wallpaper

20150704

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA

Kepada semua kawan-kawan yang mengikuti siri e-novel ini, agak terlambat untuk MET ucapkan "Selamat menjalani ibadah Puasa" dan tak lama lagi "Selamat hari raya".

Sehubungan dengan itu, siri berikutnya tentang Johan dan Durrah akan berehat seketika.......akan disambung selepas hari raya yang ke.........(tak tahu lagi ikut mood raya)

Harap bersabar......(jangan marah aaaaa)

Ardifaum, Widuri manja, Lia pak din, Kim, Anizah MH, Mayang, Latifah, Auntie Agony, Liza, Norin, Kak Mas dan ada lagi kawan-kawan yang tak dapat MET sebutkan nama disini........semoga hidup kita dirahmati dan diberkati oleh ALLAH......babayiee.....


20150517

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA -Bab 62



Bab 62

Bagi Durrah pula, sememangnya dia masih lagi menyayangi suaminya dan tetap menyayangi suaminya itu. Walaupun jika mereka berpisah kelak, tiada siapa pun yang dapat menganti tempat Johan itu tetapi  biarlah dia mengasihi Johan dari jauh. Dia tidak mampu lagi hidup bersulam duka dengan Johan. Biarlah dia mengalah. Bahagia ada dimana-mana. Mungkin juga dia 

20150423

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA -Bab 61

Bab 61

Durrah menyandarkan dirinya di kepala katil. Dia sedikit lega kerana sudah keluar dari rumah Ammar. Walaupun dia tidak begitu selesa di rumah Rita, tapi buat sementara waktu ini dia tidak mempunyai tempat lain yang lebih baik dan selamat untuk dia dan Juddin tinggal. Dia juga bimbang jika suami Rita tidak suka dia menetap di sini.

Tit!

Durrah menghelakan nafasnya. Baru sedikit rasa lega dihatinya, datang lagi masalah yang menyenakkan hatinya. Dia membalingkan h/pnya do hujung katil. Sakit hati bila membaca SMS

20150311

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 60



 
Bab 60

Durrah mengesat peluh didahinya. Sudah puas dia mencari rumah atau pun bilik sewa tapi masih lagi belum berjumpa yang sesuai. Ada rumah sebuah tapi sewanya mahal, ada bilik kosong tapi dalam satu rumah, ada penyewa yang berlainan bangsa dan jantina. Adoi, meriah sungguh! Mau kepalanya dipenggal

20150227

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 59



Bab 59

Durrah membuka pintu bilik bila terdengar ketukan di pintu dan terdengar namanya di panggil dari luar.

“Durrah, ni I nak kenalkan Suzie. Dia akan jadi pembantu you dalam rumah ni. You boleh suruh Suzie buat kerja rumah ataupun apa-apa yang patut. Oh ya, Suzie boleh berbahasa Melayu walaupun dia orang Filipina”. Ammar memperkenalkan seorang perempuan cantik lagi seksi kepada Durrah.

‘Seksi gila macam ni jadi pembantu rumah? Biar betul Ammar ni. Ni bukannya pembantu rumah tapi pembantu peribadi bolehlah’. Sambil mengutuk Ammar dan wanita seksi dihadapannya, Durrah sempat memberikan senyuman dan menyambut huluran tangan wanita tersebut.

“Suzie, lepas awak

20150213

e-novel-KU PENDAM SEBUAH DUKA- Bab 58


Bab 58



Ammar memandang 2 batang tubuh yang sedang lena di atas katilnya. Buat pertama kali dia dapat memandang wajah Durrah yang polos tanpa palitan bedak mahupun segaris pewarna bibir. Wajah yang sedang lena itu di renung terus. Wajah yang tenang itu begitu menyentuh hatinya. Wajah itu begitu sayu dari pandangan matanya.

Dia yang sedang rancak berbual dengan rakan senegaranya Qaiyum, begitu terperanjat bila mendapat panggilan dari Durrah di waktu 3.00 pagi. Dengan tidak membuang masa, dia pergi mendapatkan Durrah. Mujur hujan belum begitu lebat turun namun begitu, 2 beranak itu tetap kebasahan kerana berlindung dibalik pokok.

Mengucap panjang Ammar bila dia melihat Durrah memeluk anaknya. Mujur

20150127

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 57

Bab 57

Johan memberhentikan keretanya dibahu jalan dihadapan rumah mertuanya. Dia menyandarkan badannya ditempat duduknya. Sudah seminggu dia tidak menatap wajah kedua orang yang sayanginya. Seminggu juga dia tidak mendengar khabar berita dari kedua-duanya. Sudah seminggu juga dia tidak mendengar rengekan anaknya. Sudah seminggu juga hidupnya sengsara dan sudah seminggu juga tidurnya tidak lena.

Permintaan Durrah terlalu berat untuk ditunaikan. Mana mungkin dia melepaskan isterinya. Jika boleh setiap hari dia ingin

20150115

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA- Bab 56



Bab 56

Setiap minggu jika tidak ada aral yang melintang, Johan pasti akan pulang melihat anak dan isterinya. Minggu berikutnya Johan pulang lagi. Dia senang hati melihat isterinya yang semakin sihat. Wajahnya kemerahan, berjalan pun sudah agak pantas macam orang sihat. Tapi hanya satu yang kurang. Durrah masih tidak mahu bercakap apa pun dengannya. Pandang muka suaminya pun dia tidak sudi. Jika Johan bertanya, Durrah akan menjawab tanpa memandang muka suaminya.

“Arrah, janganlah '

20150105

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA- Bab 55



Bab 55

Johan tersandar keletihan dikepala katil. Badannya terasa terlalu letih. Dia mencapai surat khabar di atas meja kopi disebelah katil. Tiba-tiba tangannya berhenti dihelain muka surat 3. Teringat ada satu perkara lagi yang penting untuk dia laksanakan. Dia mencapai handphone lalu ke anjung rumah. Hujung matanya terlihat Azreen yang hanya bertuala mandi sedang keluar dari bilik mandi.

Pada pukul 8.00 atau 9.00 malam pada setiap malam, Johan akan menelepon isterinya dikampung untuk mengetahui perkembangan mereka berdua disana. Sambutan dari isterinya dirasakan semakin dingin. Tempohari Johan sangkakan hubungan mereka berdua semakin baik tetapi nampaknya keadaan tidak berubah malahan semakin retak. Johan tak tahu