wallpaper

20140513

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 19

KU PENDAM SEBUAH DUKA

Bab  19

Mata Durrah lekat di kaca TV melihat slot Samarinda tetapi fikirannya menerawang entah kemana. Hampir melompat dia bila terasa bahunya di sentuh orang.

“Ooo mak kau…”. Durrah melompat dari tempat duduknya, terperanjat!

“Abang ni, berilah salam dulu, terperanjat orang..”.Tanpa di sedari Durrah meninggikan suara dan mencerlungkan matanya. Terasa semangatnya terbang entah kemana.Johan tersengeh melihat reaksi Durrah. 

“Sorry, dah 2 kali saya beri salam tapi awak tak dengar, mata pandang TV tapi fikiran kot lain, berangan ye?”. Durrah pula tersenyum malu kerana telah tertangkap.

“Saya dah bayarkan ansuran kereta. Ini duit belanja dapur. Lain-lain bil dah saya uruskan, awak tak perlu risau”. Johan menghulurkan wang belanja.

“Eeee… Arrah belum dapat gaji lagi, "
" nanti Arrah dapat gaji, Arrah bayar semula duit ansuran kereta kat abang.”

“Tak apalah, simpan aje duit tu, buat beli minyak atau buat tambahan belanja apa-apa yang patut”.  Di dalam hati Durrah bersyukur kerana Johan tidak kedekut. Mungkin Johan mampu membayarkan ansuran kereta isterinya. Lagi pun berapalah sangat ansuran si kancil jika dibandingkan dengan gaji Johan. Durrah memandang muka suaminya, dia dapat merasakan yang Johan tidak sihat atau pun apa?. Dia hanya memandang Johan berlalu ke bilik tidur tanpa Durrah sempat mengucapkan terima kasih.

Durrah memandang jam di dinding, sudah pukul 11.00mlm.  Dia memadamkan TV lalu bangun memeriksa pintu sebelum dia masuk ke bilik tidur. Durrah membelek sesuatu yang Johan letakkan di tepi katilnya.
Oh! Ubat asmanya. Baru hari ini Durrah tahu yang suaminya pengidap asmah. Dia kurang pasti adakah penyakit ini berbahaya atau pun tidak kerana dia tidak pernah mengambil pusing tentang penyakit ini apatahlagi tiada ahli keluarganya yang mengidap penyakit ini.

Dalam cahaya suram, dia memandang muka suaminya  yang tidur dengan pulas. Dengkuran Johan dapat di dengar dan dihitung satu persatu. Begitu nenyak lenanya hanya  mata Durrah sahaja yang masih lagi terkebil-kebil melayan angannya.


Awal pagi lagi Johan telah keluar dari rumah. Durrah duduk melangu di balkoni. Tiada apa lagi tugas yang perlu di bereskan. Kain baju sudah diampaian, lauk pauk sudah siap di masakkan. Teringat sesuatu, Durrah ke stor mencari vacuum. Hajat di hatinya untuk membersihkan segala habuk-habuk yang bermustautin didalam rumahnya. Terbongkok-bongkok dia menolak dan mengangkat sofa, meja, kerusi dan segalanya.
Selepas di ruang tamu, dia ke bilik, satu bilik ke satu bilik, habis semuanya di bersihkan. Dan yang terakhir ke bilik tidunya.

“His abang Johan ni, kotak rokok bersepah”. Durrah bersungut sendirian, tanggannya terus mengapai kotak rokok yang terselit di bawah katil. Matanya tecacap pada perkataan yang tertera pada kotak itu. Terasa pelik pula di mata Durrah, rasanya lain dari kotak rokok yang Johan hisap.

Durrah membelek lagi kotak yang berwarna merah jambu. Dia mula membaca. “cond….”. Hampir melompat dia, tak sanggup untuk dia menghabiskan ayat yang seterusnya. Dengan segera dia membalingkan kotak tersebut ke dalam plastik sampah.

Setelah mandi dan berhias diri, Durrah duduk  bersantai di kaca TV, tetapi fikirannya jauh menerawang. Perihal kotak itu masih lagi menyenakkan fikirannya. Kusut dan berserabut di buatnya. Selama ini dia pernah nampak kotak-kotak tersebut di kaunter pembayaran di pasaraya, tetapi dia tidak pernah ambil pusing apatah lagi membeleknya. Betapa naifnya dia. Si Rita pun tak perrnah bercerita apa-apa tentang kotak itu. 

‘Mungkin si Hanan tak pernah guna benda tu, sebab itulah si Rita tu pun macam tak tahu aje.Lagi pun nak buat apalah Rita bercerita dengan aku tentang benda-benda macam ni sebab dulu aku anak dara tentunya dia menghormati aku dan hal-hal macam tu tak perlulah di bincangkan.’ Durrah mereka cerita bagi 
menyejukkan hatinya sendiri.    

Perutnya sudah berbunyi, sedari tengahari tadi dia tidak menjamah makanan. Seleranya mati dengan penemuan terbaharu ini. Pada siapa untuknya bertanya. Pada pandangan matanya, kejiranannya juga tak mesra alam. Masing-masing buat hal sendiri. Kadang-kala dia pelik, berbagai orang dan ragam yang dia jumpa di dalam lift. Ada yang berbangsa asing, ada yang berbangsa Melayu dengan bangsa asing dan ada yang bagaikan datuk dengan cucu sulungnya. Namun rumusan yang Durrah buat, mereka itu bukanlah sepasang suami-isteri, jika mereka suami-isteri, tidak begitu sekali gelagat mereka. Kadang-kala Durrah yang malu sendiri dek lakonan mereka.

“Ah……”. Durrah mengeluh sendirian. Tiba-tiba hatinya berasa begitu sayu. Apalah malang nasibnya. Dia sebenarnya tidak mengenali peribadi suaminya sendiri. ‘Akukah yang bersalah?’ Tanya hati kecilnya. Dia menangis tersedu-sedu.
Durrah mengesat airmatanya bila terdengar pintu utama dibuka orang  dari luar. Dia memandang jam di dinding, jarum pendeknya telah menunjukkan ke nombor  11.


‘Pup’. Tiba-tiba pejabat menjadi gelap.

“Aaaa…..”. Durrah mendengar Jehan meraung.

‘Sah ini mesti tak save lagi apa yang dia buat dari pagi lagi’. Durrah ketawakan Jehan di dalam hati. ‘kalau Jehan nampak, mampus aku’. Dia menutup mulut.

“Arrah, come”. Jehan melambai Durrah.

“Yes, Mr.Jehan what up?”. Soalan bodoh dari Durrah.

“Eh! Program baru ni boleh terus save ke bila ‘black out’ macam ni?”. Soalan bodoh dari Jehan pula.

Kan hari tu Ms.Lim dah beritahu you, yang program baru ni tak macam program lama kita yang dulu. Kenapalah  you tak save masa you buat dari pagi lagi kan?” ‘Apalah dia ni, itu pun nak kena ajar ke?’. Omel hati Durrah. ‘Itulah semua kerja suruh aku buat, bila tiba dia buat sendiri kan dah tak tahu?.’ Sambungnya lagi.

“Manalah I tahu nak jadi macam ni, bodoh betullah program ni”. Marah Jehan dengan program baru ini. Dia membebel. Dia tu kalau dah naik angin. Mulalah macam-macam perkataan yang kurang elok akan keluar ari mulutnya.

‘Dia yang bodoh, program pulak yang di salahkan’.Kutuk hati Durrah terhadap ketuanya.  Setiap program mempunya kelebihan dan kekurangannya. Program baru ini lebih ‘up to date’ dan banyak memudahkan kerja Durrah  Cuma  ada sedikit kekurangannya. Bagi Durrah itu perkara biasa, manusia pun macam itu juga inikan pula komputer.

Jehan masih lagi membebel depan komputer. ‘Hai, nasib baik dah pukul  4.00ptg. kalau dari pagi lagi, tak ke haru di buatnya, alamatnya seharianlah Durrah makan hati.

“Arrah, esok you tolong I masukkan data-data ni, I letakkan atas meja I, esok I nak pergi Meridien Hotel tengok dia orang training”. Jehan memberi arahan kepada pembantunya.

‘La aku pulak yang kena? Habis tu kerja aku macamana pula? Boring betullah dia ni…..’Durrah hanya boleh bersungut di dalam hati.

No comments:

Post a Comment