wallpaper

20140509

e-novel-KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 16

Bab   16

Tengahari keesokannya, Johan pergi ke KLIA dengan menaiki teksi. Durrah menyalaminya, mencium tangan suaminya tanda menghormatinya sebagai seorang suami. Johan menepuk perlahan bahu Durrah lalu menghulurkan satu sampul surat.

“Duit belanja, ada masa pergilah belajar memandu. Jaga diri baik-baik.” Air mata Durrah berlinangan melihat Johan melangkah menuju ke teksi. Dalam kesayuan, Durrah mengangkat tangan melambai sambil berkata di dalam hatinya ‘moga abang selamat pergi dan selamat kembali, Arrah di sini setia menanti’.

“Kenapa hati ku ini?’. Soalnya sendiri. Pelik akan perasaannya.Perlahan-lahan Durrah membuka sampul surat berwarna coklat. Ada duit. Durrah mula mengira, RM100,200,300,4000…..eh!ada RM1,500.00. Semuanya.’Bolehlah aku belajar memandu’ Kata hatinya, teringat akan kata-kata dari Jasmin. Johan itu pemurah!
"
"


Durrah lewat sampai di pejabatnya walaupun dia sudah keluar dari rumahnya seawal pukul 6.30 pg. lagi.

“Hai! Pengantin,lambat nampaknya.” Masing-masing mula menyakat. Selalunya Durrah yang akan keluarkan surat ‘warning’ bila pekerja lewat, hari ini sebaliknya pula. Siapa nak jawab?!

 “Iyelah, kau ni pun satu, baru beberapa hari kahwin, kalau akulah tentu aku masih belum bangun lagi.” Disambut oleh suara-suara yang lain pula. Merah padam muka Durrah di buatnya. Beginilah barangkali bila jadi pengantin baru.

“Alah kau tu tak kira waktu, bangun pagi memang lambat…”. Masing-masing saling sahut-menyahut, saling sindir-menyindir dan  saling usik-mengusik.

“Arrah, macam mana? O.K tak malam tadi?”. Durrah mengerutkan dahinya. Lama. Akhirnya dia tersenyum.

“Dia dah ke U.K lah, semalam…”. Jawab Durrah.

“Eh! Apa bising-bising ni, dari luar dah dengar suara you all. Oh! Patut pun, menyakat pengantin baru rupanya ye”. Suara  En. Yazid memeranjatkan mereka semua. Entah bila dia sampai, padan muka dia orang, lintang pukang dia orang semua balik ke tempat duduk masing-masing.

“Arrah, how’s the new bride today? Ready to do the battle or still honeymooning?”. En. Yazid pula menyakat. ‘Apa ke hal bos aku pagi-pagi lagi dah cakap omputih’

“Belum sempat nak honeymoon, pengantin dah lari”. Durrah pula menyakat bosnya.

“Ha? He’s gone where?” En.Yazid pula terperanjat. Biar betul!

“Course kat U.K, 2 bulan”. Terang Durrah.

“Why you not follow him? Kan boleh honeymoon sekali?”

“Dia kerja bukannya makan angin”. Durrah juga turut  terkilan, apalah salahnya jika membawanya sekali walau hanya untuk beberapa hari.

“Kasihan…..pengantin baru di tinggalkan keseorangan”. Gurauan En.Yazid menyimpul penuh makna.


Hari berganti minggu, kehidupan  Durrah seperrti biasa. Sama seperti sebelum dia bekahwin. Sibuk dengan kerja, ke kelas memandu dan ada kalanya ke rumah Johan.

“Cantik juga rumah kau ni Arrah, untung kau. Tak sia-sia kau kahwin dengan abang Johan tu”. Puji Rita sewaktu dia mengikuti Durrah bermalam di rumah Johan.

“Ini rumah dia, bukan  rumah aku, aku belum merasakan asense of belonging lagi”.

“Eh! Rumah dia, kira rumah kau jugalah, apalah kau ni”. Rungut Rita.

Mereka sama-sama melihat photo album kahwin Durrah yang baru Durrah cucu. Dia tak menggunakan khidmat juru foto. Mahal!.

“Hensom betul dia ni, George Clooney versi Melayu, tentunya kau rindukan dia kan?, tapi tak apalah tak nampak muka pun taka pa asalkan selalu dengar suara, tentu suaranya pun romantik kan Arrah?”. Bagi Durrah itu perangkap dari Rita. Durrah tersenyum.

‘Kenapa dia langsung tak  telephone aku sedangkan di rumah ini ada telephone, tentunya dia tak mengingati  aku’. Tiba-tiba rasa sedih melanda pantai hatinya dan entah bila sekarang ini dia sudah pandai merindui suaminya.

“Ha tengok tu, baru cakap nama dia sikit kau dah sedih. Baguslah kau dah jatuh sayang dan jatuh cinta dengan dia, tak adalah kau asyik ingat si Fazlan yang bodoh tu”.

‘Entah Fazlan yang bodoh ataupun aku yang bodoh. Merindui dan meratapi dirinya sedangkan dia dah reject aku’ kenapalah nama itu kau sebut Rita. Tapi yang pelik, nama Fazlan sudah jarang diingati dan kini sepotong  nama seorang lelaki ‘Johan Arif’ mula bertunas dalam hatinya.


Durrah pulang ke kampung untuk menghantar duit belanja kepada emaknya agak lewat sedikit.

“Maaf mak, bulan ni lambat sikit, Arrah sibuk belajar kereta.” Durrah meminta sedikit pengertian dari emaknya.

“Kamu dah kahwin Arrah, lagi pun kamu nak guna duit buat belajar kereta, nanti nak beli kereta lagi, tentu kamu nak guna duit banyak”. Durrah tersenyum mendengar omelan emaknya itu. Wang dihulurkan kepada emaknya di letakkan semula ke dalam genggaman tangan Durrah.

“Mak, sebelum abang Johan pergi hari tu, dia dah bagi Arrah duit buat duit belanja dan duit untuk belajar  ke kelas memandu, tak usahlah mak risaukan Arrah. Insyallah pandai-pandailah Arrah, Arrah hany nak doakan yang terbaik untuk Arrah.”

“Hubungan kamu dengan Johan macamana? Dia ada telephone kamu?” Salmah bertanya lagi tanda ingin tahu dengan lebih lanjut tentang hubungan Durrah dengan Johan,

“Mak, kami baru sehari dua kahwin,  tak tahu lagi nak kata macamana, abang Johan pun selalu telephone Arrah, tak usahlah mak bimbang, berilah kami masa untuk sesuaikan diri dan doakan yang terbaik untuk kami”. Sekali lagi Durrah mengharapkan doa dari emaknya agar pekahwinan ini mencapai kebahgiaan kerana dia sendiri tak pasti apakah kesudahannya nanti. Dan sehingga kini Johan tidak pernah menelephone dan bertanya khabar tentangnya walaupun di rumahnya  ada telephone. Durrah sengaja berbohong dengan emaknya kerana tidak mahu emaknya bersusah hati tentang hubungannya dengan Johan yang tidak sebaik  emaknya  harapkan.

“Arrah, mak sentiasa  mendoakan kamu nak”. Kata-kata yang  tulus  itu benar-benar meresap jauh ke dasar tasik hati Durrah. Durrah memandang anak mata emaknya, dihadiahkan senyuman tanda terima kasih di balik bibir.

“Kenapa Arrah tak singgah kat rumah mak Jarah dahulu?, kan tadi bas lalu depan rumah dia kan?”. Memang pun rumah mertuanya terletak di tepi jalan. Sebenarnya Durrah malu untuk singgah ke sana lebih-lebih lagi bila ketiadaan Johan.

“Lepas makan tengahari esok, mak hantar kamu ke sana. Tidur semalaman lepas tu baru balik KL.  Kalau kamu tak singgah nanti apa pula katanya .” Durrah hanya mengangukkan kepala mendengar arahan dari emaknya. Tak ada kompromi.


 Seawal subuh Durrah telah dikejutkan oleh emaknya. Membebel Salmah bila Durrah menjawab “Nantilah mak, awal lagi, sejuklah”.

“Dah, jangan nak mengada, kamu tu dah jadi isteri orang, jangan biarkan suami bangun dahulu baru kamu nak bangun. Pergi mandi, sembahyang, barulah badan tu segar dan nampak cantik, berdandan sikit, barulah ada selera bila suami tu tengok. Ini tidak, bangun pagi aje suami tu dah nampak hantu pagi, mana suami tu tak lari, dahlah tak buatkan sarapan pagi. Pagi-pagi lagi suami tu dah cari kedai kopi.” Bebelan Salmah membuatkan Durrah ketawa dan cepat-cepat mandi dan bersembahyang. Kalau di biarkan, mahu  emaknya membebel dari pagi hingga ke matahari tenggelam pun  bebelannya tak habis lagi.

“Apa yang akak bebelkan tu kak, Arrah tu dah jadi isteri orang pun..” Rahmah menyampuk. Sebel telinganya bila pagi-pagi lagi Salmah dah membebel

“Anak Mah, selagi nyawa seorang ibu tu masih lagi ada, selagi itu dia akan terus menegur anak-anaknya, tak kira kecil mahupun dah dewasa. Bila akak dah mati besok, pandai-pandailah mereka.” Rahmah hanya mengelengkan kepalanya. Benar kata orang ‘seorang ibu itu tak pernah percaya anaknya telah dewasa’.

“Mak tak menoreh ke hari ni?”. Durrah bertanya emaknya bila dia melihat emaknya masih lagi berada di rumah dalam waktu-waktu begini.

“Malam tadi hujan lebat, pokok getah basah macamana nak menoreh”. Durrah terlopong mulutnya. Patutlah pagi ini sejuknya sampai ke tulang. Dia membuka tingkap, ada lopak-lopak air di tanah.

“Tak tahu pula Arrah, tidur sampai tak ingat dunia”.

“Lebat betul hujan malam tadi. Ada petir lagi. Kamu tu kalau tidur memang tidur mati, orang angkat kamu ke tengah halaman pun agaknya kamu tak sedar”. Durrah hanya tersengeh.


Tengahari itu selepas makan tengahari, Durah di hantar oleh Salmah ke rumah mertuanya di kampung tengah. Dia membonceng motor buruk peninggalan arwah ayahnya.
Kedua-dua ibubapa Johan menyambut menantu mereka dengan gembira lebih-lebih lagi Durrah akan bermalam di rumah mereka. Durrah sebenarnya terasa kekok di sini. Inilah kali kedua dia bermalam di rumah ini. Kali ini tanpa Johan, suaminya.

Durrah masuk ke bilik, keadaannya masih sama lagi seperti malam pertama dia bermalam di sini. Malam petama yang tak ada apa-apa makna buatnya. Malas hendak melayan perasaan, Durrah ke dapur membantu mertuanya memasak dan menyediakan makanan makan malam mereka.

Mereka makan malam hanya bertiga sahaja. Tiada siapa lagi yang ada di rumah mertuanya ini. Masing-masing ada rumah dan keluarga sendiri. Tentu mertuanya berasa sunyi. Suasana di kampung tidak sepeti di bandar yang sentiasa ‘hidup’ walaupun malam telah melabuhkan tirainya.
Sedang Durrah sibuk mengemas di dapur, dia terdengar bapa mertuanya memanggil.

“Arrah, Johan nak cakap”. Berderau darah Durrah, dia berlari mendapatkan telephone di ruang tamu. Ayah mertuanya bergerak ke anjung mungkin hendak memberi ruang yang lebih selesa  untuk Durrah berbicara dengan suaminya.

“Assalamualaikum….”. Dalam tergugup-gagap Durrah memberi salam.

“Waalaikumsalam….”Kedengaran  salam di sambut oleh Johan di  hujung talian, terasa dia begitu dekat di cuping telinganya. Suara garau Johan meresap jauh ke lubuk hatinya, bertambahlah Durrah rindu kapadanya.

“Abang  apa khabar?”.

“Sihat, awak macamana?” Durrah ketawa. Tak tahu mengapa harus dia ketawa.Yang pasti, hatinya berlagu riang.

“Sihat, alhamdullillah.”

“ Bila balik kampung?”.

“Semalam di rumah mak dan malam ni bermalam di rumah ni, bila abang balik?”Tak sabar rasanya untuk menanti kepulangan suaminya.

“Hujung bulan ni saya balik”. Siksanya menghitung hari untuk sampai ke hujung  bulan. Durrah mengesat air yang mengalir di tubir mata dengan belakang tangannya, tiba-tiba dia terasa bahunya disentuh. Dia berpaling. Emak mertuanya tersenyum.


“Sabarlah, tak lama lagi hujung bulan, baliklah dia”. Durrah tergamam, akhirnya dia tersenyum sendiri. Malu!….

No comments:

Post a Comment