wallpaper

20141101

e-novel-KU PENDAM SEBUAH DUKA- Bab 49

Bab  49

Juita memandang Johan yang berjalan ke arahnya. Kasih untuk Johan masih ada lagi dihatinya. Tapi apakan daya, mereka tiada jodoh.

“I jawab call untuk you tadi, ada lima panggilan, takut jika panggilan itu penting”. Johan hanya menganggukkan kepalanya. Dia mencapai handponenya lalu dia menekan-nekan punat diatas handponenya. Patut pun puas dia mencari rupa-rupanya ia disini.

“Thanks”.  Kata Johan. Juita memandang lagi Johan. Setelah mandi, Johan kelihatan lebih segar
dan kemas. Mereka singgah di tol Ayer hitam sebentar untuk makan, tiba-tiba seorang lelaki yang sudah berusia terlanggar lalu menumpahkan secawan kopi ke atas baju Johan. Johan segera mandi dan menukar bajunya kerana sekarang ini bau kopi boleh memeningkan kepalanya. Johan bimbang dia tidak dapat memandu dengan selesa lebih-lebih lagi dia harus memandu dalam perjalanan yang jauh. Bukannya dia tidak mempercayai Juita untuk memandu tetapi dia lebih selesa memandu sendiri.

Sebenarnya sedari semalam lagi mereka berada di Johor Baharu kerana ada urusan. Sepatutnya urusan ini dilakukan oleh Zarul, malangnya ayah Zarul jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Johan berharap ayah Zarul cepat sembuh kerana dia bimbang terpaksa mengambil tugas-tugas Zarul dan Aisyah. Ini bermakna dia terpaksa memikul tanggungjawab yang besar bukan sahaja disyarikat mereka malahan dirumah kerana tidak berapa lama lagi Durrah akan bersalin. Sepatutnya diwaktu-waktu ini dia banyak menemani isterinya bukan lagi sibuk dengan kerja tetapi apakan daya, itu periuk nasi mereka.

Johan dan Juita masih lagi berbincang tentang tugasan yang mereka lakukan sedari semalam lagi. Juga merangka untuk tugasan  yang  akan datang serta seterusnya. Berbagai topic yang mereka bualkan termasuklah peribadi. Walaupun mereka tiada jodoh, mereka masih lagi meneruskan hubungan atas dasar kerja. Juita juga sedar, selepas berkahwin Johan cuba membataskan hubungan mereka dan segala urusan yang bersangkut paut dengan Azlie Bhd akan diuruskan oleh Zarul.

“Malam ini you balik mana?”. Juita mula menukar topic perbincangan mereka supaya lebih santai. Penat, asyik bercerita tentang kerja.

Terdengar Johan ketawa kecil. Juita mengerutkan dahinya kurang faham adakah soalannya itu soalan yang lucu?

“Seronok ye orang kahwin dua ni…”. Juita menyindir Johan.

“Bolehlah….” Jawab Johan ringkas.

“Kenapa? You nak jadi No.3?”. Johan pula menyoal Juita.

“I tak kisah..”.

“Haaaa……….”. Ketawa besar Johan. Juita  ketawa kecil. Mungkin lucu dengan kata-katanya sendiri.

“Kenapa? Tak sanggup?”. Usik Juita. Johan masih lagi ketawa yang bersisa. Dia mengelengkan kepalanya.

“Bukan senang beristeri dua, macam malam ni, I sendiri pun tak tahu giliran rumah siapa. I selalu salah simpang. Kadang- kala sakit telinga ni kena bebel, badan dahlah penat….tension juga”. Juita pula ketawa dengan cerita Johan.  Tiba-tiba perbualan mereka terganggu dengan deringan telepon Johan.

“Ya Reen, I on the way dari  JB, mungkin I lambat sikit sampai….”. Johan diam mungkin mendengar kata-kata Azreen dari talian dihujung sana. Sekilas dia memandang jam di tangan.

“O.klah nanti I sampai, I kejutkan, miss you too. bye”.Juita tersenyum.  Johan menekan-nekan punat handponenya. Dia masih lagi mengawasi pemanduannya. Mujur juga dia menggunakan ‘hand free’. Sekali-sekali matanya memandang cermin sisi dan cermin pandang belakang. Matanya focus ke depan kerana dimalam yang gelap begini, lebuh raya menjadi jalan yang paling bahaya kerana ia menjadi laluan lori dan kenderaan yang berat. Lampu yang mereka gunakan begitu samar dan mengelirukan. Justeru itu selain dari pandangan mata, naluri hati juga memainkan peranan utama.

“Bik, Arrah ada?”. Senyap!

“Awalnya dah tidur. Tak apalah, saya tak balik sana malam ni, kalau ada apa-apa nanti suruh Arrah telepon saya. Arrah sihat?”.  Senyap lagi. Terdengar pula Johan melepaskan keluhan. Juita memandang Johan yang sedang memandu tetapi fikirannya melayang jauh.

“I rasa kalau ada masalah pun tentunya Azreen yang meragamkan?”. Juita cuba mengorek rahsia. Seronok juga mendengar cerita orang beristeri dua, dimana yang bestnya. Johan mengelengkan kepala.

“Sebenarnya dengan Azreen I lebih mudah. You pun tahukan yang Azreen tu macamana. Dia lebih berterus terang. Kalau dia tak suka, dia akan terus cakap. Kalau dia marah, dia tunjukkan yang dia benar-benar marah. Kalau I ikut cakap dia, o.klah dia tu. 

Tapi dengan Durrah ni lain sikit. Arrah kalau dia tak suka ataupun marah, dia  diam, dia tak akan tunjukkan, so I pun tak tahu sama ada dia tak suka atau pun marah. Dia lebih suka pendam sendiri. Kalau Azreen, jika dia tak suka dengan pakaian yang I berikan, masa tu juga dia akan lemparkan tapi kalau dengan Arrah, dia akan ambil dan kata terima kasih, cantik dan dia suka. Tapi bila tengok dia simpan dalam almari, bermakna dia tak suka, kalau tengok dia pakai, itu bermakna dia memang benar-benar suka. Kadangkala I terpaksa teka dan buat andaian sendiri.

I tak balik rumah ke, I salah simpang ke, dia tak bising. I bagi belanja kurang ke, dia diam aje. Apa-apa pun dia tak suka complain kat I. Dia lebih suka beralah dari bergaduh dengan Azreen. Susah I nak teka apa yang ada dalam hati dia. Kadang-kala I rasa macam dia tak sayang I, sebab kalau I ada ataupun I tak ada dia tak kisah. I rasa semenjak I rujuk semula dengan Azreen, hubungan kami semakin jauh. Lebih-lebih lagi I kekurangan masa. Masa untuk kami hanya sedikit malahan masa yang sedikit inilah yang terpaksa dibahagi dua.”  Johan melepaskan keluhannya. Dia jarang sekali bercerita dengan orang lain tentang rumahtangganya. Entah mengapa dengan Juita, dia berasa selesa bercerita. Mungkin mereka pernah menjalinkan hubungan dan rasa selesa itu memang masih lagi ujud.

“Baiknya dia, kalau I, dah lama I parangkan Azreen tu. Dia bukannya tak sayangkan you Johan, tapi dia tak mahu you susah. Sebab dia sayangkan youlah dia korbankan perasaannya supaya  syarikat you selamat. Dia lebih pentingkan diri you dan orang lain dari diri dia sendiri walaupun sebenarnya dia sangat perlukan you dalam keadaan dia berbadan dua sekarang ini. 

Kalau I, rasanya I tak sanggup nak berrmadu dengan perempuan yang pentingkan diri sendiri macam Azreen tu. Sebab itulah Arrah lebih suka beralah denganAzreen sebab dia tak mahu you pening  kepala dengan kerenah Azreen. Dia sayang you Johan. Beruntung you dapat dia. Macam you cakap tadi, dia tak kisah you bagi belanja lebih atau pun kurang. Baiknya dia, kalau I, lagilah I kikis you sebab kalau I tak kikis, orang lain akan kikis you.”Johan tersenyu meleret. Ada benarnya dengan kata-kata dari Juita itu. Setiap kali jika dia menemani Azreen ‘window shoping’, kopak juga duit dia beberapa ratus. Window shoping apa tu?

“Orang yang pernah tahu kesusahan, dia akan selalu bersyukur dengan apa yang ada”.

“Arrah orang susah ke?”. Johan menganggukkan kepalanya.

“Arrah anak yatim. Ayahnya meninggal dunia waktu itu, dia dan adik-adiknya masih kecil. Ayahnya hanya meninggalkan sebuah rumah pusaka yang usang. Emaknya terpaksa mengambil upah menorah getah dan ke sawah. Hidup mereka susah. Sedari kecil lagi setiap kali cuti sekolah dia akan membantu emaknya menoreh dan turun kesawah.

Kata dia, apa yang ada, itulah sahaja yang mereka makan. Hidup mereka tak seperti anak-anak orang lain. Mujur juga emak saudaranya membantu sebab emak saudaranya tinggal bersama dengan dia. Dia hanya bekerja di kilang. Kilang dikampung, berepa senlah sangat gajinya. Zaman dahulu susah nak minta bantuan kerajaan tak macam zaman sekarang, bila jadi ibu tunggal, banyak bantuan dari Jabatan Kebajikan dan NGO.

Sebab itu dia selalu bersyukur dengan apa yang I beri. Masa I nak belikan kereta pun dia yang pilih kancil. I suruh ambil kereta yang besar sedikit pun dia tak mahu. Dia kata kancil pun dah cukup, asalkan dia boleh pergi dan balik dari tempat kerja dengan selamat, itu dah memadai. Kalau Azreen? Kereta Perdana pun dia tak pandang, katanya tak ada class.

Mereka berdua berbeza bagai langit dengan bumi. I ni kadang-kala macam sesumpah pula, terpaksa salin kulit, bila I balik jumpa Azreen, I kena ikut  lagak dia dan bila I balik jumpa Arrah, I bagaikan diri I sendiri. I boleh buat apa yang I suka dan apa yang I nak buat. Arrah tu kira sekampung dengan I, lagipun dia saudara I. Kalau dahulu kami selalu cerita pasal kampung, masa kami kecil-kecil.” Johan tersenyum sendiri membayangkan Durrah sewaktu kecil.

“Jadi, you rapatlah dengan dia sebelum ini?”. Juita semakin seronok mendengar cerita Johan.

“Taklah. Kami ada pertalian saudara tapi jauh. Masa dia kecil dahulu, arwah ayahnya selalu datang bawa dia naik motor. Dia duduk kat dalam raga motor. Yang  I  ingat dia selalu pakai baju kembang warna merah dengan rambutnya bertocang dua. I pun tak cam dia sangat sebab I ni nakal, manalah selalu lekat kat rumah. Lepas ayah dia meninggal, mereka tak pernah datang lagi kat rumah I sebab emaknya janda muda takut difitnah oleh orang, maklumlah duduk dikampung ni lain sikit. Rasanya lama juga kami tak jumpa, kalau jumpa pun bukannya I kenal, sekolah pun bukannya sama.

Dia sekolah rendah, I dah sekolah menengah. Bila dia sekolah menengah, I pula dah ke luar negara. Bila I tanya dia, dia pun tak berapa perasan dengan I. yang dia kenal hanya adik-adik I dan abang I sebab abang I memang dia tinggal dikampung.”    

“Kiranya you ni tak perlulah susah hati sebab I rasa dia seorang yang memahami dan bertimbang rasa”. Juita memberikan kesimpulan. Johan hanya mengelengkan kepalanya. Juita mengerutkan dahinya. Kenapa?

“Orang macam ni sebenarnya lagi bahaya. Kita tak tahu apa yang ada dalam hatinya. Segala tindakannya nanti kita tak boleh nak jangka. I takut Arrah ni macam ‘bom jangka’. Tiba-tiba aje meletup. I takut kehilangan dia lagi”. Johan mencapai air mineral. Dia membuka penutup botol dan perlahan –lahan dia meneguk air. Matanya masih mengawasi jalan dihadapan.

“Macam tadi bibik kata dia tak keluar dari bilik, makan pun tak.  Jawab call I pun tak. I tahu dia belum tidur sebab sekarang ni dia susah nak tidur sebab kandungannya dah besar dan susah nak tidur dengan selesa. Mungkin juga dia marah dengan I sebab tak balik dah beberapa hari…”. Johan hanya mengandaikan sahaja.

“You tak beritahu dia yang you ke JB?”. Johan menggaru kepalanya.

“Entahlah, rasnya I dah beritahu tapi I tak perasan, siapa yang I beritahu”. Juita mengelengkan kepalanya.

“You ni ambil mudah aje, baru beristeri dua, macamana ni nak beristeri 3?”. Johan tergelak-gelak.

“You ni bila nak kahwin? Jangan bazirkan masa muda you, kalau you rasa Farid tu benar-benar nak jadikan you isteri dia, kahwinlah walaupun jadi isteri kedua apasalahnya. Kalau dia hanya nak suka-suka sahaja, baik you tinggalkan dia sebelum dia tinggalkan you. Jangan halalkan yang haram Ju..”. Ikhlas Johan memberi nasihat..

“Wah! Sejak bila dah jadi ustaz pula ni?”. Juita tersenyum malu bila ditegur Johan.

“Tak salah kan bila kita menegur kawan kita sendiri, I nak berubah Ju, insyaallah tak lama lagi I nak jadi seorang bapa. I nak jadi seorang suami dan ayah yang  baik. Itu azam I, perkara yang lepas tu, I tak nak buat lagi. I nak bertaubat. Insyaallah. I dah semakin berusia Ju. Kawan-kawan I, semuanya dah beranak pinak, anak-anak mereka ada yang dah bersekolah menengah. I aje yang ketinggalan. Syukur Allah nak beri I zuriat ”.Balas Johan.

“I tak cintakan Farid”. Lemah sahaja nada suara Juita.

“You tak cintakan dia tapi you serahkan badan you kat dia nak buat apa?”. Juiata meraup mukanya. Dia menangis.

“Hati I masih lagi menyintai you. I jalinkan hubungan dengan Farid selepas I putus dengan you. I masih lagi kesal hubungan kita putus hanya kerana salah faham”. Suara Juita masih lagi tersekat-sekat.

“You tak cintakan I lagi Johan? Mudahnya you lupakan I dan apa yang dah kita lalui”. Johan menarik nafas panjang. Dilepaskannya perlahan-lahan.

“Ju, I tak boleh lagi menyintai you, I dah ada isteri. Bukannya satu tapi dua. Rasanya I tak larat nak tambah lagi satu. Jodoh, Allah yang tentukan. Tolonglah, jangan bebankan diri you lagi. Ramai lagi lelaki yang baik diluar sana…..” Johan masih lagi memujuk Juita supaya menerima takdir ini dengan redha.

Juita masih lagi menangis. Benar kata orang tua-tua, ‘habis madu sepah dibuang’. Dia benar-benar menyesal. Johan hanya mampu mendiamkan diri. Dia tidak boleh lagi melayan Juita seperti dahulu, memeluk dan memberikan ciuman kasih. Sekarang ini segala kasih sayangnya hanya untuk isteri-isterinya.  


Durrah mengeluh bila melihat jam ditangan. Jarum jam sudah pun menunjukkan angka 11 namun kelibat Johan masih lagi tidak kelihatan.

‘Salah simpang lagilah tu….’.Durrah mengutuk suaminya sendiri didalam hati.Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak dosanya terhadap suaminya kerana ketidakadilan Johan terhadapnya.  Kelmarin Johan memberitahu dia ke J.B lagi. Ada projek baru katanya. Sepatutnya malam ini gilirannya selepas Johan bermalam di rumah Azreen.

‘Entah iye, entah tidak. Entah-entah ‘projek baru’ yang lain’. Bisikan jahat dihatinya. Dia masih lagi ingat, akan kata-kata tok Chik. Menurut tok Chik, lelaki yang berkahwin 2 selalunya akan berkahwin 3. Kalau pun tidak, niatnya sentiasa ada dihatinya dan sentiasa mengintai peluang dan mencari peluang. Entahkan betul entahkan tidak tok Chik tu. Entah dari manalah dia jumpa laporan itu, tapi untuk dinafikan tidak boleh juga, lihatlah disekeliling kita. Tentunya tok Chik lebih tahu kerana dia terlebih dahulu yang makan garamnya.

Malam semalam Azreen menyerangnya. Bingit telinganya mendengar amarah Azreen. Dia tidak percaya Johan ke J.B dan mengatakan yang Durrah sengaja tidak membenarkan Johan bermalam dirumahnya. Masakan Johan belum balik dari J.B? katanya dia di J.B hanya sehari. Kenapalah Johan sendiri tidak memberitahu Azreen yang dia ke J.B lagi. Rasa marah terhadap suaminya mula terasa dihati. Dia beristighafar beberapa kali sambil mengurut dada.

“Hei, susahlah macam ni…”. Durrah bersungut sendirian. Sejak kebelakangan ini Johan selalu salah simpang. Bukan sahaja salah simpang, kadang kala dimana suaminya dia sendiri tidak pasti. Dalam keadaan sekarang Johan boleh mengambil peluang dengan berbagai alasan.

Durrah sedar, sejak kebelakangan ini hubunganya dengan Johan agak dingin. Johan sering pulang lewat dan selalu dalam keletihan. Bila melihat suaminya dalam keadaan begitu, Durrah tidak sampai hati untuk bertaya lebih apatahlagi bergaduh. Apa yang boleh, dia hanya memujuk hati dan berbanyak bersabar. Johan juga tidak lagi menemaninya bila dia perlu berjumpa dengan doktor untuk ‘chek up’. Sejak kebelakangan ini 

Johan semakin sibuk. Durrah terpaksa mengikut rentak Johan supaya rumahtangga mereka aman.


‘Bukan senang nak dapat payung emas diakhirat nanti”. Pujuk hatinya.  

2 comments:

  1. Entah mengapa saya suka sekali berulang baca tentang pengamatan johan tentang karekter isterinya si Arrah..kemudian hati saya begitu sebal sekali diakhirannya pabila keluh rajuk hati arrah, dia sendiri yang memujuk diri..

    Puan writer, kalau tak silap saya pada bab terawal,puan writer ada menyebut watak Juddin, bila akan muncul?

    ReplyDelete
  2. emm..tunggu......
    terimakasih pada Lat kerana mengomen dan mengikuti novel ini juga pada pembaca senyap KPSD.
    terimakasih sekali lagi....

    ReplyDelete