wallpaper

20140305

Penyakit TIBI mula menular di sekolah


 Sekarang ini berbagai gejala penyakit ada Belum pun surut kes denggi, strok haba pula sampai. Sehingga hari ini, hujan masih lagi belum turun di tempt MET Kami masi lagi berharap dan terus berdoa semuga hujan turun dan membawa rahmat buat kami di sini

Berbalik dengan tajuk diatas, pada bulan lepas anak MET yang tk.2 (sesi petang)ada memberitahu yang rakan sekelasnya telah dimasukkan ke hospital kerana telah dijangkiti penyakit batuk kering (TIBI / Tuberkulosis (maaf ye kalau salah sbb MET ni bukannya doktor). Pihak sekolah telah pun mengeluarkan surat kebenaran supaya murid di dalam kelas berkenaan diberikan suntikan pencegahan dari dijangkitan penyakit tersebut. MET pun dah beri keizinan dan anak MET telah pun diberikan suntikan. Tidak pula MET tahu apakah namanya suntikan itu sebab MET ni pun bukannya faham benar dengan nama-nama sains ni. Tapi MET percaya pihak kementerian Kesihatan dan pihak sekolah tentunya inginkan yang terbaik buat anak murid mereka.

Sehari yang lepas, anak MET di th. 4 (sesi pagi, sekolah yang sama) pula bercerita, guru-guru di sekolahnya sudah mula memakai topeng muka kerana ada guru yang telah dijangkiti dengan penyakit tersebit (TIBI). Kita semua maklum, penyakit TIBI ini boleh berjangkitan melalui udara seperti batuk, bersin, air liur yang dicemari penyakit tersebut. Tidak diketahui adakah berita yang disampaikan oleh anak MET yg. tk 4 itu betul ataupun tidak (biasalah kat sekolah pun ada gongsip juga), namun sebagai seorang ibu, tentunya MET rasa bimbang dengan tahap kesihatan mereka.

Diharap pihak yang berkaitan peka dengan perkara ini dan ibubapa juga perlu mengawasi tahap kesihatan anak-anak mereka.

 Awak! ada apa-apa nak tambah?

5 comments:

  1. kalau budk2 sakit sampai mak ayah pun jd sakit..
    susah hati..
    musim2 gini kena jg kesihatan ..senang nak kena penyakit berjangkit

    ReplyDelete
  2. bukan budak2 je yg kena jaga kesihatan, skrg ni org2 dewasa pun kena berjaga2 juga. mcm2 dh skrg. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, aisya pun kena jaga diri, keluarga jauh kan? TK kerana sudi singgah

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete