Bab 27
Hari Sabtu berikutnya Durrah pulang ke kampung Tengah, sepupu
Johan yang berkahwin. Ali Azrai nama pengantin lelaki. Sedap namanya manakala
nama pengantin perempuannya pula ialah Rohaya, orang Terengganu. Walaupun kenduri
kahwin ini di pihak sebelah pengantin lelaki, tetapi majlis di sini meriah.
Majlis di pihak pengantin perempuan diadakan seminggu sebelumnya hanyalah
kenduri doa selamat. Menurut cikgu Jarah, Rohaya anak yatim piatu, 2 beradik
perempuan. Kenduri doa selamat pun dibuat di rumah kakaknya.
Durrah menginsafi dirinya. Walaupun dia anak yatim tetapi dia
masih lagi punya emak. Walaupun majlis kenduri kahwinnya tidak dibuat secara
besar-besaran tetapi tetap ada majlis perkahwinan, ada pelamin dan
berbagai-bagai lagi. Durrah bersyukur didalam hati dengan apa yang dia miliki.
Durrah hanya memandang Johan yang sedang dikelilingi anak-anak
Johari.'
' Shahirah, anak bongsu Johari yang berusia 3 tahun bergantungan dileher Johan.
' Shahirah, anak bongsu Johari yang berusia 3 tahun bergantungan dileher Johan.
“Anah nak elim”.(Pak Ngah
nak aiskrim).” Shahirah merengek-rengek dileher Johan minta dibelikan aiskrim dengan bahasa yang
pelat.
“Jangan dilayan dia orang Johan. Baru tadi ayahnya belikan aiskrim
sorang sebatang”. Terdengar suara Syidah, isteri Johari bising memarahi
anak-anaknya. Tanpa menghiraukan emak mereka, Juraimi dan Jaslin mengheret
pakngahnya manakala Sazmin terpontang panting membuntuti pakngahnya ke
penjual aiskrim.
“Aceh ana…..(terima kasih pakngah). Terlompat-lompat mereka keriangan bila mendapat aiskrim
calong. Bukan sahaja anak-anak Johari malahan anak-anak dari saudara- mara yang
lain pun turut mendapat habuan yang sama. Ibu bapa mereka yang sepupu-sepapat
dengan Johan pun turut tompang semangkuk. Johan kena ‘pau’ hari ini. Durrah
hanya memerhatikan Johan mengeluarkan beberapa helai wang kertas berwarna merah
dari dompet. Suaminya itu seorang yang kaya dengan kasih sayang tetapi tidak
untuk dirinya. Durrah berandaian sendirian.
Durrah ralit memandang Shahirah yang begitu asyik menjilat aiskrim
yang meleleh ditangannya. Durrah menelan air liurnya. Perlahan dia membawa
tangan kirinya menutup mulut, dalam masa yang sama dia mencicahkan sedikit
hujung lidahnya ke telapak tangan kirinya. Petua dari emaknya supaya tidak
kempunan jika tidak mendapat sesuatu makanan.
Bagi mengelakkan perasaannya yang membuak-buak untuk makan aiskrim
seperti Shahirah, Durrah memalingkan wajahnya kekiri. Perasaannya yang satu
lagi rasanya dia juga ingin merengek dengan Johan supaya dibelikan aiskrim
tetapi sengaja dia mengawal perasaan itu.
Durrah melihat kawan-kawan emaknya dan emak mertuanya saling berrcerita.
Kadang-kala terdengar suara ketawa dan saling sakat menyakat sambil bertepuk tampar sesama
sendiri. Durrah tersenyum sendiri, pastinya ada gongsip yang terkini. Durrah
tercari-cari kelibat emaknya tetapi tidak kelihatan.Terasa ada titisan air
diatas lengannya. Kepalanya berkaleh ke kanan.
Durrah senyum sampai ke telinga apabila melihat aiskrim ‘double
cup’ yang disukakan kepadanya oleh Johan. Tanpa berlengah dan tanpa ucapan
terima kasih, dia menjilat aiskrim yang berperisa durian dan coklat itu. Tidak diendahkan renungan
yang penuh bermakna dari mata Johan. Aiskrim kekampungan ini perlu segera dihabiskan, jika tidak ia akan
cepat mencair dan akan meleleh. Walaupun kualitinya tidak dapat menandingi
aiskrim yang berada di KL tetapi keenakannya tidak dapat ditandingi.
Johan hanya tersenyum memandang isterinya menjilat aiskrim. Lagak
isterinya sama seperti anak saudaranya Shahirah. Dia tertunggu-tunggu jika
isterinya minta dibelikan aiskrim seperti orang lain tetapi hampa.
‘Hati batu’.
Omelnya didalam hati. Ingin dia membiarkan isterinya tetapi hati kecilnya tak
sampai hati bila melihat Durrah asyik memandang Shahirah menjilat aiskrim dari
jauh.Lebih-lebih lagi bila mengenangkan ada anaknya didalam rahim isterinya
itu, dia terpaksa mengalah kali ini.
“Hei comotnya macam Shahirah juga”. Durrah tersengeh lalu
membersihkan mulutnya dengan tuala yang dihulurkan oleh Johan. Dia ketawa kecil
sebagai tanda terima kasih kerana suaminya memahami keinginannya.
Tiba-tiba Johan mencubit
manja pipi isterinya. Dia geram dengan wajah
itu yang jarang tersenyum dan ketawa sejak kebelakangan ini.
Selepas majlis, Durrah balik ke rumah emak mertuanya. Cikgu Jarah
tersenyum lebar bila diberitahu mereka akan bermalam dirumahnya. Didalam hati Durrah
terpaksa memahami, tentunya Johan tidak selesa tidur dirumah buruk emaknya.
‘Bagus juga, tak payahlah aku nak susah-susah melayan kerenah anak
orang kaya ni’. Dalam mengutuk dia cuba memujuk hatinya.
“Sikit sangat ayah makan,
nak diet ke?”. Seloroh Johan pada ayahnya bila melihat ayahnya makan hanya
sedikit.
“Kenalah diet sekarang ni, mak kau kata ayah dah tak hensem lagi
dah sekarang ni”. Johan ketawa mendengar gurauan dari ayahnya pula.
“Kari daging ni manalah ayah kau tu boleh makan banyak sangat,
nanti pengsan pula”. Cikgu Jarah membetulkan keadaan.
“Ayah kamu tu dah ada tanda-tanda nak kena kencing manis, darah
tinggi dah ada, tu yang kena jaga makan. Kena kurangkan makanan yang manis dan
nasi putih. Darah tinggi tu pun dah selalu datang.” Bila dah meningkat usia
sebegini mulalah berbagai penyakit mula datang menghindapi.
Durrah membantu emak mertuanya berkemas. Sambil itu mereka bedua
berbual seketika. “Kamu ni tak sihat ke Arrah? Pucat aje mak tengok”. Durrah
tersenyum.
“Sihat mak, penat sikit agaknya, lagi pun cuaca hari ni panas sikit, tu yang pening kepala aje”. Memang pun kepala Durrah
pening sedikit dan badannya terasa letih.
“Dahlah tu, lepas ni pergilah masuk berehat, letakkan segelas air suam untuk ayah kamu tu
sekali Arrah”. Cikgu Jarah mengarahkan
menantunya bila dia melihat Durrah mengambil teko untuk membancuh kopi
buat suaminya. Di dalam hati cikgu Jarah
benar-benar bersyukur anaknya sekarang sudah ada isteri yang menguruskan makan
minum dan segala keperluan Johan. Cuma bila melihat Durrah tidak sihat, dihati
kecilnya dia bimbang jika Johan tidak melayan Durrah dengan baik.
“Baiklah mak”. Satu arahan yang mesti dipatuhi.
“Arrah tu belum ada
apa-apa lagi ke Johan?”Tanya cikgu Jarah bila dia melabohkan punggungnya di sebelah anaknya.
“Apa-apa tu apa mak?”. Saja soalan bodoh Johan buat emaknya pula.
Sebenarnya dia faham akan soalan dari emaknya itu, sengaja dia buat-buat bodoh pula.
“Arrah tu belum berisi lagi ke perut tu?” Panjang muncung cikgu
Jarrah menghalakan mulutnya kedapur. Perlahan, bimbang jika didengari oleh
menantunya. Johan hanya ketawa melihat gelagat emaknya.
“Alah, baru lagilah mak, dahulu tu lebih sepuluh tahun tak ada
apa-apa pun…”. Johan membela diri. Sebenarnya didalam hatinya dia ingin bekongsi berita gembira ini dengan
emak dan ayahnya serta ahli keluarganya, tapi apakan daya….
“Itu dulu tu, banyak pula ‘tanah campuran’ dalam sawah dia,
mungkin sebab tu tak sesuai dengan benih padi kau tu, sekarang ni ‘pure’ tanah
asli, mungkin sesuai untuk benih padi
kau tu”. Mengekek Johan ketawa. Ada
ke situ pula emaknya. Walau dah lama pencen dari seorang Guru, masih lagi cakap berkias walaupun dia
tahu emaknya bukanlah guru bahasa Malaysia . Cikgu Jusuh juga
tersenyum bila isterinya membandingkan
antara Azreen dengan Durrah. Tanah sawah
Azreen tanah campuran kerana Azreen berketurunan Melayu campur Inggeris manakala Durrah
‘pure’ asli kerana Durrah berketurunan
Melayu sejati. Kalau ada pun mungkin campur Jawa. Jawa pun kira Melayu
juga kan ?.
“Kau balik bila? Mak ingat nak bawa Arrah pergi berurut esok,
manalah tahu dia boleh perbetulkan
tempat peranakan si Arrah tu dan apa-apa yang patut. Kau tu pun satu, jagalah
dia tu sikit, ni main redah aje… tu, mak tengok dia macam tak sihat aje.”.
Cikgu Jarah membebel lagi. Johan hanya tersengeh.
“Kalau nak berurut tu, nantilah dulu mak, rasanya awal lagi, lagipun esok pagi kami nak
balik ke KL, Johan ada kerja”. Johan menolak dengan berhemah tentang rancangan
dari emaknya itu. Bimbang apa-apa hal berlaku pada anaknya nanti, lagipun
memang dia ada temujanji esok.
“Ialah maknya, Arrah tu baru lagi. Biarlah dahulu, dah setahun
nanti kalau dia tak mengandung lagi bolehlah kita ikhtiarkan.” Cikgu Jusoh
membela Johan.
“Itulah awak apa tahu benda-benda macam ni, kau tu pun satu Johan,
jangan asyik kerja aje…Arrah tu mak tengok macam tak sihat sangat,muram aje mak
tengok. Kau tu pergilah bawa dia bercuti
ke….senang-senangkan hati kau orang berdua tu….” Johan hanya tersengeh mendengar
bebelan dari emaknya. Emaknya kalau tak membebel, memang tak sah. Sekarang ni
penyakit itu telah berjangkit pada adiknya pula.
‘Orang perempuan memang begitu
ke?’Soal hatinya. Tapi isterinya taklah pula suka membebel. Johan hairan
bagaimanalah ayahnya boleh tahan bebelan dari emaknya lebih tiga puluh tahun?
“Emak kau tu Johan sekarang
ni dia dah jadi ‘Profesor serbatahu’, semua benda dia tahu, artis cerai-berai
pun dia tahu”. Cikgu Jarah menjeleng
suaminya bila mendengar sindiran dari Cikgu Jusoh. Johan ketawa. Dia ketawa
bukan kerana apa, kerana Cikgu Jusoh sekarang ni dah mula membalas kata-kata
dari isterinya. Jika dahulu Cikgu Jusoh akan buat pekak sahaja tiap bebelan
dari isterinya tetapi sekarang tidak lagi. Wah! Satu perkembangan yang bagus.
“Betul kata emak kau tu Johan, jangan asyik bekerja sahaja siang
malam. Untuk menghasilkan padi yang baik dan bermutu tinggi, bukan sahaja
perlukan benih yang baik dan tanah sawah
yang subur, banyak faktor-faktor lain perlu diambil kira seperti
perubahan cuaca,musim,keadaan sekeliling, mahluk perosak dan bermacam-macam
lagi. Walaupun jika benih yang baik kita semaikan tapi pada musim banjir
tentunya benih itu akan dihanyutkan oleh air.
Moral cerita, kau orang berdua tu
cuba-cubalah cari masa bersama. Pergilah bawa si Arrah tu bercuti kemana-mana,
dalam negara atau pun ke luar negara. Sekali sekala apalah salahnya bawa Arrah
tu ke luar negara.Ayah rasa dia tak pernah ke luar negara. Kau tu bukannya tak ada duit. Kalau kau
berkira sangat, bawa ajelah dia bercuti kat dalam negara aje. Kat dalam negara kita ni pun banyak tempat yang
cantik dan sesuai untuk kau orang berdua macam tepi laut ataupun kat bukit
macam Cameron Heighland tu”.Cikgu Jusoh pula meleteri anaknya. Johan hanya
tersengeh mendengar bebelan dari ayahnya. Jarang sekali ayahnya berbunyi,
sekali berbunyi pedih telinga dibuatnya. Lebih pedih dari leteran emaknya.
‘Tu dalam perut Arrah tu, anak dari Cameron Heightlandlah ayah’.
Kata-kata itu hanya didalam hatinya sahaja. Tak mampu untuk diluahkan. Hatinya
bagaikan melonjak-lonjak ingin memberitahu berita kehamilan isterinya pada ibubapanya dan seluruh ahli keluarganya
yang lain supaya mereka dapat berkongsi
berita gembira ini bersamanya tapi apakan daya….Matanya tercacap memandang isterinya yang datang menatang dulang air.
Tiba-tiba handphonenya berbunyi.
“Ya,ya…I kat kampung sekarang ni…oh! Mereka sihat…o.k ….esok pagi
I balik….”.Segera Johan mematikan handphonenya. Durrah hanya menjeling suaminya
bila mendengar yang mereka akan pulang pagi esok. Darah mula menyirap ke
mukanya.
“Hari minggu pun ada kerja juga ya Johan?”. Johan tersenyum
mendengar sindiran dari ayahnya.
“Johan ada janji dengan client nak jumpa esok ayah. Orang kaya ni
bukannya senang nak jumpa mereka. Esok pun kami nak jumpa kat padang golf aje. Kat mana pun nak jumpa
terpaksalah ikut ragam mereka kalau tak susah pula nanti”. Johan menjeling
isterinya yang muncungnya panjang sedepa sambil menuangkan air kopi.
‘Alah nak jumpa janda dialah tu…kalau tahu macam ni, baik tak
payah balik. Buat penat badan aje’. Hati Durrah mengutuk suaminya. Dia ingin
segera masuk ke bilik. Ada
faedah. Badannya pun semakin letih.
“Ayah ingatkan kau ambil cuti ke bolehlah lama sikit kat kampung
ni lagi pun kau dah lama tak balik”. Cikgu Jusoh menyuarakan hatinya yang terkilan.
“Minum ayah, abang….”. Durrah menghulurkan secawan air kopi pada
Johan. Durrah bangkit lalu masuk kedalam.
Johan hanya memandang isterinya yang jalan berlenggang. Comel pula dia
melihat malam ini Durrah berkain batik.
Jarang sekali Durrah berkain batik di
rumah mereka.
Di koridor hanya tinggal mereka berdua. Cikgu Jarah telah pun
masuk ke bilik. Tidur barangkali. Udara malam ini sungguh dingin dan jalanraya
di hadapan rumahnya tidak banyak kenderaan yang lalu lalang sesekali hanya
kereta dan motosikal yang memecah kesunyian.
“Sikit aje kau minu kopi tu…kenapa?”. Cikgu Jusoh bertanya bila
dia melihat Johan mengerutkan dahinya lalu meletakkan semula cawan air kopinya
ke atas meja.
“Tak boleh minum banyak sangat ayah nanti susah nak tidur”. Bohong
sunat dari Johan. sengaja dia menyembunyikan perkara sebenar.
“Pulak! Dulu tak kira minum kopi ke tak ke, kau boleh tidur sampai
berdengkur-dengkur..”. Johan ketawa kecil mendengar ulasan dari ayahnya.
“Ayah tak minum kopi lagi ke?”. Dia pula bertanya pada ayahnya
bila melihat ayahnya hanya minum air suam.
“Kandungan gula dalam darah ayah ni dah semakin tinggi. Tu yang
kena berhati-hati. Pengambilan nasi putih pun terpaksa dikurangkan. Kadang-kala
mak kau masakkan ayah beras perang. Huh!
Tak sedap langsung. Kalau ikutkan hati
ayah ni, mau ayah ajak kau ke warung Tijah janda tu pekena teh tarik”. Johan
mengerutkan dahinya.
‘Biar betul orang tua ni, banyak-banyak kedai, kedai Tijah janda
juga yang dia berkenan’. Ada
rasa bimbang mula menyapa hatinya.
“Hai ayah! Ada
apa-apa ke dengan Tijah janda tu?”.Cikgu Jusoh tersengeh. Dia faham dengan
soalan Johan itu.
“Dah jangan buat spekulasi pulak. Dengar mak kau tu, terbalik
rumah ni nanti”. Johan ketawa dengan
gurauan dari ayahnya.
“Ayah ni dah tua Johan. Sekarang ni dah mula datang macam-macam
penyakit.Sorang isteri pun ayah dah pening kepala, ini nak ada dua orang
isteri. Baik-baik ayah ada sepuluh tahun lagi untuk hidup, dah tinggal lima tahun aje,
entah-entah setahun sahaja sebab kena serang sakit jantung. Kau bukannya tak
kenal dengan mak kau tu, bukannya ayah
aje yang kena kerat 14, si Tijah janda tu pun nanti kena kerat sama.” Mengekek
Johan ketawa dengan kata-kata ayahnnya. Dia akui, rasanya kalau ayahnya kawin
lain, lebih-lebih lagi dengan Tijah janda, rasanya mau jadi perang dunia.
“Masa yang ada ni ayah nak gunakan
untuk buat amal ibadat sebagai
bekalan di akhirat nanti. Ayah takut
jika ayah ada dua orang isteri, nanti
ayah lalai kerana asyik melayan kerenah
mereka.” Johan bersetuju dengan kata ayahnya.
“Dah mengantuk pula mata ni, ayah nak tidur dululah Johan. Kau
jangan lupa kunci pintu tu nanti”. Johan hanya memandang ayahnya bangun dari
kerusi . Baru kini dia sedari, badan
ayahnya agak susut sedikit.
Johan duduk sendirian melayani perasaanya di koridor. Dalam dingin
malam fikirannya melayang. Berfikir akan kata-kata dari ayah dan ibunya. Sejak
dia berkahwin dengan Durrah, hubungan mereka agak baik sedikit. Tak di
sangka, malam ini dapat mereka berbual
mesra. Telah lama dia tidak duduk
bersama dan berbual mesra begini. Selalunya dia akan mencari alasan dan keluar ke pekan. Dia tidak betah duduk
bersama kerana ada sahaja kata-kata yang tak diingini keluar dari mulut orang
tuanya.
Malam ini dia benar-benar
dapat merasakan keakraban mereka. Kasih sayang mereka. Dan malam ini baru dia menyedari yang kedua ibubapanya
telah lanjut usia. Telah mulai didatangi penyakit. Bukan sahaja ayahnya. Dia
pasti emaknya pun begitu juga. Jika tidak masakan emaknya pernah pengsan di
dalam bilik air sebelum dia berkahwin dengan Durrah tempohari. Sifat orang tua,
sedaya yang mungkin mereka akan menepuhi kesakitan dengan penuh kesabaran
kerana tidak mahu menyusahkan anak-anak. Johan menarik nafas. Dia rasa amat
bersalah kerana tidak begitu perihatan terhadap orang tuanya. Patut pun Allah
tidak mengurniakan dia anak sebelum ini kerana dia sendiri tidak menjadi anak
yang baik, bagaimana nanti dia akan mendidik anaknya menjadi anak yang baik.
‘Ya Allah ampunilah aku, pelihara dan rahmatilah kedua orang
tuaku. Sayangi mereka sebagaimana mereka menyayangi ku sedari kecil’. Doanya
didalam hati.
Johan bangkit dari kerusi lalu masuk ke dalam rumah. Dia mengunci
pintu dan memeriksa semua tingkap. Bukan hanya di Bandar, di kampung juga
kejadian rompakan semakin menjadi-jadi. Terbaharu, dirumah nek Somnya telah
dimasuki pencuri. Bukan dimalam hari tetapi di siang hari. Pencuri di zaman
sekarang tidak mengira waktu dan ketika , mereka tak akan melepaskan peluang
yang ada.
Johan duduk pula di sofa dihadapan TV. Dia menekan suiz. Hajat
hatinya ingin melihat Nightline di TV3. Dia terlepas Buletin Utama .
‘Eh!. Mana perginya Nightline ni. Apasal cerita melayu pulak ni’.
Dia membebel sendirian. Dia melihat jam
dinding. Dia ketawa sendirian. Jam
didinding baru menunjukkan pukul
10.45mlm. Dia sangkakan telah pukul 12.00 malam kerana keadaan di luar
rumah telah sunyi bagaikan telah dilanggar geroda.
Dia bangkit dari sofa lalu menekan suiz off pada TV.
Johan terasa malas untuk ke
pekan pekena teh tarik, lantas dia mengambil keputusan untuk sembahyang isyak sebelum
tidur.
Durrah memusingkan badannya ke kiri dan kekanan. Entah
mengapa matanya tidak mahu lelap.
Teringat dia pada emaknya. Telah lama dia tidak menatap wajah emaknya. Rasa
rindu begitu menggamit perasaan, tidak tertahan. Jika boleh malam ini juga dia ingin
mendapatkan emaknya. Durrah mengesat
airmata. Perasaannya begitu sensitif sekali. Entah mengapa. Mungkin juga
perasaannya bakal menjadi seorang ibu
barangkali.
Durrah bimbang dia tidak dapat berjumpa dengan emaknya jika mereka
pulang ke Kuala Lumpur
awal pagi esok. Dia berkira-kira sendirian.
‘Manalah aku tahu macam ni, kalau aku tahu, baik aku ambil cuti
sehari lagi. Dia nak balik KL dahulu biarlah itu dia punya pasal, aku balik
sendiri boleh naik bas.’ Durrah membuat perancangan sendiri. Cepat-cepat dia
memusingkan badannya berpaling ke dinding bila mendengar pintu bilik di buka
dari luar.
Johan melabuhkan punggungnya di birai katil.Dia memandang
isterinya yang tidur tidak berselimut dan badannya mengadap ke dinding. Johan tahu isterinya tidak suka
berselimut jika tidur.Perlahan Johan membetulkan kain isterinya yang tersingkap
hingga ke paras lutut, bimbang jika kaki isterinya digigit nyamuk. Dalam
kedinginan malam yang sunyi dan sepi seperti ini dan lebih-lebih lagi bila
melihat aksi isterinya tidur tadi, tiba-tiba naluri kelakiannya berkocak. Dia
melepaskan nafas yang sesak.
Johan tahu isterinya belum tidur lagi kerana sewaktu dia membuka
pintu tadi, dia melihat badan isterinya
berpaling ke dinding. Perlahan Johan mengambil bantal peluk lalu disepaknya ke
lantai. Di saat begini dia kalah dengan keegoannya sendiri. Rasa ini ingin di
kongsi bersama isterinya tanpa sekatan pembahagi ruang. Malam ini hanya untuk
mereka berdua sahaja.
Johan juga tahu, isterinya berpaling ke dinding bukan tanda benci.
Dia tahu isterinya tidak membencinya kerana saban malam jika dia terjaga dari
tidur, Durrah sedang memeluknya. Sebenarnya dia tidak dapat memahami Durrah
dengan sepenuhnya, Cuma dia belajar
memujuk hatinya melayani kerenah orang mengandung.
Dengan perlahan Johan memeluk pinggang isterinya dari belakang
sambil tangannya melata-lata di sekitar perut isterinya. Sebagai langkah
pertama dia meletakkan bibirnya di leher isterinya. Durrah mengeliat
kegelian…..Sesungguhnya dalam marah, ada sayang. Sememangnya Johan amat sayang
akan isterinya kerana dia wanita istimewa.
No comments:
Post a Comment