wallpaper

20140307

e-Novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA -Bab 10

Bab10

Minggu yang di tunggu-tunggu sampai jua akhirnya. Durrah mengagih-agihkan kad kahwinnya pada hari-hari akhir dia bekerja. Semua kwan-kawan termasuk bosnya  kekagettan. Masing-masing terperanjat beruk, pun ada yang terperanjat monyet. Masing-masing dengan spekulasi sendiri. Ada juga yang kata Durrah kena tangkap basah.Durrah hanya ketawa.

 “Lantaklah kau orang  nak kata apa, majlis nanti kau datanglah ke rumah aku kalau kau nak tengok suami aku”. Hanya itu sahaja yang mampu Durrah beritahu mereka.En.Yazid pun turut terperanjat . 

“Eh! Macam tak pecaya pula,  tak dengar khabar you bertunang, tiba-tiba aje nak kahwin ni apa cerita?”.

“Cerita apa pula En., dulu you juga yang sibuk suruh  I  kahwin cepat-cepat, ni  I  nak kahwinlah ni, tak percaya pula dia.”. Durrah melemparkan  senyuman pada  ketuanya.

“Kahwin juga you ye, I ingatkan nak jadikan you wife I yang ke 2”. Durrah mengekek ketawa.

“Tak rela I jadi  ‘nek de’”. Mereka sama-sama ketawa. En. Yazid memasukkan semula kad jemputan kedalam sampulnya.

“Husband  you kerja di mana?”.

“Di KL, dia saudara I. kami satu daerah, emak dia cikgu sekolah  I dan keluarga kami saling mengenali, dia duda tak ada anak”. Rasanya panjang lebar dia menerangkan perihal bakal suaminya.Rakan-rakannya yang lain turut pelik, tak ada angin tak ada rebut, bertunang pun tidak, tiba-tiba terus kahwin. 

“Engkau ni macam bercinta dengan orang lain, kahwin dengan
orang lain”. Durrah ketawa kecil.

“Bila masa pula aku bercinta dengan  orang lain?”.

“Tu dengan Pak Arab tu?”. Si Azura menyampuk.

Kan aku dah  berkali-kali cakap dengan kau orang, pak Arab tu dah ada isteri, aku tak perrnah bercinta dengan dia. Kami hanya berkawan sahaja. Kami keluar makan bersama tak bermakna kami bercinta”. Tegas Durrah. Memang benar kata Rita dahulu, bila usia sudah meningkat begini macam-macam perspektif mereka bila melihat kita berkawan dengan lelaki.

“Kau ni pun satu, apasal kau tak pas kat aku pak Arab tu?. Best apa dapat orang Arab. Dia lebih tahu tentang agama. Dunia dan akhirat, apa orang kata, sampai ke syurga?”. Celah Julia. Durrah mengekek ketawa.

“Kawan, Allah tak memandang manusia itu dari bangsa apa dan warna kulit tapi Allah pandang iman yang ada pada mereka”. Terang Durrah. Allah tak menjanjikan syurga hanya kerana mereka berbangsa Arab. Kalau bangsa Arab tapi bukan islam, macam mana? Kalau islam tapi tak sembahyang, macamana pula?

“Betul cakap Arrah tu. Tak semuanya orang Arab tu baik dan beriman. 10 tahun dulu abang aku ada kerja kat restoren orang Arab. Restoren dia VVIP aje yang masuk bukannya orang biasa macam kita tak boleh masuk tapi orang macam kita tak mampu nak bayar bil makanannya. Satu kali makan, harganya satu bulan gaji kita, kau larat?.

Makanan disediakan makanan arab dan di tambah dengan minuman keras. Macam-macam jenis ada. Isteri dia pula perempuan Cina. Tak tahu dia masuk islam atau pun tidak. Abang aku kata tengok bini dia punya dressing….meleleh…… Dekat tanah Arab sana mereka tak boleh buat sesuka hati sebab tertakluk dengan undang-undang tapi bila dia pergi tempat kita dia boleh buat sesuka hatinya”. Cerita Anom.

“Betul tu, sebab tu ada yang duduk kat negeri orang puteh tapi mereka terlebih jadi orang putih dari orang putih sendiri. Tengok aje budak lelaki dalam kumpulan One Derection….alah, aku pun tak pandai sangatlah. Dia bukan orang putih kan? Tengok cara hidup dia, siap bertatu lagi…”. Durrah pula menambah perisa. Apalah nak dibanggakan sangat dengan keturunan. Kalau keturunan Rasulluallah tu lainlah…..

“Betul tu, minggu lepas sepupu aku baru balik dari Arab. Dia kerja kat sana, masa kat dalam kapal terbang tu ada seorang perempuan Arab terus buka purdah dia terus minta Brandee. Sepupu aku pun terkejut beruk”. Amran pula menyampuk.

Alah…aku baru nak usha pak Arab tu”. Durrah tersenyum dengan kata-kata Julia itu.

“Apa salahnya. Aku rasa boleh. Usahalah lebh sikit”. Usik Durrah. Manalah tahu jika rezeki berphak pada Julia pula.

“Bila kau orang bertunang? Kau orang bercinta pun kami tak tahu”. Rajuk Anom.

“Alah, takkanlah aku nak buat pengumuman dengan kau orang yang aku di alam percintaan. Dia saudara aku, aku dah mengenalinya sedari kecil lagi, tak ada apa yang peliknya tentang kami bila tiba-tiba kami ada jodoh”. Wah! Macam bagus sangatlah pekahwinan ini di atur. 

Durrah tidak mahu kawan-kawannya membuat andaian, perkahwnan ini adalah sesuatu yang  ‘terdesak’ untuk menggugurkan gelaran ratu  ANDARTU  yang telah sekian lama dia sandang walaupun mungkin ianya salah satu sebab dia terima pinangan ini.


                                                         
Johan tersandar lemah dikerusinya. Tidak beberapa hari lagi dia akan bergelar suami kepada seseorang yang dia tidak begitu mengenali. Hatinya berbelah bahagi, dia melepaskan keluhan. Telajak perahu boleh berundur, terlajak kata, diri sendiri yang merana.

“Johan, orang kalau nak kahwin, punyalah suka, senyum memanjang aje. Kau ni pula aku tengok monyok aje. Apalah kau ni, mak kau suruh kau kahwin bukannya suruh kau pergi berperang”.Zarul datang mengusiknya. Johan melepaskan keluhan lagi.

“Entahlah, aku tak rasa nak kahwinlah”.Johan melepaskan rasa di hati. Zarul tepuk dahi.

‘Sudah! Mati cikgu Jarrah kali ini dengan perangai Johan’.

“Kau jangan buat hal. Kasihan mak kau. Kau couple semula dengan Juita ke?”. Tannya Zarul lagi. Johan garu kepala. Dia serba salah, dia bertindak terburu-buru dan menuduh Juita ada hubungan dengan orang lain. Dia terbawa-bawa dengan sejarah silamnya. Ttapi kini semuanya dah terlambat. Masa marah tempohari dia memberi keizinan emaknya untuk dijodohkan dengan sesiapa pun waima dengan perempuan yang cacat sekali pun. Sekarangnya bila dia mengetahui keadaan yang sebenarnya, dia mula rasa bersalah. Bagaimana dia nak menerima perempuan lain sedangkan di hatinya masih menyimpan rasa cinta pada Juita.

Payah!Payah!payah! Juita masih lagi memburunya. Johan serbasalah. Ikut kata hati ataupun ikut kata mak dan ayah!


6 comments:

  1. bagus penulisan.. kalau dibukukan novel ini mesti mendapat sambutan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa....insyaallah.....doakanlah. Tk. kerana sudi singgah

      Delete
    2. aiza doakan semoga terus success.. :D

      Delete
  2. yup sy setuju 2.. cerita bagus dan sy ska baca wpn lama2 ada sekali n3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. ini yang semakin bersemangat nih!. TK kerana sudi singgah

      Delete
  3. Betul, napa tak dibukukan....in syaa Allah, bakal mendapat sambutan...

    ReplyDelete