wallpaper

20140116

e-Novel-KU PENDAM SEBUAH DUKA - bab 3


Bab 3


Bagi  Durrah, umur 30an bukanlah terlalu tua jika  dia masih belum berkahwin tetapi bagi emaknya sebaliknya. “Kelmarin, mak cik Hendon ada datang jumpa emak”. Emaknya berjeda …

‘Ini mesti tak ada hal lain, mesti cerita pasal kawin’.Bisik hati Durrah.Kepala Durrah ligat memikirkan yang mana satu mak cik Hendon.  Oh!!. Egen pencari jodoh tu…?

“Dia datang bertanyakan  kamu. Dia nak jodohkan anak saudaranya yang bekerja kat KL dengan kamu, budak tu muda sikit dari kamu, dia jadi Inspektor polis katanya. Kalau kamu setuju nanti bolehlah dia bawakan orangnya. Bolehlah kamu berkenalan  dengan dia, katanya lagi , budak tu pun tempat kerjanya tak jauh dengan tempat kerja kamu.” Durrah hanya mendengar cerita emaknya.

‘Apa dia ingat Kl tu kecil ke? Macamlah dia tu tau sangat…’ umpat Durrah dari dalam hati.

‘Polis??????...Eeee…..
aku ni memang takut  bukannya sedikit dengan polis. Ini mungkin dari kecil lagi sudah di takutkan aku, kalau buat salah sedikit sedikit, pasti polis tangkap. Maka sampai besarlah aku takut polis. Macamana ye… ..kalau  aku buat kesalahan  lalulintas? Polis tahan, aku pun pengsanlah dalam kereta jawabnya.’ Omel  Durrah dalam hatinya.

“Alah mak ni, dengar sangatlah cakap ejen pencari jodoh tu, nak rekemenkan orang, bukan main bagus lagi, tapi apa yang dia kata banyak yang tak boleh di pakai. Mak lupa?, dia yang nak jodohkan Aminah tu dengan budak Muar dulu tu. Rekemen punyalah bagus,  rupa-rupanya budak tu penagih dadah, tak ada kerja harap duit mak bapak  yang kaya aje, itu masa mak bapaknya hidup lagi, kalau nanti dah mati, macamana?. Nasib ada orang lain beritahu tok cik, kalau tidak, buat aniaya kat Aminah aje…”. Durrah sebenarnya tak suka dengan cara makcik Hendon, mungkin dia dapat upah dari setiap jodoh yang di cari. Apa dia peduli, asalkan dia dapat upahnya.

“Agaknya dia dapat upah dari orang tak mak?  Ialah semua jodoh yang dicarikan, dia kata untuk anak saudaranya, dulu untuk Aminah pun dia kata dari anak saudaranya juga.” Durrah meluahkan rasa tidak puas hatinya.

“His kamu ni, anak dara tolong jaga sikit mulut tu, dah tak mahu dahlah  jangan nak mengata pula, nanti dengar dek orang lain, kan tak elok.” Durrah hanya diam bila ditegur oleh emaknya,
Salmah hanya mampu mengeluh. Memang dia tidak perrcaya sangat dengan si Hendon tu, tapi dia risaukan anaknya Durrah. Umur Durrah sudah semakin bertambah, tapi tak kawin lagi. Rasanya teman lelaki , Durrah pun tak ada.

Dia memandang Durrah dengan ekor matanya.’Anak aku ni bukannya tak cantik, cantik juga. Mukanya bujur sirih, bermata kuyu,berwajah lembut, bila memandangnya penuh kesayuan. Mustahil tak ada seorang pun lelaki yang terpikat, bentuk badannya  o.k. tinggi lampai, tak gemuk dan tak pula kurus sangat. Pendek kata, anaknya cukup sempurna sebagai seorang  gadis. Adakah Durrah terlalu memilih? Atau ada sesuatu yang Durrah sorokkan dari aku? Dia berkawan dengan suami orangkah?  Atau dia tak suka dengan lelaki? Dia suka sesame……ya ALLAH jauhkanlah  dari perkara buruk itu…’ Bicara Salmah didalam hatinya.

Sememangnya dia tidak pernah tahu dengan siapa Durrah berkawan sekarang. Sejak dia bekerja di kota, dia tak pernah membawa balik lelaki kerumah ini. Sewaktu Durrah belajar dahulu adalah seorang budak Johor Baharu yang sekolej dengannya  pernah datang ke rumahnya. Teruk juga Durrah dimarahinya. Dia bimbang Durrah melalukan perkara yang tak elok. Ialah bukan senang hendak menjaga  seorang anak perempuan. Rasanya telah lama budak itu tidak datang lagi ke rumahnya.

Tiba-tiba sahaja Durrah hendak bekerja di kota, dahulu dia lebih senang  bekerja di Bandar Meaku  sahaja. Walaupun di halang, Durrah tetap hendak pergi bekerja di kota juga. Rupa-rupanya menurut cerita mak usu, Durrah kecewa sebab putus cinta dengan budak Johor Baharu tu. Itu yang dia bawa diri. Patut pun dia melihat Durrah semakin kurus dan kurang bercakap, hanya termenung sahaja. 

‘Apalah aku ni tak perihatin langsung terhadap anakku sendiri’. Salmah menyalahkan dirinya sendiri kerana terlepas pandang dengan Durrah, Sememangnya Durrah seorang yang terlalu perahsia orangnya. Jarang sekali di bercerita tentang masalahnya pada orang lain walaupun pada emaknya sendiri.Mungkin dia tidak mahu membebankan emaknya. 

Salmah melepaskan keluhan yang berat sambil memandang  Durrah yang termenung jauh memerhatikan helain demi helain daun-daun getah yang bertaburan di tiup angin.

‘Insyaallah emak akan sentiasa mendoakan kamu Arrah. Moga kamu akan mendapat jodoh yang baik’. Doa Salmah didalam hatinya. Dia tahu suatu hari nanti Durrah akan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik kerana anaknya adalah anak yang baik, jarang sekali Durrah menyakiti hatinya dan Durrah tidak  pernah berkasar dengannya. Durrah sememangnya anak yang baik. Kan telah sedia maklum, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik?

“Kamu tak ada kawan lelaki ke Arrah dekat sana?”  Durrah tersentak mendengar pertanyaan dari emaknya, terbang segala anganannya.

“Kawan lelaki?” Soalan berjawab soalan juga.

“Iyalah budak-budak sekarang katanya boypren…”  Kata Salmah lalu ketawa dengan bicaranya sendiri.

“Banyak mak, bebudak kerja kat kilang tu 90% semuanya  lelaki” Jawab Durrah, dia tahu apa maksud emaknya.

“Atau kau ni suka sama-sama perempuan ke Arrah” Salmah Serkap jarang. Kadang-kala kena juga berterus-terang.

“His, mak ni, ingat Arrah hilang akal dan tak ada iman ke?”. Tukas Durrah, tidak disangkanya kesitu pula tanggapan emaknya.

“Iyalah kesana-kemari asyik dengan si Rita aje, tak pernah mak nampak kamu berkawan dengan orang lain. Dari Rita tu anak dara sehinggalah sekarang ni dia dah jadi janda, dia juga yang kau tunggu”. Durrah hanya mengelengkan kepalanya. Nak tergelak juga dia dengan anda andaian emaknya. Durrah ketawa kecil. Gelihati!

“Atau kamu berkawan dengan laki orang ke Arrah?, kamu tunggu izin dari isteri pertama dia ke?” Salmah bertanya lagi. Manalah tahu kot-kot betul tekaannya. Perempuan yang seusia dengan Durrah ini bukannya senang nak cari yang bujang.

“Mak ni, kesitu pulak dia, pandai aje mak serkap jarang , mana ada mak…”Jawab Durrah ikhlas.

“Mak ni bukannya apa, zaman sekarang ni anak dara lebih suka suami orang sebab dia tengok lelaki tu dah ada gaji besar, kereta besar, rumah besar ialah mereka dah lama bekerja tentunya  pangkat pun dah naik, tapi kita lupa semua tu untuk keluarga dia, kita pulak nak menumpang, manalah orang tak marah sebab milik mereka dah mula kurang. Kurang wang, kurang masa kurang kasih sayang dan segala-galanya kurang sebab terpaksa dibahagi dua.

Mak bukannya apa Arrah, kalau boleh janganlah ambil suami orang, nanti banyak masalah. Seronok dan senangnya hanya sekejap sahaja yang lebih tu asyik bercakaran aje, paling tidak pun terpaksa makan hati dan kena sabar berlipat kali ganda. Kata  orang tua, jika kita melukakan hati orang lain,  suatu hari nanti orang lain pula akan melukakan hati kita.Kamu tengok artist u, dulu bukan main lagi gah bangga ambil suami orang, dapat rumah besar, kereta besar macam-macam lagi, porak peranda rumah tangga orang sampai turun naik mahkamah. Sekarang ni apa dah jadi? Belum pun lama tak sampai 10th, rumah tangganya pula porak peranda sampai turun naik mahkamah sebab nak tuntut macam-macam benda. Sekejap aje dah dapat balasannya. Zaman sekarang ni tak payah nak tunggu sampai hari akhirat, dunia lagi ALLAH dah tunjukkan. Jika kita buat baik, baiklah yang akan kita dapat.

Ada 2 perkara yang ALLAH balas di dunia ini secara tunai. Pertama, pada anak-anak yang derhaka pada kedua ibu bapanya dan yang ke dua adalah doa dari orang yang di zalimi. Sebab itu kita jangan membuat zalim atau menganiaya pada orang lain.”  Dengan penuh perasaan Salmah memberi ceramah. Sakit telinga Durrah tak pasal-pasal telinganya kena ‘basuh’.

‘ Macamlah aku pula yang nak kawin dengan suami orang’. Bisik hati Durrah.

“Mak pun tahu bergongsip ye….?” Durrah ketawakan emaknya bila Salmah menyebut nama artis tersebut. Kenal pula emaknya. Ialah mukanya artis ituselalu keluar TV sejak akhir-akhir ini.. Cantik pula tu, muda-muda lagi dah dapat pangkat Datin. Sekarang ni mungkin gelaran itu dah di tarik balik kot?. Tak  ke rugi ……?

“Siki-sikit tu tau jugalah bila orang bercerita masa duduk menyembang.”  Durrah masih lagi ketawa, dia turut berrsetuju dengan pendapat emaknya. Jika kita melukakan hati orang lain, suatu hari nanti pasti hati kita akan di lukai juga akhirnya…..

‘Tapi aku tak pernah melukai hati orang tapi kenapa Fazlan melukai hatiku’ Soalnya sendiri.

Tapi ada juga orang hidup bermadu bahagia. Beroleh kesenangan dan rumahtangga aman bahagia. Ingin rasanya dia menyuarakan pendapatnya tetapi dia bimbang lain pula tafsiran emaknya pula.

“Dan lagi satu, jangan pula kamu cari ‘Mat Bangla, ke Nepal,  atau mana-mana lelaki yang berbangsa asing yang berpasport merah, nanti susah. Mana tahu, nanti dijualnya kamu tu baru kamu tahu.” Emaknya membebel lagi.

Durrah hanya tersenyum, ‘Pasport Biru  pun aku tak ada, inikan pula  Pasport Merah’. Bisik hati kecilnya.

“Kamu tak  kawan lagi  budak Johor Baharu yang  satu kolej dengan kamu  dulu tu Arrah, siapa kenamanya?”

Ah!.  Kenapalah nama itu yang disebutkan lagi.                                                                    

 XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


“Betul Arrah,  akak tak tipu kau,  Fazlan sendiri yang minta tolong akak sampaikan salam perkenalan ini pada Arrah”. Kak Seha mencapai tangan Durrah lantas meletakkan satu bungkusan diatas tapak tangan Durrah.

“Dia betul-betul ikhlas nak kawan dengan Arrah, Selama ini dia tak pernah nak berkawan dengan student perempuan di kolej ini, dia tu baik, o.k ape…..Arrah cubalah dulu berkawan dengan dia dengan lebih dekat lagi, kemudian tu barulah Arrah menilai dia, kalau o.k., bolehlah dibuat steady, kalau tak o.k, Arrah angkat kakilah.” Baik punya rekomen dari kakak senior sorang ni.

Dalam senyum malu, Durrah membuka bungkusan tersebut, ada sebatang pen pilot dan sedikit nota di dalamya. ‘Boleh tahan juga jiwang karat mamat ni, masa orentasi dulu nanpak nampak macam brutel aje, rupa-rupanya dia mat jiwang’.

Akhirnya surat dan salam perkenalan dari Fazlan, Durrah peram buat jeruk, dibiarkan sepi tanpa balasan.
Gosip tentang Fazlan dan Durrah dapat juga dihidu oleh Asmah,  seorang lagi teman sebilik Durrah. Entah angin dari mana yang membawa khabar berita  tersebut. Asmah menghempaskan badannya ke katil.

“Tak guna punya kawan, aku yang pasang angan-angan kat mamat tu, kau pula yang dia suka, buang masa aku aje.” Asmah  memuncungkan mulutnya. Durrah ketawa, dalam masa  yang sama dia serba salah kerana Fazlan turut di minati oleh teman sebiliknya.

“Aku minta maaf Mah, tak terniat aku untuk pancung kawan sendiri, aku pun belum beri kata putus  sama ada aku terima dia atau tidak. Nantilah aku pulangkan semula pen dia.”  Durrah lebih rela tidak menerima  Fazlan dari bermusuhan denagn Asmah. Bila ada musuh, macam-macam boleh terjadi. Dalam diam sebenarnya Durrah turut meminati  Fazlan  bukan kerana  ‘kehensemannya’ tetapi kejantanan suaranya yang saban malam menyanyikan lagu-lagu syahdu sebelum mata terlena. 

Seperti pelajar-pelajar perempuan yang lain, Durrah juga sentiasa menantikan Fazlan and The Geng membuat persembahannya dari koridor asramanya. Ada kalanya mereka mengendap dari balik tirai tingkap, ada kalanya mereka hanya melepak dari atas katil melayan perasaan sambil mendengar lagu-lagu yang didendangkan diiringi gitar pekak, pukulan tong sampah dan segala barang yang boleh digunakan sebagai muzik sampingan. Kombinasi muzik mereka adakalanya menyakitkan telinga, maka kedengaranlah suara hilai tawa mereka. Tetapi bila mereka tidak membuat perangai gila sebegitu, terasa sunyi pula malam-malam hari di kolej ini.

“Alah relaxlah minah, itu pun kau nak ambil hati, lagi pun kau kan kata, dia tu bukannya hensem mana pun, banyak lagi mamat yang hensem kat kolej kita ni. Tu brother John tu pun aku rasa dia kosong lagi kan?”.Durrah tersenyum membayangkan ‘brother John’, kawan baik  Fazlan . Nama sebenarnya Muzaffar anak  kacukan Inggeris.

“Jangan cari pasal, aku pernah dengar dia kawan dengan seorang model. Memang pun padan dengan dia, dia tak pandang orang macam kita ni Mah, dahlah janganlah kita simpan perasaan.” Kasihan pula Durrah melihat Asmah, matanya terkebil-kebil entah apalah yang dia fikirkan.

“Kalau macam tu terpaksalah aku ambil si Muaz tu, dia aje yang sesuai dengan dengan aku yang hitam manis ni.” Durrah ketawa gelihati. Muaz tu dahlah pendek, hitam pulak tu, bukannya hitam manis tapi hitam ‘ireng’.
“Orang kata biar sakit dimata asalkan senang dihati. Nanti kalau aku dapat dia, aku bedakkan dia biar putih sikit, lepas tu suruh dia pakai baju putih baru senang nak nampak”. Asmah bercanda. Durrah mengekek ketawa. Asmah memang pandai buat kelakar. Ada-ada sahaja lawaknya.
“Jangan pulak kau yang  lari ketakutan bilan nampak baju aje yang berjalan….”. Asmah membalingkan bantalnya ke muka Durrah. Mereka sama-sama ketawa.

“Kenapa Arrah tak balas surat saya, mungkin Arrah tak sudi berkawan dengan saya atau Arrah marah dengan saya?. Saya minta maaf, saya selalu buli Arrah masa orentasi tu. Bukan maksud saya nak malukan Arrah tetapi tujuan sebenarnya saya adalah untuk lebih dekat dengan Arrah”. Fazlan mengundang resah di hati Durrah.

“Saya Fazlan Farush bin Satimin, dengan ikhlas hati ingin berkenalan dengan saudari”. Salam dihulurkan, dalam termanggu Durrah menyambut salam  Razlan.

“Saya Durrah bte Ahmad”. Lalu tangan Durrah berada erat dalam genggaman tangan Fazlan. Durrah memberikan senyuman mesra.

Bermulalah satu episod  yang indah dalam hidup Durrah. Punya kawan-kawan, punya kekasih. Kekasih?????Takut pula jika emaknya tahu, tentu makcik Salmah akan mengejarnya dengan penyapu. Bukankah tujuan utamanya datang ke kolej ini adalah untuk menuntut ilmu bagi  mengubah masa depannya?. 

‘Ah! Tak salah kan bila menyelam sambil minum air.’ Durrah memujuk hatinya sendiri.
Durrah selalu menjadikan percintaan mereka sebagai pembakar semangat untuknya terus maju dalam pelajaran dan dia sentiasa memastikan keputusan peperiksaannya  mesti bagus, PGK yang dia dapat  selalunya melebihi 3.5 keatas. Dia malu pada Fazlan jika keputusan peperiksaannya dan lebih malu lagi bila dikatakan kekasih Fazlan seorang penuntut yang bodoh. Tentunya  Fazlan juga akan malu kerana dia diantara penuntut ‘top 10’ di kolej ini.

Dalam perhubungan, mereka sentiasa menjaga tatasusila, tak pernah pula Fazlan membuat perkara-perkara yang pelik-pelik pada Durrah. Justeru itu Durrah sangat sayang dan menghormati Fazlan. 

No comments:

Post a Comment