abang nak apa?”. Terlontar juga soalan itu.

“Abang nak cakap dengan Arrah”. Pujuk Johan.

“Cakaplah….”. Durrah masih lagi berpeluk tubuh disebalik grill pintu.

“Berilah abang masuk sayang, takkanlah abang nak bercakap tentang kita kat luar ni?”.Pujuk Johan lagi.

“Sorylah, Arrah tak boleh nak beri abang masuk sebab ini rumah orang. Nanti apa pula kata dia orang”. Durrah tak mahu membuka grill. Entah mengapa dia begitu marah bila melihat Johan didepan matanya. Dia sendiri tidak memahami perasaannya sendiri, bila Johan tiada didepan mata, rindunya pada Johan bagai nak gila tetapi bila Johan di depan matanya, terasa menyampah pula.

“Please Arrah…”Johan terus memujuk. Durrah terus berdegil. Dihatinya lain pula cerita.

‘Ini mesti kena marah dengan mak Jarah, kalau tak jangan haraplah nak pujuk aku. Kalau dia sayang aku takkanlah dia datang selepas tiga minggu? Hatinya merajuk lagi dengan suaminya.Dia tahu Johan tidak ikhlas terhadapnya.

‘Lantaklah, kau tak nak cakap sudah’.Lantas dia menutup pintu dengan kasar.

“Aduh!”. Terdengar suara Johan mengaduh dari luar sana.

‘Ya Allak, tangan dia tercepit pintu ke?’. Dengan pantas dia berlari mencapai kunci dan segera membuka pintu dan grill. Dia melihat Johan menahan kesakitan sambil memegang jemari tangannya.

‘Ya Alalh, apa yang dah aku lakukan? Berdosanya aku…’.Hampir luruh airmata Durrah. Dia menyesal berbuat begitu terhadap suaminya.

“Abang maafkan Arrah, Arrah tak sengaja”. Segera Durrah mengapai tangan Johan dan mencium tangan itu sambil menangis.

“Arrah….Arrah….hei kenapa ni?”. Johan menutup pintu dengan kakinya. Dia memeluk isterinya sambil ketawa. Durrah terpinga-pinga.

“Sayang juga Arrah kat abang ye?”.Soalnya, masih lagi tidak melepaskan pelukannya.

“Apa yang abang buat ni?”. Durrah tidak tahu apa yang ada difikiran Johan. Suaminya ini bukannya boleh dijangka tindakannya.

“Sayang demam ye? Dah o.k dah?”Soal Johan ambil meletakkan belakang tangannya didahi Durrah.

‘Mana dia tahu aku demam?’.Durrah bagaikan tidak percaya Johan didepan matanya.

“Ni mesti demam sebab rindukan abang”. Katanya lagi sambil ketawa. Ketawanya sungguh menjengkelkan hati Durrah.

‘Tak ada maknanya aku rindukan dia’. Johan ketawa lagi bila melihat Durrah mengherotkan bibirnya tanda tak setuju dengan kata-kata Johan. Dia mencubit bibir itu.Geram! Durrah membeliakkan matanya. Tangannya membelek jemari Johan. Tiada kesan luka ataupun lebam. Penipu!

“Kenapa Arrah lari dari rumah?”. Soal Johan.  Durrah mengerutkan dahinya. ‘Eh! Bila pula aku lari dari rumah?’

Kan abang yang halau Arrah dari rumah? Bukannya  Arrah lari dari rumah”. Durrah memperbetulkan ayat yang dituturkan oleh suaminya. Terdengar keluhan dari Johan.

“Ya Allah, bila masanya pula abang halau Arrah, abang tak pernah terniat nak halau  isteri abang”. Durrah mencemikkan bibirnya bila Johan tidak mengaku kesalahannya.

“Tak usahlah abang nak susahkan diri mencari Arrah disebabkan mak Jarah. Suatu hari nanti mak abang tentu faham kenapa kita berpisah”.Sayu hati dengan kata-katanya sendiri.

‘Bagaimana ye jika suatu hari nanti diketahui oleh mak Jarah? Marahkah dia?’

“Kenapalah Arrah cakap macam tu? Mak tak tahu pun masalah kita. Abang datang kesini bukan kerana mak tapi kerana Arrah isteri abang. Abang nak bawa balik isteri abang”. Durrah hanya mendengar bicara dari Johan hanya sebagai penyedap bicara. Tiada keikhlasan.

“Tak payahlah bang, untuk apa susahkan diri untuk Arrah, kan abang yang kata, abang tak mahu tahu dan ambil peduli lagi tentang Arrah, terpulanglah pada Arrah sendiri. Arrah nak abang lepaskan Arrah, biarlah kita hidup dengan cara masing-masing. Untuk apa kita hidup bersama jika tiada cinta dan kasih sayang”. Durrah berjauh hati.

‘Bukankah dia tidak menyintaiku?’

“Arrah, abang tak akan lepaskan Arrah, biarlah kematian sahaja yang memisahkan kita. Itu janji abang, Arrah akan tetap jadi isteri abang sampai bila-bila. Arrah saja yang tak cinta dan sayang pada abang barangkali”. Ada sendu diakhir bicara.

“Buat apa sayang dan cinta pada orang yang tak cinta pada kita?”. Kata Durrah lirih.

“Buang Karen”.Sambungnya lagi.

“Hei, bila pula abang tak sayang dan cintakan Arrah? Abang sayang, abang cinta.. Arrah aje yang tak tahu”.Durrah menjuihkan bibirnya.

“Aha!. Sayang dan cinta apa kebendanya,  buat Arrah ni macam musuh nombor satu abang aje, tak usah nak bercakap, pandang Arrah pun tak mahu. Arrah masak pun abang tak makan, air yang Arrah bancuh pun abang tak minum. Kalau abang sayangkan Arrah, tentunya  abang tak rujuk semula dengan janda abang. Sudahlah bang, tak payahlah nak berlakon dengan Arrah. Arrah tahu siapalah Arrah ni jika dibandingkan dengan janda abang tu”.Airmata Durrah sudah mengalir laju.

‘Tak payahlah nak gulagulakan aku’.

“La…..bila masa pula abang nak rujuk semula dengan Azreen?”. Johan terperanjat. Jejarinya menyapu airmata Durrah.

Kan abang yang beritahu Arrah sendiri yang abang nak ambil semula projek lama abang?”. Durrah mengingatkan apa yang Johan pernah perkatakan padanya dahulu.

“Eh! Apa kena mengena projek lama abang dengan Azreen pula?”.Tanya Johan pula tak pasti.

Kan projek lama tu bukankah Azreen?”. Soal Durrah pula tak pasti.

“Ya Allah,  Arrah ni salah sangka. Projek lama tu maksud abang adalah projek menyambung semula projek perumahan yang terbengkalai kat Bangi. Sepatutnya projek tu abang yang dapat tetapi disebabkan ada orang ‘potong jalan’ syarikat abang melepas walaupun projek itu sebenarnya atas usaha pertama abang, sebab tu projek itu amat bermakna buat abang, ianya bagaikan cinta pertama abang dalam  kerjaya abang sebab sebelum ni abang dalam bidang yang berlainan, tetapi bila diorang  dah tersangkut, abang dapat semula projek tu. Itu yang abang maksudkan bukannya si Azreen tu projek lama abang. Jadi selama ini Arrah ingatkan Azreen tu projek lama dan Arrah ni projek baru abanglah ye?”. Durrah hanya menganggukkan kepalanya. Malu tersalah sangka terhadap suaminya. Johan mengekek ketawa sambil melepaskan keluhan. Dia memeluk Durrah erat melepaskan rindunya. Dia meletakkan hidungnya kepipi kiri isterinya.Lama! Dia merenung isterinya sambil tersenyum penuh makna.

“Sekarang ni abang tak boleh makan kari lagilah sayang, baunya boleh membuatkan abang muntah, air kopi pun abang tak boleh lagi minum sebab abang akan sakit kepala. Bukannya abang tak sudi nak pandang muka Arrah, sebenarnya abang marah dengan Arrah. Sampai hati Arrah tak cakap dengan abang yang  Arrah mengandungkan anak abang. Abang kecewa bila abang dengar berita gembira itu dari orang lain bukaannya dari Arrah sendiri. Puas abang tunggu Arrah beritahu tapi Arrah buat bodoh aje. Sakit hati abang.” Johan seakan merajuk.

“Bukannya niat Arrah tak nak beritahu abang, sebenarnya abanglah orang yang pertama Arrah nak beritahu dan kongsi berita gembira ini. Ingat lagi tak suatu hari dulu yang Arrah tak sihat dan Arrah pergi klinik, selepas itu Arrah telepon abang ajak abang lunch sama tapi abang kata abang ada apoiment dengan client tapi sebenarnya Arrah nampak abang dengan janda abang, bukan sekali, pulak tu abang beritahu Arrah yang abang nak sambung projek lama abang. Selama ini pun abang tak pernah abang kata abang cinta kat Arrah. Untuk apa Arrah beritahu pada abang sedangkan abang tak cintakan Arrah dan Arrah tak mahu mengikat abang semata-mata kerana Arrah mengandungkan anak abang. Itu tak adil buat abang”. Semakin sayu hati Durrah. Mengalir semula airmatanya. Dikesat dengan perlahan oleh jemari Johan. Sekali lagi dia menarik Durrah ke dalam dakapannya. Denyutan jantungnya  berdegup tenang. Setenang  usapan jemarinya di belakang isterinya.

“Abang sayang dan cintakan Arrah. Kita salah sangka sebenarnya”.  Semakin erat pelukan Johan. Betul kata Jasmin. Yup! Perkara yang sedikit jika tidak diselesaikan dengan cara yang baik dan berterus terang ianya akan menjadi meleret-leret. Masing-masing dengan andaian sendiri dan akhirnya semakin kusut dan tersimpul mati, tiada jalan  penyudah dan masing-masing makan hati.

“Abang dengan Azreen dah tak ada apa-apa, kami kawan aje”. Jelas Johan.

“Ia ke?, sampai pegang-pegang tangan?”. Soal Durrah tak percaya.

“Kami teman tapi mesra….”Johan ketawa. Jawapan itu sungguh menjengkelkan.

“Dia yang pegang tangan abang, bukannya abang  pegang  dia”. Mulalah tu nak lepaskan diri. Johan ketawa lagi.

“Dah tu SMS yang bukan-bukan?”. Durrah tak puas hati lagi. Johan pula ketawa lagi.

“Arrah skoding ek? Kenapa Arrah tak tengok SMS dari abang untuk dia pula?”. Durrah hanya mengelengkan kepalanya.

“Arrah takut nanti kecewa sendiri”. Sukar untuk Durrah terima   kenyataan yang mereka sudah menjalinkan semula hubunga.

“Azreen memang macam tu dari dahulu lagi, abang tak layan SMS dari dia pun, kenapa Arrah tak hantar SMS macam tu kat abang?”. Johan mengangkat muka Durrah bila isterinya menundukkan muka dengan pertanyaannya.

“Arrah malu..”. Sememangnya Durrah malu untuk berkata cinta, kasih dan sayang walaupun hanya dengan SMS apatahlagi dengan kata-kata merapu dan lucah di skrin telepon walaupun dengan suami sendiri.

‘Bagaimana orang boleh berkata lucah di SMS dengan berlainan jantina, dengan orang yang tak berkenaan?’ Johan hanya mentertawakan isterinya yang agak pemalu. Walaupun mereka sudah berrgelar suami isteri tetapi rasa malu isterinya masih lagi menebal. Durrah boleh merapu tetapi untuk berkata lucah. Jangan harap! Berlainan pula dengan Johan, dia suka menyakat isterinya dan dia suka melihat muka isterinya yang kemerahan menahan malu.

“Zaman sekarang ni Arrah, kalau malu nanti melepas tau?”. Sakat Johan lagi. Durrah tertunduk malu. Ye! Walaupun  diluar sana banyak perempuan yang baik tetapi ramai juga perempuan yang  tidak tahu malu menggoda lelaki walaupun suami orang. Teringat Durrah akan kata-kata Rita. Lelaki sekarang ini ‘edisi terhad’. Mana taknya, lelaki banyak menjadi penuntut di pusat serenti dan di balik tirai besi. Itu belum diambil kira yang suka dengan kaum sejenisnya sendiri. Yang tinggal mungkin hanya 10% sahaja lelaki yang berkualiti yang jadi rebutan perempuan yang bawah umur ataupun terlebih umur. Mana nak cukup.
Makanya, suami oranglah yang jadi sasaran, tak kira yang berduit mahupun yang pokai. Ingat hati nak menumpang kasih rupanya menumpang  sengsara. Bahagianya hanya setahun dua, selebihnya bercakaran sahaja. Dimanakah letaknya bahagia?.

“Arrah fikir apa?”. Suara Johan mencantas lamunan Durrah yang merapu. Kacau daun! Durrah hanya tersenyum. Johan mengangkat keningnya bila melihat senyuman Durrah.Sesaat…Durrah mendakap seerat yang boleh agar terlerai rindu dendamnya pada suaminya.
Didadanya terdengar Johan ketawa riang .”I love you Arrah, so much both of you. Macam orang tak betul abang bila Arrah pergi.Arrah tinggalkan semua barang-barang yang abang beri tapi Arrah pergi bawa satu barang yang paling berharga buat abang iaitu anak abang.  I love you Arrah, saat yang paling bahagia bila abang tahu abang akan menjadi seorang ayah”. Johan mengusap perlahan perut isterinya yang telah berubah bentuk. Dia mengucup perut itu.

 “Tak sabar nak tengok anak abang”. Sambungnya lagi dengan suara yang ceria.

“Assalamualaikum baby. Baby papa ni, sihat tak?”. Dia mengucup lagi perut isterinya. Bagaikan tidak percaya  didalam rahim Durrah ada anaknya.
“Mana abang tahu Arrah mengandung?”.Soal Durrah, sebenarnya dia rasa bersalah menyorokkan kandungannya ini. Dia pelik entah dari mana Johan tahu.Setahunya, dia tidak ada menulis dalam mana-mana blog. Johan memandangnya sambil mencubit pipi isterinya. Geram!

“Ingat tak Dr. Salina yang check up Arrah tu? Sebenarnya dia isteri Farid, sepupu abang. Dia kenal Arrah sebab dia ada datang masa kita kahwin dahulu. Arrah mungkin tak perasan. Tercengang juga abang bila Farid beritahu abang”. Durrah mengingati semula orang yang dimaksudkan oleh Johan itu.

‘La….patut pun aku rasa macam pernah nampak’.Kata hati Durrah.

“Macamana pula abang tahu Arrah ada kat sini?”. Nak juga Durrah tahu siapa yang beritahu dia disini.

“Abang upah Detektif Conan. Apa? Ingat Arrah sorang aje yang kenal Conan?” Kata Johan sambil tersenyum. Durrah turut ketawa. Sememangnya dia meminati  Conan baik di TV mahupun membaca buku kartonnya. Kenal pula Johan dengan Conan?

“Dahlah Arrah, yang penting abang dah jumpa Arrah, yang lain tu nanti kita cerita kemudian”. Johan memeluk isterinya sambil tangannya merayap entah apa yang dicarinya.

“Abang rindukan Arrah”. Gemersik suara Johan di cuping telinga Durrah. Sekilas dapat Durrah tangkap maksud yang tersirat.

“Dah jangan cari pasal, kat sini rumah orang”. Bentak Durrah. Johan ketawa senang.



1 comment: