wallpaper

20140615

e-novel-KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 30

Bab  30

Rasa bosan memenuhi ruang hati. Bagi mengisi rasa bosan, ada kalanya dia menemani Rita berjoging tapi Durrah hanya berjalan kaki sahaja.

“Engkau ni pagi-pagi dah ajak aku berjoging tapi kau sendiri tak ada mood nak berjoging kenapa? Abang Johan tak marah ke kau keluar rumah pagi-pagi minggu macam ni? Kau kacau aku ajelah, aku nak tidur lebih sikit pun tak boleh. Aku ingatkan bila kau dah kahwin senanglah sikit aku nak tidur sampai tengahari, tapi….harammm”. Rita mula membebel. Durrah pula tersengeh.Sememangnya sedari dahulu Durrah selalu bising bila Rita tidur sehingga ke tengahari pada hari cuti ataupun hari minggu.

Durrah teringat akan pesan dari emaknya. '
'Tak baik anak dara tidur sampai matahari terbit. Tidak kira hari biasa atau pun hari minggu, bila bangun tidur waktu subuh, mandi dan sembahyang subuh selepas itu sarapan pagi dan buatlah kerja apa yang patut, kalau terasa mengantuk, tidurlah sekejap. Itukan lebih molek, taklah kelamkabut sangat jika ada kaum keluarga  yang datang menyinggah secara tiba-tiba. Durrah  selalu menegur Rita tapa dia ni bukannya ‘makan saman’, subuh pun dia ‘lalu’ sahaja.

“Abang Johan pagi-pagi lagi dia dah keluar, ada kerja katanya. Bosan aku duduk kat rumah sorang-sorang, dia bukannya balik awal, tengok  TV asyik cerita yang sama aje, nama aje TV berbayar”. Durrah bersungut lagi. Semakin dia panas hati dengan Johan yang sibuk memanjang. Entah betul entahkan tidak.

“Kita tengok wayang nak  Rita? Dah lama aku tak tengok wayang.cerita apa ek kat panggung?”. Begitu teruja sekali suara Durrah. Rita tersengeh. Kasihan kawannya nan sorang ni. Sejak berkahwin ni Durrah tak pernah lagi menjejajkan kakinya ke  panggung wayang.

‘Tak patut betullah abang Johan ni takkan sibuk sangat kerja sampaikan isteri sendiri pun tak ada masa nak layan atau pun si Arrah ni yang tak pandai minta itu ini?’.Hatinya berkata-kata sendirian.

“Kau ni buat aku punya program rosaklah, sory ye, aku selalu tengok wayang walaupun kau tak ada, memang sejak kau kahwin kita tak pernah tengok wayang bersama, apasal kau tak ajak abang kau pergi tengok? Kan best tengok wayang sambil buat wayang?”. Durrah menampar bahu Rita. Dia tidak suka Rita berkata begitu. Rita tersenyum.

‘Apalah dia ni, cakap macam tu pun malu lagi…’.Rita hanya memerhati kawannya. Hatinya tertanya-tanya bagaimanakah hubungan  antara Durrah dengan suaminya baik ataupun dingin?. Rita bimbang jika hubungan mereka dingin kerana tiada komunikasi dua hala. Bukannya dia tidak kenal sifat Durrah yang lebih gemar memendam perasaan sendirian jika ada sesuatu yang tak beres di hatinya.

“Abang Johan sibuk”. Durrah berkata perlahan. Sebenarnya Durrah berasa jauh hati dengan suaminya. Tangannya mengais-ngais rumput yang berada dikakinya. Durrah menjeling Rita yang sedang mengelap peluhnya dengan tuala kecil di lehernya.

“Arrah, baru-baru kahwin ni memang ada masalah, lebih-lebih lagi bila kita sendiri tak mengenalinya, aku pun dulu macam tu juga walaupun aku dengan Hanan dah lama berkawan, aku untung sikit sebab dia asyik ikut cakap aku  aje. Bila dapat suami yang ego itu yang susahnya sebab kita tak tahu apa yang dia nak dan sudah menjadi tanggungjawab kita pula bertanya dia apa yang dia mahu dan memberitahu suami kita apa yang kita mahu. Kita tak boleh nak buat andaian sahaja sebab ada kalanya andaian kita tak seperti apa yang sebenarnya”. Panjang lebar Rita memberi nasihat percuma. Pening kepala Durrah. Sekali-sekala boleh juga diguna pakai otak Rita ni.

“Kau ni berkawan dengan siapa ha? Main sorok-sorok ek?”. Durrah mencari topik  lain. Bercerita tentang Johan akan membuatkan nafasnya sesak.

“Dah jangan nak jaga tepi kain aku, jom lepas mandi kita pergi tengok wayag”. Durrah menjuihkan bibirnya. Rita ketawa, dia berlari-lari anak meninggalkan Durrah yang jalan perlahan sambil mendepakan-depakan tangannya.

“Hoi cepatlah jalan, kalau setakat nak lenggang mak Limah, baik jalan dalam bilik…”Durrah mengetap bibirnya malu bila menjadi perhatian. Ada mata-mata nakal memandangnya sambil tersenyum.

“Woi, sakitlah….”Rita mengusap lengannya yang  telah dicubit oleh Durrah.

“Padan dengan muka kau, kau tu kalau bercakap tak pandang kiri kanan, main ikut sedap mulut aje…”.Rita tersengeh bila dibebelkan oleh temannya.

“Cerita apa kau nak tengok?”.

“Apa-apalah kartoon pun taka pa tapi sebelum tu kita shoping dulu…”. Durrah membuka pintu  keretanya.

‘Kartoon? Baik tak payah….”Kata hati Rita. Tapi dia tetap tersenyum sebab sebelum tu dia terdengar kata Durrah yang mereka akan shoping dahulu. Bolehlah dia ‘pau’ Durrah hari ini. Sejak Durrah berkahwin, makcik tu sudah ada kad kredit yang dibekalkan oleh suaminya.

‘Untung kau dapat abang Johan Arrah, dia sayang pada kau, beri kad kredit, beri kereta, beri macam-macam lagi…tapi aku…’.Rita melepaskan keluhan kecil. Sepatutnya dia tidak boleh beriri hati dengan Durrah kerana apa yang Durrah dapat hari ini, telahpun dia dapat sewaktu menjada isteri kepada Hanan. Bila teringatkan Hanan….hatinya bercampur gaul dengan perbagai rasa. Ada rasa marah, benci,rindu dan bermacam-macam lagi rasa, rasa coklat,rasa strawberi,rasa jadam,rasa masin…Mungkin Hanan bukanlah lelaki yang baik dimata masyarakat kerana dia pengedar dadah tetapi dia seorang suami yang baik, penyayang dan romantik dimata Rita. Walaupun mungkin dia akan bertemu seorang lelaki yang serupa dengan Hanan tapi dia pasti kelakuannya tak akan sama dengan bekas suaminya itu.

“Engkau fikir dahulu kita nak makan kat mana”. Suara Durrah mematikan lamunannya tentang Hanan. Rita menganggukkan kepalanya. Dia memejamkan mata melayani  nyanyian dari radio.
Mereka shoping sakan sambil mencuci mata. Sudah lama mereka tidak keluar berdua. Sekali-sekala Durrah terlepas laku, lupa dia seorang isteri yang perilakunya sepatutnya bukanlah seperti seorang gadis remaja.

“Abang Johan tak marah ke kau belikan aku macam-macam ni, baju, seluar, untuk kau sendiri kau tak beli….”. Durrah tersengeh, dihatinya bercerita sendiri yang dia telah berbadan dua, manalah muat nanti sekiranya dia membeli pakaian seperti Rita itu. Namun begitu dia sempat juga menjeling pakaian mengandung yang berada di sebelah pakaian wanita. Dia berkira-kira sendirian yang dia akan membelinya bersama dengan suaminya, tentunya dia lebih gembira kerana suaminya yang akan memilihkan pakaian untuknya.

“Kau ni tersengeh-sengeh aje, jawabnya tak ada, angau apa kau ni?”.Durrah tersengeh-sengeh lagi. Hari ini dia gembira bila bersama dengan sahabatnya hilang sedikit tentang masalahnya dengan Johan.

“Seronokkan Rita? Kau ingat tak? Dulu kita buat kerja gila, cuba baju sampai 10 pasang tapi sepasang pun kita tak beli, sampaikan promoter tu bengang dengan kita?”. Mereka mengekek ketawa sebab telah berjaya mengenakan promoter yang berwajah sombong itu.

“Kau ingat tak? Ada  sorang mamat tu asyik ikut kita aje, aku ingatkan dia syok kat aku rupa-rupanya dia syok kat kau sampaikan bagi no.telephon dan alamat rumah sekali”. Rita mengingatkan Durrah. Mereka sama-sama ketawa lagi.

“Iyelah ek, siapa namanya aku pun dah lupa”. Seronoknya kenangan lama bila dikenang semula.

“Entah, manalah aku tahu, dia yang bagi kertas tu kat kau, bukannya kat aku, kenapa kau tak kacau dia?”. Tanya Rita.

“Aku tak minatlah tengok gaya dia, poyo aje….”.Durrah ketawa. Rita mengerutkan dahinya.

“Poyo kau kata, punyalah smart mamat tu, kau kata poyo?”. Komen Rita.

“Alah, orang pakai smart ni bukannya boleh percaya sangat….”Meleret suara Durrah.

“Bukannya soal boleh percaya dengan tak boleh percaya tapi tak salah kan kalau kau kawan aje dengan dia dahulu tu, buat spare  aje. Tengok kalau dahulu kau ada spare, tak adalah kau frust menonggeng bila Fazlan tinggalkan kau. Adalah juga orang yang tolong rawat hatikau tu. Lelaki ni semuanya bukan boleh percaya Arrah, kau tengok Fazlan, dahulu dia rapat dengan kau tapi apa dia buat kat kau. Hanan pun sama, siang malam pagi petang depan mata aku, tapi apa yang dia buat kat aku?...”. Emo pulaklah si Rita ni. 

Kesimpulannya lelaki memang tak boleh dipercayai. Termasuk Johan barangkali?

“Aku tak suka buat orang macam tu, tak baik tau…”. Memang pun si Durrah ni lurus sikit orangnya. Kalau dia berkawan dengan seseorang tu, itulah sorang pujaannya siang dan malam. Bukan macam Rita, dalam dalam bertunang dengan Hanan, dia masih sempat bermain cinta dengan orang lain.

“Atau kau masih ingat pada Fazlan yang tak guna tu?”. Soal Rita lagi.

Fazlan? Ah! Mengapalah nama itu kau sebut lagi.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXX

“Abang Alan tak penat ke? Siang kerja malam pula ada function, hari minggu dan hari cuti am  pun macam  tu, tak pun abang sibuk buat latihan, bila kalanya abang  Alan berehat?”. Soal Durrah sewaktu mereka berehat di bawah sebatang pokok di tepi Istana Melaka di Bandar Hilir.

“Abang perlu bekrerja keras untuk kita. Sebelum kita berkahwin, abang nak beli rumah, kan Arrah tak mahu tinggal dengan mertua? Tapi rumah kita nanti tak adalah sebesar istana ini”. Makin  menggebu rasa kasih dan sayang Durrah  pada  Fazlan.

“Arrah tak kisah, pondok pisang sesikat pun tak apa asalkan abang Alan ada”. Ikrar Durrah pada kekasih hatinya.

“Mana boleh macam tu Arrah, pernah dengar satu pepatah?  ‘bila miskin datang melalui pintu, cinta akan keluar melalui tingkap’. Sebagai ketua keluarga, abang nakkan keluarga abang hidup dengan selesa. Kadang-kala  kerana tiada ekonomi yang kukuh, rumahtangga boleh berantakan tau”. Pandai pula Fazlan berfalsafah entah dari mana dikutipnya  tapi bila melihat  senario sekarang ini dan apa yang berlaku di sekeliling kita, ada benarnya apa yang diperkatakan oleh Fazlan itu.

Siapalah diantara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapalah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
          Tanpa sebab dan alasan
          Kau mainkan perasaan
          Bagai taufan tiba-tiba datang
          Dan menghilang………..
Kau baying-bayang masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah…….

“Eh! Kenapa kau menangis Arrah? Takkanlah sebab aku sebut nama Fazlan aje kau dah menangis?”. Suara Rita mengejutkan Durrah dari dihanyutkan oleh kenangan silam. Durrah mengesat air matanya. Entah mengapa dia harus bersedih bila tiba-tiba Rita menyebut nama Fazlan, mungkin disaat ini hatinya dalam kerunsingan  dengan masalah yang di hadapinya kini, itu yang membuatkan hatinya semakin sensetif, sedih merantai jiwa. 

 “Sorrylah, tiba-tiba  aku emo pula bila kau sebut Fazlan”. Durrah buat-buat ketawa bagi menutup kesedihannya.

“Dahlah, janganlah kau ingatkan si Fazlan budak tak guna tu. Aku rasa Abang Johan tu 10 kali lebih baik dari si Fazlan tu”. Rita memuncungkan bibirnya. Durrah ketawa melihat telatah sahabatnya. Rita berasa lapang dada bila dia melihat Durrah ketawa. Dia rasa bersalah kerana membangkitkan nama Fazlan. Dia dapat rasakan yang cinta Razlan masih lagi berada dalam hati Durrah walaupun hanya tinggal sisa-sisa.
Tiba-tiba  Durrah ternampak satu batang tubuh yang amat dikenali sedang bergelak ketawa  dengan pasangannya yang juga dia kenal.

“Jom Rita kita pergi kat tempat lain…” Durrah mengheret Rita yang terpinga-pinga.

“Jomlah kita balik Arrah, hari dah malam. Masak badan aku kena gigit nyamuk kat tepi tasik ni, peliklah kau ni, tadi dah elok-elok kita shoping, entah hantu mana yang kau nampak sampai kau heret aku kat sini. Dari pagi tadi dok sibuk ajak aku tengok wayang tapi sekarang ni entah apalah yang kita tengok kat tepi tasik ni malam-malam buat. Buat membazir aje duit kau tu beli tiket”. Rita membebel. Durrah pula membisu.

“Jomlah Arrah kita balik, takut pula aku dah malam-malam macam ni kat tempat ini, aku takut perogol bersiri tiba-tiba dia muncul, naye kita. Jomlah Arrah, nanti susah pula hati abang Johan tu, dah malam macam ni pun kau tak balik lagi”. Rita masih lagi memujuk. Durrah masih lagi mendiamkan diri macam orang bengong.

“Rita, aku ni tak cantik ke?”. Rita mengerutkan dahinya dengan persoalan dari Durrah yang tak berasas itu.

“Apa yang kau melalut malam-malam buta ni?”. Marah Rita.

“Kenapa lelaki-lelaki yang aku sayang selalu menyakiti hatiku?. Kenapa bahagia itu sukar untuk aku temui…”. Rita semakin tidak mengerti siapa yang Durrah maksudkan. Fazlan ataupun Johan?
 Durrah sengaja membuatkan hati Rita gusar. Mereka pergi jalan-jalan cari makan sambil menikmati angin malam, lampu neon dan keindahan malam yang jarang sekali dapat dinikmatinya. Rita terpaksa mengikut 
‘mood swing’ sahabatnya itu. Didalam hatinya terasa begitu pelik sekali kerana Durrah yang dikenalinya bukanlah seorang yang ‘berangin’. Tetapi angin Durrah malam ini sangat berlainan.

 “Arrah ke mana malam-malam buta  macam ni baru balik?”. Sergah Johan sewaktu Durrah menutup pintu utama. Dia menjeling jam yang tergantung didinding telah menunjukkan hampir ke angka 1.

“Pergi mana merayap sampai tak ingat nak balik rumah?”. Durrah mengurut dadanya, kecut juga perutnya bila suara Johan sekuat itu dan suaminya memandangnya dengan perasaan amarah, tidak pernah dia melihat suaminya dalam keadaan begitu. Memang salah dia pun, melayan perasaan sampaikan tak terasa malam semakin larut. Mujurlah Rita bersamanya.

‘Tapi peduli apa aku? Aku pun berhak nak marah dia. Dia tu penipu, kata ada kerja rupa-rupanya ‘kerja’ dengan jandanya. Sepatutnya dia menemani aku bukannya menemani orang lain’. Durrah melepaskan amarah hanya dalam dirinya, bimbang jika dizahirkan akan melayang satu ‘hadiah’ dari Johan.

“Arrah pergi shoping dengan Rita”.

“Sampai pukul 1 malam baru balik? Beli apa?”. Soalnya lagi bagaikan tak percaya. Durrah tak menjawab, dia hanya mencemikkan bibirnya dan mengangkat bahu lalu jalan berlenggang menuju ke biliknya. Tidak dihiraukan pandangan tajam dari mata suaminya. Johan menahan marah kerana Durrah menipunya. Jika isterinya itu membeli belah, tentunya ada barang-barang yang dibawanya, namun tiada satu pun beg plastic di tangan isterinya itu.

‘Kemana dia pergi? Dengan siapa?’. Syaitan mula menjentik hatinya. Nama Rita selalu dibibir isterinya tapi dia tidak pernah berrtemu dengan empunya nama itu. Hati Johan semakin panas, sudahlah dia penat seharian berada di ‘site’ sebab ada tugas yang perlu dipantau, terpaksa pula melayan kerenah jandanya, bila balik pula isterinya lesap entah kemana….Hati suami mana yang tak sakit?

Di bilik Durrah mandi dan sembahyang isyak. Hatinya yang panas perlu disejukkan, silap haribulan dan tak kena gayanya dua-dua tengah panas, mau runtuh bangunan ini nanti. Entah mengapa sejak kebelakangan ini dia cepat naik darah.

Durrah menadah tangan meminta ampun dan maaf pada Allah.  “Ya Allah, ampunilah dosaku terhadap suamiku, sememangnya aku berdosa pada suamiku kerana membuatkan dia marah dan risau….bantulah aku ya Allah, aku buntu…berikanlah aku kesabaran dan kekuatan dalam menempuhi dugaan ini dan berikanlah jalan yang terbaik untuk kami ”. Lama Durrah menadah tangannya memohan pada yang  Esa.
Perlaha-lahan Durrah duduk dibirai katil. Dia mengusap lembut bahu Johan. Dia tahu Johan marah dan egonya tercalar atas apa yang  Durrah lakukan hari ini.

“Abang, Arrah nak cakap sikit dengan abang, bangunlah kita tak boleh berterusan macam ni”. Durrah masih lagi bercakap itu dan ini tapi Johan tetap membisu, mendiamkan diri macam batang kayu.

“Abang,  Arrah bercakap dengan abang bukannya dengan batang kayu, abang…”.Durrah tersentak bila Johan mendengus dengan kasar.

“Huh! Jangan nak membebel tengah malam buta macam ni boleh tak? I don’t want to care about you anymore. Up to you what ever you want to do. Go away….I don’t  want  to see you …..”. Durrah  berlari ke bilik tamu. Menangis!

Durrah menangis semalaman. Tidak disangka perbuatannya semalam membuatkan Johan terlalu marah padanya. Johan langsung tidak menegurnya sewaktu mereka berselisih di pintu bilik. Johan pergi kerja tanpa pamitan, usah kata tegur, memandangnya pun Johan tidak sudi. Seolah-olah kesalahannya terlalu besar.

“Aku hanya balik lewat malam sahaja, itupun aku keluar dengan Rita bukannya dengan jantan, dia tu lagi teruk, keluar dengan jandanya pagi petang siang malam….tak apa pula”. Durrah mengomel sendirian. Dengan langkah yang longlai  dia masuk kebilik dan mengambil beg pakaiannya.

“Tak apalah sayang, kita pergi dari sini ye, kita bina hidup baru, mama akan kerja lebih kuat untuk kita, insyallah kita tak akan kebuluran dan mama akan pastikan sayang dapat hidup dan belajar seperti orang lain juga.” Durrah berkata-kata dengan anaknya sambil mengusap perutnya yang masih lagi belum ketara bentuknya. Dia nekad untuk pergi dari rumah ini. Apalah gunanya tinggal di sini jika orang sudah tak sudi dan tak sayang lagi. Dia memujuk hati sambil tangannya  memasukkan pakaian ke dalam beg pakaiannya.

‘Kemana harus aku pergi? Terpulanglah padaku? Benarkah abang Johan tak perlukan aku dan tak inginkan aku?’ Durrah memikirkan semula kata-kata Johan malam tadi dan mencari apakah maksudnya itu.

No comments:

Post a Comment