wallpaper

20130831

MERDEKA!

Assalamualaikum SELAMAT HARI MERDEKA

 Apakah maksud merdeka yang sebenar-benarnya?. Jika ditanya pada setiap orang, lain pula pandangannya.
Ada yang kata, kita terlepas dari belenggu penjajah, tapi mengapa pakaian dan bahasa yang kita gunakan masih lagi berkiblatkan penjajah.
Ada yang kata kita rasa aman dan tenteram tetapi setiap hari mengapa kita rasa takut bila kita jalan bersendirian?, cuba pandang kiri, kita nampak Bangla, pandang kanan kita nampak orang Vietnam, kita pusing belakang nampak orang Indonesia, bila jalan lurus dihadapan, berbagai rupa bentuk manusia kita lihat. bahasa yang mereka gunakan bukannya bahasaa Malaysia.
Ada yang kata kita bebas cari rezeki ditempat sendiri. Tetapi cuba kita tanya budak yang keluar Universiti, kolej mahupun institusi yang lain. senangkah mereka dapat kerja?. Kerja biasa pun kita terpaksa bersaing dengan pendatang asing berjummlah berjuta orang.
Ada yang kata, sesiapa pun boleh menjalankan perrniagaan. tetapi kenapa masih ramai yang kena denda bila berniaga ditepi jalan?.bukannya tak mahu mohon lesen tetapi permohonan mereka tidak diluluskan. yang hairannya boleh pula pendatang asing yang menjalankan perniagaan, menurut persatuan perniaga bumiputtera, 70% peniaga yang berniaga di KL adalah pendatang asing. Kenapa boleh jadi begini?.Pemerintah orang Malaysia, pihak berkuasa pun orang Malaysia
Benarkah kita sudah MERDEKA!
Bgaimanakah kita meraikan hari kemerdekaan kita?
a) Tengok pertunjukan bunga api
b) Tengok perbarisan
c) Tengok cerita TRANSFOMER dikaca TV3
d) Bawa anak-anak ke ZOO
e) Pergi membeli-belah
f) Mandi laut
g) ??????
h) ??????

 Awak? ada apa-apa nak tambah!

No comments:

Post a Comment