wallpaper

20131031

Bila Gula Naik, Cik Ram frust Menonggeng

................................Cik Ram menghempaskan badannya ke atas sofa. Dia bangun semula lantas mencapai cawan diatas meja lalu dibalingnya ke dinding.

Cik Ram   :  Tak adil,tak adil, tak adil. Ini semua poyo.....

Cik Nyak  :  Kau kenapa ni Ram?  tak pasal-pasal baling barang, Meroyan?

Cik Ram   :  Tak adil, tak adil. Ini semua tak adil.......

Cik Nyak  :  Apanye yang tak adilnye.....meh sini cakap dengan aku.......

20131020

Cirit Di Hari Peperiksaan

Assalamualaikum....  Jumpa lagi kita. kali ini MET nak cerita pasal keracunan makanan yang boleh menyebabkan cirit. Sekarang ni di dada akhbar banyak memaparkan kisah keracunan makanan. Di sekolah anak MET yang ada mengadakan majlis korban pun, kena cirit bila makan daging korban masak kari.Tak tahu dimana silapnya. Pastinya guru besar dan guru-guru sudah memastikan tahap kebersihan yang betul.

 Malahan, disekolah yang sama pada minggu sebelumnya, anak MET yang menduduki peperiksaan PMR pun kene keracunan makanan. Habis satu asrama perempuan. Bila kena keracunan makanan, kesannya bukan sahaja sehari malah boleh berlanjutan 3-4 hari malah ada yang sampai seminggu. Sedih bila mendengar cerita dari anak MET yang mereka terpaksa

20131009

Tanggungjawab bersama dengan duit

Assalamualaikum......

Lama dah kita tak melabun. MET sibuk sikit dengan kerja-kerja sebagai pengurus rumahtangga dan sibuk menyiapkan novel MET. Nanti awak orang boleh baca eh.

Beberapa hari yang lalu, didalam suratkhabar ada memberitahu elaun para JKK kampung, setiausaha serta yang berkaitan, elaun mereka akan ditambah, juga elaun bila menghadiri mesyuarat. Betul kata teman MET. sekarang ini orang berebut-rebut nak masuk politik sebab duit. sekarang ini susah nak jumpa orang bekerja dengan ikhlas dan jujur tanpa apa-apa imbuhan.

Seorang lagi teman MET pula berkata, "Alah, tu bagi gula-gulalah MET, tak lama lagikan nak mesyuarat agung umno".  Dan MET pun menjawab "OOOO".

MET ni memang ahli umno, tapi dah lama lemau......tapi tetap mengikuti perihal yang berlaku dari semasa ke semasa. Seperti teman MET, ada ahli veteren umno pun mengakuiya, ramai orang yang masuk umno sebab yang nak dapat projek