wallpaper

20140510

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 17

Bab  17

Minggu berganti bulan, Durrah sabar menanti kepulangan Johan hingga ke akhir bulan, hari Rabu. Hati nya di seru rasa ragu, ‘dia dah balik ke? Ataupun dia balik hujung minggu ni?’. Akhirnya  keputusan di ambil, Durrah pulang ke rumah pada hari Jumaat selepas waktu kerja.

Perlahan-lahan Durrah membuka pintu memberi salam. Tiada siapa pun di rumah. Keadaannya sama seperti keadaan yang ditinggalkan minggu lalu. Mungkin Johan belum pulang.Durrah ke kamar, mandi dan bersembahyang magrib. Selepas itu dia ke dapur menanak nasi.

‘Nak masak lauk apa ye?, soal hatinya, dia tercari-cari apa yang boleh di masak. Hanya telur sahaja. Terasa malas hendak makan di luar, dia menggoreng telur sahaja. Telur masak kicap!. Dah lapar, makan apa pun sodapppp….Hari sudah malam, makan hanya untuk mengalas perut agar tidak kelaparan hingga ke pagi hari.

Selepas isyak, Durrah menonton TV. Tiada siaran yang menarik hatinya. Sewaktu Durrah berjalan ke biliknya, dia terdengar pintu utama di buka oleh seseorang, Durrah berpatah balik, dia melihat Johan berjalan perlahan mendapatkannya "
"yang berdiri bagaikan patung cendana.

“Assalamualaikum…”Johan menghulurkan tangan. Durrah tersipu malu, di sambutnya tangan Johan lalu di ciumnya.

“Waalaikumsalam….dah lama abang balik?”Mendesak hati Durrah ingin tahu bilakah suaminya pulang.

“Hari Rabu”. ‘Eh! Memang patut pun, kan hari hari rabu tu hujung bulan, aku yang dungu!’ kutuk Durrah pada dirinya sendiri.

“Arrah tak tahu pun abang dah balik, abang nak makan?” Pertanyaan Durrah sekadar mengambil bahasa. 

‘kalau dia nak makan, aku buat telur mata kerbau ajelah’ cadangan hatinya.

“Saya dah makan tadi di luar, saya tak sangka pula awak ada di rumah, bila sampai?”.

“Petang tadi sebelum magrib”.

“Awak dah makan?”

“Dah”. Eh! Ramah pula dia?

“Saya masuk bilik dululah”. Durrah hanya memandang Johan melangkah menuju ke bilik.

‘Aku pula nak ke mana?Eh!Takkanlah aku pun nak masuk bilik sama,malu pula nanti rasanya, biarlah dia mandi’. Bisiknya dalam hati kecilnya.


Durrah di ruang tamu, menekan remot control satu persatu mencari siaran yang menarik. Akhirnya  Durrah mematikan TV.Tiada satu pun siaran yang menarik hatinya. Durrah serba salah, nak masuk bilik malu rasanya.

‘Takkanlah aku nak tidur disini pula,kenapa dengan aku ni?Bila berjauhan bukan main rindu lagi, bila dah ada depan mata malu pula. 

‘Malu tapi mahu’.Durrah mengutuk dirinya sendiri.

Akhirnya Durrah ke bilik, perlahan-lahan dia membuka pintu ,dia melihat Johan tidur dengan lelap, terdengar bunyi dengkuran halusnya lembut. Dalam cahaya suram lampu tidur, Durrah menatap wajah suaminya.Tenang. 

‘Dia’suamiku,kenapa dia tidak sama dengan suami-suami orang yang lain terhadap isterinya. Adakah dia tidak merasa rindu pada aku?Setelah dua bulan tidak bertemu?’ Durrah mengeluh sendiri.
Durrah teringat kata-kata Johan tempoh hari sewaktu mereka di restoran sebelum dia berangkat ke U.K, dia memerlukan masa untuk merealisasikan hubungan mereka. 

‘Berilah dia masa Arrah’ hati kecilnya memujuk.

“Ya…aku akan berikan dia masa entah sampai bila…”    


Seawal subuh Durrah telah bangun,teringat akan pesan dari emaknya, dia tersenyum sendiri. Selepas mandi, bersembahyang, dia sedikit berdandan.

‘Ah! Kalau aku berdandan sakan sekali pun masih lagi tidak boleh menandingi Azreen, bekas isteri Johan.’ Tiba-tiba hatinya di gugat rasa sedih.Secepat kilat dia beristigafar didalam hati. Sepatutnya dia  bersyukur  kepada  Allah atas kurniaan dariNya,dia sempurna dan tidak cacat. Kecantikan itu sangat subjektif, dia merenung cermin, terlihat wajahnya sendiri. Dia terasa ada mata lain yang turut memandang. Dia berpaling, dilihat mata Johan masih lagi terpejam. Dengan perlahan dia memegang bahu Johan.

“Abang dah subuh bang”.Dia mengejutkan Johan untuk sembahyang subuh dan dia sendiri tidak pasti adakah hari ini Johan bekerja atau bercuti.

“Awak dah ada lesen kereta?”soalan pertama dari Johan sewaktu mereka menghadap sarapan pagi.

“Dah”.jawab Durrah ringkas.

“Awak plan nak beli kereta apa?”

“Lexus Rx 300…”.

“Haaa…..”ketawa besar Johan.

“Boleh tahan juga tase awak ye”.katanya lagi.

‘Lexus? Si kancil pun aku tak mampu nak beli’ kata hati Durrah.

Durrah masih lagi di dapur, menilik didalam peti ais apa yang boleh di masak untuk makan tengahari nanti. Nampaknya terpaksalah dia keluar membeli barang-barang dapur.

“Eh!Cepatlah bersiap”.Durrah hanya memandang Johan. Pelik!

“Nak ke mana?” soal  Durrah. Dia melihat Johan sudah bersiap dan pakaian yang santai.

“Awak kata tadi nak beli Lexus?”mengekek  Durrah ketawa.

“Cepatlah bersiap. Kita keluar cari kereta yang sesuai untuk awak ke tempat kerja, kita cari setelah membeli barang-barang dapur. Awak akan tinggal disini kan?” Durrah hanya mengangukkan kepalanya. Dengan berat hati, dia menuju ke bilik untuk menyalin pakaian yang sesuai.

‘Mampu ke aku beli kereta?Kereta apa ye?’hatinya tertanya sendiri.


Seharian mencari kereta yang sesuai, akhirnya Durrah berjumpadari apa yang dia mahu.

“Kenapa kancil aje?, tak mahu kereta lain ke?carilah yang besar sedikit”. Durrah hanya mengelengkan kepalanya. Jarinya masih lagi menunjuk kereta kancil dihadapanya.

“Oklah tu,itu pun tak tahu lagi boleh bawa ke tidak”.Durrah hanya ketawa tetapi  didalam hatinya. ‘Kancil ini pun entah boleh bayar , entahkan  tidak, mana nak bayar kereta, duit minyak, emak,  adiknya Asila dan lain-lain. Ah!Tapi dia mesti berfikiran positif,  Insyaallah boleh,  mana tahu  rezeki orang dah berkhawin.

“Kenapa tak nak yang tu? Rasanya kereta tu sesuai untuk orang perempuan bawa”.Johan menunjukkan Gen 2 dan Pesona di hadapan mereka. Durrah mengelengkan kepala.

“Arrah tak minatlah, lihat bampernya terjongket sedikit, macam tonggek aje”. Lain orang lain citarasanya.

“Tonggek?  Emmmm…..o.k ape? Seksi, tu yang best tu…”. Johan menjongketkan  keningnya, matanya mula menakal. Durrah menetapkan bibirnya. Dia memalingkan mukanya yang kelihatan merah. Malu! Johan ketawa kecil melihat tingkah isterinya bila diusik begitu.


Hari yang menggembirakan sampai jua. Kini, Durrah sudah  punya kereta. Betapa gembiranya dia, tersenyum sampai ke telinga. Kalau orang berbangga dengan kereta Mercedes/Brimernya, Durrah pun boleh berbangga dengan keretanya walaupun hanya dengan berkereta kancil. Yang penting, dalam hidup, kita mesti pandai mengukur baju di badan sendiri. 

“Nah!”. Johan memberikan H/Pnya pada Durrah. Durrah hanya memandang dengan polos.

“Itu H/P lama saya, gunalah, saya dah belikan no. baru untuk awak. Awak mesti ada H/P, kalau ada apa-apa hal nanti di jalanraya susah pula. No. H/P saya ada dalam tu. Kalau ada apa-apa hal, talipon saya.” Durrah hanya menganggukkan kepala.


“Terima kasih”. Dia membelek-belek H/P di tangannya. ‘canggih juga H/p dia ni’. Durrah tersenyum bila teringat Rita. Sahabatnya selalu membebel dengannya kerana Durrah sukar untuk dihubungi, dia juga mengatakan Durrah kedekut, mana ada orang zaman sekarang yang tak guna H/P lagi, budak-budak sekolah sekarang ni pun sudah menggunakan H/P. 

Jehan juga selalu mengeluh, budak-budak di kilang tu pun asyik menaliponnya bertanyakan tentang gaji. Durrah hanya ketawa. Biar padan dengan muka Jehan. Biar dia rasa. Bagi Durrah, tiada H/P, hidupnya lebih aman. Jika emaknya ingin bercakap dengannya, emaknya akan menggunakan talian talipon di rumahnya ataupun di pejabatnya. Dia tersenyum lagi, no.H/P ini hanya orang-oang yang berkenaan sahaja yang boleh tahu.

No comments:

Post a Comment