wallpaper

20130911

Adoi! minyak naik lagi

Assalamualaikum

Dah lama kita tak melabun. Bukannya apa saja melayan hati sebab minyak naik 20sen. Alah 20 sen aje, bukannya RM2, RM20, RM200, RM2000........
Bukannya mahal manapun bagi orang yang kaya, berduit dan berharta tapi penuh makna bagi orang marahen macam MET ni.

Ramai yang memberi pandangan serta pendapat tentang kenaikan harga minyak kali ini. Bagi para pelajar atau orang yang belum cukup dewasa (masih lagi makan minum dan segala keperluan mak bapak sediakan) tentunya tidak merasakan bebanan akan kenaikan harga tersebut. naiklah sehingga RM20 pun, kisah apa mereka! Dibawah ini ikutilah pandangan mereka  .....

si    A     :    Aku tak kisah MET, kereta aku pakai air kencing! (marahla tu!....) 

si    B     :    Alah, standartlah tu....dah berpuluh tahun macam tu.....lepas pilihanraa aje mesti                           minyak  naik harga. 

 si    C     :    Padan dengan muka kau! Aku suruh TUKAR INI KALI tapi kau nak tukar lain kali.                     siapa  yang susah?. bukan kau aje yang susah. aku pun turut susah.  (Pembangkang                       Tegar).

si    D    :     Matilah.....Petrol naik 20 sen tapi barang semuanya naik.....gaji aku aje yang tak naik

si    E    :     Mana aci....minyak naik harga sebab nak jimat subsidi kerajaan dan dapat lebih                             3bilion. Duitt itu nanti akan diberi pada rakyat (BR1M). habistu, aku yang tak dapat                       BRIM ni macamana?.... Gaji aku RM3000 lebih sikit aje, isteri tak bekarja. manalah                       aku nak bayar rumah, kereta, anak-anak sekolah, harga bahan  mentah yang makin                         melambung naik. matilah macam ni!

Semua orang bersungut tentang kenaikan harga minyak ini. Malah penjual roti canai, nasi lemak dan peniaga di warung  pun mula hendak menaikkan harga jualan mereka. Maka MET pun tanyalah mengapa mereka nak naikkan harga jualannya sedangkan mereka jual nasik lemak, bukannya jual minyak. maka inilah jawapan yang bernas dari sudut pandangan penjual nasi lemak!

Jawapannya ialah......

"Apa yang kau cakap ni MET? kau ingat bila minyak naik, yang lain tak ikut naik?. O.klah, senang cerita macam ni...Minyak ini perkara asas...semua kenderaan guna minyak nak bergerak, lori nak hantar barang pun pakai minyak. Misalnya syarikat transport yang menyediakan penghantaran barang, satu traler biasanya isi minyak RM400 sekali isi penuh. kos minyak naik 10% (20 sen tu), dah RM40.jadi sekarang ni satu treler minyaknya dah jadi RM440 sekali isi penuh.Kau ingat sekali isi minyak boleh sampai sebulan?. maaf cakaplah....katalah sebulan 10kali dia isi minyak, . satu treler saja dah ada RM400 lebihan sebulan yang terpaksa pihak syarikat bayar. kalau dia ada 10 buah treler? tentunya RM4000 lebihan yang terpaksa mereka tanggung sebulan. kau ingat mereka nak tanggung? Sory to saylah....

Makanya, lebihan itulah yang diserapkan pada barang apa yang mereka hantar, contohnya cili, bawang, ikan bilis dan........syarikat yang membekalkan cili misalnya kena tanggung 2 kali ganda sebabnya mereka mengimport cili dengan kapal, kau ingat dengan tongkang? dengan tongkang murahlah.....bila hantar dengan lori, pihak pengang kutan pula kenakan tambang lebih. jadinya mereka serapkan pada kos cili tersebut. takkan mereka nak tanggung kos tu, rugilah dia orang.

Bila sampai kepada peruncit, harga cili dah tinggi, terpaksalah peruncit naikkan harga jualan, takkan si kedai runcit yang nak tanggung kos yang berlebihan sekali. Yang kena akulah sebab aku yang kena beli cili untuk buat sambal nasi lemak. Itu baru cili aje, belum lagi bawang,belacan,ikan bilis, santan...kau ingat kelapa aku ambil belakang rumah ke? aku beli tau...kelapa tu naik lori bukannya dia boleh golek sendiri ke pasar.

Habistu, macamanalah aku tak nak naikkan harga nasi lemak aku. Takkanlah semuanya kos kenaikan tu aku yang tanggung?. Sekarang ni aku beli barang kat pasar, aku terpaksa bayar lebih RM10 tau, kau bayangkan timun pun dah RM1 sebatang. jumlah tu dikira banyak tau. Untung aku sehari adalah RM50-RM60 aje. Itu belum lagi ditolak dengan hari hujan,ribut dan jerebu, hujung bulanlah......

Orang atas mana nak kisah. gaji mereka berpuluh ribu, minyak mereka kerajaan tanggung, kemana-mana mereka tidur waima kat hotel 7 bintang pun, kerajaan yang bayarkan, makan pun bukannya makan masakan kat rumah....bolehlah dia orang cakap tak kisah... harga minyak naik RM200 pun mereka tak kisah. "

MET termenung dan mencernakan apa yang dia cakapkan. Ada benarnya kata-kata dia tu. Orang marahen seperti kamilah yang merasa akan kepedihannya. Apa-apa pun setiap sesuatu itu ada yang baik dan ada yang buruknya.

Mengikut kata ustaz  "Perbanyakkanlah istiqfar, mudah-mudahan Allah permudahkan hidup kita yang penuh pancaroba ini". MET bersetuju dengan saranan itu. Apa lagi yang kita boleh buat selain dari itu, buat mogok depan pejabat perdana mentari?....Emmm....MET tak punya keberanian seperti itu.

Walau apapun, hidup mesti diteruskan......

Awak? ada apa-apa nak tambah!





No comments:

Post a Comment