Bab 15
Tiada komunikasi antara mereka walaupun kereta Ford Escape yang
mereka naiki itu selesa tetapi entah mengapa begitu menyesakkan dada Durrah.
Durrah tidak selesa dalam keadaan begini. Mereka singgah di sebuah restoren
untuk makan tengahari.
“Saya minta maaf pada awak sebab buat awak begini.” Johan memulakan bicara sewaktu Durrah hendak menyuap nasi ke dalam mulutnya. Johan memandang Durrah lagi. Durrah menundukkan mukanya sambil menyuap makanan ke mulutnya dengan perlahan sambil menanti kata-kata dari bibir Johan selanjutnya. Durrah tidak mampu membalas pandangan mata Johan, takut pada panahan mata itu.
“Sebenarnya saya tak begitu mengenali awak, mungkin masa kecil dahulu kita saling mengenali tetapi saya dah lupa. Saya perlukan masa untuk merialisasikan hubungan kita ini sebagai suami isteri. Berilah saya masa."
"
Nak di katakan apa lagi. Durrah tahu itu hanya alasan dari Johan. Durrah sedar Johan tidak begitu mengingini pernikahan ini. Jika Johan suka akan perkahwinan mereka tentunya Johan akan membawanya berbulan madu di
“Awak tak mahu kata apa-apa?” . Soal Johan lagi mungkin resah bila melihat Durrah hanya nmendiamkan diri dan tidak memberikan apa-apa respon. Durrah mengangkat kepala, mata mereka bertemu buat seketika, Durrah melarikan matanya.
“Ehem….sepertimana kata abang Johan, kita saling tak mengenali, Arrah pun tak berapa kenal sangat dengan abang, perkara ini pun terlalu baru buat Arrah dan kita memang memerlukan masa untuk merialisasikan hubungan kita. Tak usahlah abang Johan khuatir, Insyallah Arrah akan belajar memahami dan menanti abang”. Itu janji Durrah. Dia akan tetap menanti Johan balik dan terpulang pada Johan apa kesudahan mereka nanti, Durrah akan tetap terima apa pun keputusan dari Johan.
Durrah di bawa ke sebuah apartment Perdana Park di Bandar Tasik
Puteri. Rumah Johan di tingkat 10. Bagi pandangan mata Durrah, dekorasi rumah ini simple dan menarik bagi orang
bujang ataupun yang baru berkahwin. Rumah ini ada 3 bilik, dapur dan balkoni
untuk mengambil angin.
“Rumah ini ada 3 bilik, bilik utama, bilik tetamu dan bilik study. Terpulanglah di bilik mana awak nak tinggal. Di bilik utama saya tak kisah, kalau awak tak selesa, di bilik tetamu pun tak apa.” Johan masuk ke bilik utama.
Hati Durrah tertanya-tanya ‘ di bilik mana ye?’. Takkan di bilik tetamu kerana dia bukan tetamu, dia seorang isteri. Dalam kekusutan, dia melangkahkan kakinya ke bilik utama. Durrah memandang Johan, dia hanya menganggukkan kepala dan membukakan almari untuk di isi pakaian. Pakaian Durrah hanya sedikit, masih banyak lagi ruang yang ada. Durrah menebarkan pandangannya di dalam bilik. Luas, kemas dan teratur, berbeza dari bilik yang biasa di kongsi bersama dengan Rita.
“Nak Arrah tolong kemaskan beg abang?”. Durrah ingin memberi
bantuan.
“Tak apalah. Terimakasih”. Ucap Johan. Menandakan yang dia tidak memerlukan bantuan dari isterinya.
Malam itu Durrah hanya memerhatikan Johan mengemaskan pakaian dan
barang-barang untuk di bawa ke U.K esok.
Dalam kesibukan Johan mengemaskan barang-barangnya, tanpa Johan sedari, Durrah menyelitkan sekeping gambarnya di kocek beg pakaian Johan. Di belakang gambar tersebut dicoretkan kata-kata ‘dalam kesibukan tugasan abang, jangan lupa ada isteri yang menanti di sini, - Durrah’.
Dalam kesibukan Johan mengemaskan barang-barangnya, tanpa Johan sedari, Durrah menyelitkan sekeping gambarnya di kocek beg pakaian Johan. Di belakang gambar tersebut dicoretkan kata-kata ‘dalam kesibukan tugasan abang, jangan lupa ada isteri yang menanti di sini, - Durrah’.
Durrah duduk lagi memerhatikan Johan berkemas. Dalam diam dia mengamati wajah Johan. ‘di mana yang serupa dengan George Clooney? Di matanya kah?, pada hidungnya kah?, di mulutnya atau di telinganya?, akhirnya Durrah jumpa, pada matanya yang romantic, pada mulut dan sisipan wajahnya hampir serupa tetapi seperti kata Rita, ‘George Clooney versi Melayu’. Durrah tersenyum sendirian. Tiba-tiba Johan mengangkat muka. Mata mereka saling menyapa, hati Durrah mula berdebar. Johan mengangkat keningnya. Kenapa?!
Durrah tertunduk malu kerana ‘tertangkap’ sewaktu menilik wajah suaminya tanpa disedari olehnya. Bagi menghilangkan rasa malu, Durrah selamba ke dapur membancuh kopi. ‘Mana tahu mungkin abang Johan nak minum kopi sebelum tidur’.
Durrah meletakkan kopi di atas meja. Johan datang lalu meneguk air kopi itu sehingga habis.
“Pandai awak buat air kopi, kenapa awak tak minum sekali?”. Ikhlas Johan memuji.
“Arrah tak boleh minum kopi, nanti tak boleh tidur malam.” Durrah ketawa, jika dia minum kopi alamatnya tak tidurlah dia sampai ke pagi.
“Oh ya, bagi saya no. H/P awak.” Johan meminta no.H/P isterinya, senang jika dia ingin menghubungi Durrah..
“H/P saya dah hilang”. Durrah belum beli H/P baru, dia kehilangan H/Pnya sewaktu dia ke SOGO tempohari dengan Rita. Tidak tahu di mana dia cicirkan H/Pnya. Dia jarang menggunakan H/P. Sekali-sekala sahaja jika ada hal penting dan dia juga tidak gemar bergayut di H/P atau berSMS seperti sesetengah orang. Sebenarnya jika dia ada H/P, lebih menyusahkan hidupnya. Apa taknya, budak-budak di kilang itu akan selalu menelephonnya jika ada apa-apa masalah paling tidak pun bertanyakan soal gaji, bilakah gaji boleh keluar. Pelik sungguh!. Bukankah gaji setiap bulan akan dikeluarkan pada setiap 1hb. Setiap bulan . Itu pun nak tanya lagi. Tak faham! Tak faham!....Tak ada H/P Durrah rasa lebih aman hidupnya.
“Awak boleh duduk di sini, di sini ada guard, insyallah awak selamat. Kalau awak susah nak dapatkan transport, awak boleh gunakan kereta saya.” Johan menghulurkan kunci kereta. Tidak segera di sambut oleh Durrah.
“Eh! Arrah tak ada lesen kereta dan Arrah memang tak tahu bawa kereta”. Durrah ketawa, kereta besar macam tu nak disuruhnya bawa, ada yang masuk longkanglah jawabnya.
“Arrah tak berani nak janji tinggal di sini, nantilah Arrah tengok kemudahan pengangkutannya dahulu ke tempat kerja, tapi Insyallah Arrah akan selalu datang sini tengokkan rumah abang”. Itu janji Durrah. Dia tak pasti akan tinggal di sini atau di rumah lamanya.
Malam ini mereka tidur seperti malam sebelumnya, di tengah-tengah ada bantal peluk pembahagi ruang sempadan. Kenapa matanya tak mahu lena lagi walaupun di atas tilam yang tebalnya sekaki. Kalau di rumah sewanya dahulu, tilamnya hanya tebal seinci tapi tidurnya boleh berdengkur lagi. Durrah benar-benar rindu akan tilam dan bantal bucuknya.
No comments:
Post a Comment