wallpaper

20130827

Rumah terbuka

Assalamualaikum
 Masih lagi dalam mood hari raya. Zaman sekarang tidak seperti zaman dahulu. zaman dahulu orang lebih senanng datang menziarahi kawan-kawan atau saudara mara tetapi zaman sekarang kita semakin sibuk, maka konsep lebih kepada rumah terbuka. Kalau bercerita tentang zaman kanak-kanak MET mungkin tak sama dengan sekarang. zaman sekarang amat bahaya bila membiarkan kanak-kanak berjalan sesama mereka untuk berhari raya dan kutip duit raya. Pada tahun lepas ada kanak-kanak yang tersalah masuk rumah 'pendatang asing' lalu mereka ini dipoerkosa. Nama pun kanak-kanak, manalah dia tahu bahaya didepan mata, justeru itu pengawasan ibubapa adalah penting. Sebagai ibubapa, bawalah anak-anak anda untuk berhariraya, apatahlagi zaman sekarang setiap keluarga ada kenderaan yang baik walaupun sebiji kereta buruk. jangan biarkan dan percaya anak-anak berhariraya dengan kawan-kawan sahaja lebih-lebih lagi anak-anak yang dibawah umur. Mereka memanglah rasa seronok tanpa fikirkan perkara yang buruk menanti.
 Hari raya milik kita semua yang beragama Islam. tak kira yang miskin ataupun yang kaya. yang berkereta mahupun yang berbasikal dan berjalan kaki. Ada yang berkereta 'Merc' mahal,baru dan besar tapi bawa kereta sorang-sorang sebab tak ada anak dan isteri (bercerai), ada pula berkereta buruk tetapi penuh satu kereta (anak-anak ramai), ada yang naik motosikal berlima, ada yang berbasikal dan ada yang berjalan kaki. semuanya keluar untuk meraikan hariraya. nasib setiap manusia tak sama.
 Berbalik pada konsep rumah terbuka. Pada minggu lepas, MET tengok Wanita Hari Ini, 'fesyen yang sesuai untuk ke rumah terbuka'. MET tersenyum.Nak pergi rumah terbuka pun kena fesye yang sesuai ke? kalau macam ni, MET tak bolehlah pergi sebab MET ni bukannya pandai berfesyen.Mungkin itu untuk orang kaya kot? Golongan marahen macam MET ni, 'hantam sajalah labuu......'. janji berpakaian sopan.
 Bermacam ragam bila sesekali berjumpa. Ada yang bergelak ketawa, bercerita dan yang leka dengan gajet masing-masing pun ada. mungkin masing-masing nak menunjukkan gajet yang termahal dan terkini barangkali. Bukan sahaja generasi 'Y', generasi 'X' pun sama. kadang-kala rasa pelik juga. si Isteri sibuk berceloteh dengan teman sebelah tetapi si suami sibuh dengan handpone ditangan. ber'SMS' barangkali atau bermain game? Lain kali kalau rasa tak mahu campur orang kat dalam majlis tu, rasanya tak payahlah datang. ianya akan membuatkan orang lain beranggapan yang buruk terhadap anda. jagalah sedikit 'air muka' si isteri. Apalah salahnya luangkan masa setengah jam sahaja untuk makan dan bertegur sapa dengan teman-teman. Geram juga MET tengok, kalau budak-budak, dah MET pial telinganya. tapikan ni, bapak budak. nak buat 'camno?'. Hari raya datang sekali (sebulan) dalam setahun. kalau dimasa ini kita tak saling bermaafan dan saling berbergembira, bila lagi? 'Ini Kalilah!'. tahun hadapan kita tak tahu lagi, kita jumpa lagi ke tidak dengan 'hariraya'.
Dalam masa sibuk rumah terbuka untuk hari raya, eh! ada juga orang buat kerja kahwin!. baguslah tu, 2 dalam satu.Jimat masa dan belanja. Apa-apa pun selamt bergenbira di hari raya dan selamat pengantin baru.

 Awak? Ada apa-apa nak tambah!

No comments:

Post a Comment