wallpaper

20140506

e-novel- KU PENDAM SEBUAH DUKA - Bab 14

Bab  14
           
KOK! KOK! KOK!

‘Eh! Kacau sungguhlah si jalak ni, memekak aje pagi-pagi buta, sekejap lagi mesti mak datang kejutkan, sesekali nak bangun lewat pun tak boleh’. Sungut Durrah sendiriaan. Tangannya menarik selimut. Sejuk benar pagi ini di rasainya. Sayup-sayup lagi dengar kokokan ayam. Tapi kenapa suara ayamnya lain benar di rasakan. Perlahan-lahan Durah menggosok matanya. Dalam kabur matanya dia terlihat biliknya lain dari biasa. Dia terpinga-pinga.

Dengan pantas dia membeliakkan matanya. Eh! Dalam mamai, Durrah cuba mengingati. Dia berpaling ke sebelah. Segera dia bangun. Pergerakannya yang kasar membuatkan teman sebelahnya terganggu.

“Huh!”. Marah kerana tidurnya di ganggu. Durrah beristighafar di dalam hati, cuba mengingati, dia memandang tubuhnya yang "
" masih lagi di baluti pakaian. Syukur!

Durrah segera bangun, mandi dan bersembahyang subuh. Dia terasa takut nak mengejutkan seseorang yang sedang tidur di atas katil disebelahnya lalu dia ke dapur untuk membantu apa yang patut. Mujur mertuanya telah menyediakan sarapan. Jika emaknya tahu dia bangun lewat dan sarapan di sediakan oleh mertua, tentu emaknya membebel. Durrah tersenyum sendiri.

“Arrah, kamu pergi kejutkan Johan, ajak dia sarapan sama, katanya dia nak balik pagi ni”. Gesaan mertuanya membuatkan hati Durrah gusar.

“Baiklah mak”. Antara ikhlas dengan tidak, Durrah harus mengikutinya. Perlahan-lahan  Durrah ke bilik untuk mengejutkan Johan. Terketar-ketar jarinya menyentuh badan Johan.

“Abang Johan, bangun bang, hari dah siang.” Durrah mengejutkan Johan dengan nada yang perlahan.

“Huh!”. Johan membuka matanya dan merenung Durrah dengan kaget. Agaknya dia pun terperanjat melihat muka perempuan mana yang mengejutkan dia dari tidur. Akhirnya dia sedar, itu isteri yang dinikahinya kelmarin. Bangun tidur memang macam ni, mamai. Almaklum sahajalah, dia pun sudah lama tidak beristeri dan sudah lama seorang isteri tidak mengejutkannya di pagi hari. Dia bangun dari tidur dan hanya menganggukkan kepalanya pada isterinya. Durrah mengemaskan kamar sementara menanti Johan bersiap.

Mereka turun beriringan ke dapur untuk sarapan pagi. Semua ahli keluarga telah bersedia di meja makan. Masing-masing memberikan senyuman manis kepada pengantin baru ini.

“Pukul berapa kamu nak balik Johan?”Suara cikgu Jusoh membuka bicara.

“Pukul 10.00pg. ni ayah”. Jawab Johan lalu menyudu nasi goreng ke dalam mulutnya.

“Sebelum balik nanti singgah dulu kat rumah mertua kamu”. Perintah cikgu Jusoh.

“Baik ayah”. Johan hanya menurut perintah.

“Johan, walaupun ini perkahwinan kedua kamu,ayah tetap nak beri nasihat pada kamu, juga pada Arrah. Dalam rumahtangga ni, kena banyak bersabar, saling hormat menghormati dan menjalankan tanggungjawab masing-masing, saling tolong- menolong. Kalau ada masalah, berbincanglah dengan cara yang baik. Ayah tak mahu kamu bergaduh, saling pukul memukul. Isteri itu adalah amanah dai Allah dan isteri yang solehah itu adalah satu anugerah dari Allah juga.” Cikgu Jusoh berjeda lagi. Mereka berdua hanya tunduk mendengar.


Mereka singgah sebentar di rumah salmah sebelum terus balik ke KL. Salmah memeluk Durrah dengan erat. Diciumnya pipi Durrah kiri dan kanan.

“Ingat apa yang mak pesan”. Ujarnya pada Durrah. Salmah berpaling dan memandang Johan.

“Johan, tolong jaga Arrah dengan baik, kalau dia buat salah, tolong nasihatkan dia, janganlah dia di sakiti. Kalau suatu hari nanti Johan tak mahu menjaganya lagi. Mak harap Johan pulangkanlah dia pada mak dengan cara yang baik”. Salmah mengesat matanya. Johan memandang mertuanya. Dia faham apa yang emak mertuanya maksudkan.

“Insyallah mak”. Hanya itu sahaja yang mampu Johan katakan. Dia tak mampu berjanji lebih daripada itu. Dia memandang Durrah. Isterinya itu hanya menundukkan wajahnya. Sekali-sekala dia menyapu airmatanya yang turun di pipi.

Johan menyambut salam metuanya. “Baik-baik bawa kereta”. Johan menganggukkan kepala.
Salmah melambaikan tangan bila kereta Johan mula bergerak meninggalkan halaman rumahnya. Salmah  mengesat airmata. Dia tidak tahu mengapa dia harus menangis. Adakah airmata ini airmata bahagia ataupun airmata duka.  Untuk apa airmata duka sedangkan pernikahan inilah yang di harapkan. Dia duduk di anak tangga.

“Durrah tu dah pun kahwin, takkanlah akak nak sedih dan susah hati lagi. Sepatutnya akak tu tersenyum aje bukannya menangis. Ialah dapat menantu bukan sebarangan orang”. Salmah tersenyum mendengar usikan adik iparnya.

‘Kau tak ada anak, manalah kau tahu hati dan perasaan seorang ibu’.Kata hati Salmah tetapi kata-kata itu tidak di zahirkan, bimbang adik iparnya berkecil hati.

“Akak bimbang  Johan tak dapat terima Arrah. Lihat cara dan airmukanya macam tak suka aje, akak bimbang.” Salmah melahirkan keresahan di hatinya.  Dari pandangan mata hati tuanya, bagaikan ada yang tak kena.

Rahmah meletakkan tangan kanannya di atas bahu Salmah. Dia turut duduk di atas anak tangga di sebelah kakak iparnya.

“Kita dah berusaha ke jalan kebaikan, biarlah Allah tentukan, yang penting kita berrdoa agar mereka bahagia dalam rumahtangga mereka. Mereka tu bukannya kenal sangat, sekali jumpa terus mesra. Biarlah dia orang tu kawan-kawan dulu….”. Salmah ketawa kecil mendengar gurauan dari Rahmah. Sebenarnya Rahmah juga perasan akan sikap dingin Johan, tetapi dia tidak mahu menyokong  pendapat kakak iparnya kerana bimbang kakak iparnya akan bersusah hati.

“Kau tu tak nak kahwin ke? Minggu lepas kak Hendon nak jalankan kau dengan Hj.Zain tu kenapa kau tak nak?.

“Ah! Orang tua tak betul tu”. Tukas Rahmah. Salmah hanya mengelengkan kepalanya. Entah bilalah akan sampai jodoh  Rahmah. Telinganya dah naik tuli dengan sindiran orang kampung tetapi Rahmah tetap dengan lagak selambanya. Buat bodoh aje. Katanya ‘aku peduli apa, bukannya aku kacau laki dia orang, dia orang nak susah hati kat aku buat apa?’.

“Semua lelaki kau kata tak betul, tak semua lelaki macam bekas tunang kau tu”. Salmah memang tak setuju dengan kata-kata Rahmah.

“Alah, kalau Hj.Zain tu baik, takkanlah isterinya mati sebab makan hati.” Salmah hanya mengelengkan kepalanya.  Ada benarnya akan kata-kata  Rahmah itu. Halimah tu dari dulunya makan hati dengan perangai Hj.Zain. Dahulu Hj.Zain terkenal sebagai seorang yang garang, suka memukul isteri dah tu kedekut pula tu. Yang peliknya, dia hanya melakukannya pada isterinya sahaja, dengan anak-anak, dia sebagai seorang ayah yang baik. Sejak isterinya meninggal dunia 2 tahun yang lalu, perangainya turut berubah, lebih-lebih lagi sejak dia balik dari Mekah.

“Itu dulu masa zaman muda dia, sekarang ni dia dah berubah”. Salmah mula memujuk Rahmah.

“Perangai manusia bukannya senang nak berubah,  bukannya Mah tak tahu yang kak Limah tu koma sebab otaknya ada darah beku sebab dia selalu kena pukul kat kepala dia.” Rahmah tunduk memandang mata anak tangga. Dia terasa sayu bila memikirkan nasib arwah Halimah. Dahulu dia pernah ternampak muka Halimah merah, bila di tanya katanya salah pakai pencuci muka tapi menurut anaknya, ayah mereka membaling semangkuk gulai yang baru di masak  ke muka emaknya sebab gulainya terasa tawar. Zalimkan? Sebagai seorang suami, apalah salahnya jika gulai itu tawar? Ambil sajalah garam dan masukkanlah ke dalam gulai. Kan senang? Tunjukkanlah sedikit belas ehsan pada isteri yang turut sama membantu menorah getah, memasak membasuh dan membuat kerja-kerja rumahtangga dan telah melahirkan anak-anaknya.

“Ah! Sama je… lagi bagus, jodohkan si Hendon dengan Hj.Zain tu, baru padan muka.” Rahmah memberi cadangan. Salmah tersenyum dengan cadangan Rahmah. Memang benar jika jodoh mereka bak kata pepatah ‘buku bertemu ruas’.

“Tak pun, akak aje yang kahwin dengan Hj.Zain tu…Mah rasa akak masih padan lagi dengan dia”. Rahmah mula menyakat kakak iparnya. Salmah mencuihkan bibirnya.

“Ah! Tak mahu aku”. Salmah turut ketawa. Baginya tak seorang pun yang dapat menandingi kebaikan arwah suaminya. Itulah cinta pertama dan terakhirnya. ‘abang Ahmad menungguku di pintu syurga’. Seru hatinya. Dia tidak mahu menjadi seperti arwah Halimah, selepas di istiharkan meninggal dunia, dia terpaksa dikebumikan di tengah malam kerana darah sudah mula keluar dari rongga hidung dan telinganya. Dia juga tahu akan kisah hidup kawannya itu. Dalam hati dia menitip doa moga roh arwah Halimah di tempatkan di sisi orang-orang yang baik kerana arwah Halimah seorang yang baik, mungkin atas kebaikan itulah suaminya mengambil kesempatan.

  



No comments:

Post a Comment