wallpaper

20130816

muka syurga tapi......

assalamualaikum...
 pagi-pagi lagi hati MET dah naik marah selepas tengok suratkhabar. Dah tengok ke belum muka seorang suami yang pukul dan terajang isterinya dalam lift?. tengok mukanya punyalah baik walaupun ditutup sebahagian mukanya. tapi di hati....betapa kejamnya manusia itu.
sebab itu orang putih ada cakap "don't just a book by it's cover'. anak-anak, kalau kau orang nak cari suami, jangan nak pilih muka baik saja. biarlah muka 'pecah pintu' pun tak apa asalkan dia baik dan ada iman. emosional pula MET ni. sebenarnya kita tidak boleh menghukum begitu sahaja tanpa mengambil alasan dari kedua-dua. walaubagaimanapun alasannya, memukul dan memperlakukan sebegtu dihadapan anak-anak adalah satu kesalahan yang tak sepatutnya dibuat. Perkara tersebut akan terpahat dikepala anak-anak sehingga dia dewasa. dan jangan salahkan anak-anak jika dia membenci ayahnya dikemudian hari.

kenapa jadi begitu? mungkin kerana dihatinya dah tak ada rasa kasih sayang pada si isteri. kenapa? mungkin kerana dihatinya telah ada orang lain. orang macam itu sumbat aje kat dalam penjara. kat dalam sana tibai pula dia. setuju???? tapi kita ada undang-undang. lebih-lebih pun orang macam ni akan kena denda. dan denda dia boleh bayar sebab dia ada duit.

Sama-samalah kita berdoa, moga si isteri  lebih tabah, selamat dan bahagia menjalani hidup ini sebagai seorang janda.Tak ada hinanya hidup seorang janda. diluar sana ramai lagi wanita yang bergelar janda boleh mencipta keyaan dalam hidup mereka. apalah gunanya ada suami tapi dia tidak boleh lagi digantungkan harapan malah lebih menakutkan, dia jadi 'gengster' dalam rumahtangga.Lagipun sekarang ni orang dah tak panggil 'janda'. orang panggil 'ibu tunggal'. Emm...lebih sedap didengar.

pada si isteri atau sesiapa pun yang mengalami nasib yang sama ataupun hampir sama ditimpa musibah, tadahkanlah kedua tangan, memohon pada Allah dan ucapkanlah "Innalillahhiwainalillahhirajiun....dari padamu ia datang dan kepadamu ia dikembalikan setiap perkara, berikanlah aku pahala atas musibah ini dan gantikanlah aku dengan sesuatu yang lebih baik dari ini. sesungguhnya hanya engkau yang maha penyayang dan maha pemberi". Ingatlah, doa orang yang teraniaya, tiada hijab antara dia dengan tuhannya.

Awak? ada apa-apa nak tambah!  

No comments:

Post a Comment