wallpaper

20130831

MERDEKA!

Assalamualaikum SELAMAT HARI MERDEKA

 Apakah maksud merdeka yang sebenar-benarnya?. Jika ditanya pada setiap orang, lain pula pandangannya.
Ada yang kata, kita terlepas dari belenggu penjajah, tapi mengapa pakaian dan bahasa yang kita gunakan masih lagi berkiblatkan penjajah.
Ada yang kata kita rasa aman dan tenteram tetapi setiap hari mengapa kita rasa takut bila kita jalan bersendirian?, cuba pandang kiri, kita nampak Bangla, pandang kanan kita nampak orang Vietnam, kita pusing belakang nampak orang Indonesia, bila jalan lurus dihadapan, berbagai rupa bentuk manusia kita lihat. bahasa yang mereka gunakan bukannya bahasaa Malaysia.
Ada yang kata kita bebas cari rezeki ditempat sendiri. Tetapi cuba kita tanya budak yang keluar Universiti, kolej mahupun institusi yang lain. senangkah mereka dapat kerja?. Kerja biasa pun kita terpaksa bersaing dengan pendatang asing berjummlah berjuta orang.
Ada yang kata, sesiapa pun boleh menjalankan perrniagaan. tetapi

20130827

Rumah terbuka

Assalamualaikum
 Masih lagi dalam mood hari raya. Zaman sekarang tidak seperti zaman dahulu. zaman dahulu orang lebih senanng datang menziarahi kawan-kawan atau saudara mara tetapi zaman sekarang kita semakin sibuk, maka konsep lebih kepada rumah terbuka. Kalau bercerita tentang zaman kanak-kanak MET mungkin tak sama dengan sekarang. zaman sekarang amat bahaya bila membiarkan kanak-kanak berjalan sesama mereka untuk berhari raya dan kutip duit raya. Pada tahun lepas ada kanak-kanak yang tersalah masuk rumah 'pendatang asing' lalu mereka ini dipoerkosa. Nama pun kanak-kanak,

20130820

Betulke kerja polis sekarang lebih mudah?

Assalamualaikum.
Tentu ada abang-abang polis yang marah dengan MET bila baca tajuk diatas. Relaxlah tok! berbagai spekulasi bila cerita tembak-menembak diantara polis dengan penjenayah. setiap hari ada sahaja orang yang mati kena tembak. semua orang sibuk memberikan pendapat, kupasan dan pandangan. dari golongan propesional sehinggalah tukang potong rumput juga tukang sembur nyamuk. tidak terkecuali juga ahli mensyuarat tingkap.
MET tergolong dalam kalangan ahli mensyuarat tingkap. hanya ahli biasa, bukannya ahli majlis tertinggi dan bukannnya ahli jawatankuasa(AJK). ahli tediri daripada surirumah,isteri manager kilang,kerani sekolah,isteri pesara,isteri pekerja kilang minyak,isteri taukeh balak,kerani stesen minyak,binii taukeh warang nasi lemak pun ada.masing-masing pun ingin memberikan pendapat tentang isu-isu semasa.
Maka bersidanglah kami sambil berdiri. mulut bercakap tetapi mata memerhatikan anak-anak yang sedang bermain, takut dilanggar dek kereta.

A    :    His, takut pula nak keluar rumah sekarang. sana-sini kes tembak. dahulu tak adapun macam ni. senang aje nak bunuh orang. senjata pun boleh sewa aje pulak tu.
B    :    Alah, apa nak takut, yang kena tembak tu kebanyakannya ada duit, kongsi gelap, takpun orang yang kaya. orang macam kita ni apa yang ada.
C    :     Macam negara koboi pulak ek? sikit-sikit tembak.

20130818

Raya yang tak begitu meriah

Assalamualaikum.
bila dah meningkat usia ni, hari raya dah tak rasa meriah sangat bukan seperti zaman budak-budak dan masa zaman remaja dahulu Anak-anak pun ada disekitar MET. sekolah asrama. kampung pun tak jauh dari rumah MET. lama pun 1 jam perjalanan aje. itupun kalau jem. Setiap hari MET balik kampung. Jalan raya, malam baru balik rumah. maka dalam perjalanan, MET pun buatlah bedah siasat. MET perhatikan, ianya tak semeriah dahulu. Kalau dahulu, setiap rumah yang MET lalu, pasti ramai yang mengunjungi sanak-saudara. tetapi hari raya kali ini seolah-olah masing-masing lebih suka memerap dirumah. Jalan raya tak adalah sibuk sangat.Seolah-olah mereka lebih selesa lepak dirumah bersama keduaibubapa dan ahli keluarga yang lain dari berkunjung kerumah  sanak-saudara.
Maka, hari raya nampak sedikit suram.
Kenapa ek? maka inilah jawapan yang sedikit MET terima.

cerita 1
A       :   Bonus kerajaan bagi  RM500.00 aje MET, mana nak cukup. Duit minyak, duit tol pun tak boleh nak tahan.
 MET :   o.k apa?MET lagi tak ada sapa nak bagi bonus

cerita 2
C      :   Dengar cerita nak beli kereta bila kerajaan dah umumkan kereta turun harga hari tu. mana keretanya?
B       :    Ini yang buat aku sakit hati ni
C       :    Apasal?
B       :   Aku pergi bank. buat loan nak beli kereta proton tapi tak lulus. Aku sajalah buat kereta PUEGOT pula. eh! lulus

20130816

muka syurga tapi......

assalamualaikum...
 pagi-pagi lagi hati MET dah naik marah selepas tengok suratkhabar. Dah tengok ke belum muka seorang suami yang pukul dan terajang isterinya dalam lift?. tengok mukanya punyalah baik walaupun ditutup sebahagian mukanya. tapi di hati....betapa kejamnya manusia itu.
sebab itu orang putih ada cakap "don't just a book by it's cover'. anak-anak, kalau kau orang nak cari suami, jangan nak pilih muka baik saja. biarlah muka 'pecah pintu' pun tak apa asalkan

20130815

Pengenalan~~

Assalamualaikum....Salam perkenalan dari Makieteng( MET). Dihari dan bulan yang baik ini MET nak mulakan langkah pertama menulis dalam ruangan ini. Di sini  juga MET nak melabun bersama awak yang sudi.Blog ini khusus untuk orang dewasa.Tetapi anak remaja pun boleh memberikan pendapat mengikut dari sudut pandangan mereka.

Bahan yang akan kita labunkan nanti adalah kisah-kisah orang dewasa terutama sekali kisah orang marahen seperrti MET ni. Kisah hidup seharian dan isu-isu semasa. Ohye! MET juga akan menyelitkan cerpen dan insyallah juga Novel yang MET karang sendiri. tapi mengambil masalah ye sebab blog ini pun anak dara MET yang sediakan. MET ni orang tua yang tak begitu pandai menggunakan alat canggih ni. o.klah kita jumpa nanti ek? salam satu Malaysia.

Awak?ada apa-apa nak tambah!