wallpaper

20140312

e-Novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 11

Bab 11      

Salmah membebel di telepon bila hari khamis Durrah masih lagi tidak sampai di kampung. Salmah bimbang Durrah menarik diri dari majlis ini. Tentunya mereka sekeluarga akan malu besar.
Durrah pula entah kenapa berbolak-balik hatinya. Hendak diteruskan, rasanya seluruh hatinya tidak  ada rasa cinta terhadap Johan.  Walaupun dia ingat-ingat lupa pada  wajah Johan, rasanya tak  tak ingat langsung kot!.

Durrah pasti Johan  juga tak menginginkan pernikahan ini. Pandai-pandailah orang tua yang menguruskan. Nak di batalkan, majlis hampir berlangsung, baginya biarlah dia mati dari melukakan hati emaknya.
Kasihan emaknya. Emaknya terlalu sayang padanya. Sepanjang hayat, Durrah  sedar dia tidak akan mampu membalas jasa emaknya apatah lagi untuk melukai hati tua itu. Tak sanggup  dia membuat emaknya menangis. Terlalu lama emaknya hidup dalam  duka dan nestapa, juga hidup dalam kesusahan semenjak ayahnya meninggal. Emaknyalah yang membanting tulang empat keratnya untuk membesarkan dia dan adik-adiknya.

Jika pernikahan ini boleh mengembirakan hati emaknya, dia redha. Mana tahu, berkat doa dari emaknya dan sudah tersurat jodohnya. ‘Siapalah aku untuk mempersoalkan urusan ALLAH’. Bisik hatinya.

“Hei pengantin! Kenapa kau  ada di sini lagi?”.Terpernjat Durrah mendengar suara petir itu.
“Kok  ye pun, berilah salam dahulu, nanti mati terkejut pula aku, tak sempat naik pelamin”. Gelihati Durrah.

“O.klah Assalamualaikum…., kau ni kenapa tak balik lagi? Esokkan hari petang berinaikan? Pengantin tak ada macamana nak berinai ni? Kau ni buat mak kau sakit jantung tau?”Membebel lagi Rita.

“Entahlah….”Durrah hanya mengangkatkan bahunya dan mengeluh.

“Kau ni orang bagi kahwin pun tak mahu, kalau aku tentunya aku dah melompat dah, abang duda pula tu, tak ada anak lagi bukannya budak mentah. Duda ni banyak pengalaman tau, itu  yang bestnya. Lagi pun ada pakej lengkap, manager lagi, tentunya machokan?. Orang lelaki ni lain sikit Arrah,’life beginning 40”  kata-kata dan lirikan mata nakal  Rita membuatkan Durrah rasa malu.

‘Ah! Menyampah betullah janda muda ni, gedik sungguh’.
  
“Aku serius ni Arrah, kenapa kau tak balik lagi? Takkanlah kau nak batalkan majlis tu, kasihan mak kau. Mungkin perkahwinan  ini adalah  suatu perkara  yang terbaik  akan berlaku dalam hidup kau nanti. Aku tahu kau tak kenal dan cinta pada abang Johan tu, tapi Arrah, tak semestinya perkahwinan yang dilandaskan cinta akan bahagia. Kau tengok aku, sebelum aku kahwin, cinta bagai nak rak, tapi akhirnya bercerai-berai juga.” Suara lembut Rita benar-benar memujuk Durrah. Durrah  termakan juga nasihat Rita.

“Aku balik besok pagilah….” lemah sahaja jawapan Durrah sudah cukup untuk Rita memberhentikan bebelannya.

“Aku takutlah Rita”. Durrah mula bersuara gusar.

“Apa yang kau takutkan?  Biasalah semua perempuan akan berasa takut dengan pengalaman pertama untuk menjadi isteri. Dahulu aku pun takut juga walaupun kami dah saling mengenali.  Bukan kita aje, minah saleh pun takut tau, kalau tak takkanlah si Julia Robert tu lari di hari kahwinnya dalam cerita apa ha? Lupa pula aku…”. Rita menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.

“Alah tak payah takut sangat lah…..abang  Johan tu bukannya Gorila yang nak cekik kau, lebih-lebih pun dia ‘makan’ kau aje….”  Rita semakin menyakat Durrah.

“Aku bukannya takutkan yang itu, yang aku takutkan …..kau pun tahukan  bekas isteri  abang Johan  tu macamana, cantik jelita si model popular tu, anak orang kaya lagi. Sedangkan aku ni biasa-biasa aje. Aku takut tak boleh menjadi isteri yang sebagaimana yang dia harapkan.” Durrah masih lagi dengan nada gusarnya.

“Alah apa yang nak fikirkan itu semua. Jadilah diri kau yang sebenarnya. Siapa kata  kau tak cantik, kau cantik apa? Cantik asli, kalau tak takkanlah  sampai pak Arab tu angau kat kau, kau tu aje yang tak pernah percaya dengan diri sendiri akan kelebihan yang kau ada. Tentang nak goda hati suami ni nanti aku ajarkan, yang penting besok pagi kau balik nikah dahulu.”  Rita tersenyum sambil mengenyetkan matanya.

“Eh!  Kau belum balik lagi Arrah?” Tiba-tiba Julia muncul, entah dari mana malam-malam buta begini.

“Sorylah aku tak dapat datang, nah! Hadiah ikhlas dari aku.” Julia menghulurkan  sekotak hadiah pada Durrah

“Thanks Ju…”.

“Lepas kahwin nanti kau duduk kat mana?. Soal Julia lagi.

“Entahlah, aku pun belum bincang lagi dengan dia”. Durrah sendiri pun tak tahu lagi akan kemana dirinya selepas  ini.

“Suami kau kerja kat mana?”. Soalan itu makin merimaskan Durrah.

“KL alah biasa-biasa aje.”. Durrah tidak pernah memberitahu sesiapa apa pekerjaan Johan, hanya pada Rita sahaja dia bercerita tentang Johan, itu pun entahkan betul entahkan tidak, Durrah sendiri pun kurang pasti. Johan tinggal di mana pun Durrah tidak tahu.

“Kau ni betul ke nak kahwin Arrah, macam tak percaya pula aku.” Belum pun sempat Durrah menjawab pertanyaan Julia itu, Rita sudah memintas….

“Ha! Jangan nak tanya soalan-soalan merepek tengah-tengah malam buta ni…..”. Marah Rita pada Julia sambil membeliakkan matanya. Makin berbolak-balik hati Durrah di buatnya.

“O.klah, nanti kau beritahu aku kalau kau tak tinggal lagi di sini”. Julia sedar dia telah tersalah kata, nanti tak pasal-pasal bergaduh pula dengan si Rita ni. Janda  itu  mulutnya boleh tahan laser juga.

“Sudahlah Arrah, pergilah kau tidur, esok pagi-pagi lagi kau nak balik kan?”. Rita mengingatkan janji Durrah padanya dengan nada yang memujuk.

“Ehem….Assalamualaikum Rita, selamat malam…”.Durrah pun melabuhkan  kepalanya di atas bantal dan tilam lusuhnya. Esok entah boleh atau tidak dia tidur lagi di sini.

Setelah membaca beberapa surah, matanya masih lagi sukar untuk lena. Fikirannya masih lagi menerawang hingga tiba di kampung. Dia cuba bayangkan di halaman rumahnya ada satu atau dua balai makan, pelamin dan bilik pengantin. Dia menarik nafas panjang. Anganannya singgah pula ke rumah Johan. Entah bagaimana pula keadaan di rumah Johan. Mungkin sederhana juga, kerana ini kenduri kahwin Johan buat kali ke dua.

Durrah cuba membayangkan wajah Johan tetapi begitu kabur sekali. Hatinya benar-benar sedih, dia tidak di beri peluang untuk mengenali bakal suaminya. Johan juga tidak pernah datang mencarinya untuk berkenalan, bukannya jauh pun tempat tinggal mereka. Durrah masih lagi memujuk hatinya. Seperrti kata adiknya Asila. Bukan calang-calang orang dapat masuk  ahli kelab ‘Jeng Jeng Jeng’.


Tengahari itu juga Durrah tiba di rumah emaknya. Di depan rumah,  emaknya  menyambut ketibaannya dengan gembira. Dipeluk dan dicium kedua-dua pipi Durrah bagaikan setahun tidak berjumpa. Naik malu Durrah di buatnya di hadapan orang dan adik-adiknya. Nasir hanya tersenyum, sememangnya dia tidak banyak cakap.  Durrah memandang emaknya. Ada air mata  yang bertakung di mata tua emaknya itu.
Durrah tahu emaknya pasti bimbang  jika Durrah tidak pulang , siapa pula yang hedak bersanding dengan Johan. Mereka sekeluarga akan malu besar jika Durrah lari dari majlis ini. Rasa bersalah mula menyarat tangkai hatinya kerana telah membuatkan hati emaknya risau. Air mata Durrah turut bergelinangan apabila Asila turut memeluknya. Hatinya benar-benar sayu.

‘Ya ALLAH, kuatkanlah hatiku ini dalam menempuh lari-hari yang bakal aku lalui. Insyaallah aku akan korbankan segalanya untuk emak’. Tekat  hatinya.

Seketika Durrah menebarkan pandangan matanya ke halaman rumah. Ada dua kemeh yang sederhana besar. Beberapa orang jiran tetangga dan saudara mara sedang bergotong- royong membuat persiapan untuk kenduri  esok.
Majlis kenduri ini tidaklah besar mana, hanya sederhana sahaja dan itulah permintaan Durrah pada emaknya. Durrah sendiri sedar, dia bukanlah dari keluarga yang kaya, justeru itu, kenduri ini hanyalah untuk menjemput jaran tetangga dan saudara mara yang terdekat.
Terpegun dia melihat bunga telur yang digubah cantik dan dicucukkan pada batang pisang dan di letakkan di kiri dan kanan pintu utama.

‘Cantik’. Kata hatinya. ‘Siapa buat?’

“Bunga telur tu emak yang gubah.”  Asilah menerangkan bagaikan dia tahu aje persoalan  yang timbul dalam benak di kepala Durrah.

“Emak guna bunga telur supaya kamu tu subur, biar dapat banyak anak.”  Kata Salmah.

Ada pulak!’. Kata hati Durrah dengan jengkel. ‘Apa kene mengena telur dengan kesuburan aku?’. Tapi kata-kata itu hanya terlahir di dalam hati, takut pula emaknya tersinggung.

“Dahlah Asilah, ajak kakak  kamu  tu masuk ke dalam. Lama-lama sangat kat luar, nanti hilang pula seri pengantinnya tu…..”. Durrah hanya tersenyum mendengar usikan mak usunya. Dia mendapatkan mak usunya.

“Cantik tak pelamin ni kak?”. Tanya Asilah hanya untuk mengambil  reaksi Durrah setelah dia memandang  pelamin di tengah-tengah rumah tanpa apa-apa komen.

“Cantik, siapa yang buat?”. Sengaja Durrrah  membeli hati  adiknya.

“ Kamilah yang buat, kak Ami pun tolong juga. Alah simple aje, kalau nak sewa  nanti mahal  akak bising pulak.” Memang pun, nak buat apa membazir. Simple macam ni pun dah kira o.k dah. Sememangnya Durrah sudah berpesan dengan  emaknya, jangan membazir, buat ala kadar sahaja, yang pentingnya nikah. Sememangnya emaknya tak membantah, diikutkan sahaja cakap Durrah asalkan Durrah bersetuju untuk di kahwinkan dengan Johan.


Durrah berjalan dan masuk ke dalam biliknya yang selalu digunakannya. Biliknya telah bertukar wajah. Perabut lama telah diganti baru, langsir dan cadar serta keseluruhannya berwarna biru laut.  Sejuk mata memandang.

“Nanti pengantin kita berbulan madu di awan birulah ye atau pun di laut biru?” Usik Asilah sambil mengenyetkan matanya.

Durrah membeliakkan matanya  tanda tak setuju. Asila ketawa lalu berlalu ke dapur. Durrah terpandang barang-barang hantaran untuk esok. Hanya ada sebuah kek kukus buah-buahan dan kek krim yang di tempah, di atas kek tersebut tertera namanya dan nama Johan, juga sebakul buah-buahan.
Tiada lain-lain barang hantaran sepertimana orang lain.  Durrah sedia maklum kerana  hantaran yang dipersetujui hanyalah RM5,000.00 suci bukannya serba satu. Justeru itu Durrah tidak akan dapat apa-apa barang hantaran dari pihak lelaki kecuali duit hantaran sahaja. Jika ada barang iringan, itu terpulang pada pihak lelaki.

Duit itupun digunakan untuk majlis hari ini. Kek dan buah-buahan dari Durrah hanyalah sebagai buah tangan untuk membalas dulang duit hantaran itu sahaja.

“Eh!. Kedekutnya dia orang, kenapa kau tak minta serba satu atau pun serba berdiri?”.Teringat Durrah akan kata-kata Rita.”

“Hantaran RM5,000.00 itu pun dah cukup baik bagi aku Rita. Aku perlu menambahkan serba sedikit sahaja duit untuk majlis ini nanti. Kasihan pula emak aku kalau dia perlu menambah mana yang patut, lagi pun tak boleh nak harapkan Nasir sebab dia bekerja sambil belajar. Asilah pula masih lagi belajar. Lagi pun kenduri ni pun sederhana aje.

"Suci pun sucilah lagi bagus, tak perlu aku keluarkan duit untuk belikan barang-barang hantaran untuk pihak lelaki. Lagi pun barangan lelaki  macam baju, kasut, manalah aku tahu saiznya.” Lamunan Durrah terhenti bilamana terasa bahunya ditepuk orang.

“Kau ni buat terperanjatkan aku ajelah Ami.”Durrah mengurut dada. Aminah mengekek ketawa.

“Iyelah orang nak jadi pengantin, berangan ye?. Apa-apa pun selamat pengantin baru”. Aminah memeluk Durrah. Dia menghulurkan hadiah.

“Terima kasih Ami, aku pun nak ucapkan tahniah pada kau sebab kau dah berisi ye?”. Tersipu-sipu Aminah.

“Tak sangka ye, cikgu yang selalu rotan kau dulu bakal jadi mak mertua kau. Harap-harap janganlah jadi ‘nyonya Mansur’ sudahlah. Kalaulah masa itu boleh di putarkan dan kita boleh tahu akan masa hadapan, aku gerenti cikgu Jarah tak akan rotan kau”. Mengekek mereka berdua ketawa bila mengenangkan kisah lalu. Masing-masing takut dengan kegarangan cikgu Jarah. Durrah akui, cikgu Jarah selalu merotannya bahkan murid-murid yang lain juga bila mereka salah dalam kiraan matematik ataupun tersalah sifir, lebih-lebih lagi jika rotan yang sebesar ibu jari ada di atas meja, no.6 pun boleh terbalik jadi no.9.

“Kau ada jumpa  abang Johan dalam masa kau bertunang ni?  macamana dengan dia? Kau dengan dia o.k ke?”. Macam betih jagung pula si Aminah ni bertanya, dah tu tergelak-gelak, nak marah pun tak boleh sebab memang dah begitu sifat semulajadinya yang suka ketawa.

“Banyak sangat soalan kau tu, kami mana ada bertunang, terus kahwin aje. Tu yang buat aku sebal ni. Aku dah lama tak jumpa dia, rasanya mungkin 20 tahun. kot. Selepas  mak dia pinang aku, mak aku terus aje suruh kami kahwin cepat, mungkin dia takut aku ubah fikiran agaknya. Tension aku dibuatnya, kalau ikutkan  hati, nak juga kami bertunang dulu dan saling kenal-mengenal, ini tidak,  bayangan dia pun aku tak tahu, mau aku tak takut? Kau bayangkan entah macamanalah  orangnya nanti….eeeee risau aku.” Aminah ketawa semakin galak.

“Aku pun tak berapa kenal sangat dengan dia sebab dia tu jarang ada kat sini, tapi adalah satu hari tu aku ternampak  anak-anak  abang Johari kat kedai beli barang-barang  permainan dan entah apa-apa lagi  yang dia orang beli, sarat barat penuh  beg plastik tapi yang bawanya bukan abang Johari tapi orang lain, mukanya ada iras-iras abang Johari, aku rasa itu abang  Johan, tak mungkin si Johardi sebab mukanya nampak matang sedikit. Weh!. Walau pun  nampak  matang tapi hensom lagi tau, lebih macho dari laki aku.” Aminah ni kalau tak menyakat memang tak sah.

“Blahlah kau! entah mamat mana yang kau nampak tu, kau tembak aje….” Durrah tak percaya. 

“Alah kalau setakat anak-anak abang Johari tu aku kenal sangatlah, selalu kak Shidah bawa anak-anak dia ke pekan.” Durrah hanya menelan air liur mendengar cerita Aminah. Semakin kuat denyupan jantungnya bagaikan gong di palu.

“Aku takutlah Ami….”Durrah melepaskan nada gusarnya.


“Alah tak payah takutlah….dulu aku pun macam tu, tapi kahwin ni best tau……”.Aminah ketawa. Durrah mengelengkan kepalanya, dia yang takut tapi Aminah yang seronok.   

No comments:

Post a Comment