Marilah kita bersama-sama mengejar segala macam fadhilat di bulan yang mulia ini. Janganlah berkira sangat dengan ALLAH .........untuk kita membuat segala amal dan kabaikan dalam bulan ini.
wallpaper
20140628
JANGAN BERKIRA DENGAN ALLAH
Marilah kita bersama-sama mengejar segala macam fadhilat di bulan yang mulia ini. Janganlah berkira sangat dengan ALLAH .........untuk kita membuat segala amal dan kabaikan dalam bulan ini.
20140626
e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 36
KU PENDAM SEBUAH DUKA
Bab 36
Fadilah memandang seorang lelaki yang berjalan menujunya tanpa kerlip.’Boleh tahan juga, rupanya macho, tengok gayanya bukan sebarangan orang, tak macam budak pekerja kilang biasa, siapa ye?’.B
isiknya sendirian. Matanya masih lagi memandang seorang lelaki yang berhenti dihadapannya.
isiknya sendirian. Matanya masih lagi memandang seorang lelaki yang berhenti dihadapannya.
“Selamat tengahari, saya Johan, boleh saya jumpa dengan Pn.Durrah?”.Suara itu boleh menggetarkan nalurinya apatahlagi bila dihiasi dengan senyuman. Terkasima seketika dirinya.
‘Oh mungkin orang dari mana-mana Jabatan Kerajaan ingin berurusan, bukankah Durrah itu bekerja dibahagian Admin? Tapi kenapa tiada apa-apa pun yang dibawa?’
“Maaf Pn.Durrah m.c., dah dua hari”. Terlihat lelaki itu terperanjat.
“Dia sakit apa?”
20140625
e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 35
Bab 35
Durrah merebahkan badannya di atas katil. Bau aroma rojak petis yang kuat telah memaksan
ya ke bilik air. Nampak gayanya dia terpaksa melupakan makanan itu untuk beberapa bulan ini. Dia meraba perutnya. Pedih! Segala isi perut telah terkeluar secara paksa sebentar tadi.Dia berbaring diatas katil sambil memejamkan matanya.
ya ke bilik air. Nampak gayanya dia terpaksa melupakan makanan itu untuk beberapa bulan ini. Dia meraba perutnya. Pedih! Segala isi perut telah terkeluar secara paksa sebentar tadi.Dia berbaring diatas katil sambil memejamkan matanya.
“Eh! Siapa yang muntah tadi aku dengar? Kau ke Arrah? Kau tak sihat ke? Rita masuk ke bilik. Dia meletakkan belakang tapak tangannya ke dahi Durrah. Panas!
“Kau demam ni, demam kan cik abang kot? Atau….
20140624
e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 34
KU PENDAM SEBUAH DUKA
Bab 34
Hari-hari yang dilaluinya amat membosankan mungkin sama seperti hari-hari sewaktu dia masih belum mendirikan rumahtangga bersama Johan malah dia merasakan hari ini dia merasakan begitu sunyi sesunyi hatinya barangkali. Semua teman serumah entah kemana hari-hari minggu begini.
Rita sedari pagi telah keluar dari rumah sehingga matahari sudah terbenam, masih lagi tidak Nampak batang hidungnya. Dia semakir liar sejak kebelakangan ini. Mungkin dia sudah ada teman lelaki baharu barangkali, entah siapalah lelaki itu tidak Durrah ketahui. Dia malu untuk mencampuri urusan hidup temannya kerana urusan hidupnya sendiri huru-hara.
Cuma Durrah dapat meneka dalam kesamaran
20140623
e-novel- KU PENADAM SEBUAH DUKA- Bab33
Bab 33
Airmata menitis satu persatu. Keperitan ini menguasai hati. Peritnya bila putus kasih. Sangkanya dia menemui kebahgian ini semula sejak di tinggalkan oleh Fazlan. Sangkanya Johan menyintai dirinya. Ternyata dia silap. Bahagia, mengapa sukar ditemui. Cinta, payah untuk digapai walaupun dari seorang lelaki yang bernama suami. Hinakah dirinya bila menagih cinta dari suami sendiri?
‘Ah! Hanya aku sahaja yang merasainya, sedangkan dia tidak merasai apa-apa pun. Tapi salahkah jika aku merasainya kerana dia suamiku? Ah! Suami, esok-esok aku akan membesarkan anak ini sendirian tanpa seorang suami. Mampukah aku?’.
20140620
e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 32
Bab 32
Johan pulang agak lewat malam ini. Marah tentang kejadian semalam, masih lagi belum surut. Sedari petang dia menunggu isterinya, tengah malam baru isterinya menampakkan muka. Betapa dia bimbang jika berlaku hal yang tak diingini berlaku ke atas isterinya. Tidak senang duduk dia dibuatnya. Dia pelik mengapa Durrah berkelakuan begitu. Selalunya walau ke mana pun isterinya ingin pergi, dia akan meminta izin darinya terlebih dahulu. Dia semakin keliru dengan perangai isterinya sejak kebelakangan ini, sudahlah disorokkan kandungannya. Dalam hatinya besoal jawab sendirian, sampai juga dia di tingkat 10.
Johan membuka pintu utama. ‘Eh! Kenapa gelap ni?’ Soalnya sendiri. Tiba-tiba
20140618
e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 31
Bab 31
“Betul ke kau nak tinggal semula kat sini Arrah?”. Soal Rita bilamana dia melihat Durrah menghubunginya di pejabat dan membawa beg besar yang berisi pakaian.Lagaknya macam orang lari dari rumah aje…Kelam kabutlah juga dia meminta jasa baik budak pejabat menghantarnya pulang ke rumah. Durrah pula mengambil cuti kecemasan.
“Kau ada masalah dengan abang Johan ke?”. Soal Rita lagi bila Durrah hanya mendiamkan diri.
“Ada masalah sikit”. Durrah mula menyusun baju di atas rak pakaian.
“Ini bukan masalah sikit ni, ini besar punya masalah”. Durrah ersenyum tawar mendengar omelan dari sahabatnya itu.
“Sorrylah kalau aku susahkan kau, aku tak ada tempat nak pergi,
20140615
e-novel-KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 30
Bab 30
Rasa bosan memenuhi ruang hati. Bagi mengisi rasa bosan, ada
kalanya dia menemani Rita berjoging tapi Durrah hanya berjalan kaki sahaja.
“Engkau ni pagi-pagi dah ajak aku berjoging tapi kau sendiri tak ada mood nak berjoging kenapa? Abang Johan tak marah ke kau keluar rumah pagi-pagi minggu macam ni? Kau kacau aku ajelah, aku nak tidur lebih sikit pun tak boleh. Aku ingatkan bila kau dah kahwin senanglah sikit aku nak tidur sampai tengahari, tapi….harammm”. Rita mula membebel. Durrah pula tersengeh.Sememangnya sedari dahulu Durrah selalu bising bila Rita tidur sehingga ke tengahari pada hari cuti ataupun hari minggu.
Durrah teringat akan pesan dari emaknya. '
20140614
e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA -Bab 29
Bab 29
Johan sampai di Kelab Golf Kota Permai agak lewat dari sepatutnya.
Nampaknya semua perkara dah ‘close deal’ Cuma tunggu ‘black&white’ sahaja.
Segala perancangan telah dipersetujui dengan sebulat suara.
“Lambat sampai Johan?”. Tidak pasti adakah itu satu pertanyaan
atau sindiran dari Datuk Azlie sewaktu mereka berjabat tangan.
“Maaf Datuk, sebenarnya saya dari kampung terus ke mari”. Jawab
Johan dengan tenang.
“Oh, sihat orang tua
awak?”. Tanya Datuk Azalie ingin tahu berkenaan bekas besannya.
“Alhamdulillah mereka sihat, Cuma ayah saja yang kena jaga makan
dan minumnya maklumlah orang dah berusia”. Datuk Azlie mengangguk-anggukkan
kepalanya mungkin membayangkan bekas besannya. Selepas itu mereka berbincang
semula berkenaan dengan projek.
'20140611
e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 28
Bab 28
Terdengar bunyi kokokan ayam sahut-sahutan menandakan hari hampir
siang. Durrah membuka matanya. Dia bermalasan di atas katil lebih-lebih lagi dalam pelukan suaminya yang menyalurkan kehangatan. Dalam dingin pagi sebegini, dia ingin selamanya berada dalam pelukan suaminya tetapi bila memikirkan yang dia sedang berada di rumah mertuanya, dengan perlahan dia mengalihkan tangan suaminya, segera dia mengeliatkan badannya dan perlahan dia bangun dan duduk memandang suaminya.
siang. Durrah membuka matanya. Dia bermalasan di atas katil lebih-lebih lagi dalam pelukan suaminya yang menyalurkan kehangatan. Dalam dingin pagi sebegini, dia ingin selamanya berada dalam pelukan suaminya tetapi bila memikirkan yang dia sedang berada di rumah mertuanya, dengan perlahan dia mengalihkan tangan suaminya, segera dia mengeliatkan badannya dan perlahan dia bangun dan duduk memandang suaminya.
Dalam cahaya suram, Durrah meneliti raut wajah suaminya yang tidur dengan tenang
disulami dengkuran kecil. Durrah tersenyum bila teringat peristiwa tadi malam.
Walau dalam hatinya ada marah, namun belaian '
20140610
e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 27
Bab 27
Hari Sabtu berikutnya Durrah pulang ke kampung Tengah, sepupu
Johan yang berkahwin. Ali Azrai nama pengantin lelaki. Sedap namanya manakala
nama pengantin perempuannya pula ialah Rohaya, orang Terengganu. Walaupun kenduri
kahwin ini di pihak sebelah pengantin lelaki, tetapi majlis di sini meriah.
Majlis di pihak pengantin perempuan diadakan seminggu sebelumnya hanyalah
kenduri doa selamat. Menurut cikgu Jarah, Rohaya anak yatim piatu, 2 beradik
perempuan. Kenduri doa selamat pun dibuat di rumah kakaknya.
Durrah menginsafi dirinya. Walaupun dia anak yatim tetapi dia
masih lagi punya emak. Walaupun majlis kenduri kahwinnya tidak dibuat secara
besar-besaran tetapi tetap ada majlis perkahwinan, ada pelamin dan
berbagai-bagai lagi. Durrah bersyukur didalam hati dengan apa yang dia miliki.
Durrah hanya memandang Johan yang sedang dikelilingi anak-anak
Johari.'
20140604
e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 26
Bab 26
Hari-hari yang Durrah
dilalui kini terasa sunyi. Sama seperti hari-hari yang dia lalui seawal
usia perkahwinan mereka. Johan semakin pulang lewat ke rumah. Masanya lebih
dihabiskan di luar. Hari minggu pun begitu. Ada aje kerjanya.
‘Agaknya dia dah tak suka lihat muka aku ni’. Bisik hati Durrah.
Dia berkecil hati dengan Johan kerana makanan yang dia masak, tidak lagi Johan
jamah. Air yang dia bancuh, tidak lagi Johan minum. Hati Durrah semakin walang.
Bila di rumah, selalu sahaja Johan dapat SMS. Durrah tahu, itu
tentunya SMS dari Azreen. Seringkali dia
melihat Johan tersenyum. Pernah juga Durrah
skoding handphone Johan.
‘Alamak, macamana ni’.'
Subscribe to:
Posts (Atom)