wallpaper

20140618

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 31


Bab  31

“Betul ke kau nak tinggal semula kat sini Arrah?”. Soal Rita bilamana dia melihat Durrah menghubunginya di pejabat dan membawa beg besar yang berisi pakaian.Lagaknya macam orang lari dari rumah aje…Kelam kabutlah juga dia meminta jasa baik budak pejabat menghantarnya pulang ke rumah. Durrah pula mengambil cuti kecemasan.

“Kau ada masalah dengan abang Johan ke?”. Soal Rita lagi bila Durrah hanya mendiamkan diri.

Ada masalah sikit”. Durrah mula menyusun baju di atas rak pakaian.
“Ini bukan masalah sikit ni, ini besar punya  masalah”. Durrah ersenyum tawar mendengar omelan dari  sahabatnya itu.

“Sorrylah kalau aku susahkan kau, aku tak ada tempat nak pergi,
bolehkan aku tumpang kat sini, kos kat sini macam dulu juga aku bayar”.Durrah tiada tempat tujuan yang lain. Dia tidak mampu untuk menyewa rumah lain apatahlagi dia akan melahirkan anaknya nanti.

“Apa pula tak bolehnya, rumah ini pun bukannya kita yang punya, syarikat kita yang punya, kita hanya duduk kat sini bayar duit elektrik dan air sahaja, makan sendiri tanggung”. Rita duduk di atas katilnya sambil melayan Durrah melipat pakaiannya.

Masing-masing diam melayan perasaan sendiri. Mata Rita masih lagi merenung Durrah yang menukar cadar katil bujangnya. Rita tersenyum.

“Aku ingatkan dapat member baru, tak sangka aku yang kau balik semula ke sini. Kuat juga jodoh kau dengan katil buruk ni ye?”. Durrah hanya tersenyum pahit. Sememangnya kata-kata Rita itu amat perit tapi sememangnya kenyataan itu amat memedihkan. Mujur juga dia masih lagi ada pekerjaan, jika tidak tentunya dia akan menyusahkan emaknya di kampung dan akan menambahkan lagi beban emaknya bila anaknya ini lahir.

“Kadang-kadang  nasib kita susah kita nak jangkakan, kadang-kala kita jangkakan baik tapi realitinya lain pula yang dapat. Kau tak suka aku jadi teman bilik kau lagi ke?”. Durrah pula menyoal Rita, kadangkala sesekali ingin juga dia bermulut celupar macam temannya itu.

“Aku tak kisah, kalau nak diharapkan teman baru manalah ada. Pekerrja perempuan kita kat pejabat tu berapa keratlah yang ada…”. Durrah akui, pekerja perempuan di syarikat mereka tidak ramai, yang sudah berumah tangga tentunya tinggal dengan keluarga masing-masing. Pekerja mereka lebih kepada pekerja lelaki cuma bahagian pentadbiran di pejabat utama dan juga di pejabat di dalam bahagian kilang atau pun store sahaja pekerjanya perempuan.

“Rumah sebelah macamana?”.Tanya Durrah lagi.

“Hei! Ada hati nak pindah sebelah?”. Durrah ketawa besar bila disakat oleh Rita.

“Nak mampus?”. Mereka sama-sama ketawa.

“Macam itulah, asyik tukar orang  in and out, kadang-kala budak bangsa asing yang duduk, pening kepala aku dengan lagak dia orang tu, mujurlah tak ramai”. Durrah tersenyum faham akan maksud sahabatnya itu.

Sebenarnya jiran mereka adalah pekerja lelaki dari syarikat yang sama dengan mereka. Rumah itu juga milik syarikat mereka untuk pekerja lelaki sahaja. Meraka hanya perlu membayar bil elektrik dan bil air sahaja. Sewa rumah si tanggung oleh pihak syarikat termasuklah ‘maintenance’ rumah jika ada berlakunya apa-apa kerosakan.

“Kau bergaduh dengan abang Johan pasal kau balik lewat malam tadi ke?”. Berhati-hati Rita mengutarakan persoalan, bimbang salah dimengertikan oleh Durrah. Dia sedar, sejak kebelakangan ini Durrah terlalu sensitive. Durrah hanya menganggukkan kepalanya dengan perlahan.

“Takkan lah perkara yang kecil macam tu pun sampai kau lari dari rumah?”. Rita tak puas hati, takkanlah macam tu bergaduh sanpai lari dari rumah.?

“Sebenarnya dah lama kami ada masalah, cuma masalah malam tadi tu memberatkan lagi masalah yang kami hadapi”. Durrah mula berbaring di atas katil buruknya . Rita yang berbaring di katilnya hanya memerhatikan lagak Durrah. Durrah memejamkan matanya sambil tangan kirinya diletakkan di atas dahi. Memang betul dia ada masalah besar.!

“Apa sebenarnya masalah kau orang berrdua ni, cuba cerita kat aku sikit manalah tahu aku boleh menolong”. Durrah hanya diam tidak berkutik. Rita mengeluh sedikit. Dia sudah masak dengan perangai sahabatnya yang sorang ni, jika dia berdiam diri maknanya itu dia tak bersedia untuk membuka cerita. Dia akan bercerita jika dia sudah benar-benar bersedia. Durrah ni nampak aje ‘cool’ tapi keras hati!

“Kau tak masuk kerja ke?”. Durrah bertanyaRita, Mata mereka berpadu. Rita mengeliatkan badannya.

“Malaslah, lepas lunch nanti aku masuklah”. Rita memejamkan matanya. Fikirannya sarat memikirkan andaian-andaian yang boleh diguna pakai tentang permasalahan sahabatnya itu. Suasana sepi kembali. Masing-masing melayani perasaan sendiri. Durrah  mencium bantal di kepalanya berkali-kali. Terasa rindu benar pada bantal itu.

“Aku rasa dari kau cium bantal busuk tu, lebih baik kau cium laki kau…”. Durrah membalingkan bantal itu ke muka Rita. Secepat kilat Rita menepisnya.

“Cis, aku baling bantal kau ni kat longkang belakang  tu, baru kau tahu. Tidur tak ada bantallah kau malam ni. Setahu aku kau tak kisah kalau tidur tak ada selimut, kau nak  tidur tak ada bantal pula ke? Tak apa ke?”. Secepat kilat juga Durrah mengutip semula bantalnya yang terdampar di lantai . Dia menjelirkan lidahnya pada Rita.

“Eh, dah jadi bini orang pun buruk lagi perangai….”Durrah ketawa kecil. Kadang-kala dia terlepas laku. Apa boleh buat, kadang-kala sifat semulajadi dalam diri seseorang sukar untuk di buang.

Durrah duduk sendirian tiada berteman. Sewaktu malam tiba barulah  teman-teman serumahnya tiba. Entah kemanalah perginya mereka  semua. Hidup di kota dan jauh dari ibubapa, pandai-pandai sendirilah menjaga diri. Buat apa pun tiada yang larang. Jika di larang, di katakana menjaga tepi kain oranglah pula.

“Eh! Kau tidur sini ke malam ni?. Julia terperanjat bila melihat Durrah berada di dapur sedang makan nasi berlaukkan telur goreng sahaja. Dia malas untuk keluar membeli makanan. Julia mengerutkan dahinya. Setelah Durrah berkahwin dan berpindah, jarang sekali Durrah ke mari apatah lagi bermalam disini.  

“Suami kau ke luar negara lagi ke?”. Durrah menggelengkan kepalanya. Dia tahu tentunya  Julai menyangkakan yang Johan ke luar negara kerana berkrusus seperti di awal perkahwinann mereka  dahulu.

“Aku nak tinggal kat sini semula, boleh?”.  Julia bagaikan tak percaya dengan kata-kata  Durrah dia memandang  Durrah  yang dengan selamba menyuap nasi ke mulutnya.

“Kau biar betul?  Kau gaduh dengan cik abang ke?”. Durrah mengangkat bahunya. Dia membawa pinggannya ke singki.

“Boleh tak aku tinggal kat sini buat sementara waktu?”. Sengaja Durrah bertanya pada Jullia.

“Kau nak tanya aku buat apa, rumah ini bukannya rumah bapa aku, sesiapa pun boleh tinggal kat sini asalkan dia bekerja di syarikat kita”.  Durrah hanya berdiamkan diri. Walau pun kaka-kata dari Julia itu agak kasar bahasanya tetapi dia tetap menerimanya kerana dia sudah sedia maklum akan sifat Julia, dia hanya akan bermanis muka dan lidah bila berhadapan dengan seseorang yang mempunya nama dan pangkat terutamanya lelaki.

“Tulah kau, dulu aku suruh kau kahwin dengan ‘mat Arab’ tu kau  tolak, sekarang apa dah jadi, sebenarnya lagi best bila kita jumpa suami sekali-sekala, tak adalah asyik bergaduh aje bila tiap-tiap hari jumpa”. Durrah hanya menggelengkan kepalanya. Tidak setuju dengan prinsip hidup kawannya itu. Belum kahwin bolehlah cakap macam tu, tapi bila dah kahwin mulalah buat perangai lebih-lebih lagi jika berkahwin dengan suami orang, mula-mula tak kisah bila suami lebihkan isteri pertamanya tetapi bila usia perkahwinan sudah menjangkau dua tahun dan telah mempunyai anak-anak, mulahlah komplen keranan suami asyik lebihkan  keluar yang satu lagi.

‘Cakap tak serupa bikin’. Kutuk Durrah dalam hatinya. Bukannya dia tidak tahu sifat Julia yang egois dan suka mementingkan diri sendiri. Malas nak bertekak yang dia pasti tak akan menang, Durrah mengambil air secawan lalu membawanya ke bilik tidur.

Julai hanya memandang  Durrah yang selamba melintasi dirinya tanpa menolehnya. Dia melepaskan keluhan. Macam-macam ragam manusia dalam hidup ini. Dia mengeluh lagi, dia pernah memasang angan-angan menjadi teman si ‘mat Arab’ itu tapi masalahnya mamat itu tak melayannya lebih dari orang lain.

‘Apalah bodohnya kau Arrah, kalau kau dapat si Arab tu tentu kau senang sekarang ni, tak adalah nak lari me sana-sini’. Dia menepuk dahi. Tujuan utamanya ke dapur adalah untuk mengambil air lalu terserempak dengan Durrah. Dia segera menuangkan air ke dalam gelas dan meneguknya dengan rakus. Haus!

Durrah berbaring di atas katil. Matanya memandang siling. Kosong! Dia menjeling jam di sisi katilnya. Jarum jam telah menunjukkan angka 11.00 malam tapi katil Rita maasih kosong lagi.

‘Manalah perginya MJ  (mak Janda) ni, dah  malam macam ni pun tak balik lagi…’.Durrah beristigfar didalam hati. Hatinya menjadi pilu bila mengenangkan adakah nasibnya juga akan seperti Rita. Menjadi janda dalam usia yang muda dan mendapat gelaran ‘janda beranak satu’. Tentu hidupnya lebih sukar berbanding dengan Rita. Bila menyandang gelaran MJ, setiap pergerakan menjadi buah mulut orang. Seperti Rita sekarang ini, mungkin juga sekarang ini Rita masih berada di pejabat menghabiskan kerja-kerja yang tertangguh bukannya merayap tak tentu hala.

Durrah masih lagi bersenang-senang di atas katil. Matanya terkebil-kebil, puaas dia berpaling ke kiri dan kekanan tetapi matanya tak mahu lena. Perlahan dia bangun ke almari pakaian. Dia membawa album perkahwinannya dan duduk di birai katil.

Satu persatu helaian diselak, terpampang gambar persandingan mereka. Durrah merenung gambar itu, bagaikan mata Johan merenungnya dengan tajam. Serta merta dia menutup album itu dan membawanya ke dada. Menangis!. Dia rindu pada Johan. Entah mengapa bila Johan berada di hadapannya, perasaan benci dan marah pada suaminya sering sahaja dirasakannya tetapi bila Johan tiada  dihadapan matanya, mulalah dia merindui suaminya bagai nak gila. Dia sendiri kurang pasti  dengan perasaannya sendiri.

‘Pembawakan budak barangkali’. Pujuk hatinya. Dia merebahkan semula badannya ke katil. Sambil berbaring dia memikirkan adakah tindakannya  keluar dari rumah adalah satu tindakan yang betul atau pun sebaliknya. Sukakah atau pun marakah Johan padanya. Dia tidak pasti.

‘Kita akan sentiasa bersama sayang walau dalam keadaan apa pun’. Tangan Durrah mengusap lembut perutnya yang masih tidak begitu ketara perubahannya. Air matanya yang mengalir tidak diseka. Dia tidak tahu apakah kesudahan  mereka nanti, apa yang boleh dilakukan hanyalah berdoa semoga Allah permudahkan perjalanan mereka kelak, hidup bersama dengan anaknya.

Matanya memandang semula jam yang berada di sebalahnya. Dia mengeluh perlahan, tentunya di waktu ini Johan sudah pulang ke rumah. ‘Bagaimanakah reaksinya bila melihat aku tak ada? Dia risau atau pun suka?’ Durrah mendengus kecil. Teringat akan kata-kata Johan  malam kelmarin. Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinganya.

Tiba-tiba pintu bilik di buka dari luar. Durrah memejamkan mata, pura-pura tidur. Dapat dirasakan Rita masuk ke bilik dan mencampakkan begnya ke atas katil.. Pintu bilik dibuka semula dan ditutup. Mungkin Rita ke bilik air. Durrah membuka matanya. Matanya masih lagi tidak mahu lena. Ingin dia berbicara dengan Rita tapi dia memadamkan hasrat  hatinya bila memikirkan masa ini bukanlah masa yang paling sesuai kerrana berkemungkinan Rita penat ataupun mungkin ada yang  membuatnya marah jika dilihat dari cara dia membalingkan  begnya. Telah lama dia berkawan dengan Rita, sedikit sebanyak dia faham akan perangai sahabatnya itu.


No comments:

Post a Comment