wallpaper

20131009

Tanggungjawab bersama dengan duit

Assalamualaikum......

Lama dah kita tak melabun. MET sibuk sikit dengan kerja-kerja sebagai pengurus rumahtangga dan sibuk menyiapkan novel MET. Nanti awak orang boleh baca eh.

Beberapa hari yang lalu, didalam suratkhabar ada memberitahu elaun para JKK kampung, setiausaha serta yang berkaitan, elaun mereka akan ditambah, juga elaun bila menghadiri mesyuarat. Betul kata teman MET. sekarang ini orang berebut-rebut nak masuk politik sebab duit. sekarang ini susah nak jumpa orang bekerja dengan ikhlas dan jujur tanpa apa-apa imbuhan.

Seorang lagi teman MET pula berkata, "Alah, tu bagi gula-gulalah MET, tak lama lagikan nak mesyuarat agung umno".  Dan MET pun menjawab "OOOO".

MET ni memang ahli umno, tapi dah lama lemau......tapi tetap mengikuti perihal yang berlaku dari semasa ke semasa. Seperti teman MET, ada ahli veteren umno pun mengakuiya, ramai orang yang masuk umno sebab yang nak dapat projek MET pun terfikir, dia bercakap tentang diri dia sebab sekarang ni dia memang kaya raya pun .

Malah,  Mantan  kita ada mengingatkan, ahli umno jangan pentingkan diri sendiri, kena pentingkan bangsa melayu. Kata-kata itu dijawab oleh teman MET, "Alah, dia anak beranak dah kaya raya, bolehlah dia cakap macam tu. cuba kau tengok rumah apa yang dia anak beranak duduk. kereta apa yang mereka pakai. tengok, syarikat apa yang dia anak beranak ada?.". MET tersenyum dan hanya menjawab "o.k apa? sekurang-kurang nye adalah jutawan melayu selain dari  Syed Mokhtar ....."

Biasalah orang memang cakap tak serupa bikin. cakap memang senang, tapi nak bikin tu yang susah.

Berbalik pada elaun JKK tadi, benarkah mereka ini betul-betul buat kerja atau sekadar tengok aje. apakah kerja mereka sebenarnya?. Ada teman MET seorang ibu tunggal, dia turun naik jabatan kerajaan (JKM,Majlis Agama Islam dll)  sendiri untuk meminta bantu. katanya payah nak minta tolong dari JKK kampung.

Ramai orang gila pangkat, bukan sahaja dalam peringkat negara, negeri dan kampung tetapi dalam masjid pun sama. Dalam masjid ada 2 kumpulan jawatan. Satu, terdiri dari pegawai syarak, dilantik oleh JAIM seperti imam,bilal, dll dan satu lagi lantikan dari ahli politik seperti setiasuha masjid, bendahari dll. Dan kebanyakan mereka ini diberi elaun bagi memajukan dan menjaga kepentingan masjid. tetapi apa yang menjadi kemusyikilan, mengapa tandas masjid masih lagi kotor, kawasan masjid masih lagi tidak bersih. Selalu teman MET komplen, econ dimasjid dah lama rosak tak dibaiki, lampu rosak, paip air bocor dan macam-macam lagi masalah. Pernah satu hari teman MET melemparkan gayung yang bocor ke dinding. terperanjat kami. dalam suaranya yang kuat dapat didengari oleh ramai orang, katanya " duit masjid berpuluh ribu, gayung murah macam ni pun tak mampu nak beli...".

MET tertanya-tanya, bagaimana boleh jadi begitu?. teman MET yang sorang lain pun jawab  "sebab, ahli jawatan kuaasa masjid tak selalu pergi masjid, datang pun seminggu sekali untuk sembahyang jumaat". oh! kisahnya. yang ada hanyalah pegawai syarak tetapi mereka tiada kuasa terhadap duit masjid.

Dan jangan terkejut, sekiranya jika ada peruntukan dari ibu negeri untuk membawa ahli jawatan kuasa masjid menunaikan umrah, maka nama orang-orang macam nilah yang akan naik dahulu....percaya atau tidak?

Ramai orang ada jawatan tetapi tidak menyedari tanggungjawab yang harus dipikul dengan jawatannya itu. yang dia sedari hanyalah gaji atau elaun yang dia harus perolehi.

Sama-samalah kita ingat-mengigngati supaya hidup kita lebih diberkati

Awak? ada apa-apa nak tambah!

3 comments:

  1. urmm... menyedari keadaan seperti ini.... cara terbaik mungkin kene bermula dari diri sendiri, keluarga dan seterusnya

    ReplyDelete
  2. betul tu Nurul, apa-apa pun kena mulakan dengan diri sendiri. kita tidak boleh ubah orang lain. tk kerana sudi menjadi kawan MET yang pertama.

    ReplyDelete